Saka 7 Keturunan/Saka Nazar

Assalam dan salam 1 Malaysia. Kini kembali bersama Ato. Anak Jati Pulau Mandi Darah Banggi, Kudat Sabah. Kali ni Aku akan membawakan kisah ‘Saka 7 keturunan’ dan ‘saka Nazar’ keluarga aku. Sebelum melangkah jauh, saya akan ceritakan serba sedikit sejarah tentang kampung Pulau Mandi Darah Banggi Kudat, Sabah. Kerana inya berkaitan rapat dengan saka yang akan saya ceritakan.

Menurut sejarah bertulis dan lisan, Pulau Mandi Darah mula didiami sekitar tahun 1885 oleh masyarakat suku kaum Ubian yang berpindah ke pulau ini dari pulau berhampiran iaitu Pulau Tigabu.

Pulau ini berkeluasan kira-kira 900 meter persegi sahaja. Pada masa kini, jumlah penduduknya adalah lebih kurang 20 orang tidak termasuh anggota keselamatan. Dengan bilangan rumah sebanyak 10 buah. Bahasa pertuturan di pulau ini adalah Bahasa Ubian dan Bahasa Malaysia dimana kebanyakan penduduk bekerja sebagai nelayan serta bertani secara kecil-kecilan. Penduduk Pulau Mandi Darah beragama Islam

Menurut legenda, nama Pulau Mandi darah diberikan berikutan Kesan darah tempat mandi seorang Puteri Sultan Brunei yang diberi nama Puteri Manjanai. . Menurut cerita Cinta Puteri Brunei dan Putera Mindanao tidak direstui sehingga mereka melarikan diri. Semasa dalam pelayaran, mereka telah singgah di Pulau Mandi Darah bagi memberi laluan kepada puteri Manjanai untuk mandi membersihkan dirinya yang sedang haid ketika itu. Kesan Darah masih kelihatan di tempat Puteri manjanai Mandi sehingga kini.

Kami ada 7 orang adik beradik. 3 orang perempuan dan 4 orang lelaki. Aku anak yang ke 5. Kakak ke aku yang ke 2 yang telah memelihara aku sehingga dewasa. Selepas kakak aku kawin, aku dilahirkan. Kemudian kakak dan suami telah ambil aku sebagai anak. Anak kakak 10 orang dan kalau termasuk aku maka kami 11 orang ada adik beradik. Aku dan keluarga hanya dapat balik Ke Pulau Mandi Darah sekiranya cuti sekolah. Tu pun bergantung kepada keadaan cuaca.

Menurut arwah ayahKu, Pulau mandi darah dijaga oleh satu Makhluk Halus berupa seorang Perempuan berpakain Putih lagaknya seperti sorang Puteri. Orang yang pernah nampak penjaga pulau ni mengatakan ianya sangat cantik. Saiz penjaga Pulau tersebut berubah-ubah. Kekadang ia menjelma dengan saiz yang besar, kekadang ia menjelma dalam saiz manusia biasa. Pengawal keselamatan di Pulau mandi Darah memang ramai yang pernah nampak penjaga pulau tersebut. Namun ianya tidak pernah mengganggu kecuali kalau ada yang cuba membuat perkara-perkara yang tidak elok atau membuat kacau di pulau tersebut.

Salah satu perbuatan yang boleh menimbulkan kemarahan kepada penjaga pulau ialah jika seseorang mengambil mangkuk yang ada di atas kubur arwah atuk aku. Beberapa orang pernah membawa mangkuk tersebut keluar dari pulau dan akhirnya mendapat penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh pihak hospital. Bila berubat cara bomoh atau cara Islam, baru diketahui bahawa penyakit tersebut disebabkan mangkuk yang telah diambil dari pulau.

Apabila mangkuk berkenaan dipulangkan, maka penyakit orang tersebut akan pulih perlahan-lahan. Salah seorang yang pernah terlibat mengambil mangkuk berkenaan adalah salah seorang anggota keselamatan yang pernah bertugas di pulau tersebut. Selepas dari kes-kes tersebut, sehingga kini tiada siapa lagi yang berani mengusik mangkuk berkenaan. Mangkuk tersebut sepertinya mangkuk Jepun yang ada cap 3 bintang.

Kita kembali pula kepada kisah tentang ‘Saka 7 Keturunan’ yang berpindah kepada keluarga aku. Saka ini merupakan saka dari nenek moyang kami lagi. Saka ini akan berakhir pada cucu aku kelak. Anak aku adalah generasi keturunan yang ke 7. Orang pertama yang menerima kesan saka adalah kakak aku yang nombor 2. Aku masih ingat semasa aku sekolah rendah hingga menengah, ada satu tikar yang digulung elok-elok dan digantung di satu bilik kosong di dalam rumah kami. Masa ini kami sudah menetap di Kudat, Sabah. Tikar tu bekas tempat jenazah arwah moyang kami dibaringkan. tikar tersebutlah yang mempunyai saka. Seingat aku, tikar tersebut telah berpindah tangan kepada sepupu kami sebelah ayah. (Akan aku ceritakan kenapa ianya bertukar tangan)

Saka ini akan muncul apabila kakak aku sakit. ianya merasuki kakak aku bagi mengurangkan kesan sakit kakak aku menurut sorang bomoh yang pernah merawat kakak aku. Wallahu’alam. Bila saka ini muncul, ianya akan menukar suara kakak aku kepada suara lelaki yang sangat garau bunyinya. Ada saja permintaannya. Sekiranya perminttan saka tersebut tidak ditunaikan, maka kakak aku akan terus menerus mengalami kesakitan dan akan selalu dirasuki saka tersebut. Tapi, andainya permintaan saka tersebut dituruti, maka kakak aku akan beransur pulih.

Biasanya saka tersebut akan marah kalau rumah kami di kampung Pulau Mandi Darah kotor dan lama tidak dibersihkan. Kakak akan sembuh sepenuhnya apabila rumah di kampung telah dibersihkan. Kakak aku ada penyakit gastrik/dugal. Bila dia sakit, dia selalu pengsan. mungkin kerana lemah, maka saka senang sangat merasukinya.

Penyakit kakak berlanjutan dari mula kahwin sehinggal anak-anak beliau membesar. Aku merupakan anak angkat kakak aku dan secara tidak langsung aku menjadi anak sulungnya. Aku trauma jika melihat kakak sakit. Trauma melihat dia pengsan setiap kali tidak dapat menahan sakit. Trauma apabila setiap kali dia dirasuki saka. Arwah ayah saya yang selalu menjadi mangsa apabila kakak kerasukan. dia akan marah sambil teriak dan kekadang akan pukul arwah ayah sambil membuat permintaan untuk balik ke kampung dan membersihkan rumah serta halaman rumah. Sampah-sampah kecil sama ada dibuang oleh orang atau terbang kena tiup angin pun kekadang menjadi penyebab untuk saka menyuruh kami bersihkan rumah di kampung.

Pelbagai cara keluarga aku telah usahakan untuk membawa kakakku berubat. Cara bomoh sudah dan cara Islam pun sudah. Kakak hanya akan sihat buat sementara waktu sahaja. Seingat aku, kakak akan sakit sekurang-kurangnya 5-8 kali dalam setahun. Kalau dah sakit pula, bukan hanya sehari dua tetapi kekadang mengambil masa sehingga seminggu atau 2 minggu.

Setiap kali Kakak mengadu sakit dugal, kami sekeluarga akan mula merasa risau. Apa tidaknya, pengsan dan kerasukan sudah pasti akan terjadi. Pihak hospital pun kadang-kadang kebingungan dengan penyakit kakak aku. Kekadaang kakak diberi suntikan tahan sakit 2 – 3 kali pun, kakak masih tetap rasa kesakitan.

Oleh kerana kebanyakkan saka hanya akan muncul apabila kakak sakit, maka kami ambil jalan untuk mencari ubat gastrik/dugal kakak. Pelbagai ubat dicuba namun tidak sebati. Satu ketika dulu, ubat Gamat Healin sangat top dipasaran tetapi harganya agak mahal sedikit. Anak kakak belikan sebotol untuk permulaan. Syukur alhamdulillah, ubat tersebut serasi dengan kakak. Bermula dari itulah penyakit kakak jarang-jarang sekali timbul. Kalau kakak kerasukan pun sebab permintaan saka melawat kampung dan membersihkan rumah di kampung. itu pun sekali sekala saja dalam beberapa tahun.

kakak jadikan ubat gamat berkenaan sebagai minuman harian kakak. Oleh kerana kakak dah jarang-jarang sakit, maka kami sekeluarga ambil kesempatan untuk mencari jalan agar saka dapat dibuang dari kakak. Dalam tempoh mencari perawat, belanjanya agak besar juga. sebab ramai perawat yang tidak berkemahiran membuang saka. Saka kakak hanya terbuang ketika ada sepupu sebelah arwah ayah yang sanggup menerimanya berdasarkan perjanjian nenek moyang yang telah dipersetujui. Sehingga kini, kakak tidak lagi didatangi oleh saka berkenaan.

Namun apa yang mengejutkan, Saka dari satu pulau kecil pula mendampingi abgku. Saka tersebut adalah hasil perjanjian arwah ayah dengan penunggu satu pulau kecil dimana pulau tersebut menjadi tempat orang-orang kampung sekitarnya membuat nazar.

Menurut arwah ayah, apabila kakak nombor 3 lahir, dia kemudiannya membuat nazar di pulau tersebut akan memberi panji dan makanan sekiranya anak ke-4 dan seterusnya lahir adalah anak lelaki. Arwah ayah selalu menceritakan hal ini kepada kami adik beradik. Maka bermulanya dari abangku lahir, setiap tahun ayah akan memacak panji dan membawa makanan untuk diletakkan di pulau kecil berkenaan.

Aku pernah sekali ikut ke pulau tersebut ketika aku masih sekolah rendah. Kami turun pacakkan panji dan kemudian meletakkan makanan berupa nasi kuning dan ayam goreng yang dihidangkan dalam magkuk tempurung kelapa. Pulau kecil tersebut dihinu oleh banyak ular-ular laut. Orang kampung ketika itu masih jahil dan masih kuat berpegang pada adat. Orang-orang pulau banyak dipengaruhi oleh budaya hindu suatu ketika dulu. sebab tulah banyak upacara2 suku kaum kami mirip kepada upacara hindu.

Adat tersebut pelan-pelan generasi baru seperti kami buang daripada keluarga. Namun cabarannya amat berat untuk memberi kefahaman kepada orang tua. Peringkat awal, Saya dan abang mendapat tentangan yang hebat dari keluarga. Namun kami tidak berputus asa dan selalu berdoa agar Allah SWT memberi kesedaran kepada keluarga kami. Ianya memakan masa bertahun namun akhirnya, ayah telah berubah setelah berjaya menunaikan ibdat Haji. Seorang demi seorang mulai menerima saranan kami dan akhirnya, keluarga aku mula menjadikan ajaran Islam sebagai teras utama dan rujukan utama dalam sesuatu majlis atau upacara. Namun demikian, mana-mana adat yang tidak bertentangan dengan agama masih dikekalkan sehingga kini.

kita kembali kepada gangguan saka terhadap abangku. Gangguan saka terhadap abangku juga sangat dasyat. Penyakit silih berganti. kejap doktor kata masalah jiwa, kejap doktor kata hati dah rosak, kejap kata buah pinggang rosak dan macam-macam jenis penyakit. Penyakit akhir yang doktor sahkan adalah kerosakan pada hati. awatan abang pula bukan di Sabah tapi di Kulala LUmpur. Banyak juga duit habis semasa abang membuat rawatan dengan doktor pakar di kuala lumpur. Bukan sekali dua tapi lebih. Sekali perjalanan sudah semestinya memakan belanja ribuan ringgit.

Abg mulai tidak tenang dan tenteram. Apabila duduk bersendirian, dia akan menerima pelbagai bisikan. Untuk melawan bisikan-bisikan tersebut, kekadang abang akan berjalan tidak tentu arah. Isteri dan adik ku selalui menjadi pendampingnya. risau abang akan membuat sesuatu yang tidak diingini.Bisikan yang paling ngeri adalah menyuruh abgku mengambil pisau dan menikam diri sendiri. Alhamdulillah, abangku dapat melawan bisikan berkenaan dengan menjauhkan diri dari benda-benda tajam.

Ada sorang kawan masa aku kerja di pulau Banggi dulu menyarankan abangku untuk berubat dengan kawan-kawannya yang berada di Pulau Pinang. Kawan ni orang Penang, kerja di Banggi dan kawin dengan orang Pulau Banggi. Memandangkan kos terlalu mahal, maka kami tidak mampu untuk membawa abg berubat ke Penang. Kami sebenarnya boleh menjemput perawat-perawat tersebut ke Sabah, namun Kosnya memakan puluhan ringgit sebb mereka akan rawat sehingga abg sembuh. Cara ini juga kami tidak mampu. Aku sarankan pada abg untuk menjemput mereka ke Sabah dan aku sanggup Menghulurkan bantuan rm5k ketika itu. Tapi abg menolak sebb duit yang akan aku guna tu pun sumbernya dari pinjaman. Agaknya dia tidak mahu menyusahkan keluarga.

Abang terus cari ikhtiar untuk berubat. Satu hari, abang jatuh sakit dan terpaksa di hantar ke hospital. Masa di hospital ni la abang nampak saka dan kuncu-kuncunya beratus ekor mengiringinya. Menurut abang. Jin-jin tersebut pelbagai bentuk. Jin yang berada di depan yang juga mungkin merupakan ketua jin-jin berkenaan. Jin berada di depan berbadan besar dan boroi, telinga lebar dan berwarna hijau. Ada juga dikalangan jin-jin tersebut yang bertanduk. warna badan pulak bermacam warna.

Ketika aku sampai ke hospital, elektrik tiba-tiba terpadam semua kawasan hospital sedangkan tempat lain masih ada bekalan elektrik. Aku terhenti seketika kerana suasana yang gelap gelita. selepas dalam 20 saat, elektrik kembali ada. Aku masuk ke dalam wad dan melihat abangku sedang baring namun keadaannya stabil. Anak kakak aku yang nombor 4 pulak sedang berjalan keluar dari wad. aku tanya kenapa. katanya dia pun nyaris-nyaris kerasukan. Dia ni pun ada saka juga sebab tu dia tahu kalau jin mahu masuk ke badannya.

Aku kemudian terus ke katil abangku ditempatkan. Kemudian aku berdiri merapatinya. Dia berbisik kepadaku bahawa semasa kedatangan saka, elektrik tiba-tiba terputus. Semua tu kerja saka. Macam tidak masuk akal bila aku fikirkan.

Kemudian abg berbisik kepadaku supaya tolong azan kalau saka datang kembali. sebb katanya tanda-tanda saka akan datang mulai dirasainya. Ketika itu abangku sedang mendengar ayat-ayat Ruqyah di dalam telefon dan dia rapatkan betul-betul ke telinganya. Selang beberapa minit kemudian, dia bersuara kembali dan memberitahu saka tidak dapat menghampirinya mungkin kerana ayat-ayat ruqyah yang didengarinya.

Keesokan harinya, abang dikeluarkan dari wad kerana tidak ada penyakit yang dapat dikesan. Keadan abangku ni menyebabkan kerjanya terabai. Dalam masa mengajar pun kekadang gangguan bisikan-biskan jahat terus menggangu abangku. Kekadang dia terpaksa ponteng kelas. Keadaan kesihatan abangku membuatkan pengetuanya risau. Abangku terpaksa diberi subjek yang tidak penting iaitu subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Melihatkan keadaan abgku yang semakin teruk, akhirnya pengetuan menyarankan agar berubat dengan seorang Ustaz. Menurut cerita, ustaz berkenaan pernah belajar dari Ustaz Harun diri dalam bab-bab mengusir jin. Rupanya Ustaz tersebut pernah menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih di sebuah sekolah agama di sabah dab satu tempat dengan abgku semasadia latihan mengajar. Ustaz tersebut tidak mahu diserap ke maktab kerana tidak ingin terikat dengan kerja. Dia lebih suka kerja sepenuh masa merawat orang sakit yang memerlukan. Lantaran itu, ustaz tersebut telah berhenti dari guru sandaran. Mulanya dia merawat orang dengan menyewa satu sudut di kedai. Selpas itu beliau kemudiannya berpindah tempat membuat rawatan di rumahnya setelah ada cina yang sembuh selepas dirawatnya menghadiahkannya sebiji rumah bersebalah degan rumahnya. Ustaz kemudian menyatukan rumah tersebut menjadi satu. udut rumah yang dihadiahkan tulah menjadi tempat dia merawat sekarang. Tempat tersebut merupakan Perumahan teres.

Kembali kepada kisah abgku. Pengetua kemudian memberikan abangku cuti bergaji selama 2 minggu atas alasan perawatan. Selama 2 minggu cuti, abgku gunakan masa tersebut untuk berubat dengan ustaz berkenaan. Abangku di temani oleh isteri dan adikku nombor 2 sebagai pemandu. Selama berubat dengan ustaz berkenaan, abangku mula beransur-ansur pulih. Ustaz mencadangkan supaya abangku mestilah berubat sebanyak 21 kali. Selama cuti abangku dapat berubat sebanyak 12 kali. Bakinya pula terpaksa lah datang pada setiap hujung minggu.

Memang banyak belanja, namun demi mahu saka dibuang, maka kenalah berkorban duit, tenaga dan masa. Sepanjang dalam perawatan, dan 3 jenis makanan yang ustaz minta untuk dijauhkan iaitu, daging, telur dan pisang. Disamping itu, Ustaz juga menyenaraikan beberapa ayat-ayat al-Quran yang perlu abag amalkan setiap hari.

Alhamdulillah, sehingga kini, abangku dah pulih walaupun belum sepenuhnya. Dia masih tetap menjauhkan 3 jenis makanan yang ustaz sarankan dan masih terus mengamalkan ayat-ayat yang ustaz berikan sebagai pendinding diri. Perkara yang kekadang membuatkan aku risau adalah apabila abangku kata yang saka tersebut lambat laun akan mendampingiku. Nauzubillahi min dzalik. semoga dijauhkan. Aamiiin.

Sekian untuk cerita saka kakak dan abangku. Saka seterusnya jatuh kepada siapa.. ? Yang pasti bukan pada saya. Kita ketemu di lain masa. Wallahu’alam.

3 thoughts on “Saka 7 Keturunan/Saka Nazar”

  1. Perawat tersebut melarang abg kamu makan daging , telur & pisang sebabnya itu semua makanan kegemaran saka..saka selalunya brupa harimau , ular dan beruk(hantu raya)..

    Bermungkinan saka keturunan keluarga kamu adlah dari ketiga2 golongan diatas..
    Saka harimau gemar makan daging..
    Saka ular gemar makan telur…&
    Saka beruk gemar makan pisang..

    Ini pendapat aku la..hehe

    Reply
  2. kalau nak buang saka boleh saya ada kenal ada ustaz yang handal kat perak and dia ni selalu berubatkan sultan perak ke apa sebab ada tendengar cerita dari arwah ayah saya and sampai sekarang mak saya sentiasa berkomunikasi dngn ustaz tu. kalau nak saya boleh bantu

    Reply

Leave a Comment