Assalamualaikum dan hai semua pembaca FS. Terlebih dahulu terima kasih kepada admin jika perkongsian ini disiarkan.
Pengalaman aku ini semasa aku belajar di Kuala Lumpur. Banyak sebenarnya cerita-cerita misteri yang aku lalui, tapi take it slow okay. Nak dijadikan cerita, aku duduk bersama 11 orang housemates sepanjang study. Kiranya pihak kolej provide kondominium untuk kami, and sewa rumah ditolak dari biasiswa je. So biasalah kalau dah ramai-ramai duduk situ, macam-macam hal. Aku dapat tingkat 12. Semuanya ada 15 tingkat.
Bila dah seminggu stay rumah tu, mula lah macam-macam perkara aneh berlaku. Salah satunya kes tarik perabot. Masa mula-mula tu aku anggap biasa je. Mungkin budak rumah atas yang alihkan wardrobe diorang. Aku positif saja lah. Then masa aku pergi kolej, tergerak hati nak bertanya pada penghuni rumah tingkat 13 which is jiran atas rumah aku.
Aku : Anis, aku nak tanya lah. Setiap malam korang tarik perabot, tarik kerusi semua tu, tak ada kerja lain eh? Hahaha..
Anis : Kau merepek apa syaiton? Bila masa kitorang tarik perabot tu semua? Kau dengar masa bila?
Aku : Around pukul 12 malam, mesti aku dengar benda yang sama weh. Korang stress study pun tak payah lah mengamuk tiap malam.
Anis : Tak, sekarang ni aku pelik apa yang kau cakap ni. Kau dah kenapa? Serious talk, kitorang tak pernah tarik almari ke, kerusi apa semua tu. Kau salah dengar kot.
Aku terdiam tak berkata apa-apa. Aku terus angkat kaki ke kelas. Dan pada saat itu, bermacam perasaan bercampur baur dalam fikiran.
Aku balik dari kelas dalam keadaan yang terlalu penat. Macam orang baru lepas marathon. Mana tak nya, setiap hari sampai rumah mesti dah maghrib. Kolej aku di Putrajaya, so faham-faham lah keadaan jalan jammed tu macam mana. Malam pulak, busy dengan discussion. Kalau aku study waktu malam, aku prefer dekat ruang tamu. Sebab kalau dalam bilik, terganggu dengan kawan. Study punya study, telinga aku menangkap satu bunyi. Bunyi yang sama !
Ahh sudah.. Dia bergurau lagi.. Time tu aku terfikir, ‘Macam tak logik je bunyi orang seret kerusi dekat atas, dengar sampai rumah bawah.’ Aku pandang dinding atas. Sah sah tebal ! Pelik… Aku buat tak tahu je time tu, even bunyi perabot, meja, kerusi kuat gila. Aku istighfar untuk tenangkan hati. Tak semena mena bunyi BAMM !! tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya. Macam bunyi pintu dihempas kuat dari atas.
Esoknya aku bertanya lagi pada jiran atas.
Aku : Ina. Aku nak tanya ni. Semalam kat rumah korang bukan main meriah bunyi seret kerusi dah kenapa?
Ina : Seret kerusi? Kau biar betul bell?
Aku : Iya.. Kuat pulak tu. Semalam aku ada tanya anis pasal hal ni, tapi dia punya jawapan tak memuaskan hati.
Ina : Semalam kitorang semua takda kat rumah. Kitorang ada discussion dekat bawah. Erm bell.. Biasalah tu.. Aku pun setiap malam dengar benda yang sama.
Aku : Eh kejap.. Bukan ke atas rumah korang takda rumah? Rooftop kan?
Ina hanya tersenyum kelat dan beredar. Blok kami memang sampai tingkat 13 je. So terang lagi bersuluh yang atas rumah diorang tu rooftop. Tak ada rumah pun ! Blok lagi satu je sampai tingkat 15. Aku hanya terdiam mencari kata. Akhirnya aku mengalah, dan aku terus membawa langkah.
Malam tu, aku tak study kat ruang tamu. Aku just duduk dalam bilik, and buat revision sikit-sikit. Disebabkan terlalu penat, aku baca segala notes dalam keadaan baring. Time tu roommates aku tak ada. So aku sorang je. Tengah khusyuk membaca, tiba-tiba bunyi guli jatuh. Ting ! Ting ! Ting ! Aku terdiam sekejap. Cuba hadam bunyi yang aku baru dengar tu. Aku cuma berfikir, ahh mungkin salah dengar. Tingg ! Okay kali ni bukan salah dengar lagi dah.. Ini memang betul-betul. Makin rancak pula dia berting ting atas tu. Puas lah aku tenung setiap penjuru siling. Bukan main tebal siling tu. Tapi bunyi yang aku dengar seolah olah atas lantai nipis. Aku diam malas nak layan. Dia pula galak mengacau aku. Main guli segala bagai. Anak toyol kut main guli secara berjemaah. Biarlah mereka…
Anis datang ke arah aku di kolej. Pandangan dia seolah-olah inginkan kepastian.
Anis : Bell. Semalam kau dengar lagi ke?
Aku : Dengar apa?
Anis : Alahh yang kau tanya aku kelmarin tu..
Aku : Oh semalam aku dengar bunyi guli dari arah atas. Rumah kau lah..
Anis : Erm bergurau kau eh. Semalam masa aku tengah buat assignment, aku dengar bunyi orang seret kerusi weh. Kau tahu kan atas tu tak ada rumah pun? Hmm..
Aku : Haa tu lah aku dah cakap kat Ina. Dia pun banyak kali dengar. Tak apa lah nis. Bukan kita saja yang duduk kat bumi Allah ni. Ada lagi makhluk lain kan. Asal kita tak kacau diorang, diorang tak ada lah kacau kita. Setakat bergurau tu, biasalah..
Anis cuba tersenyum, walhal aku tahu bermacam anggapan bermain di fikiran.
Aku balik dari kolej dah jejak waktu maghrib. Masa tu 5 orang dalam lif. Tengah sibuk melayan perasaan, ada bunyi ketukan pada dinding lif. Aku memandang kawan aku di sebelah. Dia membalas pandangan aku dengan pandangan kosong. Aku tanya pula pada kawan yang lain.
“Farah, kau ketuk dinding lif ni eh?”
Dia punya riak muka tu macam terkejut habis. Dia geleng. Aku senyap.
Malam tu semasa discussion, aku tanya Farah yang dia ada dengar tak orang ketuk lif. Dia geleng.
“Aku tak dengar apa-apa pun bell”, Itulah jawapan seorang Farah. Yang lain tu pulak, cakap benda yang sama. Diorang pun pelik siapa pula yang ketuk-ketuk, sedangkan diorang tak dengar apa-apa. Aku diam dan teruskan perbincangan. Sampai je rumah, semua housemates buat hal masing-masing. Aku toleh melihat jam. Lagi 5 minit menginjak pukul 12. Selama tempoh 5 minit itu, aku cuba sibukkan diri. Tepat pukul 12, as usual lah.. Bunyi perabot lagi.. Ermm banyak betul perabot dia kan. Sampai hari-hari nak kena seret.
Subuh menjelma. Aku toleh kiri kanan, langsung tak kelihatan roommates aku. ‘Mana pula minah dua orang ni pergi’, bisik hatiku. Dalam puas mencari, diorang masuk ke rumah.
Aku : Kau pergi mana Fina?
Fina : Pergi rooftop bha.
Aku : Pagi-pagi pergi situ? Kau buat apa? Bertafakur?
Fina : Ndak lah. Aku sama Kak Nana pergi ambil gambar. View cantik.
Aku : Haa? Semata kau eh. Pukul berapa kau pergi tadi?
Fina : Dari jam dua.
Terbeliak mata aku pandang si sumandak tu. Biar betul lah diorang ni. Cari nahas..
Fina menerpa ke arah aku di kelas.
Fina : Hoi bell. Cuba kau tengok gambar ini bha..
Aku : Gambar apa? Inikan gambar yang kau snap kat rooftop tu kan?
Fina : Iya lah. That’s why aku suruh kau tengok. Aku zoom kasi jelas ini.
Aku : Err.. Apa putih tu weh?
Fina : Itulah yang aku pelik ni. Semasa aku snap itu, ndak ada putih- putih pula. Macam ada yang melintas.
Aku : Screen fon kau yang problem kot?
Fina : Aku baru beli fon ni bell. Aku kasi tampar kau nanti.
Sama-sama terdiam..Apa benda yang melintas macam kain putih tu eh? Ahh perasaan saja kot.
Malam semasa kami duduk di ruang tamu, biasalah masing-masing ada saja cerita yang nak dibualkan sampai tergelak-gelak. Bila dah seronok sangat gelak, kami terdengar ada sambungan gelak dari arah tingkap. Masing-masing tergamam. Siapa pula yang sambung gelak? Bunyi dia macam mendayu dan nyaring halus. Aku lihat jam. Pukul 3 pagi. Bunyi pula dari arah tingkap ! Mustahil jiran sebelah. Mustahil orang atas. Aku buat isyarat ‘senyap’ pada diorang. Diorang hanya tunduk. Tak berani bersuara.
Disebabkan kami student batch pertama mendiami kediaman tu, jadi kami tak tahu latar belakangnya. Sehinggalah satu hari, ada yang beritahu aku di kawasan rooftop blok kami, memang banyak ‘benda’ mendiami lebih awal. Kalau pergi rooftop, memang view sangat cantik. Tetapi kena jaga langkah dan kata. Laluan tangga nak ke arah rooftop tu pula, mesti penuh dengan rambut. Tertanya-tanya juga aku, rambut siapa yang gugur banyak-banyak di laluan yang jarang orang gunakan. Ada juga student situ yang degil kadang-kadang. Main redah ikut suka hati. Walaupun makhluk itu tak terlihat, tapi kita perlu beradab dengan mereka. Mereka pun punya perasaan. Bila dah jadi macam-macam nanti, mulalah salahkan pihak pengurusan rumah. Huhu
Itulah sedikit sebanyak perkongsian cerita dari aku. Rasanya tak ada lah menarik sangat, tapi semuanya adalah fakta. Memang benar-benar berlaku. Ada bermacam lagi cerita lain, tapi In shaa Allah jika ada masa, aku kongsikan lagi. Have a nice day guys ! Moga hari-hari kita diberkati oleh yang Esa.
Sekian..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Kenapa cerita rooftop tak disiarkan di page fb FS?
yg ko terlebih curious sgt tanya ulang2 kat member apa hal. bukannya x tahu dan faham2 lg kan kalau bunyi seret, bunyi guli tu maksudnya apa? sengaja nk spook yourself. waktu aku study dulu pun dkt rumah sewa pun hampir tiap2 mlm dgr bunyi seret tu tp aku buat xtau je. aku anggap je mmg org atas tu rajin mengemas. takde la sibuk sgt aku ni nk gi tanya sana tanya sini tegur sana tegur sini. sbb dh selalu baca pasal tu so dh tahu, so tak perlu lg nk buat2 tny.
done baca