Rumah No.9

Terima kasih FS kerana siarkan cerita Rumah No.23 tu.Amboi..sakan korang kutuk aku ya?Hahaha.Janganlah negatif sangat korang.Bukan aku nak menunjuk nak beli rumah or aku ‘orang have-have’ tapi aku cuba berlaku jujur.Tak beli pun rumah tu..bukan takut korang kutuk tapi Tuhan dah susun ‘cerita’ lain untuk aku.And lagi satu,aku describe pangjang lebar pasal rumah tu sebab senang nak bantu imaginasi korang.Nak lukis takleh..

Lepas kejadian tu,kami masih mencari rumah.Ambil nombor dengan Nepal tu sebab ambik syarat jer la.Kesian dia penat kayuh basikal gi escort aku nak tunjuk rumah.hehe.Selang 2 minggu dari kejadian tu,1 hari tu aku dapat panggilan dari makcik aku.Dia nak ikut anak sulungnya menetap di Hong Kong sebab dapat better offer kat sana.Anak dia kerja apa aku takyah bagitahu la.Kang korang kata aku nak berlagak or nak menunjuk pulak.

So,dipendekkan cerita,dia minta aku tengokkan rumah dia sebab aku boleh dikatakan anak buah yang paling rapat dengan dia.Lepas borak-borak,makcik aku pun macam berbasi-basi minta aku tengokkan sekali duduk rumah dia.Dia kata macam tak nice nak tinggal kosong lama-lama.Lepas bincang dengan husband,maka setujulah husband aku nak pindah ke rumah makcik aku memandangkan jarak antara rumah makcik aku dengan office dia tak lah jauh mana.Lupa nak bagitahu yang rumah makcik aku ni di Subang Jaya.

Maka berpindahlah kami sebulan selepas makcik aku ke Hong Kong.

Seawal 2 bulan aku tinggal sini,alhamdulillah semuanya takde masalah.Aku pula dah start kerja balik kat Kelana Jaya.Husband aku still kerja kat KL.Anak-anak maid yang uruskan.(Ni maid makcik aku.Jangan cakap aku berlagak ada maid pulak.Aku karate kang).Sampailah satu pagi tu,aku terbangun and rasa sangat dahaga.

Aku pun turunlah ke dapur sambil nak ambil botol susu anak yang baru.Masa aku turun tu,aku dengar waterfall yang kat tembok halaman tu terpasang.Aku pun gi lah jenguk.Memang sah terpasang.Aku biarkan dulu.Niat kat hati nak switch off kat lepas minum air.Alih-alih lepas aku dah siapkan segala urusan kat dapur,time nak pergi switch off suis waterfall tu..aik!Dah off la pulak.Aku pun pandang lah bilik Mona (maid aku Filipino).Sepi dan bertutup.Disebabkan sifat suka mengabaikan aku ni kental,aku pun naik atas gi sambung tidur.

Esok pagi sebelum gi kerja aku pesan kat Mona jangan On waterfall tu melainkan time ada event or ada guest.Dia angguk jer la tanda faham.

Seminggu lepas tu,suami aku takde.Out station ke Penang.Tinggal aku dan anak-anak bersama Mona.Kami makan kat luar.Balik jer rumah,aku pun minta Mona salinkan baju anak-anak dan aku pulak pastikan semua pintu dikunci and set security alarm.Tadi masa keluar ada beli buah-buahan.So bawa lah buah tu ke sapur.

Bila aku patah balik nak menapak ke tangga bilik,aku perasan pintu rumah aku terbuka lah pulak.Maksud terbuka kat sini ialah macam tak ditutup rapat.Pelik juga.Kalau penceroboh mesti alarm bunyi.Aku memang pasti aku dah tutup rapat-rapat tadi.Malas nak fikir sebab dah mengantuk,aku Cuma rapatkan jer sekali lagi sebelum.naik tidur.Malam tu aku tidur nyenyak tanpa gangguan.

Bila dah berminggu-minggu kejadian tu berlalu,aku pun dah lupa.Atau aku sebenarnya aku tak anggap pelik pun benda tu semua.Tapi bila pada suatu pagi tu,husband aku ajak aku ke Pasar Tani Shah Alam aku dah macam pelik.Setahu aku dia ni punyalah payah nak ke tempat orang ramai camtu.Selalunya kalau aku pergi pun sebelum-sebelum ni,Mona yang teman.Dia kat dalam kereta dengan anak-anak.Rupa-rupanya dia buka cerita yang dia nak cari ‘Kayu Tas’.Aku dah wonder apa bendalah makhluknya ‘Kayu Tas’ ni.Mulalah banyak benda yang aku tanyakan.Slow-slow dia mula susun cerita.Menurut suami aku…

Minggu lepas,lebih kurang pukul 3.30 pagi dia ada terbangun sebab dia dengar bunyi waterfall terpasang kat halaman.Sebab pelik,dia pergilah jenguk.Tapi bila jenguk,sunyi sepi.Alang-alang dah bangun,dia pergilah jenguk anak-anak kat bilik sebelah.Time dia rapat pada pintu tu,dia dengar dengan jelas bunyi orang sedang mandi kat bilik anak.Heran lah dia bila deengar orang mandi pagi-pagi buta.

Takkan lah si Mona pulak yang mandi kat bilik anak kami.Bila dia buka jer pintu tu,bunyi orang mandi tu dah hilang.Memandangkan still rasa tak puas hati,husband gi jenguk tandas.Lantai memang basah okkkaaaaay…memang macam baru lepas digunakan.Sebab terlalu curious,dia gi jenguk pulak family room yang gelap gelita sebab tak pasang lampu.
(Untuk pengetahuan,rumah ni ada 4 bilik asalnya.1 bilik maid kat bawah,3 lagi kat atas.Tapi makcik aku dah renovate 1 bilik ni yang bersambung tandas dengan bilik anak kami menjadi family room.Dalam family room ni lah ada macam panggung wayang mini untuk family dan kawan-kawan rapat melepak.)

Walaupun still tak puas hati,tapi dia malas nak ambil serius sangat.Dia patah nalik ke bilik anak-anak.Lepas pastikan semua ok,dia masuk tidur.Malam esoknya,husband aku kata waktu tu baru pukul 11malam.Aku dengan anak-anak dah tidur.Husband aku baru teringat nak check email kerja yang very urgent.Makanya,dia pun masuk lah buat kerja kat family room sambil layan ch 729.Mulanya semua ok jer.

Takde apa-apa gangguan.Tapi tiba-tiba security alarm berbunyi.Husband aku pun apa lagi.Berkejarlah turun ke bawah.Bila dia sampai,nampak Mona dah hentikan bunyi alarm tu.Mona just bagitahu yang pintu depan terbuka.Terkejut lah suami aku!Tapi Mona boleh pulak jawab benda tu dah biasa.Memang dah selalu macam tu.Part ni laki aku dah bingung.Malas nak soal jawab dengan Mona,dia naik ke atas.Time ni husband aku cakap dah takde mood nak buat kerja.So dia decide sambung pagi esok sebab esoknya hari minggu.

Dia shut down laptop, matikan TV ,and finally matikan lampu sebelum keluar.Pintu bilik tu dia biarkan terbuka sedikit.Kemudian husband aku gi check anak-anak.Bila dah puas hati dia balik ke bilik kami.Dah jadi kebiasaan,kami memang tak rapatkan pintu bilik supaya anak boleh masuk bilik kami bila-bila masa kalau ada apa-apa.Nak elakkan bilik gelap sangat,selalalunya kami pasang lampu dari mini pantry yang kat tengah-tengah ruang tingkat atas ni.Lepas dia sah pastikan semua dah ok,husband aku pun tarik lah selimut nak tidur.

Tiba-tiba dia dengar bunyi TV kat family room terpasang.Sebenarnya dia takut,dia kejutkan aku tapi aku pulak tidur mati,dia pun slow-slow pergi intai.Sah!Memang TV terpasang.Laptop pun dah on balik weeiiii…alahai!Dia kata dia cuba rilex and pergi off TV and laptop tu.Pastu terus balik ke bilik takde nak toleh-toleh belakang dah.

Pagi Sabtu tu,Mona pagi-pagi dah bising yang air kat dalam kolam mini tu kurang.Bila aku gi jenguk,memang tinggal suku jer lagi.Aku pun jenuh lah check kalau-kalau ada bocor.Husband aku?Dia jenguk pun tidak.Dari jauh jer dia perhati.Lepas makan tengahari,aku pun melepak lah kat bawah sambil tengok anak-anak bermain.Mona sibuk duk buat laundry.Husband aku entah kenapa meluru turun dari tingkat atas.Muka tak keruan.Tapi bila aku tanya dia just cakap takde apa-apa.Malaslah aku nak tanya banyak-banyak.

Sebulan sekali,aku akan bagi off day kat Mona on Sunday.So dia bolehlah pergi church or keluar kemana-mana.Tinggallah aku dengan husband dan anak-anak.Nak dijadikan cerita,lepas makan tengahari,aku temankan anak-anak baca buku kat bilik.Sebab dah nak masuk Zohor,husband aku pun pergilah solat kat masjid.Jadi,bila dah baca buku,anak-anak pun terlelap.Aku pun apa lagi,join sekali..tak buang masa punya!hehe.

Bila aku sedar jam dah pukul 3 ptg.Aku pun bangunlah nak ke bilik aku untuk solat.Masa nak keluar dari bilik anak,aku dengar husband duk rancak menaip kat laptop.Takdelah dengar macam guna typewritter tapi still ada bunyilah.Pastu ada suara orang nyanyi lagu melayu klasik.Mungkin dari hi-fi.Sebab bagi aku takde benda pelik,so aku ignore je benda tu dan terus ke bilik.Sikit pu aku tak jenguk ke family room.

Sampai lah aku duk solat pada rakaat ke 3,aku dengar bunyi kereta masuk ke garage.Eh!Dalam duk solat boleh pulak aku fikir sape pulak yang datang?Ke husband aku yang keluar?Kalau husband aku keluar,dia nak kemana?Kenapa tak bagitahu pun..Dah!Memang solat tak kusyuk lah namanya.Bila habis solat,aku pusing belakang nampak husband aku tercongok kat katil.Terjerit lah aku,terkejut!Husband aku pun terkejut jugaklah tengok aku terjerit.

Dah kenapa dia kat sini pulak?Aku pun tanyalah macam mana ada kat sini sedangkan baru tadi aku dengar bunyi kereta .Korang tahu apa husband aku jawab?Dia cakap dia baru balik dari masjid.Lepas Zohor katanya ada orang buat akikah kat masjid,dia pun apa lagi,join sekali.Berlari aku ke family room tak sempat nak buka telekung.Masa tu TV semua takde yang terpasang macam aku dengar tadi.Husband aku cuma mampu pandang tercengang-cengang.Blur.

Berbalik pada cerita nak gi cari kayu tas tu,lepas husband aku dah cerita semuab benda tu,barulah aku buka cerita pasal semua yang dah jadi dari hari pertama aku alami misteri ni.Bila aku cuba relate apa fungsi kayu tas tu,husband aku cakap kawan dia kat office cakap setan dan haiwan liar takut pada kayu tas.So nak buat ikhtiar hindari makhluk tu.Aku angguk jer la.Malangnya,pusing punya psuing,takde pun orang jual kayu tu.Hampalah husband aku.Aku pun fikirlah alternative lain.Ada lah sorang kawan aku kat FB tag aku pada 1 artikel cara-cara mengusir makhluk halus.Kusangka panas hingga ke petang rupa-rupanya…

Bila aku amalkan ayat tu,makin teruk pula gangguan kami.Hampir tiap malam Mona mengadu ‘kucing liar’ pecah masuk dapur sepahkan dapur.Tu belum campur pecahkan pinggan mangkuk lagi.Ikan kat dalam kolam pulak masuk haritu dah 3 ekor mati.Yang paling ngeri,ikan ni mati tinggal tulang semata-mata.Husband aku cakap mungkin dorang bergaduh .Sape kalah jadi makanan ikan lain!Purffftt!Bila mengadu kat akak cleaner kat office,dia suruh bela ikan puyu.

Yang sadisnya,hari pertama aku beli ikan puyu tu,aku baru jer letak dalam akuarium,ketiga-tiga ekor dah menegak duri kat badan.Tengah malamnya,yang hidup tinggal 2 ekor jer.Sekor lagi dah terapung dalam air.Lusanya,time aku balik kerja,aku nampak ada sekor jer dalam akuarium.Bila tanya Mona,dia cakap dia pun tak perasan mana pergi lago sekor.Dah kalut malam tu cari ikan puyu.Husband aku yang jumpa ikan tu kat dalam bilik anak kami,dalam bakul mainan.Haa..pelikkan?Macamana ikan tu boleh naik tangga ke bilik anak aku.Siap berbau hanyir lagi bilik anak aku.Maka tinggallah sekor jer ikan kat dalam akuarium tu berenang terkedek-kedek.

Ikan yang sekor tu bertahan lebih kurang seminggu then lepas tu dia pun menemui ajal.Depan mata aku sendiri ikan tu duk melompat dalam akuarium sampai berkocak-kocak air kat dalam tu.Elok jer lompat tahu-tahu dah tak bergerak.Last sekali timbul kat permukaan akuarium.Aku pun tak faham.Lepas ikan puyu ni mati,aku beli lagi.FYI,almost 1 tahun aku tinggal kat rumah tu,adalah dalam 23 ekor ikan puyu aku bela.Resultnya sama jugak..mati!

Sampailah satu masa tu,anak aku yang sulung selalu terjerit-jerit and sebut ghost!Ini tak kelakar.Belum lagi kes depan mata aku air dari tembok yang ada waterfall tu tiba-tiba mengalir dengan lajunya.Suis dia terpasang dengan sendiri kott…padahal masa tu kami semua termasuk Mona ada dalam kereta.Time tu kami baru balik dari rumah cousin kami.Husband aku tengah parking kereta.Tiba-tiba lampu kat kolam semua terpasang dengan sendiri.Tergamam kami semua.Mona pun pucat.Tapi disebabkan tu rumah kami,walaupun berat kami gagahkan juga masuk.

Kemuncaknya,bila suatu malam tu aku dan anak-anak baru balik dari taman.(Rumah kami menghadap taman permainan).Sorang anak aku kat dapur dengan husband.Sorang lagi dah naik mandi kat atas dengan Mona.Aku pulak sebab tengah period,plan nak masak untuk dinner malam tu.Masa aku tengah menuruni tangga tu,aku dengar bunyi pintu ruang tamu terbuka.Bila aku sampai ke bawah?,memang pintu tu terbuka sedikit.

Aku cuma rapatkan dan cepat-cepat pusing kononnya nak ke dapur.Tapi tiba-tiba langkah aku terhenti.Chandeliar kat atas kepala aku tengah berayun dengan longlai.Macam mana aku tahu?Bayang-bayang.Memang patutnya aku takyah jadi bangang gi stop kat bawah tu.Tapi sebenarnya kaki aku kaku time tu.

Bila aku dongak ke atas nak tengok kot-kot sempat nak lari,masa ni aku rasa nak hilang nyawa.Apa aku nampak,1 orang tua dengan muka menggerutu tengah gembira berayun atas chandeliar tu!Bila dia nampak aku dia sengih menyeringai!Perasaan aku time tu memang ke harini aku takleh describe.Bila aku dah keras kat bawah tu,husband aku yang nasib baik baru keluar dari dapur terus datang peluk aku.Sandarkan aku pada sofa.

Pastu?Aku start histeria….Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku menjerit.Aku tak nak pun jerit.Tapi macam ada 1 entiti lain yang gunakan badan aku untuk menjerit dan meracau.Bila dah OK,(husband bacakan ruqyah)husband ajak aku makan.Tengah duk makan,aku dapat rasa orang tua tu ada duk berkeliaran sekeliling aku.Bila aku intai bawah meja makan,aku nampak seekor harimau sedang pandang aku.Mata dia tajam renung ke mata aku.Aku dah tak keruan balik.Masa ni aku ingat tiba-tiba aku menangis dan meraung.

Pastu aku start ketawa terkekek-kekek.Pastu makin kuat aku gelak sampai anak aku dah berlari peluk papa dorang.Mona pulak dah keluarkan dia punya rantai salib.Aku kemudia rasa badan ni ringan jer.Tapi 1 benda aku perasan,orang tua tadi kembali berbuai kat chandeliar tu.Aku mula memanjat meja makan dan melompat kesana sini.Last sekali yang aku ingat,husband aku bertempik dengan kuat ALLAHUAKBAR.Pastu dia azan.Dan aku mula lemah sampailah akhirnya dah tak sedar.

Bila aku sedar,matahari dah kat atas kepala.Aku tahu husband aku tak gi office sebab nampak wallet dengan jam tangan dia kat atas meja.Bukan tu jer,bunyi air pancuran kat dalam tandas sambil orang bersiul-siul tu dah cukup bagitahu suami aku ada kat dalam.Aku pun turun slow-slow dari katil.Badan rasa sengal dan ngilu.

Perut pun lapar.Agaknya dalam pukul 9 pagi time tu.Dengan muka tak basih akunturun ke bawah.Seboleh-bolehnya aku taknak pandang chandeliar yang tersangkut tu.Lalu kat bawah pun aku tak sanggup.Bila aku pandang meja makan,perghhh…sekali lagi aku menangis.Aku menangis bukan sebab nampak hantu.

Tapi sebab nampak husband aku tengah breakfast nasi lemak bungkus dengan anak-anak.Takk..aku bukan emo dorang makan tak ajak.Cumanya,kalau husband aku tengah makan kat bawah,sape pulak yang mandi kat atas ??Aku kaku menangis kat bucu meja tu.Dah terkocoh-kocoh si Mona datang tenangkan aku.Dia dudukkan aku kat kerusi makan.Anak-anak dan husband aku dah kalut.Tiba-tiba anak aku yg umur 4 tahun tu jerit GHOST!GHOST! …serta merta huru hara balik rumah pagi tu.Husband aku suakan aku segelas air.

Anak aku pula Mona yang dukung.Maka bermulalah tragedi penampakan dan kerasukan pada aku.Haritu jer,dekat 8 kali aku kena rasuk.Husband aku pun dah lembik.Mona pun dah bengkak mata ketakutan.Kesudahnnya petang tu,mak mertua aku datang ambil kami bawa kerumah pakciknya kat Pandan Indah untuk berubat.

Kalau ikutkan cerita dorang,hampir pecah kepala pakcik tu aku kerjakan.Siap mengaum macam harimau lagi.Belum lagi part bersilat dengan menari makyong.Semua ada.Rupa-rupanya,rumah makcik aku tinggal tu ada ‘penjaga’nya sendiri.Sebelum ni takde yang menentang tapi disebabkan aku suka baca manzil setiap kali lepas solat subuh dan maghrib,makanya benda tu kepanasan kat rumah tu.

Pakcik yang ubatkan aku tu berkeras tak benarkan aku balik rumah tu semula.Tapi mana boleh macam tu.Aku balik juga ditemani pakcik tu.Lusanya kami berpindah.Mona?Dia pun ikut kami.Lagi 5 bulan kontarak Mona habis.Tapi makcik aku setuju terminate awal.Dia dah tak nak renew katanya.Nak balik kampung jaga mak.hahaha.Makcik aku? kalau depan muka aku karate tengkuk dia biar patah 9.Berani dia pedajal aku camni.Bila aku bagitahu dia haritu pasal semua yang dah jadi,dia diam jer.Paling panjang pun dia sebut,”Maklang minta maaflah.Maklang tak sangka sampai jadi gini”.

Hiiiiisy!Ok dah habis.
Oh!Lupa nak bagitahu.Rumah makcik aku No.9.hehehe.

43 thoughts on “Rumah No.9”

    • Aku perati je ko ni. Tak habis habis nak condemn orang. Pergi mengarang cerita sendiri la. Aku nak tengok gak cerita kau ni best ke tak

      Reply
    • Putang Ina Mo……
      Setiap komen yang kau utarakan dalam setiap artikel di FS, terlampau ‘cliche’. Apakata kau kongsikan ceritera kau, keteringinan aku untuk membaca setiap bait kau, mungkin boleh mengalahkan A.Samad Said, kadar keteringinan aku untuk membaca corak penyampaian kau, yang mungkin seakan-akan hebat penulisannya, mungkin bisa boleh mengalahkan Usman Awang.
      Janganlah jadi alah sabung, menang sorak. Ingat Putang Ina Mo, tak rugi mengembalikan manikam kedalam cembulnya.

      Reply
  1. “Aku pun apa lagi,join sekali..tak buang masa punya!hehe.”
    Hahhahahah…tang ni terserlah kecekapannye tu…

    Sioottt je makcik tu ekk…
    Rumah dh ade org JAGE lg pedajal org soh jagekan…
    Klu.nk karate die ajk hakak ekk…
    Hahahahahaha…

    Reply
    • haha,come on la..setakat cakap ghost ghost…tak pandai speaking? malas nak tunjuk my fluency in english to people in here.. if we look back to her writings, we can see she keeps on writing “taknak tunjuk berlagak,taknak la korang cakap aku berlagak”..people who tends to bring up that in writings are exactly who they said they aren’t… are these enough english for you guys? ada faham? no faham, go and use google translate for better understanding

      Reply
      • Haha haru.. hang pun bi tunggang langgang der .. dah la enough kutuk2 orang.. hati yang pure dia takde nak sangka buruk kat orang. . Berbaik sangka sudah..

        Reply
  2. Best crita ni.. Saya pun pernah bela ikan puyu.. Hrini beli esk dah mati ikanye.. Beli lagi kluar dri balang.. Huhuhu..

    Anyway, nak bagithu jgn selalu sangat suruh maid mandi kan anak or uruskan anak2… Walau penat mcm mne pon..
    Tq..

    Reply
  3. Maksudnya makdia tu bela hantu jaga rumah ke? Damn…

    Orang yang komen pasal speaking bagai ni kecoh lebih apahal. Nak baca, baca je lah. Sibuk lah orang kaya lah, speaking la. Rimas tau tak. Nak bash2 orang pegi twitter sana. haha…

    Reply
  4. best cite ni… kreatif dan ada identiti. cuma dah kat penghujung tu mcm kelam kabut sikit nak habiskan cepat2. dah penat menulis kot… kipidap (english standard 1)…

    Reply
  5. thanks to GrammarNazi sedarkan otak bangang si Langsat..klo xnk baca pegy jhnm jgn x myibuk..msti si langsat now tgh malu sndiri…kahkahakah

    Reply
  6. cara dia menulis macam bercerita depan2, tak berat, best je baca….. suka hati jiwa dan raga dia lah nak tulis cerita dia macam mana.. janji faham…

    Reply
  7. maksudnya makcik awak tu ada bela saka lah ya? ish ish ish..apa2 pun cerita ni memang best. terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman yg menarik & seram ni

    Reply

Leave a Comment