Saka dan Nasi Kangkang Terlaknat

Assalammualaikum wbt. Terima kasih kepada admin yang ‘publish’ kan cerita Mel di ruang FS ye.

Mel nak cerita pasal saka dan nasi kangkang. Kenapa cerita dua topik dalam satu masa? Sebab kedua-duanya saling berkaitan.

Tapi, Mel nak ingatkan kepada pembaca semua. Ketahuilah sesungguhnya saka, dan amalan nasi kangkang tu kedua-duanya adalah syirik dan dilaknat Allah ye. Moga-moga kita dijauhkan dari rasa teringin nak amal, dan semoga dilindungi dari perbuatan keji manusia yang beramal dengannya.

Begini ceritanya.

Maklong Mel, kakak kepada ibu tinggal selang satu rumah dari rumah Mel. Jadi tak jauh untuk kami adik beradik ulang-alik bermain dengan sepupu.

Maklong Mel rajin sangat masak. Kekadang dalam satu hari, dua tiga kali Maklong hantarkan makanan ke rumah Mel. Tak kesahlah jemput-jemput atau lauk-pauk.

Kami budak-budak ni seronok tak terkatalah. Lepas penat main, dapat makan. Ada satu hari, Maklong hantar jemput-jemput untuk sarapan pagi. Ibu takkan taknak ambil pulak kan? Kakak dia. Nak tak nak, ambil jelah. Abah Mel tengah berehat di atas kusyen. Tapi sikit pon abah tak sentuh jemput-jemput tu. Muka abah macam tak senang dengan maklong.

Mel pon cuba lah ambil seketul jemput-jemput, bagi kat abah. Abah tolak. Abah kata abah dah kenyang. Sedangkan abah baru balik keja pagi. Mel diamkan aje. Budak kecil kan, mana nak fikir apa dah.

Satu hari tu, maklong jemput makan kat rumah dia. Siput sedut masak lemak kuning. Kegemaran Mel tau! Tapi sejak Mel makan sesuap je di rumah maklong tu, terus Mel muntah. Mel taknak makan dah. Sampai sekarang Mel tak makan. Haha. Rasa geli macam mana tak tahu.

Tapi tak lama lepas tu, maklong sekeluarga pindah. Mel sedihlah. Sebab dah takde sepupu nak main sesama. Masa Mel umur 16 atau 17 tahun, (maaf Mel tak ingat) Mel mula cuit-cuit abah. Pujuk minta abah buka cerita. Apa yang jadi sebenarnya beberapa tahun lepas.

Abah Mel ni sangat perahsia. Dia takkan cerita sembarangan dekat orang. Sebab abah ada ilmu perubatan islam. Jadi abah tak suka meninggi diri. Lama jugak pujuk. Kias-kias je abah cakap. Mana nak faham wei! Hahaha

Digagahkan juga tanya. Sehinggalah suatu petang, abah tengah rehat hisap rokok, layan mengopi, Mel masuk soalan misteri tu. Kebetulan waktu tengah cantik. Ibu belum balik kerja. Adik2 tengah main dekat luar. Abah pon buka rahsia…

“Dulu abah kerja dekat bengkel kereta. Bengkel tu berhadapan dengan rumah ibu Mel. Dalam 2,3 tahun kerja.. abah tengok keluarga ibu Mel ni ada yang tak kena. Sampailah terdetik hati abah, nak nikah dengan ibu untuk jaga ibu dari benda tak elok tu.

Ibu jenis yang tak percaya benda2 tahyul ni tau. Ibu takut sangat-sangat. Taknak pon orang cerita kat dia. Alhamdulillah atas sifat ibu yang macam tu, ibu terselamat dari amal perkara syirik.

Takdir Allah, abah dapat nikah dengan ibu. Mula dari situlah kita sekeluarga tinggal sejiran dengan maklong. Lepas abah ‘detect’ yang maklong ni ‘something wrong’, abah pon beramal dan minta petunjuk Allah. Rupa-rupanya, maklong ada saka. Saka dari mana? Sendiri atau warisan? Bukan itu je, maklong kamu sebenarnya amalkan nasi kangkang. Sebab tu abah tak makan bila dia hantar makanan ke rumah kita”. Abah senyum nipis.

Masa ni dah meremang bulu roma. Selama ni Mel makan apa weiiii. Allahu.

Memang Mel diam je. Nak tahu sampai habis jugak. Abah Mel senyum. Dia tahu anak dia tak puas hati tengok dia boleh pulak berhenti minum kopi dulu. Sempat abah pantau adik-adik dekat luar. Sesekali berderum bunyi enjin moto, abah berhenti lagi. Takut-takut ibu balik. Kus semangat.. sabar jela.

Mel perhati je abah buang putung rokok. Haaa abah nak sambung lah tu.

“Kamu tahu tak, tak penah walau satu pon dari makanan yang maklong kamu hantar, takde guna-guna. Bahasa kasar, jijik lah bila tengok tu. Yang abah sempat baca, abah ikhtiar la sebelum anak-anak abah makan. Abah pernah cuba nak cerita dekat ibu. Tapi ibu sampai gaduh dengan abah. Ibu tak percaya. Ibu kata abah saja nak burukkan kakak dia.”

“Sebenarnya, ibu Mel tahu kakak dia tu amal benda tak elok. Cuma disebabkan ibu terlalu takut, ibu tak cakap pon dekat abah. Perlahan-perlahan abah tanam kepercayaan kat ibu. Bukan senang nak buat ibu percaya. Satu malam, ibu menangis. Ibu cakap dekat abah;

“Abang.. dulu kak sebenarnya ada ajar ayang satu ilmu ni. Dia kata, ilmu ni bagus untuk kasi suami tak curang, tak lari dari kita, tak marah-marah kita, ikut je cakap kita, baik je. Tapi ayang takut. Ayang taknak. Ayang tolak mentah-mentah. Sampai kak marah-marah ayang”.

Abah Mel beristighfar masa tu. Tergamak seorang kakak sanggup ajar adik benda tak elok. Korang tahu tak, maklong hantar benda untuk pecah belahkan hubungan ibu abah Mel. Mel ingat lagi, ibu gaduh teruk dengan abah. Ibu menangis. Abah marah sangat sampai hampir-hampir tangan abah melempang muka ibu.

Lepas ibu percaya dengan abah, ibu ikut semua yang abah ajar. Abah ajar ibu solat (ye, ibu Mel bukan dari orang yang belajar agama). Tapi Mel bangga sebab abah dapat didik ibu.

“Maklong kamu tu cemburu. Dia cemburukan ibu kamu. Suami maklong kamu panas baran orangnya. Penah paklong terajang anak sulung dia. Memang kaki pukul. Tapi pernah tak Mel tengok paklong marah-marah? Tak kan? “.

Ha a. Mel tak pernah nampak paklong marah. Semua maklong suruh, paklong ikutkan.

Lepas diorang pindah.. sebenarnya maklong ada agenda lain. Maklong pindah jauh dari kami supaya dia dapat memperkuatkan ilmu untuk rosakkan keluarga Mel.

Rumah baru maklong Mel kan, hujung sekali. Dekat dengan hutan. Besar rumah dia.

“Masa tu maklong Mel tengah mengandungkan anak yang kelima. Tapi sayang, hati dia dah dipenuhi dengan perkara-perkara laknat tu. Maklong masih hantar benda tak elok dekat keluarga kita. Mel rasa tak penat ke setiap kali maklong hantar, abah nak tepis je? Cuba kalau masa tu abah kerja. Sapa nak jaga? Abah sayang keluarga abah.

Jadi abah dah tak tahan, abah cakap dekat ibu. Lepas ni, kalau dia hantar lagi, abah terpaksa bagi dia pelajaran. Dan abah pon buat amalan baca yasin 40 hari berturut-turut. Menjerit maklong waktu hubungi nenek. Katanya, dia panas. Rasa anak dalam perut golek-golek laju. Nak pecah”.

“Tolong makkkkkkk!!!!!!! “. “Tolongggggg!!!!!!”. “Aku sakit la weiii!!!!! Apa kau buat dekat aku ni tak gunaaaaaa!!!!!” Meraung maklong Mel. Nyaring.

Sampai arwah nenek datang depan rumah. Dalam keadaan nenek angkat kain batik dia hingga ke paras peha, nenek jerit,

” Nizam!!! Kau keluar sekarang!! Tak guna punya jantan. Apa kau buat dekat anak aku ha???!!! Menjerit menggelupur kepanasan perut nak pecah dia tu!!!”.

Terlolong nenek sambik angkat parang depan rumah. Ibu Mel pegang lengan abah rapat, menyorok belakang abah.

Dengan selamber abah jawab,

” Mak tanya anak mak, apa dia dah buat dekat keluarga kami. Tak cukup lagi ke beramal dengan benda syirik tu? Tak cukup ka sampai keluarga kami pon nak dihantar yang bukan-bukan? Mak, berhenti lah. Kalau tak berhenti, Zam tak boleh nak tarik balik, biar je sampai pecah perut tu”.

Terdiam arwah nenek. Mata tajam merenung abah. Dia tahu dia tersilap kahwinkan anak dia dengan lelaki ni. Terbungkang biji mata saat dengar abah Mel cakap macam tu. Mungkin malu sebab rupanya selama ni, menantu dia tahu apa yang dia buat.

Lepas dari tu, abah tarik balik apa yang abah ikhtiar. Abah pon memang cuma nak bagi pelajaran je.

” Mel dah tahu kan saka tu dari sapa sebenarnya. Saka warisan, sayangku”. Abah senyum lagi. Aish.. seram Mel bila abah macam acah-acah tahu apa yang Mel fikirkan.

Sebenarnya, arwah nenek dah banyak kali cuba wariskan kepada Mel, adik-adik perempuan Mel. Tapi abah halang. Bila Mel dah besar, abah nak tak nak kena juga bagitahu Mel. Sebab sekarang bergantung atas diri Mel sendiri dah.

Saka ni, dia akan buat apa saja untuk cari tuan baru. Tak kisahlah datang dalam mimpi sekali pun. Adik Mel, muda setahun dari Mel pernah cerita dekat Mel, ada sekali tu, nenek tua datang dekat dia.. nenek tu cakap, ” kalau ada benda yang datang dekat kamu.. cakap nak kawan dengan kamu.. jangan sesekali kamu setuju ye”.

Sebelum nenek meninggal, abah seboleh2 nya keluarkan saka tu pegi dari jasad nenek. Supaya mudah roh nenek pergi.

Mel ingat lagi, arwah nenek tercungap-cungap macam roh tersangkut dekat kerongkong, tak boleh keluar. Hari-hari kitorang bacakan yasin. Hari-hari jugalah abah ikhtiar.

Cuma sekarang, Mel tak tahu saka tu pergi mana. Sama ada dia ikut maklong, sama ada maklong dah wariskan dekat satu-satunya anak perempuan dia, atau saka tu masih berlegar-legar kacau kami untuk mencari tuan baru.

Sebab ibu Mel tiga beradik je. Dan adik-beradik Mel yang ramai perempuan pun. Lahai.. Moga-moga kami dijauhkan. Oh ye, kesian dekat tokwan. Lepas nenek meninggal, tokwan jadi nyanyuk. Dia kata nenek ada. Lepas tu dia nanges sorang-sorang. Dia kata dia tak tahu nak buat apa dah.

Faham jela kan bila kita dah ikut “tuan kita berpuluh tahun, dan tuan kita mati..”.

Nasi kangkang ni, amal dia 40hari je bagi makan benda jijik dekat suami. (Tahukan benda apa) lepas tu suami awak akan patuh awak selama-lamanya. Sekarang tokwan tinggal dengan maklong. Dia yang datang tergesa-gesa ambil tokwan ‘stay’ dengan dia. Entahlah. Tak bagi ibu Mel melawat tau.

Begitulah kisah kehidupan Mel sekeluarga. Sehingga hari ini, benda macam ni masih belum berakhir.

Bila awak jadi anak tukang buang “benda tak elok, benda ghaib” benda-benda tu akan datang untuk balas dendam kepada keturunan nya. Jadi Mel tak terkecuali dari menjadi salah seorang yang diuji.

Maka, banyaklah ujian-ujian yang semakin hari seolah-olah ‘benda tu’ sengaja menonjolkan diri. Sama ada menjelma dalam mimpi, lawan (ye memang ada), atau depan-depan.

Semoga kita semua terpelihara dari perkara syirik dan terlaknat ini. Aaminn.

Terima kasih membaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Melisa
Beri markah tahap keseraman kisah ini

Dah baca?Jom tonton video terbaru dari FS.

17 comments

  1. Ye sm..sy pun pnh kne.yg buat tu mak sdara sebelah suami.mmg dia rajin masak bg kmi mkn bila kami balik kg.n mmg masa hidangan menpelai dia yg mskkn.bila sy ckp dgn suami dia xpcy..rmhtgga jd pns..ap lg nk bgth mak dia..mmg xla..tp tu hakikatny.bthn berubat n cuba dptkn ank.dgn mcm2 ust skua bgth bnda yg sma..alhmdulillah Allah tu xizinkn.sy dah 2 ank.sdgkn macik tu ad ktumbuhan 2kg dlm perut n habis musnah 1200 ank pokok dlm ladang dia. musnah xtau apa yang rosakkn.tp mgkin binatang..semoga mereka insaf

  2. Dr cara penceritaan ni dpt bygkan Mel ni mewarisi kelembutan dan kesabaran abahnye…
    Tenaaannggg jer akk bace cerita ni wpon hakikatnye akk dh mule mual dr mule tgk gmbr nasik tu…
    Huhuhuhuuu…

  3. Mel bolehh tgk page facebook menyingkap tirai ghaib banyak yg berubat saka keturunan & lain2 sebagai ikhtiar. Ape2 pn semua dengan izin Allah.

  4. Ya Allah kenapa la sanggup amalkan benda┬▓ syirik tu, orang yang amalkan ilmu hitam ni nanti lama┬▓ akan memakan diri sendiri, Ya Allah jauhkan lah kami dari gangguan jin dan syaitan yang di laknat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.