Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Terima kasih admin sebab accept story saya yg ketiga ni. Cerita kali ni agak panjang. Harap maaf. Semoga terhibur.
Jun 2014. Bulan saya & suami bergelar pengantin baru. Kenduri kami buat yg wajib aje. Honeymoon pun hold dulu sampai hujung tahun. Nawaitu kami masa tu cuma nak senangkan hati mak bapak je dulu. Biasa la org tua mesti risau anak2 berkawan, duduk jauh pulak. Nak elak maksiat katanya.
Walaupun dah dpt title husband & wife, kami masih tinggal berasingan. Hubby kat rumah sewa dia & saya kat rumah sewa saya. Kami tak sempat nak ready rumah lagi masa tu. Kat Penang ni kalu nak sewa rumah kebanyakannya mesti melalui agent. Mesti kena tetak la dengan deposit itu ini & agent fee bagai. Mau cecah RM2000 lebih utk masuk rumah sahaja. Pikir punya pikir, kami decide utk cari bilik sewa dulu. Sementara tu kumpul duit untuk sewa rumah nanti.
For the next few weeks, kami pun gigih cari bilik sewa yang boleh terima couple. Makan masa 2 minggu jugak la untuk dapat bilik yang direct owner. Senang sikit. So, lepas kerja kami pergi tengok rumah yang terletak di Jalan Gajah, Tanjung Tokong. Kami jumpa owner rumah, saya panggil Madam utk discuss pasal sewa & bayar deposit sekali. Rumah Semi-D 2 tingkat jenis lama. Agak suram sbb dkt laman rumah byk pokok2 rimbun. Depan rumah ada porch. Honestly, feel tak berapa best la rumah ni. Tapi, desperate times call for desperate measures. Kami redha je masa tu.
Rumah besar 2 tingkat, kami sewa small room je. Bilik paling murah sewa RM300. Tu pun dah cukup besar utk kami berdua. Kira muat masuk queen bed & sofa 2 seater. Bilik dah siap ada build in wardrobe & kabinet kecik. Tu je perabot kami masa tu. Saya cerita serba sikit pasal rumah ni. Tingkat bawah Madam dah convert jadi kelas tuisyen. Madam ni bekas cikgu & dia mengajar tuisyen je. Biasalah, ada kerusi meja, whiteboard & rak buku. Mini pantry & toilet. Ada pintu utk pergi belakang rumah. Kat belakang tu ada bilik store & bilik maid. Tingkat atas pula ada 3 bilik yg blh dikatakan besar. Ada 1 bilik mandi. Bukan bilik mandi yg dlm master bedroom tu. Kira 3 bilik kena share 1 bilik mandi.
Awal bln Julai kami pindah masuk bilik tu. Madam punya rule, kereta kena park kat luar. Tak blh park kat porch supaya senang budak2 datang tuisyen. Tuisyen ada 2 sesi, 9am – 11am & 4pm – 7pm. Rabu sampai Sabtu. Kebersihan kena jaga & tak boleh bising2. Macam budak sekolah dah, baik Madam! Oh ya, rumah besar tu kami dua org je penghuninya. Madam ada rumah lain. Madam kata, ada lagi org nak sewa bilik bulan depan. Ok, no problem.
Yes! At last, kami dah blh duduk sekali sebagai husband & wife. The End. No guys, cerita baru nak mula..
Day 1
Saya terjaga pagi tu sebab terhidu bau taik anjing. Bau yg kuat amat seolah2 anjing berak dalam bilik. Saya bangun, tutup tingkap & tido balik. Tiba2 Hubby bangun marah2, ‘Haram betui! Apa yg busuk sgt ni!’. Dia capai Ambi Pure & spray semahu-mahunya. Saya tercengang, tak tau nak cakap apa. ‘Awak bau dak?’, Hubby tanya. Saya angguk je. Lepas tu kami tak jadi sambung tido. Bangun siap2 utk keluar cari breakfast. Dua2 cuti, hari minggu. Walaupun ada insiden pelik pagi tu, suasana pagi di rumah tu sgt nyaman. Sejuk, udara segar & burung2 berkicauan. Nice sangat. Mungkin sebab kawasan Jalan Gajah tu jauh dari jalan besar. Memang privasi la.
Aktiviti hari tu semestinya mencuci & mengemas bilik. Bilik tu berhabuk macam dah lama kosong. Bilik air pun kami cuci bersih2. Lepas asar baru siap semua. Hubby tak lupa pagar bilik tu empat2 penjuru. Dia kata, just in case sebab kemungkinan bilik ni dah lama kosong. Lepas solat maghrib, kami keluar makan. Sambil makan sembang2 la.
‘B, naper pagi tadi bau taik?’,
‘Ntah. Menatang tu nak sambut kita kut. Pagi2 dah mkn taik’,
Jawapan apakah ini. Maksudnya, kami perlu bersedia menerima bahawa sememangnya ada ‘penghuni’ lain di rumah tu. Damn! Pukul 10pm kami balik rumah. Suasana mlm mmg berbeza dgn suasana pagi. Horror gila! Siap dgn anjing salak sahut menyahut. Takde kereta yg lalu pun. Jiran2 semua pun tak nampak. Nasib baik lampu porch tu ada timer on/off. So, tak gelap sgt. Cepat2 masuk rumah. Dalam rumah gelap jgk, samar2 lampu porch je. Menggagau nak naik tangga. Malam tu kami tido awal sbb penat kemas bilik. Sambil2 lelap mata, sayup2 bunyi anjing menyalak. Dah dekat pukul 12, tak penat ke anjing2 ni..
Day 5
Typical weekday. Masing2 kalut bersiap nak pergi keja. Dah salam & cium dahi semua, kami gerak pegi keje. Kami drive kereta masing2. Dalam kesibukan bekerja, saya terasa betis kanan saya berdenyut. Bukan sakit, lenguh je. Malas nak amik port, maybe banyak berdiri kut. Petang tu sebelum balik rumah saya tapau nasik bungkus siap2 utk makan malam kami. Saya sampai rumah dulu. Masa tu lebih kurang pukul 6.45pm. Nampak budak2 tuisyen ada lagi. Saya parking kereta dan masuk rumah. Saya sapa Madam dengan senyuman je. Tanak ganggu kelas. Terus naik atas & mandi. Pukul 7.30pm Hubby sampai. Cepat2 dia mandi utk solat maghrib sama2. Selesai solat, saya siapkan makan malam. Kami makan bersila atas lantai je, takde meja makan. Sambil makan sambil tengok berita. Dah makan semua, macam biasa lah buat aktiviti suami isteri. Hubby goyang kaki tgk tv. Saya iron baju keje untuk esok. Korang ingat aktiviti yang ehemm tu ke? Haha!
Hampir pukul 11pm mata masing2 pun dah layu. Saya pegi bilik air gosok gigi, siap2 untuk tido. Lepas tu turn Hubby pulak. Saya capai losyen badan. Biasa la, pompuan sebelum tido. Tiba2 saya perasan ada lebam sebesar penumbuk bayi kat belakang betis saya. Lebam biru merah. Macam bentuk gigitan pun ada. Bila tekan sakit.
‘Awat kaki syg?,’ Hubby tanya sambil kunci pintu bilik.
‘Taktau, mcm kena gigit ni B..’ Saya dok ralit tgk lebam tu.
‘Mai sini nak tengok jadi lagu mana’ Hubby usap dari belakang betis saya sampai hujung jari kaki 3x sambil baca alfatihah & 3 qul. Malam tu saya tido pakai seluar panjang. Tu la, pakai short lagi. Kan dah kena gigit!
Dalam dok feeling nak tido tu, Hubby bersuara ‘Dia dah berani tokak noh.. Nanti sat!’ Saya tak berani nak kata apa. Last2 terlelap jgk dgn alunan salakan anjing yg seolah-olah tiada kesudahan.
Lebam hantu gigit tu lepas seminggu baru hilang.
Day 7
Hari Sabtu. Hari Malas. Dua2 mereput tengok tv kat rumah je. Tv kami takde astro, ada antenna je. So, cuma boleh tengok TV3 & NTV7. Roti & megi cup jadi habuan perut hari tu. Lebih kurang pukul 6pm Hubby ajak keluar. Dia kata member dia Mat wassap ajak pekena teh. Mat tunggu kami kat gerai dekat kawasan pangsapuri rumah sewa dia, tak jauh pun dari rumah kami.
Macam2 citer kami sembang. Mat ni dah lama dok dekat Tanjung Tokong tu. Dia kata Jalan Gajah tu angker.
‘Ampa tau pasaipa anjing dok salak tak berenti kat area rumah ampa dok tu? Bukan anjing pun sebenaqnya. Menatang tu la. Mana ada anjing hari2 salak tak berenti. Pastu, pandai plak anjing tu salak betui2 maghrib sampai ke subuh.. logik ka tu?’ Gigih si Mat ni bercerita. Ada betul jgk teori dia tu.
‘Jalan Gajah ni pun pada la.. byk banglo lama, yg kosong pun byk. Kalu tak silap aku ada kawasan kubuq kat2 situ jgk. Cuba ampa pi try ronda’. Sambung Mat lagi. Takpa Mat, terima kasih je lah.
Sembang punya sembang, tgk jam dah dekat pukul 9pm. Kami pun beransur balik ke rumah masing2. Sampai depan rumah, saya rasa seram sejuk. Ye, anjing masih lagi menyalak. Hubby bukak pintu rumah & saya ikut rapat belakang Hubby, mata dok pandang keliling. Tiba2 Hubby tempik kuat ‘HAIHH! BERANI HANG MAI!’. Macam nak gugur jantung saya. Hubby terus bukak semua lampu, tingkat bawah & atas sekali. Saya tak lepas tangan Hubby, takut sampai bodo sekejap. Pastu Hubby suruh saya dok dalam bilik, dia nak turun bawah.
Dalam 15min Hubby masuk bilik. Dia kata tadak apa dah, dia dah check kat bawah tadi.
‘Ada apa B.. Saya takut laa..’
‘Dak, masa kita nak masuk rumah tadi saya nampak bayang hitam dok terpa mai kat kita. Saya terkejut tu yg saya jerkah. Tadak apa dah. Awak tidoq dulu, saya nak isyak sat’.
Malam tu kami tido2 ayam je. Masing2 pasang telinga. Orang kedah kata dok par dengaq ja kut jadi apa malam tu. Sekali sekala terdengar bunyi kerusi diseret kat bawah..
Day 8
Pagi ahad tu aman je walaupun semalam kena kacau. Aktiviti pagi tu pegi laundry basuh baju. Pastu pegi beli barang kat Tesco & brunch sekali kat situ. Habis makan kami terus balik rumah. Sunyi jgk sebab hari tu takde tuisyen.
‘Sunyi kan kat sini B. Dah seminggu kita dok sini kira jiran pun tak nampak lagi la’. Saya dok lipat baju, Hubby dok tgk tv.
‘Ptg ni saya nak berubat rumah ni. Tgk jadi apa’ Selambe je Hubby ni.
Ptg tu lepas solat asar, Hubby buat solat sunat. Dia amik garam kasar yang kami beli di Tesco tadi & dia bacakan doa sambil tangan kanan gaul2 garam tu. Dia suruh saya dok dalam bilik. Dia nak berubat tingkat bawah dulu. Dah selesai kat bawah, Hubby berubat tingkat atas & bilik kami sekali. Lagi 2 bilik tu tak boleh masuk sebab berkunci. Hubby pagar sekali lagi bilik kami. Hari tu, habis satu rumah berterabur garam kasar atas lantai. Mesti Madam bising lantai rumah penuh garam. Lantak dia! Dah la bagi sewa rumah berhantu, nak bising lagi ke?
Malam tu saya tido awal, ngantuk sgt. Baru je terlelap, Hubby kejut saya. Dia kata menatang tu menangis dah. Betul, sayup2 dengar macam orang menangis. Huuu Huuuuu Huuuuuu…. Tapi tak pasti bunyi tu dari arah mana.
‘Dia kena dah, nak kacau sangat. Dah, jom tidoq’ Kata Hubby sambil tarik selimut. Malam tu kami tido lena.
Day 20
Hampir 2 minggu takde gangguan di rumah tu. Semua macam biasa je. Hari tu hari jumaat. Habis kerja Hubby suruh saya jumpa dia kat Strait Quay sebab nak terus pegi mkn. Dalam pukul 6pm saya sampai kat situ. Saya nampak kereta Hubby parking tepi jalan. Saya terus parking depan kereta dia. Saya tengok kat cermin kereta, nampak Hubby dlm kereta. Dia kelui saya. Oh, naik kereta dia kut pergi makan. Saya pun keluar, kunci kereta & jalan pegi ke kereta Hubby. Bila saya sampai kat kereta tengok2 takde pun Hubby! Kalut saya cari phone dalam beg, nak call Hubby.
‘Syg buat apa?’ Tiba2 Hubby kat belakang saya.
‘Allahuakbar B! Awak pi mana!?’ Saya dah hampir menjerit terkejut.
‘Saya pi beli ayaq kat 7E.. Awatnya?’ Hubby kehairanan.
‘Saya nampak awak dalam kereta dok panggil saya.. Saya mai tengok awak takdak dalam kereta pun!’ Saya dah rasa nak nangis dah. Hubby terkedu.
Hubby tarik tangan saya & kami duduk kat kerusi depan mall tu. Hubby amik phone terus call Abah (masa ni Abah ada lagi). Depa sembang lama jgk. Pastu Hubby kata Abah suruh balik kampung. So, malam tu lepas isyak kami gerak balik Aloq Setaq.
Kami sampai kampung lebih kurang pukul 11pm. Mak je dok tunggu, Abah dah tido. Mak siap masak mi goreng utk kami. Sambil makan cerita kat mak kisah bilik sewa kami tu. Mak suruh kami tido dulu, esok pagi baru berubat. Subuh tu Abah, Hubby & Mak solat jemaah. I cuti. Lepas solat & zikir semua, kami berdua mengadap depan Abah. Abah berubat saya dulu. Pulihkan semangat. Pastu turn Hubby. Berubat Hubby lama sebab Abah pasak bagi batin Hubby kuat balik. Dia pun dah goyang rupanya. Mau tak, hantu dah menyerupai dia kut! Abah pun scan rumah tu dari jauh. Dah selesai semua, Abah bersuara.
‘Hampa kena pindah.. rumah tu kotoq. Rumah tu bekas orang gantung diri. Lagipun, tu rumah org kafir. Bilik2 kat rumah tu dah lama takdak org dok. Hampa boleh pi masuk dok pulak’. Abah pandang ja kami.
‘Habis tu nak buat lagu mana la abah?’ Hubby bertanya.
‘Tu rumah dia yg hampa pi dok tu. Lama dah dia dok situ. Dia marah kat hang sbb hang kacau dia, sbb tu dia tiru rupa hang abang…’ Kata Abah lagi, kawasan perumahan tu pun mcm2 ada kat situ.
‘Abah, boleh tau dak kat mana dia gantung diri?’ Macam mana saya boleh tanya soalan tu pun saya taktau. Nak tau sgt! Saya tgk Abah mcm berat nak bagitahu.
‘Kat bilik tingkat bawah’ Abah bagitahu jgk. Saya & Hubby berpandangan. Memang jalan terbaik pindah keluar je dari rumah tu.
Petang tu kami bersiap2 untuk balik Penang. Abah ada pesan jangan duduk rumah tu sorang2. Dah salam Abah & Mak kami pun gerak balik. Dalam perjalanan balik tu kami deal, lepas ni balik kerja jumpa kat Tesco dulu, baru balik rumah sama2. Kami akan cuba bertahan sebulan lagi & cari rumah sewa lain secepat mungkin.
Day 50
Hari2 terakhir kami di rumah tu. Dekat 2 bulan jgk la kami dok kat rumah puaka tu. Walaupun dah berubat dengan Abah, kami masih lagi diganggu. Biasalah, gangguan2 cliche ni. Ketuk tingkap, cakar pintu, alih perabot, bayang hitam dan sebagainya. Kami hadap je. Duit dah cukup tapi rumah belum betul2 confirm lagi. Actually dah dapat rumah tapi jauh sikit, kat Bayan Lepas. Travel pegi balik kerja makan masa sikit la. Rumah tu pulak direct owner & sewa pun berpautan. Puas discuss pro & con, at last kami decide nak amik je rumah kat Bayan Lepas tu. Memang taknak dok rumah Jalan Gajah tu dah. Tunggu masa je nak pindah.
Saya bagitahu Madam kami nak pindah. Awalnya dia macam tak berapa suka je sebab tak bagi notis awal sebulan. Dia nak kira burn la duit deposit. Lepas pujuk memujuk, Madam kata dia boleh bagi half je deposit tu. Paham la dia pun tanak rugi kan. Ok la, dari tak dapat lansung.
‘Why you mau pindah?’
‘Sudah dapat rumah Madam, so sorry’
‘Nanti ada orang lagi mau sewa bilik, you all tak sunyi sangat la’
Ye la tu ada orang nak sewa. Tah2 kencing je Madam ni. Saya ada bertanya kat Madam rumah ni rumah siapa. Dia cakap dia pun taktau, anak dia beli rumah ni bank lelong. Dia cakap diorang pun tak pernah stay kat rumah tu. Madam kata dia dah ada rumah sendiri. Macam tu kisahnya.
Hujung bulan Ogos kami pindah dari rumah puaka tu. Sebelum keluar rumah tu saya berfikir sejenak. Kat mana orang jumpa mayat gantung diri tu, kat bilik maid atau kat bilik store. Wallahualam.
Terima kasih sebab gigih baca cerita saya yang panjang ni. Cerita ni tak seram sebab takde cik ponti & abg bunjut. Saya sekadar berkongsi pengalaman saya menyewa di rumah bekas orang bunuh diri. Sekian. Wassalam.
– Azura –
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Berani hampa naa
Alhamdulillah selamat dah keluar dari rumah tu ye..btw laki kamu ni kire handei jugak la ye..boleh dijerkahnye hantu tu..ape pon leh jadikan pengalaman n pengajaran..hehehee
Seram lah awak.mana tak seram plak…
yea ke kawasan penang nak sewa rumah kebanyakkan kena direct agent, first time dengar… rata-rata yang menyewa selalu yea direct jea dgn owner rumah…. mmm, pelik
Skrg kbnyakan agent yg handle umah sewa..sbb klw agent yg handle mmg sng dpt pnyewanya sbb agent mmg bt keja btul2 cri pnyewa cumanya mula2 nk masuk tu kira mcm kerat lehaq la hrganya ya ampunnnn…cuma ad jgk yg msih direct owner..kena pndai cari..
Kl penang skang nk sewa rumah mostly kena lalu ikut agent. Kalau dapat direct owner mmg untung la. Owner hire agent, kita pulak yang kena bayar gaji bdk2 agent ni.
untung dapat husband berani.. hihi
seram aih