Salam semua.
Namaku Zetty . Aku seorang perempuan yang berkerjaya dalam bidang profesional. Tuntutan kerjaya memerlukan aku menyewa sebuah rumah kerana aku pun tak pasti kalau nak beli rumah pada waktu itu, adakah aku kekal di sini?
Oleh kerana tempat kerjaku agak di pedalaman, aku tak punya banyk pilihan rumah sewa. Atau boleh dikatakan tak punya pilihan sama sekali kerana hanya ada sebuah sahaja rumah yang ingin disewakan. Itupun setelah aku menggunakan orang dalam iaitu staff aku yang tinggal berhampiran di kampung sebelah.
Lupa aku perkenalkan. Suamiku yang berbadan sasa dan handal bersilat, berjudo, bermuay thai dan juga handal memasak, ku namakan Fakhrul. Semestinya bukan nama sebenar. Suamiku seorang ahli perniagaan. Mesti ada orang kata, “apeee daa… sewa rumah je”. Baiklah! Ini cerita zaman dulu, ketika kami baru berkahwin, sekarang sudah ada rumah dan tanah sendiri. Mohon jangan difikirkan sangat.
Oleh kerana kami tiada pilihan, maka kami dengan rela hati bercampur excited masuklah ke rumah tersebut. Maklumlah baru kahwin rasa happy masuk rumah berdua konon hidup berdikari sweet till jannah. Rumah kami, rumah kampung yang berhampiran lebuhraya yang tidak sibuk dan tersorok di balik pohon-pohon buah-buahan yang apabila buahnya masak aje, tuan tanah rembat semuanya, sikit aje dia bagi. Asal masak je, dia sampai, macam kira-kira pulak. Tak apa lah, kami pun bukan ramai, berdua sahaja.
Ternyata kami bukan berdua! Selain dikiri kanan ada malaikat penjaga, rupanya kami mendiami rumah tersebut bersama entah beberapa ekor penunggu. Pada mulanya, beberapa orang kampung memberitahu kami bahawa tidak pernah ada penyewa yang tinggal melebihi 2 bulan di rumah tersebut. Tapi kami yang tidak merasakan apa-apa, hanya mengabaikan kata-kata orang kampung. Sehinggalah kami mula perasan, pada hampir setiap malam atau tengah malam jam 2 atau 3 pagi, akan ada bunyi di atas siling rumah.
Ya, bunyi benda bergolek-golek. Pada mulanya kami ingatkan musang. Tapi bila difikirkan, musang apanya. Benda tu bergolek2. Suamiku yang macho mengetuk2 siling dengan batang penyapu. Pada mulanya ‘benda’ tesebut berhenti, tapi tak lama berbunyi kembali. Kami meneruskn tidur. Sehingga pada suatu malam, aku terasa ingin membaca ayatul Kursi ketika bunyi tersebut datang lagi. Ajaibnya bunyi tersebut berhenti. Aku sudah syak bahawa benda tersebut bukan binatang.
Kami meneruskan kehidupan seperti biasa. Gangguan kecil sebegitu memang banyak tapi kami abaikan. Cuma aku merasakan agak pelik kerana rumah tersebut terlalu cepat kotor dan kotor yang luar biasa. Penat menyental. Kalau tinggal sendirian, pasti terdengar bunyi plastik atau bekas bergerak. Suamiku kadang pulang lewat bekerja. Kalau sampai di hadapan pintu pagar, dia selalu merasa diperhatikan sesuatu dari atas atap rumah.
Kami juga mempunyai 2 ekor kucing yang comel. Bell dan Chi. Sangkar mereka di beranda betul2 di sebelah bilik tidur kami. Kebiasanya 2 ekor ni akan berbunyi dan menemani kalau suamiku masih berjaga menyiapkan kerjanya. Aku? Berdengkur. Suatu malam, kucing-kucing kami seperti biasa berbunyi berkomunikasi dengan tuannya yang masih ‘sador’ iaitu suamiku. Tiba-tiba 2 ekor ni diam sediamnya. Kemudian suamiku mendengar bunyi mendayu-dayu menangis dari depan rumah. Seolah-olah minta suamiku membuka tingkap. Sudah tentunya tidak! Tapi suamiku mengintai dari celah dinding rumah. Jika dia mengintai seharusnya dia akan nampak sangkar kucing kami tapi diluar begitu hitam dan tidak nampak apa-apa. Suamiku akhirnya berenti membuat kerjanya, mengambil wuduk dan membaca Quran. Kemudian suamiku mendengar bunyi seperti pelesit dari tingkap sebelah. Dan gangguan terhenti.
Kejadian ini suamiku ceritakan juga kepada rakannya seorang pengamal perubatan Islam, Pak Roy. Pak Roy mengatakan bahawa di sekitar rumah tersebut memang ada ‘sesuatu’ milik orag-orang lama yang tidak bertuan. Juga ada antaranya yang datang dari lebuhraya. Pak Ray menasihati kami memagarkan kawasan rumah dan menambah amalan. Kami akur dengan nasihat Pak Ray. Sehinggalah pada suatu hari, aku bermimpi. Situasi dalam mimpi memang sebiji dengan lokasi dalam rumah aku. Aku bermimpi pintu rumahku diketuk pada suatu malam. Aku membuka pintu. Ternyata dihadapanku berdiri sebatang tubuh tidak berkepala, agak tinggi, berpakaian hitam seolah pakaian silat zaman dahulu.
Lembaga tersebut masuk ke ruang tamu rumahku. Aku sangat takut. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh suamiku. Syukur aku sedar dari mimpi. Jam sekitar jam 12 malam ke 1 pagi kalau tak salah. Aku lupa. Suamiku berkata, ”sayang, jom teman buat kerja kat bawah sekejap, dah nak habis. Macam nak hujan asyik nak blackout. Bawa torchlight sekali”. Dalam keadaan masih berdebar-debar aku turuti suamiku ke bilik hujung sekali bersebelahan dapur. Dengan lampu picit ditangan, aku bertenggek di kekuda, melihat suamiku menghabiskan kerjanya. Aku perasan, mata suamiku asyik memandang ke pintu bilik. Aku malas bertanya. Selesai kerja, suamiku mandi dan membaca Quran.
Keesokannya, aku bercerita kepada suami mengenai mimpi aku. Dan suami menceritakan , pada waktu itu dia diganggu. Sewaktu dia sedang membuat kerja, dia ternampak lintasan sesuatu dihadapan pintu bilik tapi diendahkannya. ‘Benda’ itu kemudiannya menggangu dengan bermain suis lampu bilik. Makanya suamiku datang mengejutkan aku dari tidur. Akhirnya suamiku nekad mendapatkan nasihat dari sebuah pusat darul syifa. Menurut ustaz, mungkin ‘benda’ tersebut datang mengganggu suami ku tapi menunjukkan diri dalam mimpi ku kerana aku lebih lemah. Ustaz memberi air untuk pagar rumah, dan menyuruh kami membaca surah Yaa Sin sebanyak 3 kali setiap malam selama 7 hari. Bacaan mestilah jelas didengari seluruh rumah.
Oleh itu, aku menjemput adik lelaki bongsuku, kerana suaranya lebih jelas dan mantap jika mengaji. umurnya darjah 5 atau 6 ketika itu. Kami bertiga memulakan mengaji pada khamis malam. Pada waktu pusingan pertama, aku tiba-tiba merasa sangat malas. Sesudah beberapa ayat, aku bersandar berhenti mengaji. Suami dan adikku teruskan mengaji sambil mata adikku mengerling ke arahku. Aku gelihati sebab tak takut. Tiba-tiba, bau busuk memenuhi bilik kami. Aku pun terus berkata ,“busuknya, bau sampah ke ni”. Tapi tak mungkin sebab sampah pun tak sebusuk ni.. aku ingatkan bau bilik mandi. Aku pun pergi check bilik mandi “eh, ok je tak bau pun dalam ni”. Mungkin fed up dengan perangai aku menegur, adikku berkata “biarkan, sambung mengaji”.
Ok, tiba-tiba je aku rasa tu adalah gangguan untuk alih perhatian kami dan suruh kami berhenti mengaji. Aku pun melompat ke depan adikku dan sambung mengaji. Bau busuk teramat busuk itu akhirnya hilang pada pusingan kedua. Masuk pusingan ketiga, tiada apa-apa gangguan sewaktu mengaji, tetapi sebaik sahaja selesai mengaji, tiba-tiba satu bunyi amat kuat seperti sesuatu yang besar amat marah dan merangkak laju dari siling dapur ke arah siling biik kami di depan dan terus keluar. Rumah bergegar. Semuanya REAL! Aku dan adik aku yang mula-mulanya berani terus sama-sama menjerit dan melompat memeluk suamiku. Kami semua terpinga-pinga, apakah bendanya itu?
Namun alhamdulillah, pada hari kedua dan ketiga tiada gangguan. Kami mengaji berdua. Adikku balik ke rumah mak semula. Terima kasih adikku. Setelah itu, kami mencari rumah sewa lain. Meskipun agak jauh selang beberapa kampung sebelah, tak apalah, aku redho!
Itulah pengalaman aku dirumah sewa. Mungkin ada aku terlupa tapi satu yang aku ingat sampai bila-bila, dimana pun kita berada, jangan lupa lindungi diri dengan ilmu dan amalan. Insya Allah, jika diizinkan Allah, aku bersambung ke penceritaan lain, berkisah kehidupanku. Sesungguhnya ini hanyalah kisah hidup sebenarku sahaja. Aku bukan penulis berbisa. Maaf andai tidak mencapai citarasa.
Sekian.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
“Mesti ada orang kata, “apeee daa… sewa rumah je”. Baiklah! Ini cerita zaman dulu, ketika kami baru berkahwin, sekarang sudah ada rumah dan tanah sendiri. ” Penulis berbaur riak disitu. –__– . Aku rasa takde org yg nak kata pape. Apa salahnya rumah sewa daa. Alhamdulillah la kalau sekarang dah ada tanah n rumah sndiri…huhu
nak sokong statement ni blh ? huhu
apa kata kita cuma menghayati cerita tanpa mengkritik / komen sesuatu yang berbaur mengecam. biarlah. kalau riak dia dosa. kalau dia tak berniat, anda berdosa.
Setuju 14 ribu kali… Kan awal2 dh ckp dia bekerjaya dlm bidang professional.. :p
Takde sape peduli pun kak kalo duduk umah sewa ke hape pun. Ini bukan page KRT or IIUM confession. Yg penting cerita seram ada seram dan hantu. Takde seram dan takde hantu barulah pembaca FS meroyan mengecam. Btw..nice story. Jalan cerita yg teratur dan mudah difahami.
knp mcm ada unsur riak n asyik2 memuji psgn sendiri ?
Mohon meninggal. Riak nk mmpos. Kesian mak bapak kau la didik dri kecik elok2 dh besar gini jadinya. Dari kena kacau tu elok mmpos teros je. Meluat btul aku baca. Mohon jangan tulis lagi lat sini. Bodoh pnya betina
astarghfirullahalazim… apahal
haha sbar jelak macik bca komen je
SADO = SASA + BODO! How come
😂😂😂
Perlu ke mention bdn suami anda tegap ke skeping ke dan dia pandai bsilat bjudo ke mnari makyong skalipun yg nk dgr kisah seram je bkn nk knl suami ekau…mmg lbh kpd show off je spanjang jln cerita tu.
alahai poyonya citer kau dik.. buat orang menyampah.. riak dan takbur tu terserlah amat sangat dik