Rumah Batu-Batuan Taiping

Terlebih dahulu aku nak cakap cerita yang aku nak cerita ni tak semestinya korang wajib percaya. Tapi aku saksi cerita ni walaupun bukan keseluruhan la.  Cerita ni berkenaan dengan rumah paklong aku. Aku panggil paklong aku ni bapak sebab memang panggilan yang anak saudara dia panggil.

Bapak aku ni orang yang kurang harta. Boleh la ketegorikan as miskin tegar sebab dia bekerja ikut masa, kalau hari tu nasib dia baik, so dapat la rezeki. Halal tau bukan judi ke ekor. Oleh kerana dia ni susah, bapak aku ni pon menetap la kat satu rumah ni somewhere in Taiping. Aku tak nak mention tempat tu bersebab. Cerita ni jadi tahun 90-an la.

Bapak aku sewalah satu rumah ni. Sewa rumah ni sangat la murah mengalahkan rumah sewa Shah Alam 50 hinggit tu. During that time, I think around RM10 per month. So memang affordable la kan untuk orang susah ni. And kekadang, tak bayar pun tuan rumah tak kisah. Hmm kenapa ya? Tak pelik ka? Okay sini la bermulanya perjalanan bapak aku yang jadi penghuni selama 13 tahun dirumah batu-batuan.

Kenapa aku cakap rumah batu-batuan, sebab rumah ni memang dibuat dengan batu yang disemen tanpa bata. Interesting right? Waktu 90an ni paklong aku berusia antara awal 50-an. Rumah ni memang agak pelik sebab kalau nak diikutkan rumah ni memang strategik sangat sebab depan dengan jalan utama Taiping. Siap ada padang bola untuk perlawanan bola sepak bawah 15 tahun. Maksud aku halaman rumah ni agak luas.

Hari pertama bapak aku masuk menetap dirumah ni, bersama-sama isterinya. Sewaktu masuk ke rumah ni, banyak gila sawang-sawang (sarang labah-labah) dalam rumah ni, so aku boleh bajet rumah ni dah hampir 5 hingga 10 tahun tanpa penghuni. Sebab terlalu berhabuk and terlalu semak. Semak kepala aku tengok nyer.

Bapak aku bawa peralatan basic ja macam pakaian, peralatan bilik mandi dan makanan basah. Ayah aku dan abang-abang dia ni tolong la bapak aku kemaskan sikit rumah ni. So hari pertama dah abis dan masuk lah ke malam pertama (bukan malam pertama yang itu yew). Malam pertama menginap dirumah tu tidak ada sebarang gangguan. So bapak dengan mak besar (maklong aku) tidur la dengan nyenyak. Untuk minggu pertama ni, bapak aku tak bawak anak dia tinggal sekali. So bangun la tidur keesokan harinya.

Tapi alangkah terkejutnya apabila bapak aku dengan mak besar terjaga di hadapan halaman rumah tersebut bersama-sama dengan segala kelengkapan yang dia bawak semalam. Bapak aku cuba pergi buka pintu rumah tapi berkunci dari dalam. Nasib baik lah tuan rumah ni ada kunci pendua.

Dah dapat kunci pendua ni, bapak pon pergi la ke kedai untuk buat kunci baru untuk serahkan kembali kunci kat tuan rumah. Bukak je pintu rumah tadi, alangkah terperanjatnya bila rumah yang dikemas tadi dah berselerak macam memula bapak aku masuk rumah ni. Lagi sekali bapak terpaksa kemaskan semula rumah ni.

Bapak yang rasa sangat hairan dengan keadaan ni, pergi la bertanya dekat nyonya di sebelah rumah. Memang bunyi sebelah, tapi kalau nak pergi rumah nyonya ni kena lalu ikut jalan besar didepan rumah sebab nyonya ni dah pagarkan rumah dia dengan rumah sewa bapak aku lepastu sengaja membiak hutan simpan kekal pulak. Alasan aku akan bagitahu nanti.

Bapak aku pon pergi la ke rumah nyonya tu. Lepas tu bagitau lah si nyonya tu kata bapak aku ni jiran baru dan terus bapak aku tanya pasal rumah tu. Panjang lebarlah cerita nyonya tu. Menurut cerita nyonya tu, rumah tu dahulunya pernah diduduki oleh orang melayu Indonesia yang datang ke sini jadi dukun. Katanya dukun ni dibunuh disebabkan salah satu jampi (rawatan) tak menjadi, lalu keesokan harinya, pelanggan tersebut datang dengan mengamok dan bunuh semua orang yang dalam rumah tu.

Lepas tu, pelanggan tersebut bunuh diri. Aku tak pasti sama ada cerita ni betul atau nyonya ni banyak tengok cerita hantu. Yang aku pasti rumah tu memang “berpenghuni”. Setelah dengar cerita mengenai rumah sewa tu, bapak aku pon tanya kenapa membiak hutan. Nyonya ni pun bagitau yang benda dalam rumah tu selalu memerhati dia siang dan malam. Sampai takut nak keluar rumah. Jadi dia mintak la orang buat pagar bertutup dan biak hutan simpan tu. Maghrib dah dekat, Bapak pon cakap terima kasih untuk menandakan tamat perjumpaan dia dengan nyonya tadi.

Malam tu bapak nekad dengan mak besar takmo tidor. Dia nak tengok apa yang akan jadi untuk malam kedua. Sebelum tu, nak bagitau mak besar aku ni orang jawa yang ada la sedikit sebanyak ilmu nya yew. So malam kedua ni malam yang aku anggap agak dahsyat sebab ‘dia’ (penghuni) dah buat something. Tunggu malam berlabuh bukan senang, tambahan pula bapak aku mana ada TV or ipad nak kill time.

Pukul satu pagi still takde apa-apa yang mencurigakan. Pukul dua pagi hanya dengar anjing menyalak. For me, normal la kot sebab area Taiping banyak jugak la anjing. Pukul 3 pagi ni, maybe time untuk penunggu ni melihat rumah sewa tu. Dia pun munculkan diri dia. Alangkah terkejutnya bapak aku bila nampak orang yang takde kepala berlegar dalam bilik air rumah sewa tu. Makhluk tu hanya berlegar-legar je disekitar bilik mandi macam mencari something.

Bapak aku yang kaya dengan pengalaman ni tegur makhluk tu sampai mak besar yang tadinya di atas katil dalam bilik datang ke suami dia. Melihat kejadian tu, mak besar pon mulalah keluar loghat jawa dia dengan memohon agar makhluk tu pergi. Macam cerita hantu yang lain, makhluk tu hilang tapi persoalannya makhluk tu akan datang balik ke keesokan harinya dan macam mana bapak nak bawak anak-anak dia tinggal dengan dia sedangkan anak dia baru berusia 7 hingga 12 tahun.

Gangguan demi gangguan bapak aku dengan isteri dia kena hadapi tapi disebabkan poket kosong terpaksa la juga menetapkan situ. Dalam masa seminggu yang pertama tu, bapak aku pon buat bacaan Yassin dan mohon air Yassin untuk langkah keselamatan. Selepas seminggu, dia pon bawak la anak-anak dia menetap sekali dengan dia sebab dia rasa makhluk-makhluk ni dah takde.

Tapi apabila anak-anak dia menetap kat rumah tu, mulalah ada pengalaman baru yang diceritakan. So pengalaman dalam rumah tu yang aku dengar, selepas anak dia duduk sekali, bapak aku nampak satu makhluk bertenggek kat atas almari dalam bilik anak-anak dia. (FYI: Bilik-bilik diowang takde pintu) Makhluk ni berwarna hitam, berambut panjang. Tapi rambut dia serabut. Dari cerita bapak aku tu, makhluk ni tak berpakaian tapi tidak menampakkan tubuh badan.

Waktu bapak aku perasan, makhluk ni tengah tengok anak-anak bapak aku. Bapak aku yang baru bangun tido nak ke tandas tu agak terperanjat melihat makhluk tu. Makhluk tu hanya melihat tapi takde la pulak buat apa-apa. Mujur, air Yassin ada di dapur. Bapak aku terus pergi dapur ambil air Yassin dengan niat nak renjis dekat makhluk tu. Sampai je ke bilik tu, makhluk dah takde kat almari tu. So bapak aku ni pon cari la makhluk tu kat dalam bilik. On lampu bilik, tengok bawah katil anak-anak dia, bukak almari, check pon takde.

So off lampu, dia pon nak keluar bilik, lalu sebelah cermin, bukan almari cermin, tapi hanya cermin, alangkah terkejutnya bila makhluk tu tengah duduk atas belakang dia bila dia tengok melalui cermin. Allahu rabbi. Bapak aku pon lari keluar bilik tu sebab terkejut, berjalan pantas ke bilik dia. Sampai kat bilik depan, dia kejutkan isteri dia, isteri yang masih mamai (separuh sedar) lihat la suami dia tapi makhluk tu dah tak kelihatan. So mak besar ni pon, pergi lah melihat bilik ke bilik kot-kot terjumpa dengan makhluk tu, tapi alhamdulillah, tak jumpa. So diowang pon sambung la tido.

Around 4 ke 5 minggu camtu, sepupu aku yang berusia around 12 tahun ni terjaga around 2 pagi. Dia terjaga sebab anjing menyalak and dia nak buang air. Selepas dah melepaskan hajat dia, dia ni pon keluar lah tandas. Waktu tengah jalan nak ke bilik dia, ada orang berjalan and langgar dia. Selepas makhluk tu langgar dia, makhluk tu jatuh, waktu makhluk tu jatuh, sepupu aku ni cuba la nak tolong, dia sangka mungkin ayah dia tapi bila dia tolong nak angkat, tengok makhluk ni takde kepala.

Terkejut dengan makhluk ni punya anggota, dia terus lepaskan makhluk ni sambil undur ke belakang. Lepas tu dia tanya dalam keadaan nada yang yang agak kuat, “Hang sapa?” Makhluk tadi mengesot dengan laju masuk ke arah bilik bapak and mak besar aku. Lepas tu apa lagi, sepupu aku ni menjerit la sampai mengejutkan bapak and mak besar aku. Bingkas bangun tido dan pergi ke anak diowang, diowang tanya kenapa, dia pon cakap ada perompak takde kepala masuk rumah kita. So mak besar kata tu imaginasi dan suruh anak dia pergi tido semula.

Malam keesokan harinya, family aku pergi la melawat rumah abang ayah aku ni. Sambil borak, aku terdengar la pasal cerita ni, aku pon pergi tanya direct kat my cousin, dia pon bagitau la fizikal makhluk ni. Makhluk ni pakai baju melayu berwarna hitam, ada samping kain pelikat warna coklat gelap. Kat leher dia ada parang yang terpacak tapi takde darah. Lepas balik dari rumah sepupu aku tu, malam tu aku tak boleh tido sebab macam takut dengan gambaran yang diberikan (sebab aku kanak-kanak lagi waktu ni). So after that event, ayah aku dah tak bagi bukak cerita hantu depan aku. So setakat tu je la yang aku boleh kongsikan.

Yang aku tahu selepas, 13 tahun bapak aku menetap di situ, dia dihalau oleh tuan rumah disebabkan tuan rumah yakin rumah tu dah takde dah hantu. Bapak aku bagitau makhluk tu still ada dalam rumah tu Cuma dia dah tak mengaggu keluarga bapak aku.

Malam tu, tuan rumah masih tak percaya yang kata-kata bapak aku tu pergi menetap kat rumah tu nak membuktikan yang makhluk tu dah takde tapi mati kena serangan jantung. Aku tak la cakap dia mati sebab makhluk tu, sebab ajal maut di tangan tuhan. Lepas kejadian tu anak tuan rumah tu take over and buat taman perumahan baru. Yang jadi tanda tanya, walaupun taman tu ada 10 buah rumah, tapi takde satu penghuni pon yang menetap, semua buat homestay. Sampai sekarang. Tapi rumah tu habis dijual. Cuma pembeli buat homestay that’s all.

-Kak Sinah-

12 thoughts on “Rumah Batu-Batuan Taiping”

    • Kah kah kah…
      Kite bakor…kite bakoorrr…!!!!
      Tgn tu jgn lupe kasi pusing2 sket…
      Hahahahahha…
      Idokler…geram btol teman dibuatnye…
      Mse umah berhantu, duduk pree pn xper…
      Udoh bersih, dihaloo nye oghang tu…
      Mmg kite bakooorrr….

      Reply
  1. Wah wah wah wahhhh ko Kak Sinah, mmg gempak citer ni. Keme nak rekki kat mana ke homestay ni dimaksudkan. Payah gak kadang nak deal dengan orang yang tak percaya, takmo dengor kate, yang rasa dia lagi bagus daripada orang lain, especially orang susah mcm bapak Kak Sinah. Kesian bapak. Tapi takpelah. Bapak pon dah tak dok situ lagi. Gamoknye, ndak ke idak si anak arwah tuan rumah caya tapak tu puaka ke idok ye? Ermmm…..

    Reply
  2. aku rasa macam tau je tempat ni kat mana? tapi kat kawasan perumahan tu dah ada orang mnetap tapi satu family je kak sinah oi..hehe

    Reply

Leave a Comment