Assalamualaikum peminat FS semua. Terkejut aku dan tak sangka respon mengenai cerita SAKA keluarga aku diterima. Tujuan aku bukanlah untuk membuka aib sesiapa tetapi untuk memberi kesedaran bahawa dunia ini bukan manusia saja yang duduk, ada makhluk Allah lain bersama kita. Okay seperti yang dijanjikan, hari ni aku akan cerita dari keluarga sebelah mak aku pulak.
Keluarga mak aku berasal dari Kerinchi, Indonesia. Perkara ni sahih sebab moyang aku memang datang ke Tanah Melayu (Malaysia) untuk berhijrah dan masih terdapat susur galur kami sekeluarga disana. Keluarga sebelah mak aku pulak terkenal dengan saka harimau. Ini bukan harimau jadian tau, tapi harimau yang dijadikan pengawal rumah atau keluarga. Nak dijadikan cerita, setiap keluarga sebenarnya dikawal oleh harimau ni. Harimau ni hanya boleh dilihat oleh individu yang tertentu je.
Keluarga aku sendiri pun tak pernah nampak harimau ni dengan mata kasar, kami cuma pernah dengar dari orang lain. Mak aku sebelum ni pun ingat cerita dongeng dalam keluarga je tak sangka rupa-rupanya kisah benar. Contohnya, nenek saudara aku pernah ternampak kelibat harimau mengelilingi rumah dia padahal kawasan kampung tu tak pernah ada harimau. Selain tu, dari kawan belajar adik aku Mail (bukan nama sebenar) dia ni ada kelebihan dapat melihat benda ghaib. Hari tu adik aku saje nak uji kawan dia ni untuk tengok rumah aku sebab adik aku duduk jauh dan Mail ni tanya “ kamu ni ada bela harimau ke?” . Terkejut adik aku, padahal dekat rumah tu cuma ada mak aku je tinggal sorang-sorang. Balik tu adik aku terus la cerita apa yang kawan dia si Mail ni nampak.
Lepas mak aku dah kena macam-macam sebelum ni, so makin senang la ‘benda-benda’ lain nak datang kan. Yela, orang pernah cakap sekali kita terkena, hijab kita akan terbuka dan ‘benda-benda’ tu mudah keluar masuk. Mak kepada mak aku means nenek aku ni sakit teruk, padahal sebelum ni sihat walafiat je.
Sebagai anak yang bertanggungjawab mak aku offer diri untuk jaga nenek aku selama beberapa hari. Satu hari lepas mak aku mandikan dan lap badan nenek aku, mata mak aku terkilas/terpandang rupa nenek aku ni sangatlah buruk dari yang sedia ada dan menakutkan dengan hujung telinga atas dia tajam (macam goblin). Gila tak terkejut mak aku tapi mak aku cuba simpan sorang-sorang dan tak bagitahu adik-beradik yang lain sebab confirm diorang tak percaya. Adik-beradik mak aku ni ramai tau berbelas orang. Diorang ni actually tak percaya perkara ghaib ni. Bila mak aku cerita diorang semua kata mengarut sebab dalam ramai-ramai tu, mak aku sorang je yang selalu terkena. Tak lama lepas tu nenek aku pun meninggal dunia. Tapi, mak aku pulak yang sakit-sakit badan dia sampai tak lalu nak kerja. Seriously memang aku kesian giler dekat mak aku, yela lepas kena dengan nenek aku sebelah bapak aku yang terbaru mak dia sendiri pulak. Dah la dia sorang je yang rasa semua benda ni.
Masa aku belajar, aku terjumpa pensyarah uni aku yang pandai berubatkan orang. Sebelum aku bawak mak aku jumpa dia, aku suruh dia scan mak aku. Pensyarah aku ni cakap ‘benda’ tu dah berselirat dekat badan mak aku dan dia suruh mak aku datang jumpa dia cepat-cepat. Dalam masa yang sama, aku suruh dia scan aku. Tetiba dia tanya aku “siapa yang pakai baju,tudung putih belakang kamu tu?”.
Aik, aku pun toleh la tapi takde pulak kawan aku ke apa. Rupanya, dia cakap ada benda yang sentiasa mengawasi aku. Wallahualam. Jadi aku pun bawak mak aku jumpa pensyarah ni. Alhamdulillah lepas tu dah kurang sakit badan mak aku. Seminggu kemudian mak aku balik kampung untuk berkumpul adik-beradik, dengan tak semena-mena mak aku sakit balik macam sebelum tu. Then mak aku pergi jumpa ustaz dekat dengan rumah aku untuk tanya pendapat. Ustaz tu bagitahu yang mak aku telah ‘dipilih’ untuk menjadi ketua ‘benda’ tu seterusnya mewakili kesemua adik-beradik mak aku.
Lemah longlai bila mak aku dengar. Ustaz tu sambung lagi, dia nampak dekat badan mak aku ada selempang dan bergelang kaki tangan macam srikandi dahulu kala. Ustaz tu cadangkan mak aku ajak semua adik-beradik mak aku untuk berkumpul ramai-ramai dikampung dan buang saka tu. Disebabkan agak susah untuk mengumpulkan semua orang, ustaz cadangkan agar mak aku buat solat hajat 7 hari berturut-turut dan ustaz tu pun akan buat perkara yang sama. Kalau ustaz tu tak datang ke kampung maknanya Allah tak mengizinkan lagi.
Tibalah hari yang dijanjikan, betapa sedihnya aku tengok tak seorang pun adik-beradik mak aku peduli dengan permintaan mak aku dan ustaz tu pun tak datang ke kampung. Mak aku serious kecik hati dengan adik-beradik dia, diorang tak nak tolong pun. Mak aku cakap “mesti ustaz tu pun dah dapat petunjuk sebab tu dia tak datang”. Berbulan jugak mak aku mendiamkan diri dan tak balik kampung selepas kejadian tu.
Sekarang ni mak aku cuma boleh tambahkan amal ibadat untuk melawan benda tu sorang-sorang. Kalau mak aku balik jumpa adik-beradik dia sure lepas tu dia tak sihat sebab saka tu ada dekat diorang semua cuma diorang je tak perasan (serasi la kot aku rasa, geram) dan attack mak aku. Memang kerap keluarga aku ke pusat rawatan Islam sebab perkara-perkara yang kami semua alami.
Sorry la terpanjang sikit post kali ni. Aku nak tegaskan dekat sini, kalau korang dengar orang sakit pelik-peik tolonglah jangan kecam dan bersangka buruk. Setiap penyakit tu dari Allah, kita tak berhak mengadili seseorang. Aku harap sangat korang tak jadi macam mak/bapak saudara aku, asyik nak condemn je sebab diorang tak rasa apa yang mak aku rasa. Aku harap diorang akan sedar dan rasa sikit (tak banyak pun) apa yang mak aku alami supaya menjadi pengajaran dalam hidup diorang. Terima kasih.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Aku pun ada pengalaman situasi mcm ni.
Kawan aku pun ada pendamping. Hulubalang zaman dulu. Penjaga kawan aku tu la.. Cuma tempat aku keje tu tu NENEK tu selalu gaduh dgn hulu balang tu..so ter effect dkt kawan aku ni.. Sian dia
Kesian mak awak…
Sabar ya…
Family besar sy pun ada masalah saka juga. Daripada seorang berganti seorang makcik, pakcik sakit. Sakit yang tak tahu punca bila ke doktor hingga ada yang disahkan OKU. Bukan tak nak buang, tp sebab dh terlalu lama mereka dh brketurunan. Buang 1, yang lain still mengganggu. Berubat dah beribu habis, masih mcm tu. Cuma berlindung dgn Allah je skrg.
siannye mak awk..sabar je la