“A… ayah?” kata Mokhtar.
“Mari ke sini” balas Zubir. Mokhtar datang menghampiri ayah mertuanya perlahan-lahan. Ayah mertuanya sedang berdiri di hadapan Mokhtar sambil menghulurkan tangan bersama sebuah senyuman.
“Mari lihat ke dalam perigi ini.” sambung Zubir lagi.
“Tak nak. Saya takut, ayah.” tolak Mokhtar ketakutan.
“Tidak ada apa-apa yang harus kau takutkan. Selepas kau lihat ke dalam perigi ini. Kenanga pasti akan bahagia dan gembira selepas ini. Tidakkah kau ingin melihat isterimu itu bahagia sepanjang hayat?” pujuk Zubir agar Mokhtar mendekatkan dirinya.
“Saya bukannya tak nak.. tapi..tapi..” kata Mokhtar tergagap-gagap.
“Tidak ada apa yang kau harus takutkan. Kau cuma perlu lihat ke dalam perigi ini, kemudian kau harus cari dua orang lagi untuk lihat ke dalam perigi ini.” pujuk Zubir lagi.
“Mak..maksud ayah???” soal Mokhtar keliru.
“Lepas kau dah jumpa dua orang tu, kau suruh dia orang cari pula lagi dua orang untuk setiap seorang. Kita panggil ni sistem piramid ya. Yang di mana ianya akan membawa kekayaan kepada diri kau sendiri. Sebab kau adalah yang teratas.” sambung Zubir tanpa menghiraukan Mokhtar yang sedang kekeliruan.
“Bang, bangun bang…” tegur Kenanga demi membangunkan suaminya dari tidur. Perlahan-lahan Mokhtar membuka matanya dan melihat disebelah kirinya adalah isteri tercinta. Lalu, Mokhtar pun segera bangun dari katil dan menuju ke bilik air kerana jam sudah menunjukkan pukul 5:30 pagi. Lagi 30 minit untuk masuk waktu subuh. Selesai saja dia mandi dan mengambil wudhuk, Wak Abu sudah pun berdiri di depan bilik air menunggu gilirannya untuk mandi dan berwudhuk. Wak Abu memang akan berjemaah di masjid bersama Mak Nipah apabila tibanya waktu solat subuh.
“Kenanga dah bersiap ke?” soal Mokhtar apabila dia melangkah ke dalam bilik. Kenanga membalas dengan memberikan sebuah senyuman kepada suaminya itu.
“Pergilah tunggu dengan Mak Nipah kat luar dulu. Bagi abang siap-siap jap.” arah Mokhtar sambil melihatkan isterinya meletakkan kain dan baju untuk dia pakai dengan kemas di atas tilam. Apabila semuanya sudah bersiap, mereka pun pergi menuju ke masjid dengan menaiki kereta milik Mokhtar.
“Waktu subuh kat kampung ni memang ramai pengunjung.” kata Wak Abu.
“Tu la pasal. Berbeza betul dengan Kuala Lumpur. Waktu subuh tu lah paling tak ramai orang. Paling banyak pun 2 saf je.” balas Mokhtar.
Setelah selesai menunaikan solat fardhu subuh, mereka semua tidak terus pulang. Mereka menunggu untuk mendengar ceramah dari seorang ustaz yang selalu memberikan syarahan di masjid itu setiap pagi. Apabila tamatnya ceramah tersebut, mereka semua menuju ke kereta Mokhtar.
“Mak Nipah tak payah buat sarapanlah pagi. Kita makan kat warung Hj. Wan sana. Saya belanja.” pelawa Mokhtar.
“Eh, tak payahlah. Susah-susah saja.” balas Mak Nipah tersengih.
“Alaaa.. susah apanya, kami ni haa yang menyusahkan Mak Nipah sekeluarga. Jom-jom..” kata Mokhtar tetap dengan pendiriannya untuk belanja keluarga itu bersarapan. Ketika mereka tiba di warung Hj. Wan tersebut. Warung tersebut sudah pun dipenuhi dengan pelanggan, kebanyakkannya adalah pengunjung masjid.
“Ni kalau pukul 10 malam saya datang, memang saya tak singgah.” kata Mokhtar.
“Kenapa pulak kamu tak singgah?” soal Wak Abu dan Mak Nipah serentak.
“Mana tak nya, tengoklah tu. Siap dengan telekung warna putih. Nanti saya ingatkan pocong.” jawab Mokhtar disambut dengan gelak ketawa dari semua orang yang berada di dalam kereta itu. Selesai bersarapan, mereka pun terus pulang ke rumah. Mokhtar mengajak Wak Abu untuk ke rumah pak imam kerana adalah pertanyaan yang ingin diajukan kepada pak imam. Wak Abu memberikan tanda setuju dengan mengangkat ibu jarinya dan menunjukkan ke arah Mokhtar. Sebelum sampai ke rumah, Mak Nipah mengajak mereka pergi ke pasar pantai dahulu untuk membeli lauk untuk di masak pada tengaharinya nanti.
“Assalamualaikum!” Mokhtar memberikan salam.
“Waalaikumusalam!” Wardina menjawab salam. Mukanya bengis seperti sedang datang bulan dan senggugut sekali gus.
“Uish.. garangnya muka. Pak imam ada rumah?” soal Mokhtar.
“Inilah rumah dia..” jawab Wardina selamba.
“Hek eleh, loyar buruk pulak dia. Bapak kau ada di rumah tak maksudnya si Mokhtar.” kata Wak Abu pula.
“Tak tau ke? Dia pergi rumah kayu tu pagi ni dengan anak murid dia.” jawab Wardina, kali ini suaranya agak kasar. Mokhtar dan Wak Abu berpandangan sesama sendiri. Buat apa pula pak imam di rumah kayu itu pada waktu sebegitu awal sekali? Kemudian, mereka pun meminta diri untuk pergi ke rumah kayu tersebut.
“Kenapa pulak dia orang pergi tak bagitau dekat kita ya, Wak?” soal Mokhtar aneh.
“Wak pun tak tahu lah. Marilah kita tengok sendiri apa yang pak imam buat kat sana.” jawab Wak Abu kebingungan.
Ketika mereka tiba di rumah kayu tersebut. Mereka mendapati bahawa tiga orang anak murid pak imam sedang terbaring di atas tanah. Manakala, pak imam pula sedang bergelut dengan sejenis makhluk yang tingginya 30 kaki. Dengan pantas Mokhtar hentikan keretanya dan keluar berlari ke arah tiga orang anak murid pak imam. Mereka bertiga pengsan tapi masih bernyawa. Wak Abu pula mengambil parang yang tidak jauh dengan Mokhtar dan meluru ke arah makhluk itu. Wak Abu memberikan tiga tikaman di belakang makhluk tersebut sebagai hadiah perkenalan. Makhluk tersebut menjerit kesakitan, jeritannya itu mungkin dapat didengari hingga ke hujung kampung. Kemudian makhluk tersebut berlari ke arah hutan dan menghilangkan diri. Wak Abu berkejar mendapatkan pak imam yang jatuh rebah ke bumi. Badannya berlumuran dengan darah.
“Bawa aku pulang ke rumah. Biarkan isteriku saja yang merawat. Ingat! Jangan beritahu kejadian ini kepada sesiapa pun. Biar ianya sampai ke telinga penduduk kampung ini saja. Aku tak mahu masalah lain pula yang datang.” kata pak imam. Suaranya lemah kerana kecederaan yang dialaminya.
“Mokhtar! Bawa pak imam ke rumah dia dulu kemudian panggil orang kampung untuk membantu aku kat sini!” arah Wak Abu. Tanpa membantah, Mokhtar terus mengangkat pak imam bawa masuk ke dalam tempat duduk belakang kereta dan berlalu pergi ke rumah pak imam. Setelah dibawa masuk pak imam ke dalam rumah. Isteri dan anaknya bergegas ke dapur untuk mengambil barang-barang perubatan. Selepas itu, Mokhtar berlari pula ke kereta dan bergerak ke warung yang terdekat. Nasib Mokhtar baik kerana ada ramai lagi pengunjung kampung di warung tersebut. Mereka semua terkejut selepas mendengar cerita dari Mokhtar, lalu mereka pun bergegas bergerak ke lokasi kejadian.
Semua orang sudah pun tiba di kawasan kejadian. Mereka semua membantu Wak Abu angkat tiga orang anak murid pak imam yang masih belum sedarkan diri dan dibawa masuk ke dalam kereta Mokhtar untuk dibawa pulang ke rumah pak imam.
“Jangan bagi sesiapa pun yang datang ke rumah ni! Peristiwa yang lama mungkin terjadi lagi! Sampaikan pesan kepada semua orang kampung agar berhati-hati!” pesan Wak Abu kepada semua orang yang berada di situ. Kemudian, Wak Abu memasuki kereta Mokhtar dan mengarahkan Mokhtar untuk memandu ke rumah pak imam.
Setibanya mereka ke rumah pak imam, kelihatan ketua kampung juga turut berada di sana. Beberapa orang kampung yang berada di situ membantu Wak Abu memikul anak-anak murid pak imam dan di bawa naik ke rumah. Mereka semua di rawat oleh isteri pak imam.
“Macam mana sekarang ni? Apa yang patut kita buat?” soal ketua kampung tegas.
“Jangan risau, aku ada cara. Syaitan tu cuma mahukan Mokhtar saja.” terang pak imam yang sedang duduk bersandar di dinding rumah sambil menahan kesakitan.
“Apa maksud kau?” soal ketua kampung menginginkan kepastian.
“Kita serahkan saja Mokhtar pada bangsat tu.” terang pak imam lagi. Membuatkan semua yang berada di situ berada dalam keadaan yang terkejut. Mokhtar yang juga berada di situ terdiam seribu bahasa. Dia terkejut dengan apa yang pak imam ucapkan. Serahkan dia sebegitu saja? Biar betul? Orang ramai yang berada di situ mula bercerita yang macam-macam. Mereka mula menyalahkan segala yang berlaku pada hari itu pada Mokhtar. Mereka menyatakan jika Mokhtar tidak pulang, sudah tentu makhluk yang menghuni rumah itu tidak akan bangkit. Dan, mereka juga turut menyalahkan Zubir kerana kebodohannya terjebak ke alam kegelapan.
Ketika semua sedang sibuk menyalahkan keluarga arwah Zubir. Tanpa disedari Mokhtar sudah pun menghilangkan diri.
“Mana Mokhtar?” tanya ketua kampung kepada semua yang berada di situ. Semuanya menggelengkan kepala. Keretanya juga tidak ada di luar.
“Apa mungkin dia terdengar cadangan aku tadi?” soal pak imam pula.
“Mana tak dengarnya! Semua yang ada dalam ni semua ada telinga, imam oi. Kalau tak nak bantu, bagitau siang-siang. Fikir jugalah hati dan perasaan Mokhtar tu. Dia sudahlah baru je tau pasal benda-benda pelik ni!” teriak Wak Abu yang begitu marah dengan semua orang yang berada di situ terutamanya pak imam kerana dialah punca idea itu wujud. Lalu Wak Abu bergegas bangun dan keluar dari rumah pak imam.
“Aku sudah tak mampu nak menentang benda tu lagi. Aku bukannya muda lagi. Badan aku dah tak larat.” kata pak imam lemah. Nadanya seperti kesal dengan apa yang berlaku. Silapnya juga kerana berkata mengikut perasaan.
“Aku faham. Mokhtar tu takde apalah. Paling teruk pun, dia lari tinggalkan kampung ni je.” balas ketua kampung sambil menghelakan nafas yang panjang.
Nafas Wak Abu tercungap-cungap. Dia kepenatan kerana berjalan jauh dari rumah pak imam hinggalah ke rumah dia. Fikirannya asyik terbayangkan Mokhtar. Entah apalah yang difikirkan anak muda itu selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut pak imam sendiri yang pernah menyatakan bahwa dia akan membantu untuk menyelesaikan segala kemelut yang sedang berlaku ketika itu. Setelah Wak Abu tiba di halaman rumahnya, dia melihat kereta milik Mokhtar ada di situ.
“Alhamdulillah, budak ni pulang ke rumah. Aku fikirkan dia lari ke mana lah tadi.” bisik Wak Abu di dalam hati. Lalu, dia terus menaiki rumah dan memanggil nama Mokhtar. Kemudian, kedengaran suara Mak Nipah dari arah dapur.
“Ada kat dapur ni haaaa..” kata Mak Nipah. Kemudian, Wak Abu terus berjalan menuju ke arah dapur rumah. Dia melihat Mokhtar sedang termenung di meja makan, sementara Kenanga di sebelahnya sedang menggosok belakang badannya dan memujuk untuk memberitahu apa yang sedang berlaku. Lantas, Wak Abu pun terus mendekati Mokhtar.
“Sudahlah nak. Janganlah kau simpan. Lupakan saja apa yang dibicarakan pak imam tadi. Kami ada untuk kamu sekeluarga.” pujuk Wak Abu sambil membelai kepala Mokhtar. Dia mengganggap Mokhtar dan Kenanga seperti anaknya sendiri. Dia begitu kasihan kepada dua pasangan itu. Apalah dosa mereka sehinggakan terpaksa menanggung beban sebegitu rupa? Sedangkan semua itu bukanlah keinginan mereka. Mereka cuma hanya menginginkan kehidupan yang normal sahaja. Mereka juga dambakan kebahagiaan sepertimana pasangan berkahwin yang lain. Wak Abu menceritakan segalanya kepada Kenanga dan Mak Nipah. Kenanga menitiskan air matanya kerana dia tidak percaya bahawa pak imam yang pada suatu ketika dahulu pernah menyelamatkan kampung tersebut boleh memberikan idea sedemikian rupa.
“Betul ke bang? Imam cakap macam tu?” soal Mak Nipah kepada suaminya.
“Iya, macam tu lah dia kata. Takkan aku nak tipu pula. Kalau tak, masakan si Mokhtar balik muka masam-masam macam ni?”
“Mesti ada sebab kenapa dia kata macam tu.” kata Mak Nipah untuk menyedapkan hatinya.
“Itu aku tak tau lah.” jawab Wak Abu perlahan. Dia merasa kesal dengan semua yang terjadi. Alangkah bagusnya jika Mokhtar tahu lebih awal tentang semua benda ni. Sudah tentu semuanya boleh dielakkan. Pak imam juga satu, tidak diberitahu awal-awal yang dia mengetahui bahwa benda itu sedang menunggu Mokhtar pulang dan ingin menjadikan Mokhtar sebagai pewaris.
“Ini semua salah pak imam. Kalau dia bagitau awal-awal. Takkan berlaku punyalah semua benda ni. Kita boleh bagi amaran kat Kenanga dan Mokhtar. Jangan bagi dia orang balik sini.” marah Wak Abu sambil menghentakkan tangannya ke atas meja makan itu. Kemudian, Mokhtar bangun dari kerusi dan berjalan memasuki bilik tidurnya. Diikuti oleh isterinya, Kenanga.
“Abang, Kenanga minta maaf. Kalau Kenanga tau semua benda ni akan berlaku. Kenanga tak akan minta untuk tinggal di kampung.” kata Kenanga sambil memeluk erat tubuh suaminya itu.
“Tak ada apa yang boleh dilakukan lagi Kenanga. Benda dah terjadi. Kita terpaksa hadapi je. Kita serahkan segalanya kepada Allah SWT.” balas Mokhtar.
“Jom kita lari je bang. Kita balik ke Kuala Lumpur. Tinggalkan semua masalah ni.” kata Kenanga.
“Bila ada masalah, kita kena selesaikan. Bukannya lari. Kenanga jangan bimbang. Abang akan cari jalan penyelesaian.” balas Mokhtar tegas. Kenanga hanya akur dengan keputusan suaminya.
“Abang nak pergi jumpa pak imam. Tapi jangan bagitau Wak dengan Mak. Abang nak tau apa sebab yang membuatkan pak imam cakap macam tu.” kata Mokhtar lagi.
“Baiklah bang. Tapi jangan buat benda yang bukan-bukan ya.” balas Kenanga.
“Abang masih waras lagi sayang.” sambung Mokhtar lagi. Kemudian, dia berlalu pergi selepas memberikan kucupan di dahi isterinya. Entah mengapa, Kenanga menitiskan air mata wanitanya selepas Mokhtar berbuat demikian. Seperti ianya adalah kucupan yang terakhir.
“Halalkan makan minum abang dunia akhirat. Maafkan segala dosa-dosa abang pada Kenanga selama kita berumah tangga.” kata-kata terakhir yang didengari oleh Kenanga sebelum suaminya berlalu pergi dan mengakibatkan dia jatuh melutut di atas lantai. Membuatkan dia menangis sekuat hati. Kenanga tahu. Itu adalah kali terakhir dia bersama dengan suami kesayangannya. Tetapi, dia tidak ada daya untuk menghalangnya.
Wak Abu dan Mak Nipah yang berada di dapur terus berlari mendapatkan Kenanga selepas mendengar dia menangis.
Mokhtar memandu dalam keadaan yang laju. Dia berbohong kepada isterinya. Dia sebenarnya tidak ingin berjumpa dengan pak imam dan tidak ingin mendengar penjelasan dari pak imam. Bagi Mokhtar, hanya ada satu jalan keluar saja lagi. Dia harus berdepan dengan makhluk itu.
“Aku tak ada ilmu menentang syaitan-syaitan ni semua. Aku bukan ustaz, dukun, bomoh or whatever. Tapi aku percaya, Allah paling berkuasa. Allah akan membantu aku.” kata Mokhtar sendiri.
Dia sudah pun tiba diperkarangan rumah arwah Zubir. Dia keluar dari keretanya dan berdiri betul-betul menghadap tangga rumah itu. Dia lihat di atas tanah ada keris milik pak imam. Anehnya keris itu sudah tidak terpacak ke dalam bumi, tapi cuma terlantar di atas tanah. Dan garam yang ditaburkan tempoh hari sudah pun hilang. Mokhtar mengambil keris tersebut dan dia menggenggam ia sekuat hati.
“Ya Allah. Aku tahu ini semua adalah ujian dari-Mu. Aku tahu amalanku tidak cukup untuk semua ini. Tapi..tapi.. tolonglah aku harungi semua ini. Aku ingin semua ini berakhir. Aku benar-benar memerlukan bantuan dari-Mu. Makbulkanlah doa hamba-Mu yang hina ini. Tunaikanlah permintaan aku ini. Hanya pada-Mu aku berserah. Dan hanya pada-Mu aku meminta. Berikan aku kekuatan untuk tamatkan agenda syaitan yang mengganggu keluarga ini.” doa Mokhtar di dalam hatinya. Air matanya menitis membasahi pipi.
Dia melihat ke arah kiri, tandas yang terletak di bahagian luar rumah. Mokhtar berjalan ke arah tandas tersebut. Dia mengambil wudhuk dan kembali berdiri di tempat yang sama. Mokhtar sudah bersedia. Dia memanggil makhluk yang teringin sangat menjadikan dirinya itu sebagai pewaris.
“Mana kau? Aku dah ada kat sini!” jerit Mokhtar marah. Tidak lama kemudian, sesusuk tubuh wanita muncul di hadapannya. Rupa wanita itu tersangat cantik. Namun, tidak pernah Mokhtar melihatnya. Wanita itu tiba-tiba saja gelak mengilai selepas memunculkan dirinya. Tanpa membuang masa, Mokhtar terus membaca surah Al-Fatihah beberapa kali kemudian surah Qursi. Ketika Mokhtar sedang membacakan surah-surah itu, wanita tersebut diam dan merenung tajam ke arah Mokhtar. Dia merasa tidak senang apabila mendengar bacaan yang keluar dari mulut Mokhtar. Perlahan-lahan wanita tersebut mendekati Mokhtar tanpa kakinya menjejak bumi. Kemudian, dia mencekik Mokhtar agar dia tidak boleh mengeluarkan bacaan-bacaan suci tersebut. Namun, itu semua tidak cukup untuk menghentikan usaha Mokhtar.
“ALLAHUAKBHAR!” laung Mokhtar sekuat hati lalu dia menghunuskan keris yang digenggamnya ke arah perut wanita tersebut. Perbuatan Mokhtar tersebut berjaya membuatkan wanita itu melepaskan dirinya dan mengakibatkan wanita itu sedikit cedera.
“Syaitan! Di sini kau akan berkubur!” jerit Mokhtar dan menerjah ke arah wanita itu sambil menghunuskan keris ke arahnya.
“Bongkak!” balas wanita tersebut sambil disambut dengan hilai tawanya yang menggerunkan. Kemudian, dia mengelak serangan dari Mokhtar membuatkan Mokhtar jatuh tersungkur. Namun, Mokhtar tidak berhenti di situ saja. Dia melancarkan serangan yang seterusnya. Dia menendang dengan menggunakan kaki kirinya ke arah kawasan yang dicederakannya sebentar tadi. Namun, serangan itu tidak mengenai malahan menembusi pula. Mokhtar terkejut dengan apa yang di lihat. Dia berguling menjauhkan diri dari wanita syaitan tersebut. Mokhtar berfikir sejenak, bagaimana tendangannya boleh menembusi tubuh syaitan tu tetapi keris yang dihunusnya tidak? Mungkin keris tersebut sudah pun pak imam bacakan jampi atau mantera.
“Bagus, aku akan gunakan ini untuk hapuskan dia.” bisik Mokhtar di dalam hati. Tapi sayang, ketika dia sedang sibuk berfikir perihal keris itu. Wanita tersebut sudah pun melancarkan serangan yang seterusnya. Tiga bilah parang yang berterbangan di udara datang menerjah ke arah Mokhtar. Tidak sempat untuk Mokhtar mengelak. Ketiga-tiga parang tersebut hinggap ditubuhnya. Satu di bahu, satu diperut dan satu lagi telah berjaya memutuskan tangan kirinya.
Mokhtar menjadi lemah, dia jatuh melutut ke tanah. Matanya tiba-tiba kabur. Dia kehilangan terlalu banyak darah. Dia melihat ke arah tangan kirinya, begitu banyak darah merah pekat terpancur keluar. Perlahan-lahan Mokhtar cuba untuk berdiri. Di dalam hatinya tidak berhenti-henti membacakan ayat Qursi. Diulang-ulangnya beratus kali. Kerana ketika itu, hanya surah itu saja yang bermain di dalam fikirannya.
“Disebabkan kau melawan, kau tidak bersyukur dengan keturunan kau! Aku terpaksa bunuh kau di sini jugak!” kata wanita tersebut yang wajahnya tiba-tiba saja berubah menjadi makhluk yang menyeramkan. Dari penglihatan Mokhtar, itu adalah makhluk yang bertarung dengan pak imam pada waktu pagi. Makhluk itu lari setelah Wak Abu menghunuskan parang ke arah belakang badannya. Bermakna, parang tersebut juga telah dibacakan jampi seperti keris yang dipegangnya ketika itu. Tetapi di mana keberadaan parang itu, tidak dapat dikesan. Pada pemikiran Mokhtar, keris yang menjadi senjatanya pada waktu itu terlalu pendek. Jika dia dapat memiliki parang yang digunakan oleh Wak Abu, sudah tentu dia boleh menikam makhluk hodoh yang sedang berdiri dihadapannya.
“Syaitan durjana.. Aku tetap nak bunuh kau walaupun aku mati sekali dengan kau!” jerit Mokhtar. Entah dari mana dia mendapat kekuatan, dia berlari ke arah makhluk tersebut. Mokhtar membuat gaya untuk menikam ia namun tidak. Sebaliknya Mokhtar menggelongsor di antara kaki makhluk itu dan melakukan tikaman ke arah kaki kanan ia. Mengakibatkan makhluk tersebut menjerit kesakitan. Kemudian, Mokhtar menarik keluar keris yang terbenam ke dalam daging kaki makhluk itu. Akibat dari perbuatannya itu, darah berwarna hitam dan berbau busuk keluar memancut. Mokhtar mengambil kesempatan untuk menikam keris ke dalam tanah dan dengan menggunakan segala kekuatannya, dia menarik keluar parang yang tertusuk di perutnya. Kesakitan yang di alami olehnya memang tidak dapat dibayangkan namun dia tetap menguatkan diri demi menghapuskan makhluk tersebut.
Ketika Mokhtar sedang menggenggam kembali keris yang dipacakkan ke tanah, makhluk tersebut melibaskan tangan kanannya mengenai Mokhtar dan membuatkan dirinya tercampak jauh. Akibat dari serangan itu, darah yang banyak keluar dari mulut Mokhtar. Tanpa menghiraukan kesakitan yang di alami, dia segera bangun dan bersedia untuk melakukan serang balas.
Wak Abu, Mak Nipah dan Kenanga terburu-buru berjalan ke arah rumah pak imam. Seperti yang dijangkakan, semua orang masih lagi berada di rumah pak imam. Entah apa yang mereka sedang lakukan pun tidak ada sesiapa yang tahu. Mungkin merancang strategi yang seterusnya. Pak imam dan ketua kampung bergegas ke luar rumah apabila nama mereka dipanggil. Melihatkan Wak Abu, Mak Nipah dan Kenanga termengah-mengah mereka dipelawa naik ke rumah.
“Takde masa! Mokhtar dah pergi berdepan dengan makhluk tu!” kata Wak Abu tegas. Semua yang berada di situ terkejut bukan alang kepalang. Semua tertanya-tanya kenapa Mokhtar melakukan perkara sedemikian rupa. Sedangkan pak imam sendiri boleh tertumpas.
“Habis tu, dia ada kat mana sekarang?” soal ketua kampung ingin tahu. Mereka bertiga menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Kenanga merayu pada pak imam agar dia membantu suaminya itu.
“Masalahnya aku tak tahu kat mana dia berada sekarang. Kalau tahu, senang je. Kita pergi je sekarang.” balas pak imam kekeliruan. Perasaan serba salah tiba-tiba menyingkap di dalam hatinya.
“Ish.. Kenapalah semua benda ni boleh berlaku, semua salah Zubir” getus hati ketua kampung.
“Tok ketua! Tengok sana!” jerit salah seorang penduduk kampung sambil menunjukkan ke arah kepulan asap yang tebal. Semua yang berada di situ melihat ke arah kepulan asap tersebut.
“Ada rumah terbakar ke?” soal ketua kampung.
“Abang!” jerit Kenanga pula. Lalu dia berlari dari situ diikuti oleh Mak Nipah dan Wak Abu.
“Rumah arwah Zubir..terbakar?” soal pak imam pula. Lalu pak imam mengajak semuanya untuk mengikuti Kenanga dan menuju ke arah rumah arwah Zubir. Rumah papan kayu yang sudah lama dibiarkan kosong. Kenanga berlari tanpa memperdulikan keadaan dirinya yang pada waktu itu sudah hampir kehilangan tenaga. Jarak antara rumah pak imam dan juga rumah kayu itu agak jauh.
“Jadi, bunyi ngauman yang kita dengar tadi tu datang dari rumah tu. Mokhtar berlawan dengan makhluk tu ke?” soal ketua kampung.
“Entahlah. Aku pun tak tahu. Cepatlah sikit bawak motor. Biar kita cepat sampai.” balas pak imam. Mengerti dengan kebimbangan yang mengganggu pak imam, ketua kampung terus memulas pendikit motornya agar motor itu bergerak lebih laju.
Kenanga terus berlari tanpa berhenti. Walaupun terasa penat, namun dia tidak peduli. Apa yang penting dia sampai ke tempat kejadian. Firasatnya kuat menyatakan bahawa suaminya berada di rumah kayu tersebut. Jika berlaku apa-apa yang tidak diingini ke atas suaminya, Kenanga tidak mungkin dapat memaafkan dirinya sendiri. Kerana dia tidak berupaya untuk menghalang tindakan suaminya itu.
Dia terlalu risau dan bimbang dengan suaminya. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku dan apa yang suami dia sedang lakukan ketika itu. Wak Abu dan Mak Nipah terkedek-kedek berlari jauh dibelakangnya. Mereka tidak mampu untuk mengejar Kenanga.
“Abang, tunggulah kejap. Saya penat berlari ni.” rayu Mak Nipah yang sudah kepenatan akibat berlari dari rumah pak imam.
“Alaaa awak ni. Saya dah kata, jangan ikut. Tunggu je kat rumah, awak degil. Kita kena cepat ni.” marah Wak Abu kerana isterinya berdegil untuk ikut walaupun sudah diarahkan supaya duduk saja di rumah. Tidak semena-mena, sebuah motorsikal honda ex-5 memecut dan meninggalkan mereka berdua dibelakang.
“Waahh….laju betul ketua kampung bawak motor.” kata Wak Abu. Kemudian, beberapa biji motorsikal pula mengikuti jejak motor ketua kampung.
Kenanga hanya melihat saja motorsikal yang melepasinya, yang dia tahu, dia ingin sampai cepat ke lokasi.
“Kak! Naik cepat!” arah Wardina yang menaiki motorsikal dan berhenti dihadapan Kenanga. Tanpa membuang masa, Kenanga terus menaiki motorsikal tersebut. Dan Wardina terus memulas pendikit motorsikal.
“Wahhh..syoknya, takde siapa ke yang tumpangkan kita orang berdua?” keluh Wak Abu berseorangan.
“Tunggulah kejap, bang.. Penat ni.. Dah lah panas terik..” kata Mak Nipah.
“Leceh betullah.. Tu la, lain kali bila aku suruh duduk kat rumah, duduk je lah. Mengada nak ikut dah kenapa.” marah Wak Abu sambil meneruskan perjalanannya.
Wardina dan Kenanga sudah pun tiba di rumah kayu tersebut bersama pak imam dan ketua kampung. Warga kampung yang juga turut tiba. Memang benar, rumah kayu tersebut sedang dijilat oleh api yang marak.
“Kita kena call bomba juga ni. Asapnya terlalu meninggi dan tebal. Sudah semestinya kampung sebelah pun boleh lihat kepulan asap ni.” saran ketua kampung. Pak imam hanya mengganggukkan kepala saja. Tidak ada apa yang boleh dia lakukan lagi. Salah seorang orang kampung telah pun membuat panggilan ke balai bomba. Kenanga meraung memanggil suaminya, disebabkan dia tidak melihat suaminya berada di situ. Dia membuat keputusan untuk memasuki rumah yang sedang dijilat api tersebut. Ketua kampung dan pak imam terus berlari mendapatkan Kenanga. Mereka menghalang perbuatan Kenanga. Kenanga hanya mampu menangis terduduk di situ. Pak imam memerhatikan keadaan sekeliling. Dilihatnya darah begitu banyak di atas tanah.
“Darah? Aku dapat rasakan sebentar tadi ada pertempuran yang sengit berlaku.” kata pak imam. Tidak lama kemudian, bomba pun tiba dengan jenteranya. Mereka cuba untuk memadamkan api yang sedang marah namun tidak terpadam juga. Orang ramai hanya mampu melihat sahaja. Bermacam-macam pihak bomba ikhtiarkan namun segala yang dibuat hanya memarakkan api. Tidak sekali pun ianya meredakan.
“Tak apa. Biar aku bantu.” kata pak imam. Lalu dia mengambil segenggam tanah dan dia membacakan sesuatu. Selepas itu pak imam menghembuskan ke arah tanah yang digempal sebentar tadi lalu dilontarkan ke arah api yang sedang marak. Dengan izin Allah, api tersebut mulai beransur hilang. Pihak bomba pun sudah dapat memadamkan api yang menjilat rumah kayu tersebut. Masing-masing tertanya-tanya macam mana rumah kayu itu boleh terbakar? Apakah Mokhtar yang membakar rumah tersebut? Dimanakah keberadaan Mokhtar? Persoalan yang memerlukan jawapan.
Kenanga di bawa pulang ke rumah Wak Abu, dan Kenanga mengurung dirinya di dalam bilik tidur. Dia hanya akan keluar untuk mengambil wudhuk sahaja. Mak Nipah tidak berhenti-henti memujuk Kenanga agar dia keluar dari dalam biliknya. Dia tidak makan, tidak minum. Mak Nipah bimbang kalau Kenanga akan jatuh sakit pula. Manakala Kenanga, dia tidak berhenti-henti berdoa kepada Allah agar suaminya selamat dari semua malapetaka yang menimpa. Masanya dihabiskan dengan membaca al-Quran. Tidak ada sesiapa pun yang dibenarkan melawat rumah kayu tersebut kerana pihak polis dan bomba ingin melakukan siasatan. Mereka ingin mencari punca terjadinya api tersebut.
Sudah 2 hari berlalu semenjak peristiwa itu, Kenanga tetap tidak makan tetapi dia sudah mahu minum. Walaupun begitu, dia tetap mengurungkan dirinya. Ramai orang yang datang berkunjung ke rumah Wak Abu demi menanyakan tentang keadaan Kenanga. Namun, Kenanga masih mengurungkan diri. Hari ketiga, pihak polis datang ke rumah Wak Abu. Mereka memberitahu bahawa mereka tidak jumpa punca api itu terjadi. Akan tetapi, mereka menjumpai jejak darah manusia dan haiwan disekitar rumah itu. Anjing pengesan sudah pun dihantar untuk menjejaki ke mana arah darah tersebut pergi. Kenanga mencuri dengar perbualan antara pihak polis dan Wak Abu itu dan dia terus berdoa tanpa henti.
Sudah lapan hari berlalu, unit yang dikerahkan untuk menjejaki darah yang dijumpai dirumah kayu itu tidak dapat dihubungi dan tidak dapat dijejaki. Perkara tersebut membuatkan orang ramai menjadi tidak senang. Akibat daripada itu, tersebarlah khabar angin bahawa orang kampung ternampak makhluk mengerikan berkeliaran dikawasan kampung setiap malam. Orang kampung mengatakan bahawa jelmaan makhluk itu adalah Mokhtar yang sudah terjebak tumpas dengan ilmu hitam. Ramai yang menuduh arwah Zubir punca segalanya, walaupun ianya adalah benar belaka.
“Kalau lahanat tu tak belajar ilmu hitam, kampung kita ni mesti aman sampai sekarang!” marah salah seorang penduduk kampung ketika sedang melepak di warung bersama kawan-kawannya.
Walaupun keadaan agak sedikit kecoh dengan penampakan kelibat makhluk mengerikan itu, namun orang kampung tetap memberikan semangat kepada Kenanga. Mereka tidak menyalahkan Kenanga dan Mokhtar tetapi mereka menyalahkan arwah Zubir.
Selepas kejadian itu, orang ramai sudah mula bekerja sama membuat rondaan setiap malam. Pihak polis juga turut bekerjasama kerana 8 orang anggotanya hilang tanpa jejak. Tetapi perkara tersebut tidak diberitahu kepada orang luar. Daerah itu saja yang mengetahuinya.
“Masalahnya, dengan anjing-anjing polis sekali hilang kau tau tak? Tak ke pelik?” kata salah seorang anggota polis yang sedang memandu kereta peronda.
“Tu la pasal. Darah yang sepatutnya anjing tu kesan pun hilang. Aku rasa kampung ni ada masalahlah.” balasnya penuh kehairanan.
“Aku bukan nak percaya hantu ke apa. Aku tau lah benda-benda macam ni memang ada. Tapi ni dah melampau sangat.”
Dan itu adalah kali terakhir dua orang anggota polis itu dilihat meronda di kawasan kampung tersebut. Orang kampung mulai ketakutan selepas kes kehilangan kereta polis dan dua orang anggota yang ditugaskan untuk meronda kampung tersebut.
“Macam mana kita nak selesaikan perkara ni?” soal ketua kampung kepada pak imam selepas mereka selesai menunaikan fardhu isyak di masjid.
“Entahlah. Buat masa sekarang ni kita hanya mampu berserah dan meminta perlindungan dari Allah SWT.” balas pak imam.
“Aku rasa memang betullah, mungkin makhluk yang dilihat orang kampung berkeliaran pada waktu malam tu adalah Mokhtar.” sambung ketua kampung lagi. Pak imam tidak memberikan respon. Melihatkan pak imam hanya mendiamkan diri saja, dia terus meminta izin untuk pulang ke rumah memandangkan hari sudah begitu lewat. Dan keesokkan paginya, kampung tersebut dikejutkan dengan berita di mana mayat ketua kampung dijumpai ditepi parit. Badannya terpisah dua, kesan cakaran penuh dimuka.
“Tak mungkin buaya punya kerja! Ni mesti angkara makhluk tu!” kata salah seorang penduduk kampung yang berada di situ.
Berita kematian ketua kampung sudah tersebar hingga ke pengetahuan pihak media massa. Ramai orang luar datang ke kampung itu untuk menemu ramah dan tidak kurang juga kumpulan ahli paranormal yang datang dengan niat untuk menyiasat. Namun, kumpulan yang pernah datang, tidak ada seorang pun selamat. Semuanya hilang, mati dan ada juga yang mayatnya ditemui dalam keadaan yang mengaibkan. Makin lama, makin terkenal kampung tersebut. Tiap-tiap minggu pasti akan ada kumpulan-kumpulan yang berkunjung dan sudah tentunya kumpulan tersebut tidak akan selamat.
Wak Abu dan Mak Nipah turut menjadi mangsa kepada makhluk tersebut. Maka, tinggallah Kenanga seorang diri di dalam rumah tersebut.
Bermacam jenis ustaz yang mahir-mahir datang untuk membantu. Ada sesetengah daripadanya melarikan diri dan yang selebihnya hilang tanpa jejak. Ketika segala kekalutan sedang berlaku, Kenanga di rumah tersenyum seorang diri di dalam bilik.
“Baguskan macam ni? Tak perlu kita korbankan orang-orang kampung kat sini. Kita jadikan je orang-orang luar yang datang ke sini sebagai korban.” kata Kenanga seorang diri. Tingkap biliknya dibuka. Seekor makhluk ngeri muncul. Walaupun wajahnya terlalu ngeri namun ianya tetap dapat dikenal pasti, wajah tersebut adalah milik Mokhtar.
“Ada lagi kumpulan paranormal yang datang ke kampung ni, bang. Mulut dia orang celupar. Bongkak. Riak. Kenanga nak abang lakukan macam biasa, jangan tinggalkan jejak.” arah Kenanga sambil melemparkan senyuman ke arah suaminya yang sudah tidak berupa manusia.
“Abang akan lakukan apa saja demi kebahagiaan isteri abang yang tercinta.” balas Mokhtar lalu menghilang ditiup angin.
“Ayah, Kenanga dah buat yang terbaikkan? Ayah sayang pada Kenanga kan?” kata Kenanga lagi. Kemudian, muncul pula kepulan asap berwarna hitam dihadapan Kenanga lalu menjelmalah Zubir di situ. Dia menghampiri Kenanga dan memberikan senyuman kepada Kenanga.
“Ya, anak ayah dah lakukan yang terbaik.” kata Zubir lalu membaringkan Kenanga dan dia menindih anak perempuannya itu.
Tamat…
Bhg. 1: https://fiksyenshasha.com/rumah-kayu/
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Adoi..kenanga yg jahat rupanya
perghhhh. kenangan ni pyscho rupanya. daebak habis. tkterlintas pun nak cakap yang kenanga ni act yang hantu segala dajjal.
Apaakah?? Errr
Fuhh… dh mcm movie… lg2 part last tu… betul2 sesat dh tu sbb skandal ank ngn bapak… sekuel part 3 xde ke… dtg sorg hamba Allah kt kg tu nk damai kn balik kg tu ke… mcm drama niyang rapik dlu tu… hehehe… pape pon trbaik la penulis… teruskn berkarya ye… kipidap…
BEST! 😀
Teruskan berkarya!
TO:AKUSTATIK
Cerita yang menarik!Jalan cerita sungguh menyayat hati.Tidak lupa juga dengan pengakhiran cerita yang tidak dapat.dijangka.Gaya bahasa juga mudah difahami!Syabas!Teruskan usaha.
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita di FS lagi😬
Assalamualaikum
Erm..
👍
Diva tak fahamlahh.. apsal Zubir tindih anak dia si Kenanga iteeww?
Ada sesiapa nak tindih Diva tak? Diva bagi 5 bintanggg!!!!
Aneh sungguh Diva ni.
Kalau ade yang nak pijak Diva boleh tak? Hahahha
Just kidding. Peace no war 😀
izul , please.haha
Ko start dulu lah Delu. Aku follow belakang. Hahaha
aku seram2 berani jek izul..ko boleh jugak campak2 kan garam ke lada hitam ke..haha
Penampakan yang seram di siang hari cenggini, aku serah kat ko la Delu. Hahaha. Dia nak bagi 5 bintang tu.
Cissss izul..hrpkn pagar…ko smbunglah..mak xrela nyahhh
sedihh… nk happy ending walaupun klise haha
tak sangke ending die mcm tu. kenanga is not so kenanga.
plot twist dia, wow! cilaka kenanga! dia dalang rupanya! power cerita ni. i bg 5 bintang!
Kenanga ngn bpaknye sme je…kesian si mokhtar mngsa keadaan
kenanga yg gile ~
.
sempat selitkan MLM… hahaha… semoga dijauhkan dari MLM
haish….
sangatttt
Adui…fiksyen ke ni? Terjebak sampai abes pulak.
haishh..sakit hati baca cerita ni…tp ap pn, bahaya kalo kampung ni btl2 ad di malaysia…hahahahha
KNP yg jahat pulak mng….xsgka betoi…
Menyesal aku bace!!! Bodoh cite ni… Agaknye penulis ni, pemuja syaitan ke?! 0/10
“Beginilah cara syaitan mempengaruhi manusia dgn menghidangkan sesuatu yg menarik kemudian memesongkan akidahnya…”