Rumahku Berpenghuni

Assalamualaikum. Perkenalkan diri aku amanina. Panggil nina je. Terima kasih FS sebab publishkan kisah aku. Okay dekat sini aku nak ceritakan tentang kisah benar yang terjadi pada diri aku & family aku sendiri. Taktahu lah seram ke tidak untuk korang. Tapi kalau berada dalam situasi aku maybe boleh tercabut bulu roma. Haha

Okay, kisahnya macam ni. Aku baru je berpindah dekat rumah tu. Rumah 2 tingkat tapi papan je. Nak masuk jalan ke rumah aku tu kena melalui kubur. Baru sampai ke rumah aku. Dekat situ takda lampu jalan. Kalau nak lalu kena guna lampu motor/kereta macam tu. So seram sikit lah. Mula-mula masuk rumah tu okay lagi. Dalam 2 3 hari baru ada gangguan. Rumah tu ada 2 bilik je. 2 bilik tu ada dekat bawah. Kiranya atas tu free je. Kosong. Tapi setiap malam kalau tidur dekat bilik bawah rumah tu di hujung ada tangga. Bila tengah tidur. Dengar macam ada orang berjalan dekat atas rumah “krekkk krekkk krekkk”. Tapi buat taktahu je sebab memalam memang tak berani lah nak bangun tengok.

Atas rumah tu adik aku perempuan. Dia suka sangat main dekat atas rumah sorang2. Dia balik sekolah terus dia main dekat atas. Bercakap sorang2. Yelah, fikir budak2. Budak2 kan suka berimaginasi. So biarkan je. Dia akan main dekat atas rumah sampai lah maghrib baru dia akan turun. Tingkat atas tu jarang lah aku nak naik. Firstime naik pun bulu romah tengkuk aku dah mencacak sampai ke dagu. Seram dia entah taktahu. Tambah2 tiap2 malam kau dengar bunyi macam2 dekat atas tu.

Mak aku pula selalu nampak kepala dengan rambut mengurai dekat tingkap dapur. Kadang-kadang benda tu ikut ke mana je mak aku pergi. Tapi mak aku kuat semangat. Yelah orang yang lebih tua, kan? Kalau kena dekat aku memang dah tentu2 aku menjerit. Kakak aku pula, dia jenis orang yang boleh nampak benda-benda macam tu, tapi masih tak berani. Walaupun dia boleh nampak tapi dia tetap takut. Sampai dia boleh demam. Okay back to the story, setiap pagi dia akan bangun untuk sediakan sarapan untuk bawa bekal dekat sekolah. Dia paling awal bangun untuk mandi dan sediakan sarapan. Masa dia tengah bancuh2 air tu. Penapis teh tu asyik2 jatuh. Kalau angkat jatuh lagi. Lastly dia buat taktahu je dia pergi mandi. Masa mandi tu dia rasa macam ada orang perhatikan dia dari atas. Mula2 dia tak berani nak tengok bila lama2 dia rasa tak selesa dia terus pandang atas. Dia nampak ada kepala. Dia menjerit kepala tu semakin banyak. Bila dia menjerit lagi kepala tu semakin banyak. Then dia lari terus keluar dari bilik air. Tapi dia belum cerita apa2 lagi masa tu. Sebab apa yang terjadi dalam rumah tu takda siapa berani cerita lagi.

Aku pula. Masa tu balik sekolah rumah takda sesiapa. Aku sorang je. Masa tu aku form 4. Balik rumah selalu aku tak makan dulu tapi aku akan bersihkan diri atau lepak depan tv dulu. Lepas tu baru makan. Jarang aku nak makan dulu masa balik sekolah. Okay, masa haritu aku balik aku rasa macam lapar gila. Lain macam lapar dia. Aku nampak roti aku makan roti. Kosong pun takpe janji makan. Then aku nampak nasi tapi suis dah tutup. Tapi panas lagi macam dah ada orang masak. Lauk pun ikan goreng je time tu ada. Aku pun ambil nasi dan ambil ikan goreng tetiba macam sesuatu sedarkan aku. Ikan goreng yang ada dalam pinggan aku tu dah berulat. Padahal tadi aku ambik panas elok lagi. Aku pun buang ikan tu. Aku pun jadi tak lalu nak makan sebab tengok ulat tu. Aku mandi dan lepak depan tv. Masa tu aku tak fikir aku takut ke apa.

Kakak aku yang kedua pula. Dia selalu cakap. Setiap malam dia akan terjaga dalam pukul 2/3 macam tu. Dia selalu nampak kelibat orang lari. Tapi semua putih. Kadang2 pintu bilik yang menghadap tangga tu selalu terbuka. Dia selalu ternampak benda besar hitam, mata merah duduk atas tangga perhatikan dalam bilik yang kami tidur. Benda tu selalu bertenggek dekat situ tak bergerak.

Selepas beberapa gangguan macam tu terjadi. Bukan sorang je yang kena ganggu tapi satu family. Sebenarnya rumah tu memang kotor sebab pernah ada kes suami isteri warga indonesia b***h diri. Si suami b***h si isteri. Mungkin yang terjadi dalam rumah tu ada kaitan. Wallahualam. So kitaorang pun pindah keluar lah dari rumah tu. Sebulan je kot duduk rumah tu. Inshaa Allah ada masa nanti kita jumpa lagi. Terima kasih sudi membaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]
Amaninarzk

27 thoughts on “Rumahku Berpenghuni”

  1. Alhamdulillah,penulis ambil keputusan yang bernas untuk pindah dari rumah tu.In Shaa Allah,kalau ada masa,tulislah cerita lagi di sina ya??

    Reply
  2. Undayai..saram cito kawu ko supik..boleh lak yo tingga kek umah ado puako tu..dakek kubuar lak tu.
    Lapeh ni den komen bahaso minang yo lah..bukan minang ng 9 tp minang Gombak..taruihkan menulih pik oii..den suko..

    Reply
  3. You punya cerita simple tapi bila baca dan fahamkan memang seram betul.

    Part kepala masa akak you mandi tu makin banyak bila dia jerit mak aii serammmmm. Lepasni I tak berani nak mandi lewat malam dah sebab I baca cerita you lah ni ish.

    Reply
  4. Nice..yang paling seram tu part kepala tu je..hehe..yang lainΒ² tu bukan juga x seram tapi kurang..(pada pendapat aku lah)

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.