Rumah Blok 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Thanks admin FS if cerita simple aku ni disiarkan. aku memang peminat FS dan pembaca yang tak kira waktu dan tempat. Hehehe. Anyway, baru sekarang terfikir nak cerita benda yang jadi kat diri sendiri. Ini kisah rumah blok 6.

Kisah ni berlaku sekitar tahun 2014 ke 2015. Waktu tu aku masih student degree di sebuah ipta yang famous la jugak. Kawasan U aku ni memang dikatakan kawasan yang keras kerana sejak kawasan baru ni membangun memang banyak kejadian mistik dan paranormal sekitar area U ni. Banyak jugak upacara dan langkah2 yang terpaksa penduduk sini buat untuk memastikan diorang tak diganggu.

Masa cerita ni berlaku aku baru 23 tahun, pelajar tahun 4 yang sedang menjalani praktikal dan sedang menyiapkan thesis final. Masa ni aku dah pun berkahwin dan sedang pregnant. Aku tak duduk dalam kolej kediaman sebab U aku ni ada menyediakan rumah blok 6 ni iaitu untuk student yang dah kawen atau staff. Aku bersyukur jugakla sebab dapat rumah ni yang complete dengan perabot tak macam kolej luar yang lain tu.

Aku duduk tingkat atas pada mulanya tapi sebab dah sarat dan x larat naik tangga sampai tingkat 5 aku mintak tukar tingkat bawah. Maybe rezeki aku waktu tu dapat rumah selang sebelah tu je tapi bawah sekali. Seronoklah konon x payah naik tangga. Masa first time pengurus tu bawak tengok rumah lagi aku dah rasa rumah tu semacam sebab x complete dengan perabot, pastu macam rumah lama and x ada orang duduk (padahal last org duduk 2 minggu lepas) pastu rumah tu macam berakar2 dan macam rmah yang kena air tu dindingnya. Soggy sgt tengok dan aku berat hati nak pindah tapi sebab husband kata itu yang terbaik aku pun pindah jugak.

Gangguan yang sebenar bermula selepas anak aku lahir. Aku x lama berpantang dekat kampung, masa pantang pun banyak husband aku yang jaga sendiri so bila dia g kerja aku tinggal sorang la dengan baby kat rumah. Dia pulak kerja memang sampai malam so selalunya pkul 9 baru dia balik. Satu malam time anak aku tengah tido and aku plak bertungku, hanger tiba2 jatuh daripada ampaian. Hanger tu berat dan tebal tau bukan jenis yg senang jatuh klau kita x unhook kan cangkuk dia. Lagipun ampaian aku pun besi tebal yg dalam rumah tu je. Aku dah seram tapi aku biarkn je malas nak sangkut balik.

Kedua, masa mandi tiba2 gayung yg aku sangkut elok2 tercampak dalam kolah yg jaraknya memang x masuk akal kalau orang kata jatuh sebab angin. Cermin bilik air tiba2 senget. Bila masak dekat dapur pulak pinggan dgn Tupperware jatuh daripada rak la beralih sendiri la. Yg paling seram bila tengah malam bunyi orang mandi la, basuh pinggan la, masak la dekat dapur. Aku bagitau husband aku rupanya dia pun dah lama kena ganggu masa aku kat kampung lagi. Rupanya dia kena pun sama teruk. Macam ada orang baring sebelah dia lah, masuk bilik air lah.

Satu hari tu masa abang aku datang dengan ayah aku tido rumah tu, waktu siang pulak tu, tiba2 helmet jatuh daripada rak. Masalahnya helmet berat kot, lagipun aku letak betul dah kat dalam rak bukan tepi2. Ini macam ia saja ditolak jatuh kebawah. Nasib x kena abang aku masa tu.

Dengan anak aku lagi la sedap dia mengacau. Ada sekali tu masuk bilik duduk je atas katil anak aku pandang je atas sampai ke tingkap pastu tiba2 menangis kuat gila. Kadang tu tengah sedap tido terbangun nagis kuat macam ada orang kacau dia tido. Kadang macam kena dera dengar dia menangis tu. Dia selalu pandang atas almari baju tu pastu menangis. So satu malam husband aku baca ayat suci untuk tengok *dia boleh Nampak sikit2. Dia kata memang ada dalam rumah tu lebih2 lagi kat dalam bilik.

Kitorg terus mintak tolong sorang pak cik kat kampung husband ni. Dia baca ayat suci dan Tanya alamat je. Dia bagitau kawasan tu memang keras dan dia kata mesti benda tu pernanh bagi petanda. Dia Tanya pernah x aku mimpi apa2? Aku kata memang ada, dan dia kata nenek tua kan? Macam nenek2 dn bongkok? Aku kata betul, ada satu tengahari tu aku anak and husband tgh tido aku mimpi nenek tua tu duduk dekat pintu bilik aku baca ayat apa ntah mcm nak Tarik anak aku sekali ikut dia. Aku terjaga pun sebab husband aku kejut dia kata aku baca ayat kursi kuat sgt banyak2 kali.

Mimpi kedua aku mimpi aku tengah masak kat dapur husband pulak tido dalam bilik dgn anak aku tapi nenek tu bawak anak aku smpai tembus dinding ruang tamu. Pak cik tu ada tolong jugak tapi dia bagitau nenek tu memang x boleh dihalau, situ memang rumah dan tanah dia. Dia lahir, membesar dan m**i serta ditanamkan pun disitu. Masa ni memang aku takut dah dan bila dah balik rumah aku cakap aku cuma nak menumpang je sampai habis belajar. Tiap2 malam aku terpaksa pasang lampu terang benderang sebab paranoid.

Selepas aku tamat praktikal dan thesis satu malam tu husband aku plak mengaji dalm mimpi dan baca ayat kursi dalm tido. Dia mimpi anak aku duduk dalam satu rumpun bunga dan rumput yg tebal, terperangkap dalam tu tapi happy gelak2 je main dgn nenek tu sampai mengekek. Malam tu aku g toilet aku nampak kelibat bayang2 hitam yg lalu lalang dalam rumah. Aku tengok and peluk je anak aku takut jadi apa2. Pastu dengar novel and buku satu satu jatuh daripada rak. Memang dia nak tunjuk sangat dah tu.

Pak cik yang tolong kitorang tu tiba2 telefon, dia kata benda tu dah ada dalam bilik sebelah yg kami x guna tu dan atas almari baju. Tempat dia adalah di sudut2. Dia kata benda tu memang dah suka kat anak aku dan suruh kami segera keluar sebab aku pun dah habis study. So esoknya jugak kami balik kampung dan bawak brg penting dulu. Sebulan lepas tu baru kami bawak semua barang keluar dan pindah betul2. Itupun husband aku je yang pergi sebab pak cik tu x bagi aku pergi atau jejak lagi rumah tu. Dia takut benda tu x bagi aku dgn anak aku keluar dah dari situ.

Sehingga ke hari ini rumah tu x ada orang duduk dan rupanya jiran aku yg sebelum2 ni pun ada rasa benda yg sama tapi x teruk diganggu sebab x ada baby kecik. Maybe betul dia memang suka anak aku tapi semua tu wallahualam. Rupanya jugak masa kitorang diuduk situ tu dah 10 tahun blok tu di tutup. Diorang baru je bukak semula dan kitorg duduk situ pada tahun ketiga ia dibuka semula. Patutla juga ia satu2 nya blok yg U tu ambil untuk dijadikan kolej. Blok 1,2,3,4,5 semua blok umum bukan under U. Blok ni je dipagar sebab under U katanya.

Aku harap tak ada lagi family lain pindah rumah tu. Management kata diorang bagi penduduk yang setelkan sendiri hal2 yang mcam tu. So, bagus jugak rumah tu x de siapa yg duduk dah.

Tapi sebenarnya semua tempat pun ada kisah macam ni terpulang kepada kita untuk menanganinya atau memahaminya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan maaf jika panjang sangat. –Mummy-

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Mummy

10 thoughts on “Rumah Blok 6”

  1. Sepatutnya dari awal lagi buat bacaan yasin, tahlil dan sebagainya masa masuk rumah tu.. Kemudian bila dah start kena kacau tu minta bantuan orang-orang yang berilmu datang dan cuba bantu, takkan tunggu je dan pasrah kat dalam rumah tu kan. Anyway semoga dipermudahkan segala urusan lepas ni dan tak kena ganggu lagi ye.

    Reply
  2. Seram / Tak (2 marks) = 2
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 2
    Real / Fake (2 marks) = 2
    Whole story (2 marks) = 2
    Total : 9/10

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.