Nama aku kahirul akmal.suamiku bernama firdaus.aku sdg mengandung 5 bulan anak pertama hasil perkongsian hidup aku dgn suami aku firdaus.
Suami ku di naikkan pangkat dan ditukarkan ke bank islam kelana jaya. Mungkin rezeki anak sulung yang sedang aku kandungkan ini.aku dan suami sangat gembira sekali.
Si suami telah mencari rumah sewa yang berdekatan dgn tempat kerja supaya senang untuk dia berulang alik ke tempat kerjanye.
Aku hanya suri sepenuh masa.lagi pun suami ku seorang yang sangat kuat cemburu. Sememangnye dia tidak suka aku bekerja. Dia lebih suka aku duduk di rumah menjaga makan minum dan menunggu dia balik dari kerja.
Aku pun tidak lah kisah sangat sebab aku bukan lah isteri yang pentingkan kerjaya dari rumahtangga. Suami ku mendapat rumah sewa yg begitu murah hanya 500rm sahaja untuk sebiji rumah teres 3 bilik.memang besar bagi aku.
Kata orang-orang dan jiran jiran di taman itu.rumah teres seperti kami susah untuk dapatkan harga semurah itu.
Aku berfikir ini adalah rezeki anak dalam kandungan aku.
Sudah hampir seminggu kami duduk di rumah sewa itu. Suatu malam aku terjaga dari tidur.aku rasa nak buang air kecil. Masa aku berada di dalam toilet yang terletak diruang dapur.aku terdengar orang sedang menyapu air di dalam longkang betul2 belakang rumah aku. Aku fikir jiran .pelik juga tengah-tangah malam buta ni apa di buat cuci longkang .aku malas nak fikir.
Sebaik aku keluar aku tengok jamdi dinding menunjukkan jam 2 pagi, tiba2 bulu roma aku meremang.cepat-cepat aku berjalan masuk ke dalam bilik. Suami ku sedang lena di ulit mimpi agaknye.
Masa aku hendak pejamkan mata aku dengar lagi orang seperti sedang memberus lantai rumah. Aku rasa pelik tapi malas aku nak fikir.akubterus ambik bantal dan tekup telinga aku.
Sok pagi sewaktu aku sedang melayan suami aku menikmati sarapan pagi . Aku cuba bukan cerita pasal apa yang aku dengar semalam. Suami ku kata mungkin jiran sebelah atau belakang yang membersihkan rumah. Suamiku cuba memujuk aku supaya jangan takut benda-benda macam tu. Semuanye adalah makhluk allah katanya.
Aku hanya mampu tersenyum. Suami ku kata malam ni dia kena balik lambat ada banyak keja yang perlu dia selesai kan.
Aku memang tak kisahpun sebab aku dah biasa tinggal sorang sejak berkahwin. Suamiku memang seorang yang kuat bekerja sampai ke tengah malam semata mata untuk habiskan keja dia. Dia tidak suka kerja yang bertangguh tangguh. Itu sebab aku sudah biasa di tinggalkan sampai larut malam.
Petang tu jam menunjukkan jam 7 sudah nak masuk magrib, aku mencapai buku majalah lalu aku berbaring atas kerusi malas yang betul betul menghadap pintu rumah.
Betul la orang tua-tua berkata bila nak dekat senja tutup semua pintu dan tingkap nanti ada yang datang menyinggah.
Aku malas nk bangun tutup pintu. Jadi aku biarkan saja pintu rumah terbuka. Terasa sesekali angin masuk ke dalam rumah sambil membaca aku sesekali menjengah muka ku ke arah pintu mengharap suami aku akan pulang cepat.
Tiba aku ternampak seorang kanak-kanak berkepala botak dan berpakaian bàju cina berwarna merah sebiji macam hantu-hantu cina yang pernah aku tengok di tv.
Budak itu berumur lebih kurang 1 tahun lebih yang baru nak belajar berjalan.
Dia berdiri di luar pagar seperti mengharap aku akan panggil dia masuk tapi aku diam sahaja sambil perhati ke arah dia.
Tiba dia masuk menembusi pintu pagar hadapan dan juga pintu grill kemudian memanjat badan aku dan duduk di atas perut aku sambil ketawa dan mengusap usap perut aku seolah olah sedang bermain dengan baby dalam kandungan aku. Dia gelak mengekek gekek sambil sesekali memandang ke arah aku. Sambil tangannye menampar nampar perut aku.kadang-kadang terasa juga sakit nya.
Aku terasa terhibur bila tengok gelagak budak cina itu.
Sejak hari itu bila suami aku balik lambat je budak cina itu lah yang menemani aku.
Akhirnye aku tau dia adalah hantu budak cina.
Walau pun perasaan takut tu ada tapi hati ku tidak kesampaian jika aku menghalang dia dari masuk kerumah.
Akhirnye kisah budak ini aku ceritakan pada suami aku.
Suami aku takut jika aku di apa-apakan.
Suamiku meminta aku memanggil abg ipar aku seorang bomoh besar untuk memagar rumah aku supaya budak cina itu tidak lagi masuk dan menganggu aku dan anak dalam kandungan aku.
Bila setiap malam pulak jamn12 ke atas aku mendengar orang memberus lantai dan mencuci longkang belakang. Akhirnye suamiku juga dapat mendengarkan bunyi orang memberus lantai memang betul-betul belakang pintu dapur rumahnye
Kerana bimbangkan aku. Suamiku sendiri menelipon abg iparku untuk datang ke rumah kami.
Pada hari berikutnye abg aku pun sampai.
Abang Baku mulakan jampi pagar rumah aku. Dia memegang segenggam bertih jagung yang dah siap di campurkan dengan garam di baca-baca lalu di tabur di sekeliling rumah.
Keesokan harinya seperti biasa aku tinggal sorang masa senja tu. Aku nampak budak cina tu datang tapi dia tidak berani untuk masuk. Dia menangis di luar pagar sambil mengosok gosok matanya.
Tiba-tiba aku rasa sayu bercampur sedih. Aku melambai panggil dia masuk tapi dia tetap berdiri di luar dan terus menangis.lebih kurang jam 10 dia pun menghilangkan diri.
Hatiku benar-benar rasa pilu atas kehilangan budak hantu itu. Sejak hari itu dia tidak lagi mencul-muncul begitu juga bunyi bunyi yang datang dari arah belakang rumah.
Satu hari aku terserempak dengan jiran aku.
Aku bertanyakan kisah lampau rumah itu. Jiran aku itu merupakan org berbangsa cina. Rupanye rumah itu ada sejarahnya. Jiran aku menceritakan sebelum ini ada 1 keluarga cina memang tinggal di situ.
Di rumah itu dulu ada berlaku satu kematian budak cina berumur dalam lingkungan 1 tahun lebih.
Adat cina mengatakan sepatutnya kalau ada kematian dalam rumah. Mayat itu hendaklah di letakkan di luar rumah tapi mereka telah melanggar pantang orang-orang cina.
Mayat budak hantu itu di simpan di dalam rumah selama seminggu. Sejak ari, itu umah itu di katakan berhantu dan selalu di datangi oleh budak hantu itu untuk bermain.
Suami aku telah mengajak aku berpindah ke tempat lain setelah dia mengetahui rumah itu berhantu.
Aku dengan rasa berat hati akur dengan kemahuan suami.
Setelah puas mencari rumah sewa lain akhirnye kami temui konda jadi kami pun segera berpindah.sekarang kami sudah tidak di ganggu lagi. Semua ini berlaku 4 tahun yg lalu.
Baby dalam kandungan aku pulak meninggal tidak cukup bulan.
Belum ada rezeki aku lagi.
Sekian terima kasih
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
sedih plak dgn hantu budak tu..1 thn plak tu..
Hmm , kenapa bomoh ?
saya simpati tentang kandungan bayi akak…belum ada rezeki
aku tahu kenapa kandungan kau tak cukup , sebab diganggu oleh hantu cina .
Jalan cerita penuh penipuan dan tak masuk akal
nama pun fiksyen.. baca untuk hiburan la…
Sepatutnya bila mengandung bykkan mengaji terutama waktu senja..pintu tingkap tutup time senja bukannya dibiarkan terbuka..mmg la setan suka dtg.
Lagi satu kenapa dilayan hantu budak tu..adoi la..nasib la ko bukan adik aku..eeee..lps ni beringat la.
Doa byk2 moga dpt zuriat..laki berpangkat ni ramai wanita suka..simpati ank dlm kandungan meninggal tp salah ko gak sebab biarkan hantu main dgn perut ko dulu..bertuah la si suami tu tak marah..
mental kot pompuan ni. selalu yang mental je tak dapat beza hantu ngan manusia ni or dia tipu je citer ni. haha.
Hahahaha lawak plak baca part ni
“Tiba dia masuk menembusi pintu pagar hadapan dan juga pintu grill kemudian memanjat badan aku dan duduk di atas perut aku sambil ketawa….Akhirnye aku tau dia adalah hantu budak cina” hadoiii manusia bole ke tembus pintu ?
Anyway, takziah atas pemergian anak sulung awak. In sha Allah ada rezeki di kemudian hari ?
Ok la, not bad la kalau tipu skalipun.. atleast dia x poyo mcm sesetengah penulis, BAHASA DIRI dia pn aku da pening nk baca..
Apa pn takziah yer, doa banyak2 mintak di jauhkan dr gangguan n di murahkan rezki..
ku hanya suri sepenuh masa.lagi pun suami ku seorang yang sangat kuat cemburu. Sememangnye dia tidak suka aku bekerja. Dia lebih suka aku duduk di rumah menjaga makan minum dan menunggu dia balik dari kerja.
1)bagus lah alhamdulillah ko dpt suami cenggitu dan rajin bekerja…
Jaga tok laki mu elok-elok ya. Jngn bagi dia jealous.
2)org memgandung ennag jg nak attract benda² mcm ni. Jadi bnykkan ibadah, mengaji apa semua. Nasib lah benda tu x buat pa pe yg pelik.
3)takziah ya…x pe anak tu tunggu mu di syurga. Den doakan mu dpt Anak ya. Aamiin
tah apa2 pulak citer ni..merapu
Aku bce ok je..rse sedey pn ade. Npe rmi lk yg bash crite ni. Myb sb die xnak terlalu panik (sb die kn kne tinggal sorg kt situ) jd die cube bsangka baik yg budak tu bkn hantu..lgpun myb rupenye xterlalu menakutkn cm typicalnye, myb la, myb.. ppepun takziah atas khilangan bayi, smoge ade rzeki lg.
hm. cite apa nih? aduhh
bole pulak suka dok berteman hantu eh?
hantu tu kan jelmaan syaitan.
mmg idok ler dia berniat baek akak oi
siap sedih tu ha nak pindah rumah.
siap lambai panggil hantu tu masuk dlm umah pulak.
haduii
taktau nak ckp ap sbb ko bg hantu tu main perut ko..boleh jgk tu jd punce..hm…
apa2 pn nasihat aku kita ni manusia xboleh berkawan dgn bukan manusia..jin dan syaitan tu jelmaan budak tu..ko kene hadam ni.tq..
ntah apa2. ishh
#cumel