Sebuah kereta berwarna ungu memasuki perkarangan rumah papan yang kelihatan sedikit usang akibat dimamah usia. Kereta tersebut berhenti tidak jauh dari tangga menuju ke pintu depan rumah itu. Enjin dimatikan. Perlahan-lahan pintu di buka. Seorang gadis berusia lingkungan 20-an melangkah keluar dari kereta tersebut. Lalu dia menutup pintu kereta dan membuka bonet untuk mengambil bagasinya. Dan perlahan-lahan dia berjalan menuju ke tangga rumah tersebut. Matanya memerhatikan keadaan rumah yang telah berusia itu. “Sudah setahun arwah mak ayah meninggal dunia, ini kali pertama aku menjejakkan kaki di rumah ni.” kata gadis tersebut.
“Kenanga, ambil kunci ni. Pergi buka pintu rumah tu. Buka semua tingkap kat dalam. Bagi habuk keluar.” kata seorang lelaki yang baru saja melangkahkan kakinya keluar dari tempat pemandu.
“Baiklah bang.” balas Kenanga sambil melemparkan senyuman yang manis terhadap suaminya yang baru saja 3 tahun mendirikan rumah tangga bersama. Lalu, dia berjalan ke arah suaminya untuk mengambil kunci rumah tersebut.
“Banyak kerja nak kena buat ni. Racun rumput, racun anai-anai. Nak kena gantikan balik mana dinding yang dah rosak dan berlubang.” kata suaminya sambil menyerahkan kunci kepada Kenanga.
“Wak Abu kata dia boleh bantu kita. Nanti abang cakaplah kat dia, okay?” balas Kenanga mesra. Kemudian, dia terus berjalan menaiki tangga rumah itu dan membuka kunci pintu rumah tersebut. Perlahan-lahan dia membuka daun pintu. Secara tiba-tiba, sekumpulan kecil kelawar terbang keluar dari arah dalam rumah. Membuatkan Kenanga terkejut dan menjerit. Suaminya yang baru saja sampai ke anak tangga, terkejar-kejar mendapatkan isterinya apabila dia mendapati isterinya itu menjerit.
“Kenapa sayang? Ada apa?” tanya suaminya cemas.
“Ada kelawar bang. Saya takut.” jawab Kenanga ketakutan.
“Laaa..Abang ingatkan apalah tadi. Kelawar je, tak payah takut. Rumah dah lama terbiar, memanglah macam ni.” balas suaminya selamber.
“Abang check lah dulu kat dalam tu. Mana tau kalau ada haiwan lain pulak yang menumpang. Please..tunaikan permintaan adindamu yang tersayang ni.” rayu Kenanga sambil membuat muka manja.
“Yalah, yalah. Kenanga tunggu kat kereta dulu. Abang masuk periksa kejap. Kalau 10 minit abang tak keluar, call polis okay?” jawab suaminya bergurau. Lalu suami Kenanga melangkahkan kaki kanan memasuki pintu hadapan. Dia membuka semua tingkap yang ada di ruang tamu rumah tersebut. Begitu banyak habuk dan sawang labah-labah yang harus dikemaskan. Semua perabot ayang ada di dalam rumah itu ditutupi dengan kain berwarna putih.
“Uish, dua tiga hari jugak baru siap ni.” bisiknya di dalam hati. Kemudian, dia menuju ke lima-lima buah bilik yang ada untuk membuka tingkap. Setibanya dia ke bilik yang ke lima, perasaan tidak sedap hati mulai menyerang. Dia merasakan was-was untuk memeriksa bilik yang ke lima tersebut. Bilik itu adalah bilik utama atau pun master bedroom. Bilik yang paling besar sekali di dalam rumah peninggalan arwah mak dan ayah mertuanya kepada Kenanga.
Dia membuang perasaan was-was itu jauh-jauh dan terus membuka pintu bilik tersebut. Tanpa membuang masa, dia terus membuka tingkap di bilik itu agar cahaya terus masuk dan menerangi kegelapan yang menyelubungi. Ketika dia ingin melangkah keluar dari bilik itu, dia terperasaan akan katil yang ditutupi dengan kain putih itu seakan-akan bergerak. Akalnya berkata ia mungkin akibat daripada tiupan angin dari luar. Namun, hati kecilnya meronta-ronta untuk menoleh dan periksa. Lantas, perlahan-lahan suami Kenanga menoleh ke arah katil tersebut dan dia mendapati bahawa kain putih itu timbul. Seperti ada manusia yang sedang sembunyi di bawah kain tersebut. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Perkataan ‘hantu’ terus menyingkap ke akal fikirannya dan membuatkan dia terus berlari ke luar bilik. Kemudian, dia memberanikan diri untuk periksa lagi sekali untuk mendapatkan jawapan apakah benar apa yang dia lihat sebentar tadi? Perlahan-perlahan dia melangkahkan kaki menuju ke depan pintu bilik itu. Matanya ditumpukan pada katil tersebut. Tiada. Kain putih yang menutupi katil itu elok berlapik. Seperti tidak ada pernah sesiapa pun yang mengusiknya.
“Ahhh..perasaan aku je rupanya. Apa da.. Selamat Kenanga tak ada tadi. Kalau tak, buat malu aku je.” rungutnya di dalam hati. Lalu dia berlalu pergi dari bilik tersebut dan terus menuju ke arah dapur di mana dia harus berjalan menuruni tangga. Setibanya dia di dapur, tanpa membuang masa dia terus membuka pintu belakang dan segala tingkap yang ada. Pada masa yang sama, dia memeriksa setiap sudut dapur termasuklah tandas jika-jika ada haiwan-haiwan liar atau berbisa yang menumpang rumah tersebut. Setelah memastikan semuanya selamat. Dia terus berjalan ke arah tangga.
Apabila dia ingin menaiki tangga tersebut, dia tertoleh sekilas ke arah kerusi yang berada dekat dengan meja makan. Seperti ada seorang lelaki tua sedang duduk di atas kerusi tersebut. Langkah kakinya terhenti di anak tangga yang pertama. Perlahan-perlahan dia menoleh kembali ke arah kerusi tersebut untuk memastikan. Tiada sesiapa di situ. Kemudian dia terus menaiki tangga dan berjalan menuju ke pintu hadapan. Ketika dia melintasi bilik besar, dia terdengar seperti ada bisikan yang memanggil nama isterinya, Kenanga.
“Kenanga…Kenanga dah pulang?” jelas kedengaran ditelinganya. Perkara tersebut membuatkan dia terus menoleh ke dalam bilik besar itu. Kerana dia pasti suara bisikan tersebut datang dari arah bilik itu. Tetapi tiada sesiapa di situ. Tiba-tiba saja bulu ditengkuknya tegak berdiri. Perasaan seram mulai menyingkap di dalam hati. Tanpa mempedulikan semua itu dan menganggapkan ianya hanyalah perasaan, dia terus berjalan keluar dari rumah itu. Ketika dia tiba di depan pintu, dia di sapa oleh seorang lelaki tua.
“Haaa.. Mokhtar. Assalamualaikum.” sapa lelaki tua tersebut.
“Waalaikumusalam. Eh.. Wak Abu.. Bila sampai?” balas Mokhtar mesra.
“Baru saja. Kenapa tak dibagitaunya nak balik? Selamat Wak nampak kereta kamu masa kat kedai Joko tadi. Kalau bagitau, bolehlah Wak kemaskan sikit-sikit laman ni haaa..” kata Wak Abu mesra sambil tersenyum menampak giginya yang jarang-jarang.
“Alaa.. tak payah susah-susahlah Wak. Saya boleh kemaskan nanti. Maaflah, nak pelawa masuk pun rumah ni tak kemas lagi. Kami baru je sampai haa..” balas Mokhtar.
“Tak apa, tak apa. Sekarang ni udah petang. Banyak kerja kamu nak kena buat. Apa kata malam ni tidur saja di rumah Wak.” pelawa Wak Abu.
“Eh.. Tak apalah Wak. Menyusahkan je.” tolak Kenanga lembut kerana dia tidak ingin menyusahkan keluarga Wak Abu.
“Tak ada nya susah-susah. Mari aje lah. Mak Nipah mesti seronok punya bila tengok kamu berdua. Mari, mari..” pelawa Wak Abu lagi, dia memang nak sangat mereka berdua datang bermalam dirumahnya sebab sudah lama tidak berjumpa.
“Kalau dah macam tu kata Wak, kami pun tak mampu nak menolak. Tambah-tambah pula kalau Mak Nipah masak pecal. Mengalir air liur ni. HAHAHAHA!” balas Mokhtar yang akhirnya bersetuju untuk menerima pelawaan dari Wak Abu.
“HAHAHAHA! Bagus, bagus. Nanti Wak singgahnya di pasar beli kacang, ikan sama sayur untuk Mak Nipah kau buat pecal.” balas Wak Abu gembira apabila Mokhtar dan Kenanga bersetuju untuk bermalam dirumahnya.
“Sekejap ya, saya nak tutup semua tingkap dan pintu dulu.” kata Mokhtar dan terus menuju ke dalam rumah sambil ditemani Wak Abu. Wak Abu mempelawakan diri untuk membantunya menutup tingkap-tingkap. Sementara Kenanga sibuk mengambil semua bagasi dan memasukkannya semula ke dalam bonet kereta.
Sewaktu Wak Abu memasuki bilik besar untuk menutup tingkap. Tiba-tiba saja ada orang mencuit bahunya dan membuatkan Wak Abu melatah kerana terkejut. Latahnya itu dapat di dengar hingga ke dapur. Kebetulan si Mokhtar sedang berada di dapur untuk menutup pintu belakang dan tingkap.
“Wak! Kenapa Wak? Wak okay tak?” tanya Mokhtar kehairanan.
“Wak baik-baik aja. Ada ni haa cicaknya, beserrrrrrr.” balas Wak Abu dari dalam bilik besar itu yang membuatkan Mokhtar tergelak kecil apabila mendengar loghat jawa yang keluar dari mulut Wak Abu. Setelah semuanya selesai, mereka berdua pun menuju ke arah pintu hadapan. Sekali lagi ketika Mokhtar melintasi bilik besar itu, dia mendengar suara bisikan.
“Nggak mau bermalam di sini?” jelas kedengaran di telinga Mokhtar membuatkan langkah kakinya terhenti. Wak Abu yang pada waktu itu berada di muka pintu juga turut sama mendengar suara bisikan itu.
“Laaa. Tadi kata mau bermalam dirumah Wak.” tanya Wak Abu kepada Mokhtar. Mokhtar yang berdiri di depan bilik besar itu menggelengkan kepalanya.
“Bu…bukan saya, Wak.” balas Mokhtar. Kegelisahan jelas terpancar diwajahnya yang di mana Wak Abu dapat lihat dengan jelas. Wak Abu memanggil Mokhtar menggunakan isyarat tangan. Mokhtar hanya menurutinya saja. Ketika kaki mereka mencecah bumi, tiba-tiba seluruh kawasan di situ berangin. Anginnya bukan biasa-biasa, kerana pokok disekeliling mereka tidak bergoyang. Air muka Wak Abu tiba-tiba berubah. Kemudian Wak Abu memberitahu kepada Mokhtar agar dirahsiakn perkara itu.
“Antara kita saja. Jangan kasi yang lain tau. Nanti Wak jelaskan pada kau.” kata Wak Abu kepada Mokhtar yang sedikit kehairanan. Mokhtar hanya mengangguk tanda setuju.
Kemudian, Wak Abu menuju ke motosikal buruknya dan memesan kepada Mokhtar agar terus bergerak menuju ke rumahnya saja. Sementara dia pergi ke kedai membeli bahan untuk di masak pada malam hari. Setelah Wak Abu berlalu pergi, barulah Mokhtar berjalan memasuki ke kereta.
“Abang okay tak? Berpeluh je ni.” tanya Kenanga.
“Tak ada apa. Abang okay. Dalam tu panas. Sebab tu berpeluh.” balas Mokhtar, merahsiakan perasaan dia ketika itu.
“Hmm..Luaskan rumah ni. Nanti kita dah repair mana yang rosak tu, cantiklah nanti. Kan bang?” kata Kenanga sambil memandang ke arah suaminya dengan senyuman yang paling manis sekali.
“Ya Kenanga, kita akan baiki rumah ni dan akan jaga rumah ni sampai kita tua.” balas Mokhtar lemah lembut. Sehabis saja perkataan yang keluar dari mulut Mokhtar, tiba-tiba dia terdengar suara bisikan lagi ditelinganya.
“Janji tau.” jelas kedengaran ditelinga Mokhtar tapi tidak Kenanga.
“Sayang dengar tak tadi?” tanya Mokhtar sedikit cemas.
“Dengar apa bang? Kenanga tak dengar apa-apa pun.” jawab Kenanga pelik dengan soalan suaminya itu. Terdetik di hati Mokhtar, kenapa isterinya tak dengar tetapi dirinya dan Wak Abu yang dengar? Walhal rumah tu rumah peninggalan arwah mak dan ayah kandung isterinya.
“Bu…bunyi abang kentut tadi.” balas Mokhtar dengan gurauan kotor untuk menyembunyikan rasa seram yang menyinggah dari pengetahuan isterinya. Isterinya memukul manja kerana gurauan Mokhtar itu. Mereka gelak ketawa bersama-sama di dalam kereta. Kemudian, Mokhtar menghidupkan enjin kereta dan memandu keluar dari perkarangan rumah tersebut. Kini destinasi mereka adalah rumah Wak Abu. Sebelum mereka pergi dari situ, Mokhtar ternampak seperti kelibat di tangga rumah tersebut melambai-lambai ke arah mereka. Tanpa perlu berfikiran rasional, dia memijak pedal minyak sehingga mencecah karpet di bawah.
“Argh! Abang! Kenapa laju sangat ni!?” marah isterinya apabila Mokhtar berkelakuan begitu.
“Sorry, sorry. Abang tak sengaja. Abang penat sangat. Tertekan pedal lebih pulak” jawab Mokhtar yang sedang ketakutan tetapi dapat sembunyikan dari isterinya, Kenanga.
“Abang okay tak? Nak Kenanga bawak tak?” tanya Kenanga simpati dengan suaminya kerana dari pagi memandu tanpa henti.
“Kenanga bawak? Nampak parit depan tu? Nanti kita terjunam ke dalam tu kalau abang bagi Kenanga bawak.” seloroh Mokhtar mengakibatkan dirinya menerima secebis cubitan padu di peha kiri. Dia hanya mampu ketawa saja melihatkan Kenanga memanjangkan muncungnya seperti itik. Walaupun begitu, jauh di sudut hati Mokhtar tertanya-tanya. Apakah keputusan yang dibuatnya untuk tinggal dikampung isterinya adalah tepat? Meninggalkan kehidupan di kota pada usia lewat 20-an. Walaupun Mokhtar merupakan seorang pekerja dan juga bos pada perniagaannya sendiri, tetapi dia tetap tidak puas hidup di kota. Masih terlalu awal untuk dia tinggal di kampung, anak pun tak ada lagi. Masih belum ada rezeki. Tetapi memandangkan isterinya sendiri yang meminta untuk tinggal di kampung sempena hadiah hari jadinya. Nak atau tidak, terpaksa Mokhtar tunaikan. Kenanga begitu gembira apabila Mokhtar bersetuju untuk tinggal di rumah peninggalan arwah mak dan ayahnya. Kenanga merupakan anak tunggal, selepas mak dan ayahnya meninggal. Tidak ada sesiapa pun yang boleh tengok-tengokkan rumah tersebut. Walaupun Wak Abu pernah menawarkan diri untuk menjaga rumah itu tetapi ditolak tawaran tersebut. Kenanga tidak mahu menyusahkan Wak Abu dan keluarganya.
“Aku harap aku buat keputusan yang tepat.” bisik Mokhtar di dalam hati. Hatinya menjadi gusar apabila mendegar bisikan-bisikan di rumah itu tadi. Dan dengan anak matanya sendiri dia dapat melihat kelibat di tangga rumah tersebut. Tetapi setelah dia memandang raut wajah isterinya yang ayu, hatinya kembali tenang.
“In-Shaa-Allah, tak akan ada apa-apa yang berlaku.” bisik hatinya lagi. Dan dia terus menumpukan perhatian seratus peratus pada pemanduan.
Selesai makan malam, Mokhtar bersama Wak Abu duduk bersebelahan di pangkin yang terletak tidak jauh dari tangga untuk menaiki ke rumah Wak Abu. Mokhtar memerhatikan lampu kalimantang yang tergantung di atas pokok menerangi pangkin tersebut. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah Wak Abu yang sedang sibuk dari tadi membalut kretek. Agak banyak juga yang dibalutnya. Mungkin untuk bekalan ke jamban jika waktu-waktu kecemasan. Wak Abu menyalakan kretek yang dibalutnya sebentar tadi, kemudian dihembuskan asap ke arah depan. Berkepul-kepul asap tersebut. Kadang-kala, dia membuat pelbagai bentuk ketika menghembuskan asap kretek itu. Ada bentuk bulat, bentuk petak, bentuk segitiga, bentuk 28 19 30 dan bentuk dacing.
“Kau memang nekad ke nak tinggal di rumah peninggalannya si Zubir?” tanya Wak Abu tidak semena-mena.
“Itu yang isteri saya inginkan, saya kena tunaikan.” jawab Mokhtar ringkas.
“Apa yang kau dengar masa dalam rumah tu siang tadi?” tanya Wak Abu lagi. Kali ini riak wajahnya berubah serius.
“Saya dengar bunyi orang berbisik. Saya tau mana arah bisikan tu, tapi bila saya toleh. Tak ada sesiapa pun.” jawab Mokhtar, wajahnya berkerut. Selepas mendengar kata-kata Mokhtar, Wak Abu termenung panjang. Mokhtar pun hanya mendiamkan diri saja sambil melemparkan pandangan ke arah parit.
“Wak Abu, ada apa-apa ke tentang rumah tu yang saya wajib tau?” tanya Mokhtar pula.
“Kenapa kau tiba-tiba tanya macam tu?” balas Wak Abu.
“Sebab masa saya buka pintu rumah tu, saya rasa macam ada yang tak kena je. Hati saya tiba-tiba rasa tak sedap.” jawab Mokhtar kemudian dia mengeluh panjang. Wak Abu masih mendiamkan diri tanpa membalas persoalan yang bermain difikiran anak buahnya itu.
“Wak Abu mesti tau sesuatukan tentang rumah tu? Saya dan Kenanga nak tinggal lama kat situ. Kami nak beranak-pinak kat situ. Saya tak nak ada apa-apa masalah yang tak diingini berlaku terhadap keluarga saya.” sambung Mokhtar lagi. Dan Wak Abu terus mendiamkan diri tanpa bercakap sepatah perkataan. Kretek di tangannya juga tidak berhisap.
“Please Wak. Bagitau saya benda yang patut saya tau tentang rumah tu.” tambah Mokhtar lagi, kali ini nada suaranya mendayu dan dia merayu kepada Wak Abu agar jangan merahsiakan apa-apa perkara dari dia tentang rumah tersebut.
Namun, Wak Abu membuat keputusan untuk mendiamkan diri saja. Disebabkan kesal dengan sikap Wak Abu, Mokhtar mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah saja untuk menjenguk apa yang sedang di buat oleh Kenanga. Apabila dia tiba di bahagian ruang tamu rumah Wak Abu, kelibat Kenanga tiada di situ. Lalu Mokhar berjalan menuju ke arah dapur di mana dia terdengar suara Kenanga dan Mak Nipah berborak-borak. Apabila dia tiba di bahagian dapur. Dia terus memberikan salam. Mak Nipah dan isterinya sedang rancak berborak tentang kenangan silam.
“Kalau kau nak tau, Tar. Kenanga ni dulu pernah tendang budak lelaki kat sekolah dia tau.” kata Mak Nipah sambil tersenyum.
“Eh, janganlah bagitau Mak. Malulah Kenanga.” sampuk Kenanga sambil tertawa kecil. Mokhtar pula hanya tersenyum riang dan memasang telinga untuk mendengar cerita dari mulut Mak Nipah.
“Budak lelaki tu selalu buli dia dan kawan-kawan dia, Satu hari tu, Kenanga ni dah marah sangat. Dia tendang budak yang ganggu dia tu sampai masuk ke dalam parit.” kata Mak Nipah di ikuti ketawa besar bersama-sama Mokhtar dan Kenanga.
“Apakah harus aku memberitahu pada anakmu, Zubir? Apakah harus aku menceritakan semuanya? Aku takut jika anakmu dan suaminya jadi takut lalu lari pula nanti.” bisik Wak Abu di dalam hati. Wajahnya kelihatan gelisah dan runsing. Seperti ada masalah besar yang sedang berlaku.
“Mokhtar! Mari ke pangkin ni sebentar!” jerit Wak Abu memanggil Mokhtar. Kemudian, Mokhtar terpacak di depan pintu dan memandang ke arah Wak Abu.
“Mari sini. Duduk dengan aku. Ada cerita aku ingin beritahu.” sambung Wak Abu lagi. Mokhtar tidak menjawab tetapi di akur dan turun menuruni tangga dan berjalan menuju ke arah pangkin. Setelah dia duduk disebelah Wak Abu. Wak Abu terus memberitahukan rahsia tentang rumah itu kepada dia.
“Dengar sini baik-baik, nak. Rumah arwahnya Zubir itu. Sebenarnya, HIDUP.” kata Wak Abu kepada Mokhtar yang sedang menumpukan pandangan matanya ke arah dia.
Setelah menghirup sedikit air kopi yang di bancuh oleh Mak Nipah. Mokhtar meminta untuk beransur ke luar rumah untuk duduk bersama Wak Abu dan membiarkan Mak Nipah berbual dengan Kenanga. Dia tidak ingin mengganggu mereka berdua kerana topik perbualan mereka kebanyakkannya hanyalah mengenai wanita, kehidupan seorang isteri. Topik-topik itu semua membuatkan Mokhtar menjadi cepat muak dan bosan. Ketika Mokhtar ingin turun tangga menuju ke arah pangkin. Dia menjadi hairan kerana dilihatnya Wak Abu sedang bercakap seorang diri di situ.
“Wak!” jerit Mokhtar dan mengakibatkan Wak Abu yang sedang rancak berkata-kata tadi terdiam dan mengalihkan pandangannya ke arah Mokhtar. Wajah Wak Abu terkejut. Mukanya tiba-tiba menjadi pucat. Dia melihat ke arah sebelah kirinya, tiada sesiapa. Habis tu, dengan siapa dia beritahu tentang rahsia rumah kayu tu?
“Wak cakap dengan siapa?” tanya Mokhtar ketika menghampiri Wak Abu. Wajah Wak Abu benar-benar pucat dan mulutnya seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak boleh kerana tekaknya terasa sakit.
“Wak, kenapa ni? Muka Wak pucat semacam je. Wak okay tak?” tanya Mokhtar lagi setelah dia melihat keadaan Wak Abu seperti orang ternampak hantu.
“Takda siapa. Aku bersajak saja tadi.” jawab Wak Abu menipu. Mokhtar menjadi hairan dengan tingkah laku Wak Abu. Mukanya pucat tiba-tiba saja selepas dia menegur. Takkan bersajak boleh jadi pucat macam tu?
“Dengar sini. Esok kita ke rumah tu, aku akan tolong kau kemas-kemas rumah tu. Kemudian, kita buat kenduri doa selamat. Bukan apa, dah terlalu lama sangat rumah tu terbiar kosong.” sambungnya lagi.
“Ya tak ya jugak. Rumah tu lama sangat kosong. Jadi, suara yang saya dengar tu mestilah suara yang menumpang.” kata Mokhtar kepada dirinya sendiri.
“Tentang tu kau jangan bimbang. Nanti aku minta saja tolong sama imam kampung kita untuk halau ‘benda’ yang menumpang tu.” balas Wak Abu, dia bersyukur kerana Mokhtar masih tidak tahu tentang perkara sebenar. Tetapi, lambat laun Mokhtar kena tahu juga perkara sebenar. Namun, Wak Abu membuat keputusan untuk tidak memberitahu dia pada waktu itu. Cuma yang menjadi tanda tanya, dengan siapakah dia berbual tadi?
Keesokkan harinya, Wak Abu dan Mokhtar bersama dengan seorang pemuda kampung bernama Zaman bergerak menuju ke arah rumah tersebut untuk membersihkannya. Zaman di suruh untuk membantu Mokhtar kemas di bahagian dalam rumah. Mereka berdua diarahkan supaya kemas pada satu ruang bersama-sama kerana bila kerjasama lebih cepat siap. Sementara Wak Abu sendiri akan membersihkan bahagian luar rumah. Setelah semuanya bersetuju, mereka pun terus melakukan kerja masing-masing. Zaman berdiri dibelakang Mokhtar ketika da sedang membuka kunci pintu rumah itu. Setelah pintu di buka dan salam pun di beri. Mereka berdua pun masuk melangkah kaki ke dalam rumah. Zaman memberitahu Mokhtar bahawa dia terbau benda busuk seperti bangkai. Mokhtar turut dapat menghidu bau tersebut. Zaman menyarankan agar buka tingkap dahulu supaya bau tersebut cepat hilang, kemudian barulah cari mana punca bau busuk tersebut.
Setelah semua tingkap di ruang tamu dan bilik di buka. Mereka pun berjalan menuju ke arah dapur. Zaman perasan seperti ada objek di atas lantai dapur tersebut tetapi dapat lihat samar-samar saja kerana keadaan di dapur gelap. Selepas membuka kesemua tingkap, mereka lihat di atas lantai dapur itu terdapat banyak bangkai kucing bulu berwarna hitam. Keadaan tersebut membuatkan mereka menjadi sangat terkejut.
“Semalam abang masuk, abang tak perasan ke bangkai-bangkai ni semua?” tanya Zaman ingin tahu. Mokhtar menggelengkan kepala dan memberitahu bahawa bangkai itu semua tidak wujud pada hari sebelumnya. Zaman berlari ke luar rumah memanggil Wak Abu untuk melihat bangkai-bangkai itu semua. Setibanya Wak Abu di dapur. Dia juga turut terkejut melihat perkara tersebut. Sambil mengangkat bajunya untuk menutup hidung akibat tidak tahan dengan bau busuk tersebut, dia mengajak Zaman dan Mokhtar untuk beredar saja. Mereka berdua tidak membantah dan mengikut Wak Abu menuju ke luar rumah. Tetapi, ketika mereka bertiga melintasi bilik besar, mereka bertiga terdengar suara perempuan. Kali ini ianya bukan suara bisikan. Suara itu amat jelas kedengaran.
“Busuk ke? Pergilah kemas kalau rajin.” kata suara misteri itu. Zaman yang ketakutan, terus berlari terjun keluar tingkap. Mokhtar dan Wak Abu juga terus berlari keluar rumah melalui pintu hadapan. Apabila mereka bertiga sudah berada di luar, kedengaran pula suara perempuan misteri itu ketawa mengilai. Membuatkan mereka bertiga berlari masuk ke dalam kereta. Mokhtar tergesa-gesa menghidupkan enjin kereta.
Akibat ketakutan yang amat sangat, dia terus menggerakkan keretanya tanpa menurunkan brek tangan. Zaman yang perasan akan kesilapan yang dilakukan Mokhtar, segera menurunkan brek tangan mengakibatkan Wak Abu dan Mokhtar menjerit serentak.
“Bila masa kau ada dalam kereta?!” jerit Mokhtar.
“Bukan kau naik motor ke!?” jerit Wak Abu pula.
“Ya Allah. Korang kalau ya benar takut pun janganlah sampai lupa ingatan. Kan saya datang menumpang sekali tadi. Motor kat rumah Wak Abu.” balas Zaman resah dengan perangai mereka berdua. Walaupun dalam keadaan kelam kabut begitu, dia masih mampu untuk mengawal perasaan.
“Saya rasa lebih baik kita terus pergi rumah pak imam dengan ketua kampung. Minta laporkan peristiwa tadi pada mereka.” cadang Zaman. Mokhtar bersetuju lalu terus memandu keretanya menuju ke rumah pak imam. Setelah tiba di rumah imam, Wak Abu pun menceritakan perkara yang berlaku di rumah itu. Pak Imam mengurut janggutnya macho. Lalu dia kata dia akan bantu dan mengajak mereka untuk membawa dia ke rumah tersebut. Zaman ditinggalkan di rumah Wak Abu kerana pak imam menyuruhnya untuk memanggil tiga orang anak muridnya untuk datang ke rumah itu bersama barang yang di pesan. Zaman akur dengan permintaan pak imam dan pergi melaksanakan tugasnya menaiki motor. Kemudian, mereka pergi berjumpa dengan ketua kampung pula. Pada mulanya, ketua kampung tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Namun, setelah pak imam sendiri yang memberitahu bahawa dia juga turut merasakan perkara yang aneh. Ketua kampung terus bersetuju untuk membantu dari segi apa saja. Tetapi dia mengarahkan mereka semua untuk pergi dahulu dan dia akan menyusul selepas 30 minit.
Wak Abu, Mokhtar dan pak imam telah pun tiba di halaman rumah arwah Zubir. Ketika mereka bertiga melangkahkan kaki keluar dari kereta. Angin yang kuat telah datang menerpa ke arah mereka. Pak imam dari tadi mulutnya tidak berhenti-henti membacakan ayat-ayat suci al-Quran. Dia menyuruh Mokhtar untuk pergi membuka pintu hadapan rumah. Mokhtar akur dan berjalan menaiki tangga menuju ke pintu depan ditemani oleh Wak Abu. Selepas pintu di buka, sejenis bau hanyir menyinggah ke hidung mereka berdua. Mengakibatkan Wak Abu berlari turun ke tanah dan muntah. Mokhtar masih lagi mampu untuk mengawal diri. Namun, apabila dia tiba-tiba terlihat sesusuk tubuh wanita muncul di ruang tamu. Dia terus menjadi sangat takut dan berlari ke arah pak imam. Wak Abu juga turut berlari menyorok dibelakang pak imam.
Kemudian, ketua kampung pun tiba bersama dengan tiga orang pemuda yang merupakan anak didik pak imam. Mereka menghulurkan sebungkus kain kuning kepada pak imam. Pak imam mengambilnya dan meletakkan ia ke atas tanah. Kemudian, pak imam duduk bersila dan membuka kain tersebut. Di dalamnya mempunyai tiga barang iaitu limau empat biji, garam, dan lada hitam. “Bawakan aku minyak.” arah pak imam kepada anak muridnya. Lalu anak muridnya dua orang berlalu pergi demi mengambil minyak yang di pinta. Mokhtar menghampiri Wak Abu.
“Wak.. Saya nak kebenaran, sekarang juga.” kata Mokhtar tegas.
“Hmm..baiklah..Zubir, ayah mertua kau tu. Dulu dia menuntut ilmu agama dengan seorang yang dia anggap ulama. Waktu dia menuntut ilmu tu, semuanya berjalan dengan baik. Tapi, suatu hari tu entah kenapa, dia seperti berubah tiba-tiba. Dia berubah selepas ulama tersebut meninggal dunia. Wak tengok dia macam dah hilang pedoman hidup. Sebulan selepas pemergian ulama tu. Zubir selalu pergi ke gunung setiap malam jumaat. Apa yang dia buat kat gunung tu pun Wak tak tahu. Selepas matahari dah muncul barulah dia akan pulang ke rumah dan melakukan kerja-kerja hariannya seperti biasa.” kata Wak Abu. Mokhtar menumpukan perhatian kepada apa yang diceritakan oleh Wak Abu.
“Selepas tu?” kata Mokhtar ingin tahu cerita yang selanjutnya.
“Hmm..ada suatu hari tu. Orang-orang kampung mula di ganggu dengan makhluk aneh setiap malam. Ada seorang ustaz cuba untuk menghalau makhluk yang mengganggu tu tapi dia tak cukup kuat untuk melawan makhluk tersebut. Dia meninggal ketika sedang bertarung. Kemudian, kampung menjadi sangat kucar-kacir. Setiap malam, semua orang akan berkumpul di masjid untuk membacakan surah yassin. Makhluk tu menjadikan kaum lelaki sebagai sasaran. Jadi, semua kaum lelaki yang ada di kampung ni terpaksa bekerjasama untuk menghalang makhluk tu dari menculik lelaki. Setiap malam pasti akan hilang seorang. Lelaki yang diculik akan di makan hidup-hidup.”
“Makan??!!” kata Mokhtar terkejut dengan apa yang dia dengar.
“Ya, makan. Sampailah suatu hari tu, aku datang ke kampung ni dengan keluarga aku. Aku dan keluarga aku buat keputusan untuk tinggal di kampung ni. Tapi tak sangka pula masa kami datang kampung ni sedang ditimpa masalah yang serius. Jadi aku menawarkan diri untuk menghapuskan makhluk durjana tersebut.” kata pak imam pula menyambung cerita dari Wak Abu.
“Jadi, ayah mertua saya punya angkara ke semua tu?” tanya Mokhtar.
“Ya, Zubir punya angkara. Waktu dia tengah bersedih akibat kehilangan guru yang disayangi. Syaitan datang mengetuk pintu hatinya. Syaitan itu menjelma sebagai gurunya dan mengaku bahawa dia adalah gurunya. Syaitan tersebut berjanji akan sambung mengajar Zubir walaupun sudah meninggal. Zubir sangat gembira. Tapi dia tak tahu bahawa syaitan sedang membuatkan dia menjadi sesat dari landasan yang sebenarnya. Zubir diarahkan untuk pergi ke gunung untuk bertapa dan dia harus makan bangkai tikus sepanjang pertapaan dia. Sewaktu aku berdepan dengan ayah mertua kau. Syaitan yang menjadi gurunya muncul, dan aku terpaksa bertarung dengan syaitan tersebut. Alhamdulillah aku berjaya. Dan, ayah mertua kau aku sekolahkan cukup-cukup. Aku bawa dia kembali ke pangkal jalan. Selepas peristiwa tersebut, keadaan kat kampung ni kembali menjadi aman. Sampailah kau pulak muncul dan berkahwin dengan anak daranya.” kata pak imam tersebut.
Semuanya diam tidak berkata. Muka Mokhtar berubah menjadi sedih. Wak Abu menepuk bahu Mokhtar beberapa kali untuk menenangkan dia.
“Makna kata selama ni Kenanga berahsia pada saya” kata Mokhtar dengan nada yang merendah. Hatinya sedikit merajuk kerana isteri yang dicintainya tidak memberitahu perkara sebenar kepada dia. Jika dia tahu, sudah tentu dia tidak akan kembali ke kampung dan bersetuju dengan cadangan isterinya itu.
“Orang-orang kampung ni yang paksa Kenanga untuk tutup mulut. Kami tak nak sampai orang luar tahu tentang apa yang berlaku dikampung ni. Cukup hanya kami saja yang tahu.” kata ketua kampung pula.
“Cerita tu tak berakhir di situ.” kata pak imam, kemudian anak muridnya sampai dan menghulurkan minyak kelapa kepada pak imam. Lagi seorang anak muridnya menghulurkan mangkuk kepada pak imam. Setelah semua barang-barang tersebut sudah ada di tangan pak imam. Lalu, dia pun melakukan kerja-kerjanya. Dia membaca ayat Qursi sambil menuangkan minyak kelapa ke dalam mangkuk kosong. Kemudian dia mencampakkan lada hitam ke dalam minyak tersebut. Limau dibelah dua, dan diperah ke atas keris. Garam diberikan kepada anak muridnya. Lalu, anak muridnya berjalan ke arah rumah dan menabur garam ke sekeliling rumah itu. Pak imam mencelupkan keris ke dalam mangkuk berisi minyak kelapa dan lada hitam tersebut. Kemudian, dia bangun dan berjalan ke arah rumah kayu tersebut.
“ALLAHUAKHBAR!!!” jerit pak imam lalu dicucuk keris ke atas tanah diluar kawasan garam yang di tabur. Kawasan disekitar rumah tu tiba-tiba saja bergegar seperti gempa bumi. Semua yang berada di situ turut dapat merasakan gegaran yang berlaku.
“Cukup untuk hari ini. Kita lihat dulu apa yang akan berlaku kemudian.” kata pak imam dan meminta izin untuk mengundurkan diri kerana waktu zohor hampir tiba.
“Mokhtar nama kau kan? Lepas zohor datang ke rumah aku. Aku akan ceritakan semuanya.” pesan pak imam. Dan Mokhtar angguk tanda setuju. Mereka beredar dari kawasan rumah kayu itu dan pulang ke rumah masing-masing. Selepas dia tiba di rumah Wak Abu, isterinya Kenanga sedang menanti di pangkin bersama Mak Nipah. Wak Abu menceritakan perkara yang berlaku kepada mereka berdua dan mengajak Mak Nipah untuk masuk ke dalam rumah bagi memberikan ruang untuk Mokhtar dan Kenanga bercakap berdua.
“Kenapa sayang tak pernah bagitau kat abang?” soal Mokhtar, wajahnya sayu.
“Kenanga minta maaf abang. Kenanga dah berjanji dengan orang kampung yang Kenanga tak akan menceritakan hal ni kepada abang.” jawab Kenanga, suaranya tersekat-sekat kerana dia hampir menangis. Takut akan suaminya. Walaupun suaminya tidak pernah memarahi dia di atas kesilapan yang dia lakukan sepanjang mereka berumah tangga. Namun, dia tetap rasa takut kerana dia telah merahsiakan sesuatu dari pengetahuan suaminya. Kerana, seseorang isteri itu boleh jatuh berdosa jika dia tidak berlaku jujur dengan suami. Disebabkan, syurga isteri adalah dibawah tapak kaki suami. Kenanga takut jika suaminya akan memarahi dirinya di atas rahsia yang dia tidak beritahu. Mokhtar masih mendiamkan diri sambil matanya ditumpukan kepada isterinya. Kenanga terus menangis kerana dia tidak dapat menahan perasaan takut dan kecewa kerana dia telah menghampakan suami kesayangannya itu. Dia memegang tangan kanan suaminya dan berkali-kali meminta maaf.
“No more secret next time, okay?” kata Mokhtar sambil mencubit lembut pipi isterinya dan memberikan sebuah senyuman yang ikhlas.
“Kenanga minta maaf, bang. Kenanga tau Kenanga dah buat salah. Kenanga minta maaf sangat-sangat.” balas Kenanga teresak-esak. Lalu dia memegang tangan kanan suaminya dan dia kucup lama.
“Abang faham. Kenanga hanya menunaikan janji kepada orang-orang kampung ni. Kenanga tak perlu risau. Abang faham.” sambung Mokhtar lagi, sambil tangan kirinya mengusap lembut kepala Kenanga. Kemudian, meletakkan jari dibawah dagu Kenanga dan menolak dagunya ke atas agar wajah mereka bertemu. Dan, Mokhtar mengelap saki baki air mata yang masih ada di pipi isterinya. Isterinya tersenyum manja. Mata mereka bertentang. Perlahan-lahan Mokhtar merapatkan wajahnya ke arah Kenanga.
“Hoi! Cari biliklah woi!” jerit Wak Abu dari beranda rumah. Kemudian, dia mengajak mereka berdua untuk masuk ke dalam rumah demi menunaikan fardhu zohor yang telah masuk dikawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Selesai solat, mereka pun diajak oleh Mak Nipah untuk menjamah makanan tengahari yang telah pun tersedia di dapur.
“Kenanga dan Mokhtar tinggal aje dulu di sini sampai semuanya selesai.” pelawa Mak Nipah sambil mencedokkan nasi ke dalam pinggan Wak Abu.
“Eh..tak apalah, saya tak nak menyusahkan keluarga Wak Abu lama-lama. Biarlah saya dan Kenanga tidur di hotel saja.” balas Mokhtar.
“Tak apalah. Tinggal sini aje. Sekurang-kurangnya Mak Nipah ada kawan. Tak adalah bosan sangat duduk rumah seorang diri.” sambung Mak Nipah lagi.
“Wak pun setuju. Lagi pun rumah ni sunyi sangat. Anak-anak semua sudah ke luar negara sambung belajar.” tambah Wak Abu pula.
“Bang, kita tinggal sini saja dulu ok.” pujuk Kenanga pula sambil menggenggam tangan suaminya. Akhirnya Mokhtar bersetuju untuk tinggal di situ.
Selesai menjamu selera. Wak Abu dan Mokhtar pun bergerak dari rumah menuju ke rumah pak imam untuk mendengar sambungan cerita yang tergantung tadi. Selepas mereka tiba, pak imam menyambut mereka dan mengajak untuk masuk ke dalam rumah. Mereka duduk di atas sofa. Wardina, anak perempuan tunggal pak imam keluar dari dapur dan menyajikan mereka dengan air kopi dan keropok lekor losong. Kemudian, dia duduk disebelah pak imam.
“Ni abang Mokhtar suami kak Kenanga kan?” soal Wardina.
“Ya.” jawab mokhtar ringkas.
“Abah..” kata Wardina sambil memegang tangan pak imam.
“Ya, abah tau. Biar abah handle. Dina pergi tolong mama kat dapur.” jawab pak imam mengarahkan supaya anak daranya itu ke dapur. Mokhtar perasan perubahan pada riak wajah Wardina selepas dia tahu bahawa dirinya itu suami kepada Kenanga.
“Apa yang aku akan ceritakan ni akan membuatkan kau tak selesa. Kau kena bersiap sedia. Jangan takut atau apa. Ingat! Allah itu Maha Berkuasa ke atas segala ciptaan-Nya.” kata pak imam tegas. Mokhtar hanya mengganggukkan kepalanya saja. Angin dari luar masuk ke dalam rumah dan menyinggah di pipi Mokhtar, terasa nyaman dan damai saja pada waktu itu. Membuatkan rasa tegang yang berada di dalam hatinya menjadi tenang.
“Selepas kau dan Kenanga berpindah keluar dari kampung ni. Kampung ni kembali berada dalam keadaan kucar-kacir. Aku fikir aku sudah selesaikan masalah yang menimpa kampung ni. Rupa-rupanya aku silap. Perkara yang berlaku seterusnya memang diluar jangkaan aku. Ayah mertua kau, dia berubah menjadi seekor makhluk yang gerun. Berketinggian 200 sentimeter. Dia memakan mangsanya hidup-hidup. Dia hanya berubah menjadi makhluk gerun pada waktu malam, manakala pada waktu siang dia jadi manusia biasa. Mangsa terakhir yang menjadi santapan dia adalah, mak mertua kau. Pada waktu kejadian, aku bersama orang kampung datang ke rumah tu untuk menangkap ayah mertua kau. Tapi, apa yang kami lihat, ayah mertua kau sedang sedap meratah tubuh isterinya. Disebabkan dia sedar dengan kehadiran kami, aku terpaksa menembak dia dengan menggunakan senapang gajah. Lalu, meninggal lubang yang besar di dada dia. Akibat dari terkena tembakan tersebut. Ayah mertua kau meninggal dunia serta merta disamping isterinya.” kata pak imam. Mokhtar bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengar.
“Kenanga tahu tak pasal ni?” soal Mokhtar.
“Tak. Kami tak nak dia tahu akan perkara ni.” jawab Wak Abu. Mokhtar terus mendiamkan diri dan menundukkan wajahnya ke bawah. Hatinya terasa sakit selepas mendengar kebenaran. Dia merasa sedih kerana isterinya terpaksa menanggung malu akibat ayahnya sendiri. Selamat orang kampung disitu semuanya baik-baik belaka. Jika orang lain, sudah tentu rumah itu akan dibakar, dan Kenanga juga turut dibunuh.
“Kau adalah pewaris” kata pak imam membuatkan Wak Abu dan Mokhtar tercenggang.
“Pewaris? Saya tak faham.” balas Mokhtar kebinggungan.
“Sebenarnya apa yang berlaku pada Zubir akan diturunkan kepada kau. Sebab dia nak jadikan kau sebagai pengganti untuk terus mengamalkan ilmu hitam yang dia tuntut selama dia hidup.” jelas pak imam.
“Ja..ja…jadi…apa yang patut saya buat?” soal Mokhtar sedikit merasa takut.
“Kau tak perlu risau, aku akan bantu sedaya upaya. Kita cuma perlu tunggu dan lihat. Dia akan datang kepada kau tidak lama lagi. Bila perkara tu terjadi, kau kena tolak sekuat hati. Sebab apa yang dia tawarkan memang akan membuatkan hati kau untuk bersetuju.” kata pak imam lagi.
“In-shaa-Allah. Saya akan buat yang terbaik. Kalau boleh pak imam. Tolong selesaikan semuanya supaya tak akan ada apa-apa yang buruk lagi akan berlaku lagi di masa hadapan. Saya tak nak benda ni berlaku lagi.” balas Mokhtar lemah. Hatinya terus saja rasa tidak tenang dengan semua perkara yang dia dengari.
Bersambung…
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
huk huk..tekun aku baca sekali bersambung daaa…
yeay first..lame tak first..heheh
Tahniah!🎉😬
tq insan biasa…hehe
Tngh sedap ii baca tetiba bersambung…sambung cpt ii sikit…bestt lahh cite nii…kipidap😉
asik-asik bersambung… tertekan tawww Diva cengginihh.. anyways, Diva nak bagi 4 bintanggggg!!!
muah muah muah
best!!
aku penah baca da cita ni
BACA KAT MANA..? BOLE TAHU TAK..?
sambung cepat2 please
please sambung cepat sikit . best !
BEST
Ai suka panjang citer dia even ada smbungn… Ini bru btol kalo nk smbung… Xcm yg lain.. Best.. Part wak jerit suruh masuk bilik time dot2 tu, xleh bla.. Hahaha…
ni pengalaman ke cerpen..hihihihi jangan kecam ye..pape pn best la cite ko..
🎈👍🏼
Kacau daun betul Wak Abu ni, baru nak je Mokhtar dengan Kenanga nak bermesra 😂
muehehehehehe..hye armmmmmmmmmmyyyy
haha haiii . lain macam pulak ko ni delu huhuhu
seram tak seram tak..hahahha
Ahahahaha kan Arm❤ kan
BEST!🤗
Teruskan berkarya!
alaaaaa.. bersambung pulak ~
Berpengalamn mghabiskn duit ptptn.. erk
best.. tunggu sambungan.
part
“Wak Abu menyalakan kretek yang dibalutnya sebentar tadi, kemudian dihembuskan asap ke arah depan. Berkepul-kepul asap tersebut. Kadang-kala, dia membuat pelbagai bentuk ketika menghembuskan asap kretek itu. Ada bentuk bulat, bentuk petak, bentuk segitiga, bentuk 28 19 30 dan bentuk dacing.”
ok yang ni deep pulak. haha terhibur
cite ulangan la hanat
Amboi nama dgn bahasa tk kena langsung…
.
SILA SAMBUNG CERITANYA
Mana cerita Amelia? Buka hp baru dapat tengok. Tapi guna website tak dapat baca. Saya lebih suka baca dalam website dari fb. Please upload balik.
X rasa seram tp rasa kelakar 🤣 nak2 part ‘hoii! Carik bilik la hoi’ 😅
😅😅😜
Sambungan plisssss…..
Sambung cepat.
Sambung… sambung… akk tak suka baca citer separuh separuh ni. Janganlah lambat sgt nanti habis mood
👍
Jangan biarkan hidup anda diselubungi… Misteriiiiiii
best
Tercari cari sambungan cite ni,
Ade sambungan ke xde law ade tlg tag 😭😭😭
Best sgt
“Wak pun lari nyorok belakang pak imam” ni kelako..adoi wak
Rasa macam tengok cerite laa pulak…hihi best story n good writing, tolong sambung coat ckit yer