#RobotNaz SUMPAHAN KERIS TOK ABAH PART 3.

(SEMUA INI SALAH AKU!)

Tidak lama selepas tok abah meninggal dunia, tibalah giliran mak lijah untuk pergi buat selamanya. Tinggallah samad dan shaza di rumah peninggalan kedua orang tua mereka. zaha dan dolah, langsung takda khabar berita. Kali terakhir mereka pulang ke kampung adalah sebelum tok abah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Menyedari shaza semakin dewasa dan tidak elok dipandang orang jika terus tinggal berdua-duan bersama samad, shaza telah dijodohkan dengan hasyim. Hasyim merupakan anak pak imam kampung gelong. Setelah seminggu shaza menikah, barulah samad teringat sesuatu.

“keris abah! aku Cuma ada masa satu bulan dari sekarang untuk cari darah perawan. Tapiii, betul ke kalau aku takbagi keris tu makan, sesuatu yang buruk akan berlaku?.” Samad bercakap-cakap sendiri. Dia keliru, sama ada mahu meneruskan segala amanat tok abah ataupun sebaliknya. Dia sedar, tok abah telahpun membuat perjanjian bersama syaitan tapi kadangkala apa yang dia dengar itu sukar untuk dipercayainya.

“ha, rasanya lebih baik aku tinggalkan kampung ini. lagipun, duit yang ditinggalkan abah masih banyak lagi. tentang shaza, aku takperlu risau sebab hasyim pasti boleh menjaganya. Hmmm, betul betul..” samad mendapat idea. Nampaknya dia benar-benar tidak mahu meneruskan hasratnya untuk begelar sebagai perawat seperti bapanya tok abah.

…………………………………………………….

“samad, mana kau mahu lari? Adakah kau lupa tentang sumpahan keris itu?. jangan cari nahas samad, kau turutkan semuanya kalau kau mahu hidup senang.”

“astaghfirullahal’azim… ya ALLAH… kenapa abah tiba-tiba muncul dalam mimpi aku?. tidak abah! tidak!. samad tidak akan sesekali tundduk kepada permintaan syaitan.” Samad tersedar dari lenanya. Walaupun samad mulai rasa takut tetapi dia tetap bertegas dengan pendiriannya. Samad sudah banyak berubah, dulunya dia tidak pernah solat tetapi tidak lagi kini. Setiap pagi, samad akan bangun awal, dia akan ke masjid untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah dan sesudah itu dia akan menghabiskan satu hingga ke dua jam masanya untuk membaca alquran.

samad… samad…. Samad…..

nama samad beberapa kali dipanggil oleh seseorang. Samad mendiamkan diri, dia ingin memastikan dari manakah datangnya arah suara tersebut.

“samad… marilah… marilah sini, namaku laila.. kau takperlu takut pada aku samad. Aku hambamu.” Suara itu menyeru nama samad lagi. setelah mengamati betul betul, samad dapat dengar dengan jelas suara itu datangnya dari bilik store tempat keris peninggalan tok abah disimpan.
“pergi kau? Pergi dari sini. aku takpelukan kau. Tok abah telah mati dan matilah kau bersamanya!.” Balas samad dengan tegas. Serentak dengan itu satu bunyi hentakan kuat kedengaran. Bunyinya seperti orang menerajang pintu bilik store.

Samad membaca beberapa potong ayat alquran. buat masa itu, samad Cuma mampu baca tiga qul dan ayatulqursi. Ayat-ayat lain memang samad langsung tak ingat. Keadaan kembali reda, samad tekad pada keesoakan paginya dia mesti meninggalkan kampung itu atau setidak-tidaknya dia keluar daripada rumah tersebut.

…………………………………………………

“wahai wan samad bin wan capek! Jangan sesekali kau memungkiri janji. Hari ini aku datang untuk mengingatkan kau bahwa wan capek bin wan copot telah berjanji kepada aku. seluruh keturunannya pasti akan binasa sekiranya tiada siapa diantara mereka yang mahu menjadi tuan kepada keris yang bernama laila itu.” lelaki tua yang telah mengajar segala ilmu merawat kepada tok abah kini muncul dalam mimpi samad pula.
“siapa kau? Aku tidak akan sesekali menerimanya. Pergi kau syaitan laknatullah!.” Samad sekali lagi tersedar. Setelah kematian tok abah hidup samad tidak pernah tenang, ada ada saja gangguan yang menimpanya. Tidak secara sedar pasti gangguan itu hadir di dalam mimpinya.

Samad terkejut, setelah dia bangun dari tempat tidur dia ternampak ada satu nota kecil yang ditampal pada pintu biliknya.

(JANGAN BACA KALAU LEMAH SEMANGAT.)
NIAT INGSUN AMATEK AJIKU KIDUNG PAMUNGKAS
SAKABEHING KHODAM SUCI PODO NYAWIJI
MBANGKETAKE DOYO LAN KEKUWATANE AJIKU SEGORO BANYU
LUMANTAR TETES TIRTO KAMANDANU YA AJIKU KIDUNG PAMUNGKAS
SEPISAN MARI,KAPING PINDO ORA MARI,KAPING TELU SIDO MARI
SAKENG KERSANE GUSTI ALLAH KANG MOHOSUCI.
“ini mantera ampuh buat segala jenis penyakit. Kau bacakan saja kepada sesiapa yang menderita sakit pasti ia akan beroleh kesembuhan.”

Tanpa sengaja samad terbaca mantera tersebut dengan kuat dan tiba-tiba saja pintu rumahnya diketuk.

Tok! tok! tok! assalamu’alaikum…
“wala’alaikumussalam., tunggu sekejap ya.” samad segera keluar dari bilik dan menuju kea arah pintu. ‘siapalah datang pagi-pagi buta begini. hmmmm’ samad bermonolog kecil di dalahm hati.

Samad membuka pintu tanpa ragu, jelas terlihat beberapa orang dewasa sedang bediri di luar rumahnya.
“ada apa ya saudara datang ke mari? apa hajatnya?.” Tanya samad.
“maafkan kami jika menganggu pagi-pagi begini. kami datang ingin memohon bantuan saudara mengesan apakah penyakit ayah kami. Kalau takkeberatan tolonglah rawat sekali. Puas sudah kami pergi berubat ke merata tempat tetap juga takberhasil.”

“hmmmm…. Sebenarnya yang mejadi perawat sebelum ini adalah abah saya atau dia dikenali sebagai tok abah. tapi, tok abah baru dua bulan lepas meninggal. Takpalah, jemput masuk. Saya cuba bantu apa yang mampu.” Samad teringatkan mantera yang baru dibacanya tadi. bagi samad, dia Cuma ingin membantu dan taklebih daripada itu.

………………………………………..

(JANGAN BACA KALAU LEMAH SEMANGAT)
NIAT INGSUN AMATEK AJIKU KIDUNG PAMUNGKAS
SAKABEHING KHODAM SUCI PODO NYAWIJI
MBANGKETAKE DOYO LAN KEKUWATANE AJIKU SEGORO BANYU
LUMANTAR TETES TIRTO KAMANDANU YA AJIKU KIDUNG PAMUNGKAS
SEPISAN MARI,KAPING PINDO ORA MARI,KAPING TELU SIDO MARI
SAKENG KERSANE GUSTI ALLAH KANG MOHOSUCI.

Samad menyebut satu persatu setiap kata daripada mantera tersebut dengan penuh berhati-hati. almaklumlah… samad bukan beketurunan jawa, jadi agak kekok sedikit untuk menyebut kata-kata tersebut.

Setelah beberapa kali mantera itu dibaca, pesakit yang cuba dibantunya itu mula memberi respon. Selama ini, pesakit itu tidak pernah sedarkan diri, senang cerita koma sudah lebih setengah tahun. Perlahan-lahan mata pesakit itu terbuka dan tidak lama selepas itu pesakit tersebut sedar sepenuhnya.

“alhamdulilllah… dia sudah sedar… setakat ini sajalah saya dapat membantu. Selebuhnya, saudara berdoalah kepada ALLAH.” samad sempat lagi memberi ceramah free kepada tetamu yang tidak diundang itu.

setelah selesai semuanya, tetamu tersebut pun beredar. Samad membuka sampul yang diberi oleh salah seorang daripada ahli keluarga pesakait tadi, baru dua tiga kali baca mantera samad sudah peroleh rm1000. Rm1000 pada suatu tika dahulu amatlah besar nilainya. Hati samad berbelah bahagi kembali.

“herm, untung jugakan kerja macam ni. takpayah susah-susah boleh dapat duit banyak. Memang bodoh siapa yang lepaskan peluang sebegini rupa. Ha! satu lagi, aku merawat orang bukan guna keris abah. aku rawat Cuma guna mantera. ALLAH telah beri kelebihan ini kepada aku, kenapa tidak aku gunakan untuk embantu orang. Sambil itu aaku pun boleh dapat banyak duit. Betul betul…” samad tidak henti-henti bercakap sendiri. Dia cuba meyakinkan bahwa pilihannya kali ini tepat dan langsung tiada kena mengena dengan perjanjian yang telah dimetrai antara tok abah dengan syaitan menjadi pendamping tok abah sebelum ini.

……………………………….

Semenjak daripada hari itu, samad tekad untuk tidak keluar daripada rumah tersebut. hendak meninggalkan kampung gelong apatah lagi. samad kembali membuatkan rumah peninggalan tok abah kembali sibuk dengan kehadiran orang yang tidak henti-henti demi mendapatkan rawatan daripadanya.

Jika dulu tok abah mengambil masa yang agak panjang untuk merawat pesakit tetapi tidak bagi samad. Dia merawat setiap pesakit yang datang tidak lebih daripada sepuluh minit. Kecuali, pesakit itu terkena gangguan sihir pasti proses rawatannya memakan masa.

Shaza, selepas dia berkahwin. Dia langsung tidak perdulikan samad. Bukan dia sengaja berbuat demikian tetapi penderitaannya selama enam tahun mejadi penyumbang darah kepada keris tok abah terlalu sukar untuk dilupakan. Bagi shaza, rumah peninggalan tok abah itu seumpama neraka buatnya. Kehadiran hasyim yang sudi mengambilnya sebagai isteri seakan satu rahmat dan peluang kedua untuk dia menjalani hidup kembali.

…………………………………

Masa begitu pantas berlalu, tanpa sedar tok abah telahpun tiga bulan meninggal dunia. Menurut apa yang dipesan tok abah, kini telah tiba masanya untuk samad memberi laila atau keris itu makan. Makanannya tetap sama, sepuluh titik darah perawan. Walau bagaimanapun, samad sudah melupakan tentang keris tersebut. setiap hari, kerjanya adalah merawat setiap pesakit yang datang.

Sehinggalah pada suatu malam. Samad terasa sangat letih sekali kerana pada siangnya begitu ramai pesakit yang datang mendapatkan rawatan. Jika diikutkan rasa penat, ingin saja dia cuti untuk beberapa hari tetapi dia tidak sampai hati membatalkan beberapa temujanji yang telah dibuat bersama pesakitnya sebelum ini. dia juga tidak sampai hati untuk melihat setiap ahli keluarga pesakit yang datang pulang dengan rasa hampa.

Zup! Satu cahaya tiba-tiba menerjah ke dalam bilik samad. Cahaya itu seperti cahaya kilat. Samad terkejut dia tidak jadi memejamkan matanya.

Zup! Zup! Kali ini dua kali cahaya itu memancar. Samad mula tidak sedap hati. dia cuba baca beberapa potong ayat alquran tetapi lidahnya kelu. Dia cuba dan terus mencuba menyebut satu persatu kalimah tetapi tidak juga berhasil. Cahaya itu terus menerus memancar dengan lebih kerap. Sesekali cahaya itu seakan mahu menerjah ke arahnya. Samad tidak mamu berbuat apa-apa. seluruh tubunya menggigil dan dibasahi peluh.

“wahai cahaya! Apa yang kau mahu dari aku? pergi kau pergi.. jangan ganggu aku di sini.” setelah samad berjaya menenangkan dirinya, dia bekata demikian. Samad tahu, itu bukan cahaya kilat. Fikirnya, mungkin itu gangguan yang dihantar oleh ahli-ahli sihir yang telah menyhir pesakit yang dia rawat selama ini.

“aku nak darah… aku nak darah.. darah perawan. Adakah kau lupa tentang aku samad?.” Satu suara halus kedengaran membisik di telinga samad.
“keris abah? ah tidak…. pergi! pergi! pergi kau dari sini!. aku bukan tuan kau.” Balas samad yang mula menyadari bahwa sudah tiga bulan tok abah pergi meninggalkannya. Namun, bagi samad dia tidak pernah bersetuju untuk mejadi tuan kepada keris tersebut.

haaaaaaahaaaaaahaaaaa….. haaaaaaahaaaaahaaaaa….. haaaaahaaaaahaaaa…..

“aku nak darah… jika tidak, kau akan aku bumuh.” Haaaaaaahaaaaaahaaaaa….. haaaaahaaaaaaahaaaaaa…..

Samad dapat llihat dengan jelas, keris yang sepatutnya tersimpan rapi di dalam bilik store kini terapung di awang-awangan.
“kau jangan berdegil samad. Selepas kau mati, aku akan bunuh shaza pula dan setelah itu barulah abang kau zaha dan dolah menjadi mangsa yang seterusnya.”
“bunuhlah aku keris. bunuhlah! Tapi jangan kau bunuh adik beradik aku yang lain. Ini semua salah aku. salah aku!.” samad gagal mengawal emosi. Dia tidak fikir setiap kesan daripada percakapannya itu.

Haaaaaaahaaaaaahaaaaaa….. haaaaaahaaaaaahaaaaaa……. Haaaaahaaaaaahaaaa…..

“taknak… aku taknak bunuh kau lagi buat masa ini. sekarang, aku akan buat kacau di seluruh kampung ini. aku akan tunjukkan kepada mereka semua, ini semua berlaku kerana kau. Kerana keturunan kau tok abah yang memungkiri janji.” Haaaaahaaaahaaaaa…… haaaaahaaaaahaaaaa…… haaaaahaaaahaaaaa…..

Keris yang tadi terlihat berada di awang-awangan kini lesap dari pandangan. Bunyi perempuan mengilai dan suara perempuan bercakap-cakap juga sudah tidak kedengaran. “huh! Akhirnya kau berambos juga keris. tunggu kau besok pagi. aku akan buang kau di sungai.”

…………………………….

Keesoakan paginya, samad terus ke bilik store tempat keris tok abah disimpan. Hajatnya untuk mengambil keris tersebut dan ingin membuangnya di sungai. Namun, puas samad geledah keseluruhan store tersebut tapi keris tok abah tidak ditemuinya. Apa yang ada hanyalah beg dan kain yang menjadi pembungkus keris tersebut. keris itu tidak besarung tetapi tok abah telah membungkusnya dengan sehelai baju dan baju itu sajalah yang tinggal.

Samad buntu, tidak cukup dia geledah bilik store. Semua ruangan yang ada di rumah tesebut dia geledah. Namun, hasilnya juga tetap sama. keris itu tidak ditemuinya. Semenjak samad diganggu pada malam tersebut, dia hentikan semua aktiviti merawat buat seketika waktu. Dia ingin menyelesaikan terlebih dahulu masalah yang dihadapinya sekarang iaitu sumpahan keris tok abah yang sudah bermula.

………………………………..

Samad! Samad!…. apa kau telah buat ni samad? Klenapa kau bunuh pak ali? Apa salah dia? Keluar kau sekarang samad!.

Perkarangan rumah samad tiba-tiba dibanjiri ramai orang. Semua orang terpekik memanggil nama samad dan meminta agar dia keluar menyerah diri.

Sekarang, kau terimalah samad. Ini baru permulaan. Sumpahan keris tok abah tidak akan pernah terpadam.” Satu suara halus membisik di teleinga samad.

Sekian dulu. Jumpa lagi di part yang seterusnya.

5 thoughts on “#RobotNaz SUMPAHAN KERIS TOK ABAH PART 3.”

  1. Manusia kebiasaannye boleh hadapi ujian kesusahan, namun selalunye gagal diuji kesenangan…
    Nauzubillahuminzalik…

    Reply

Leave a Comment