Roh perempuan mengandung. Kita semua memang selalu dengar pasal roh seorang perempuan yang mengandung ataupun yang paling menyeramkan bila kau nampak. Aku pernah nampak dan memang perasaan seram dan sedih bercampur aduk. First of all, aku nak minta maaf sebab pendahuluan cerita aku ini tak menarik. Actually, this is my very first time share cerita dengan korang. Okey, straight to the point.
Waktu itu cuti sekolah (aku masih bersekolah), dan aku pulang ke kampung halaman dekat Kuching (nama kampung tak perlu tahu lah ye). Pagi hingga petang dekat kampung, aku buat kerja macam biasa. Buat kerja, tolong aunty dan nenek (kaum perempuan, faham lah kan). And petang tu aku bersiar² la dekat halaman rumah peninggalan arwah datuk aku (kampung aku ni jenis yang rumahnya satu per satu dekat satu kawasan.
Pendek kata, bukan jenis rumah panjang atau yang berkelompok). Ok sambung. Biasalah dekat kampung, waktu petang memang sesuai keluar rumah ambil angin. Lebih-lebih lagi kalau waktu pagi. Bau hutannya yang menyegarkan, bunyi kicauan burung-burung dan tiupan angin segar. Sementara bersiar-siar, aku ambil gambar pemandangan gunung dekat sana (kalau dari kampung aku, gunung memang keliling tu je. Toleh depan nampak gunung, toleh belakang nampak gunung. Apalagi kalau toleh kanan kiri, tetap ada nampak gunung)
Aku masuk rumah waktu dah lewat petang dalam pukul 6 lebih, dekat pukul 7 petang. Aku pun masuk rumah nak mandi sebab badan pun dah berpeluh sebab giat sangat cari buah dekat kebun belakang rumah untuk bawa balik rumah supaya dapat mengulam nyumm.. Hasrat aku nak mandi awal tadi tak jadi sebab aunty minta tolong buat kerja. Lagipun alang-alang kotor kan, baik buat kerja dulu lah. Selesai makan malam dan kemas meja makan dalam pukul 9 macamtu.
Bukan apa lewat selesai makan malam, kita orang boleh dikira makan besar lah tadi sebab cousin aku yang muslim datang sekeluarga pergi kampung. Maksud aku, korang pun faham kan. Masakan melayu memang sedap! Asal diaorang datang memang masak rendang kambing, kari ayam, mee jawa pergh.. (actually, aku dan cousin aku berlainan agama. Just for your info) So, aku pun ambil tuala nak mandi. Time mandi tu macam biasa lah. Aku akan toleh kiri, toleh kanan. Make sure tak nampak benda pelik hehe (aku ni agak penakut orangnya, lebih-lebih lagi kalau dekat kampung). Ohya, time aku mandi tu, ahli keluarga aku yang lain semua dekat ruang tamu layan drama.
Ada juga yang dah tidur, uncles dan bapa aku macam biasalah, lepak bercerita sambil minum kopi dekat luar rumah. So, pendek kata aku seorang je dekat kawasan bilik mandi yang berdekatan dengan dapur tu. Ok sambung.
Aku mandi punya mandi. Tiba-tiba di sebalik bunyi percikan air mandian aku tu, aku terdengar bunyi tangisan. Bunyinya sangat sayu, seolah-olah tangisan seseorang yang telah kehilangan orang tersayang. Aku pun berhenti seketika daripada teruskan mandi. Aku tutup pili air sebab nak make sure yang aku tak salah dengar. Makin lama makin besar bunyinya. Wah, ni memang buat aku makin meremang. Lantas aku ambil tuala, lap badan macam tak lap badan je.
Dengan cepat aku berjalan menuju ke bilik yang berdekatan dengan ruang tamu (zon selamat) dimana semua orang berkumpul disana. Selesai pakai baju, aku pun teringat dengan gambar pemandangan yang aku ambil petang tadi. Aku ambil phone and terus keluar rumah sebab nak cari line (kampung aku tu, kawasan luar depan rumah je yang selalunya ada line). Aku duduk bersandar dekat kerusi dan send gambar tu tadi dekat kakak aku yang tak turut bersama dengan kami balik kampung sebab kuliah (ohya, itulah tujuan aku cari line). syok aku scroll insta apa semua, tiba-tiba aku rasa macam ada orang datang. Aku pun angkat kepala aku yang dari tadi tertunduk hadap screen phone. Aku nampak seorang perempuan mengandung yang macam tengah cari sesuatu. Dia datang dekat aku dan tanya “mana anak aku? Mana anak aku?” Aku tak jawab sepatah pun sebab waktu tu otak aku blank. Aku pun perhati je perempuan tu beredar dari situ.
Keesokannya, aku ceritakan tentang kejadian malam tadi dengan keluarga aku time kita orang breakfast. Nenek aku pun ada complain yang dia nampak perempuan tu waktu dia tengah sibuk memasak dekat dapur. Nenek aku cakap dia tak tanya apa-apa pun, tapi dia macam sedang cari sesuatu dengan muka yang sayu. Nenek aku pun pelik sebab perempuan tu selamba je masuk dapur cari sesuatu tanpa bagi salam.
Salah seorang daripada aunty aku yang dengar cerita aku tentang kejadian malam tadi tu bagitau yang ada seorang perempuan mengandung meninggal dalam kemalangan jalan raya yang terjadi tak jauh dari kampung kami tu beberapa hari sebelum malam tu. Aku pun dah mula naik seram! Malam tu, mandi pun aku ajak cousin ikut sama haha!
Yelah kan, dia mengandung. Bila roh tak tenteram tambahan lagi tengah sarat mengandung macamtu then meninggal. Confirm dia akan cari anak dia. Sedihnya, kedua-dua anak beranak tu meninggal. Semoga roh mereka ditempatkan disisi orang yang beriman, Amen.
Okey, sampai ni je sharing aku. Semoga korang enjoy dengan cerita aku tadi, thank you.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
jin tu cuma ambil kesempatan atas kematian perempuan yg mengandung tu utk takutkan org kampung… org yg dah mati akan terputus hubungan dgn alam nyata kecuali 3 perkara iaitu
1) sedekah jariah
2) ilmu yg bermanfaat
3) doa anak yg soleh
jgn terpedaya dgn mainan jin dan syaitan…
babe..dia bukan islam lah
Betul²…. Jangn taksub sngt dngn perkara² gini.
Tu kan dia nk share je wahai Cik yg bals… Heee …
TQ sharing 🙂
Bila manusia dah meninggal dunia, dia akan masuk ke apam barzakh. Apam barzakh ni macam finding. Tak boleh keluar masuk sesuka hati. Takda istilah “masa bulan puasa roh2 akan kembali ke dunia melawat ahli keluarga, roh tak tenteram menghantui, bla bla bla.” (Sharing dari tazkirah kt radio.”
Ini namanya jin/iblis ambil kesempatan atas kejadian manusia utk takut kan manusia.
Apam polkadot ke…???
Heheheheee…
Gurau je ekkkk…
hahahaha mule bce xpasan plak ade apam. ble tgok komen kak bru pasan hehehe