RUMAH SEWA PUAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia FS. Terlebih dahulu terima kasih kepada admin kerana menyiarkan cerita aku.

Sedikit pengenalan tentang diri aku, nama aku Dahlia. Aku baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Disember 2023. Kisah seram ini terjadi pada aku dan suami sebaik sahaja kami berpindah kerumah sewa kami pada Februari 2024.

Ya, kisah ini masih baru dan aku rasa kisah ini akan melekat didalam fikiran aku sampai akhir hayat aku.

Suami aku bekerja sebagai Pramugara selalu akan pulang lewat dari penerbangan domestic semenanjung Malaysia. Paling awal dia akan berada di rumah pada jam 7:00 malam dan akan keluar dari rumah pada subuh dini kerana perlu ulang alik ke KLIA2 dari rumah kami yang memakan masa 1 jam perjalanan. Rumah kami ni semi banglo yang mana mempunyai kawasan lapang yang luas ditepi rumah. Jarak antara rumah kami dan jiran lain adalah dalam 100 meter.

Pada 02 Februari 2024 aku dan suami berpindah masuk kerumah sewa itu, kami mencuci serta mengecat bahagian dalam rumah kerana warna cat yang telah luntur. Dari pagi hingga ke malam kami membanting tenaga. Dari ruangtamu ke bilik semua kami cuci. Ketika mencuci lantai bilik master bedroom, aku menjumpai segumpal rambut yang sangat panjang bersalut tanah. Dan lantai dikawasan itu juga terdapat sedikit tanah. “Mungkin rambut penyewa lama agak nya” gumam ku dalam hati tidak mahu ambil ‘port’ tentang apa yang aku jumpa itu.

3 hari pertama bermalam disitu semuanya baik-baik sahaja, sehinggalah malam ke-4. Semasa aku tidur sekitar jam 1-2 pagi aku tersedar dan mendengar sayup-sayup bunyi seakan wanita menangis mendayu-dayu. Bunyinya sedih sekali, apa lah agaknya yang dia tangiskan?. Aku tidak ambil ‘port’ lagi kerana lebih memilih untuk tidur. Kerana aku sedang dalam h**d aku tidak menemani suami ku bangun subuh.

Setelah jam 9 pagi aku bangun ke tandas untuk buang air kecil dan menukar pad @ tuala wanita. Sebaik dalam tandas aku merasa hairan kerana pad-pad yang aku masukkan kedalam tong sampah berterabur diatas lantai. “mungkin suamiku terlanggar semasa bangun subuh tadi” bicara ku dalam hati tanpa memikirkn benda lain.

Hari seterusnya berlalu, macam biasa suami aku selalu pulang lewat dari bekerja. Aku mula merasa merinding dan takut berseorangan dirumah. Aku selalu rasa diperhatikan dan selalu Nampak seperti kelibat berambut panjang dari hujung mata aku. Semua ini aku rasa dan nampak ketika suami tiada dirumah.

Setelah hampir sebulan tinggal disitu. Aku tiba-tiba turun d***h, rupanya aku telah keguguran, sedih akan kehilangan cahaya mata sulungku. Aku selalu menangis setiap malam dan merasa tertekan. Aku hanya ingin duduk dibilik sahaja.

Sehingga satu malam aku terjaga dari tidur aku melihat ‘DIA’ sangat jelas berdiri di penjuru katil ku sambil menyeringai kearah ku. Aku menjerit sehingga suami aku terjaga. Suami aku menenangkan aku dan memasang surah-surah didalam youtube. Keesokan paginya aku bercerita kepada suami. Malangnya dia tidak percaya dan cakap itu hanya mimpi sahaja.

Hari diteruskan macam biasa, sehingga gangguan lain berlaku. Sampah didalam tong sampah didapur setiap hari akan bersepah diatas lantai. Hairan kerana kami tiada haiwan peliharaan. Pada malam hari pula bahagian dapur sangat meriah dengan bunyi orang merewang didapur. Tapi bangun pagi-pagi tiada pulak makanan tersedia hampehh punya hantu!

Bukan itu sahaja, mereka sukakan air sirap ya. Habis sirap aku dibancuhnya. Gangguan semakin kemuncak ketika si rambut panjang tu berani menunjukkan diri disiang hari buta di hadapan aku dan suami aku. Memang daring yer hantu ni. Kalau masih hidup dia sesuai berlakon jadi penyondol.

Tidak berhenti disitu, gangguan seperti selimut ditarik, kaki digeletek kuku tajam dan gangguan lain semasa tidur pun ada ya. Dalam bilik kami ada bilik mandi. Tengah malam buta mesti ada bunyi seperti orang sedang mandi. Lagi hardcore bila pagi kami bangun untuk solat subuh. Keadaan dalam bilik mandi tu memang tragis. Maaf ya agak kotor, tapi najis berterabur diatas lantai dan ada yang dioles ke dinding seperti budak2 conteng dinding pakai crayon tu. Tp si hantu ni pengotor sikit so dia pakai lha najis. Aku pon xpasti najis tu dia beli online atau dia ambil dari dalam tangki dirumah kami tu. Wallahua’lam.

Setelah banyak gangguan yang kami terima. Aku dan suami memanggil ustaz untuk tengokkan rumah kami ni. Tapi malangnya ustaz tersebut mencadangkan kami untuk berpindah kerana si setan tu sudah sebati di situ. “orang lama” katanya. Dalam usaha mancari rumah sewa lain secepat mungkin si setan itu memberi kami “lesson” yg terakhir. Dia menggangu tanpa henti dengan menunjukkan muka tak siap dia kepada aku dan suami.

Dan yang terakhir. Semasa kami hendak bersiap untuk pindah rumah, aku dan suami keluar untuk mnghantar barang ke rumah baru, si hantu durjana tu telah membakar beg kerja suami aku dan menyepahkan sampah & najis diatas meja makan.
Pada hari yg sama juga kami siap keluarkan semua barangan kami. Smpah dan najis diatas meja itu aku biarkan sahaja pandai lah dia kemas sendiri apa yg dia sepahkan. Mesti korang tertanya-tanya kan mana tuan rumah ni?.

Aku dimaklumkan tuan rumah ini berkerja di Dubai. Jadi sepanjang kami berhubung tentang rumah hanya melalui whatsapp sahaja. Tapi tuan rumahnya baik ya. Dia pon terkejut mendengar cerita serta bukti yang aku tunjuk tentang kejahatan si setan tu. Tuan rumah kembalikan deposit walaupun kami telah keluar awal tanpa notis. Tuan rumah tu juga telah membayar rumah sewa baru kami selam 6 Bulan sebagai tanda maaf dari pihaknya.

Itu sahaja cerita aku kali ini. Jika ada kelapangan lagi aku akan cerita pula tentang si hantu rumah lama aku tu datang melawat aku dikondo baru aku.
Sekian Terima kasih
-Sweet Dahlia

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4]
Sweet Dahlia

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.