AKADEMI 8
Salam aku selalu folow FS ni baca cerita seram tapi penakut sebenarnya.Ni kali ke2 aku try. Aku nak cerita pengalaman aku dan kawan-kawan waktu kami duduk kat rumah sewa. Aku belajar di ipta kat pantai timur ,2012 kami di tahun akhir ,macam biasalah tahun akhir mesti la gatal nak merasa dok rumah sewa.
Kami pun dapatlah rumah sewa dekat area kolej kami.Kami gelarkan dia akademi 8 sebab rumah tu bernombor 8. Rumah semiD ,3 bilik tidur n 2 bilik air.ruang tamu hadapan, ruang tengah n dapur agak besar jugak la rumah tu. Kami perempuan tinggal 7 orang .
Rumah tu nampak lain dari rumah yang ada sebab walaupun dah lama tak ada penyewa (setahun tak ada orang duduk) rumah tu nampak bersih ,semak dan lalang tak de Cuma daun pokok kering jew kalau nak bandingkan dengan rumah lain lalang tinggi sampai pinggang.Kita orang masuk ,hari kedua tuan rumah ada datang n soalan pertama dia tanya “ade benda mengosek x” sambil ketawa, kami angap tuan rumah tu bergurau jadi abaikan.so cerita dia bergini:
Cerita 1
Waktu tu minggu exam, Cam biasa la ada yang study tidur lambat, malam tu Dee nak pergi tandas kat master bedroom.Bilik tu tak de orang tidur sebab panas jadi bilik letak barang ,pakaian dan solat . Lepas dah siap melepaskan hajat dia baru nak keluar dia nampak Sal tengah duduk kemas buku.Dia pakai baju tshirt hitam dan seluar kotak kotak separuh lutut, atas kepala dia ada kain tuala koko .Macam orang baru pas mandi pon ada.Memang sebijik macam sal, dia buat xtahu jew la sok pagi dia cerita kat kami. Sebab apa Dee buat tak tahu jew sebab sebelum dia masuk bilik tu dia dah nampak Sal , Fat dan Mie ada elok jew tidor dekat ruanng tamu..so sape yang Dee nampak tu???
Cerita 2.
Waktu tu nak exam so Fat ada cakap dia nak bangun kol 5 pagi nak study. Tepat kol 5 pagi Fat tersedar , dia tidur kat ruang tamu dengan Mie. Waktu tu ada bunyi guruh kuat dan dia dengar ada bunyi orang susun pinggan kat dapur ,kuat bunyinya dan lama .rajin betul kan . Fat nie kejutkan si Mie suruh pasang lampu tengah,dia dah takut habis xkan nak bangun kan. Dengan tak tahu apa apa jew mie bangun n pergi pasang lampu . Lepas tu bunyi tu pun hilang. Pagi esok Fat tanya Mie “ko tahu x kenapa aku suruh pasangkan lampu pagi tadi”.sebab “aku dengar ade orang susun pinggan dekat dapur” sambil sengeh. “Nape ko tak cakap kalau aku tahu aku tak bngun woiiii”.
Cerita 3.
Petang tu kami dok la berkebun belakang rumah.ala ala riadah.jadi nya nak dijadikan cerita azan magrib kami masih lagi bersuka ria kat belakang rumah tu.Habis azan baru masuk sebab nak tengok cerita kol 7 tu.lepas mandi si Nis nie mengadu belakang dia sakit dekat area pinggang.rasa berat sanggat.kami nie buat buat pandai tolong la sapukan ubat angin .tapi still tak ada kesan.Yam cadanngkan suruh pergi klinik.so malam tu jugak gerak pergi klinik.tapi doc kata xde masalah.selang seminggu still macam tu jugak, si Nis ni rasa pinggang dia berat sampai nak bangun pun payah.
Jadi dia balik la kg .mak dia bawak berubat pergi jumpa satu mak cik nie area kawasan rumah dia jugak.Waktu makcik tu mula mula berubat tiba tiba muka dia berubah jadi muka lelaki tua , suara pun berubah sama.sangat mengerikan bila tenggok muka mak cik tu berkedut ,hidung mancung. Tak ubah macam muka lelaki tua sangat.lepas dia berupa jadi muka lelaki tua tu mula la sesi soal jawab dengan mak cik tu. Mak cik( lelaki tua) tu cakap dia la yang menumpang duduk kat pinggang Nis sebab dalam ramai ramai Nis la yang paling lemah.Dia cakap dia ikot kemana nis pergi.Makan, minum tidur mandi semua la.Dia marah sebab kami selalu mengaji dalam rumah tu n dia cakap kalau nak mengaji pelahan pelahan jew dia tak kan gangu kami.
Lepas tu tanya lagi kenapa pilih duduk rumah kami tak pilih rumah lain sebab sebelah rumah kami tu rumah kosong atau pun rumah orang lain .Mak cik tu cakap orang kat rumah tu baik, pakaian terjaga, bersih dan tak suka buat bising.Biasa la rumah sewa perempuan kadang kadang bising macam pasar.
Jadi dia buat perjanjian jangan kacau budak dalam rumah tu kalau tak kami akan mengaji kuat kuat.lepas Nis balik dari kg dia terus dia mintak kami bacakan yassin ramai ramai lepas solat magrib.mula mula rasa hairan tapi lepas Nis cerita baru kami faham.lain macam jugak la rasa malam tu.tidur pun berhimpit himpit.tapi lepas tu xde la dia gangu Nis lagi.kami pun tak tahu “dia” still lagi ada kt rumah tu atau tidak.
Kalau setakat pintu terbuka sendiri tu perkara biasa.Apa taknya bila kami balik kampung mesti pintu bilik pastikan tertutup. Tapi bila balik semula pintu mesti terbuka.Nak kata angin mustahil sebab pintu kayu. Nie Dee la y cerita sebab dia y paling awal sampai sebab dia orang area situ jadi dia selalu balik awal. Ada satu hari tu Nis tanya kami semalam ada x orang mandi kol 2.Kami jawab la xde sesiapa.Dia cakap dia tersedar jam 2 pagi ada orang mandi kat bilik air belakang.entah la .Bunyi ketuk pintu or memanggil tu biasa dengar tapi buat tak tahu jew la kan sebab kita nak duduk lama kat rumah tu. Tapi dia xpernah munculkan diri la.syukur sangat.Kalau tak haruuuu…
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
berani siut
amboi , seram pulak.
berani gila weii
seram..
Erm…
Agak seram tapi hilang fokus bila ternampak ejaan ‘jew’
tu la pasal.
potong mood terus.
samaa.terasa budak wc pulak
Mengah akak bc..😂😂😂
Gara2 baca kisah ni termimpi pulak kekasih lama masa belajar di ipta di pantai timur dulu..huu
biasa je..tapi ok la..heuheu
biasa2 je citenye..hurmm
cuma nk komen mngkin next time boleh cuba lagi. NEXT….
#cumel
#cumelkee??
kheeennn
ok rindu writer ngan pengomen2 lamaaaaaa..
#donekomen
still duduk kt rumah sewa tu ke? sbb ade mention nak duduk lama kan. berani betul korg ek
ok la not bad
Not bad
Ok ‘jew’