Saka kawan aku

Assalamualaikum w.b.t untuk semua pembaca FS. Sebagai pengenalan, nak mesra, aku kenalkan diri aku sebagai Leha, berumur 22 tahun still belajar and takde keistimewaan apa apa pun. So hari ni aku nak share pengalaman aku berhadapan dengan situasi member yang saka family mak dia nak masuk kat dia. Pengalaman ni berlaku masa aku Form 5, tinggal dekat sekolah berasrama di Johor pada bulan Ramadhan. Ya Ramadhan, dulu aku naif sangat ingat segala syaitan mak nenek jin semua pakat kena ikat walhal ada yang tak diikat ( part ni sesiapa yang arif boleh la tambah info kat bahagian komen sebab aku pun nak tahu gak hehe ).

Lets name her as Sya. Sya ni anak tunggal perempuan. Manja boleh tahan lah, anak tunggal kan hahaha. Fyi, aku tak rapat sangat dengan Sya ni tapi aku ni boleh dikategorikan sebagai social butterfly, boleh masuk dengan sesiapa ja – so aku dengan dia selalu ja bertegur sembang and furthermore kiteorang duduk sebelah sebelah masa dekat kelas, hujung paling belakang (taklah kami bukan budak nakal, cuma aku dengan dia kuat tido ja kat kelas tapi aku lagi lejen lah sebab dari sekolah rendah lagi kuat tido kat kelas sampai cikgu report kat mak aku, tapi Alhamdulillah aku punya result baik ja hohoho). Dekat asrama kami duduk lain dorm, so cerita dia kat asrama waktu kena tu aku tak tahu sangat. Aku cerita yang mana aku tahu ja deh.

Aku cerita dari awal camana aku boleh terjebak dengan Sya ni. Kita mulakan dengan Bismillahirahmanirrahim ok. Waktu tu aku tengah lepak dekat bilik kesihatan area asrama aku, nak kata ponteng tu boleh ke kalau cikgu takde kat kelas tapi aku lepak dekat situ? Hmm takpe sambung cerita deh, tengah seronok seronok lepak baring memikrkan tah apa aku tak tahu tiba tiba Sya datang dekat aku (actually aku ada dengar dah yang kecoh kecoh pasal Sya ni tapi aku tak amik peduli sangat). Sya ajak bual dengan aku, dia kata badan dia ada jin jilat. Dia selak kain dia, tunjuk kat bahagian betis dia ada bekas bulat warna hitam macam terbakar. Aku dengan concernnya bertanya lah, sakit ke dk, gatai dk, tak nak pi klinik ka, dia jawab sempoi ja ‘tak’ untuk semua soalan aku. Dia kata dia cuma rasa panas ja dekat bahagian hitam tu. Lat pastu dia tunjuk pulak dekat belakang badan dia, sama yang dekat betis dia tapi lagi besar, aku berseloroh lah dengan niat bergurau aku kata, “entah entah jin yang ni lagi besar dari yang jilat kat betis kau tu hahaha”. Dia pun ikut gelak sebab waktu ni tiada yang lain dari Sya yang biasanya. Sya masih Sya yang kawan aku.

Aku tak ingat maghrib hari tu jugak or maghrib esoknya, kecoh tetiba waktu bacaan yassin ka mathurat ka tilawah ka aku tak ingat kat surau kami tu, dia tiba tiba mengadu panas – padahal dia duduk betul betul bawah kipas. Berpeluh peluh si Sya ni kau tau, sampailah member aku sorang ni baru lepas amik air wudhu’ dok pi sapu air wudhu dia tu kat muka si Sya, mengamuk budak tu. Oh aku masa ni takde di tempat kejadian, ni aku dengar dari diorang ja. Sejak hari tu, banyak kali jugakla ustaz kiteorang kena datang kat asrama pompuan bila si Sya ni tak betul. Kawan aku yang satu dorm dengan Sya ni cerita yang Sya ni kalau nak tidur kena letak garam, tah lada sulah apa semua keliling katil dia, kalau malam ja suasana dorm tu suram seram. Diorang nak tidur pun takut tapi buat lek buat peace ja sebab kalau kita takut dia lagi suka ye dak. Nasib baik aku tak satu dorm dengan Sya haha aku takdelah berani mana.

Ada waktu hari sabtu ka ahad, kan tak sekolah, si Sya ni tetiba mintak nak buka puasa awal, dia kata dia tak tahan nak puasa, alahai muka kesian sangat macam penat gila, member aku pun duk layan la dia makan lahap macam ada benda duk makan dengan dia sekali. Kadang kalau berbual dengan Sya ni depa tak tahu la depa bual dengan si Sya ni ka bual dengan benda tu sebab kadang apa yang si Sya ni cakap macam lain ja. Bukan Sya yang biasa.

Waktu kat kelas selalu ja dia tiba tiba pegang tangan aku then dia tanya, “sejukkan tangan aku ?”. Aku pun acah acah terkejut, “eh ha ahlah sejuk, apesal weh ?”. Pastu dia tunjuk kat depan pintu kelas kiteorang ada benda tu, saka tu, saka tu ada nama tapi aku taknaklah tulis hahaha panggil dia Buaya ja la. Dia duk kata Buaya tu ada kat depan. Kah. Aku tak tahu nak rasa apa – jadah dia pi bagitau aku ape pasal kan hahaha. Tak masal aku belajar Bahasa Melayu mata asyik melilau luar kelas.

Selalunya kalau si Sya ni nak pergi mana mana mesti ada member kiteorang yang teman sebab mak ayah dia pesan jangan tinggai dia sorang. Kami ni sebab sayang kawan takde sekali pun lah tinggal dia sorang walaupun semua nanti duk kumpul bercerita ketakutan yang dialami hahaha. Waktu rehat tu, turn aku teman dia jalan sekali saing pi kantin. Dia berbual dengan aku apa dia cakap aku tak ingat, aku cuma ingat apa yang aku cakap dekat dia, “ kau kalau Sya aku nak bual dengan kau sembang dengan kau, tapi kalau kau bukan Sya aku tak mau sembang” sambil gelak gelak acah acah berani. Dia pun sokmo la cakap dia Sya sambil gelak sekali. Sampai sekarang aku tak pasti tu Sya ka bukan.

Petang tu aku lepak dekat kantin asrama, sambil sambung warna poster aku masuk pertandingan apa aku tak ingat, suasana kat situ tak sunyi langsung sebab member member aku yang lain berkerumun tengok cerita Twilight yang part Edward dengan Bella dah kawin (aku Potterhead tak layan sangat Twilight ni sbb aku lagi suka Harry Potter). Sedang aku rilek rilek mewarna, Sya datang. Sya datang datang terus letak kepala dia dekat bahu aku. Kiranya situasi ni kepala aku dengan kepala dia sangat dekat kira kalau dia cakap slow mana pun aku boleh dengar. Dah dia tetiba letak kepala dia kat situ aku diam ja lah, nak halau tak sampai hati pulak. Tengah khusyuk aku mewarna ni dia tiba tiba bersuara,

“kau cakap apa Leha?”

“hmm? Aku takde cakap apa apa pun?”, aku da start rasa takut tiba tiba.

“ye, kau ada cakap, AKU DENGAR”. Aku dah takut terkejut, lantas ku tolak kepala dia, pandang dia dengan mata unbelievable dengan statement dia tu sebab aku memang diam tak cakap apa apa dari tadi. I asked her again utk meng confirmkan memang bukan aku yang cakap.

“aku serius takde cakap apa pun Sya aku diam ja dari tadi. Kau dengar aku cakap apa?”.

“ aku dengar kau cakap ‘AKU TAK TAKUT’..”

“ Hahaha bukan aku weh yang cakap, aku memang diam ja dari tadi. Aku tak tahu kau dengar siapa yang cakap.”

Tak lawak ok gais, sebab bukan dia sorang je yang dengar benda ni. Nanti aku cerita part last waktu dia nak balik sebab ayah dia mai nak amik dia bawak balik rumah.

Petang tu aku tak ingat petang bila, macam biasa, sementara tunggu waktu berbuka, satu dewan makan tu akan bukak Quran, baca sampailah waktu azan berkumandang, aku boleh gerenti memang korang boleh khatam baca Quran dengan aktiviti ini kerana itulah kali terakhir aku khatam Quran, yang latest ni merangkak baca satu juzuk pun tak lepas Astagharfirullahalazim. Ok back to the story, masa ni aku tengah lepak dengan member aku, Pipah (sambil pegang Quran sebab kiteorang memang otw nak pergi dewan makan tapi lepak sat) kat area tepi bangunan jalan yang menghubung antara dewan makan dengan asrama kiteorang. Tiba tiba kiteorang nampak Sya jalan laju nak balik asrama dari dewan makan. Pelik tau dia jalan laju sebab semenjak dia kena, dia jalan tempang sampai kami bagi gelaran dugong dekat dia (hat ni jangan kecam kami la sebab saja gurau nak hilang takut hahaha) tapi waktu ni aku tak rasa pelik sebab aku lupa dia jalan tempang dan lambat. Waktu dia jalan tu, mata dia tak lepas pandang aku – dengan mata bengis, camana aku boleh tahu? Sebab mata aku pun tak lepas pandang dia.

Selepas Sya berlalu pergi, datang lah member aku Dedey, bercerita tentang situasi tadi dekat dewan makan. Macam biasa waktu dewan makan tu riuh dengan bacaan Quran tiba tiba si Sya tu marah marah, carut carut suruh orang yang dekat dengan dia stop baca Quran. Dah orang keliling dia taknak stop baca, agaknya panas sangat dia blah balik asrama hahaha. Kiteorang apa lagi, bergegas lah ke asrama sebab risau apa apa jadi dekat Sya, aku dengan Pipah dah ready nak bacakan apa apa depan Sya ni sebab kami dua pegang Quran kan. Sampai sampai ja dapat tahu Sya dah pengsan, Sya dipindahkan ke dorm yang berdekatan. Dekat dalam dorm tu tak boleh ramai ramai so aku dengan Pipah nak masuk, Pipah masuk dulu, ok pass takde apa yang pelik. Aku pun bukaklah selipar.

Baru setapak aku nak masuk, si Sya yang tengah baring dekat lantai tu dengan muka bengis pandang aku. Gila tak terkejut, aku pun sebab takut aku surrender sambil angkat tangan sebelah sebab lagi sebelah pegang Quran sambil cakap, “ ok, aku keluar, ok”. Menggeletar jugaklah sebab aku baru setapak kot nak masuk, dia macam tahu tahu ja. Hmm. Sejak dari tu aku tak tahu apa yang jadi kat dalam. Maybe aku ada tanya tanya member lain tapi aku dah lupa. Aku teruskan aktiviti bulan Ramadhan aku, dengan menunaikan solat maghrib isyak dan terawih berjemaah kat surau. Malam tu jugak ayah Sya datang amik Sya nak bawak balik berubat. Bapak dia sempat seloroh, “pakcik pasang Ikim f.m takut takut Sya jadi lain nanti, korang doakan pakcik ya”. Bbapak dia pun takut dengan anak sendiri lol.

Waktu solat terawih Jemaah tu, rakaat yang pertama aku lambat sikit nak angkat takbir sebab aku nak pakai kain, member aku yang sebelah dah angkat takbir ikut imam. Lepas bagi salam, member aku tu tanya aku, aku cakap dengan siapa. Kah kah nak cakap dengan siapa lagi dah kalau aku solat sebelah kiri aku dia sebelah kanan aku dinding kan. Aku tanyalah apa yang dia dengar kan, dia kata, “kau cakap kau tak takut. Kau cakap dengan siapa?”. Aku diam. Tak tahu nak respon apa sebab memang aku diam tapi orang lain dengar aku bercakap. Musykil lah aku kan. Aku dah syak ada benda lain dengan aku tanpa aku tahu. Tapi takde pulak benda pelik aku lalui setakat ni.

Alhamdulillah Sya sekarang dah ok, keempat-empat saka berjaya dibuang. Dia dah normal sekarang pun da ada pakwe, aku je la solo sampai sekarang. Aku takde kena gangguan ke apa, kalau setakat mimpi mimpi seram bangun bangun ja dada aku degup laju sebab takut sangat tu adalah tapi tu pun 2 tahun lepas, tahun lepas pun ada tapi mimpi tu tak kerap. Tapi aku boleh ingat sebab mimpi tu buat aku sampai boleh baca ayat Kursi dalam mimpi, tu dah kira seram gila la kan. Kalau nak cerita pasal mimpi tu banyak ada kaitan dengan family aku, aku boleh je nak cerita tapi tu pun kalau ada orang nak lah, ok sampai sini dulu ya sebab aku ada paper besok, doakan aku k. wasalam.

10 thoughts on “Saka kawan aku”

  1. Kau ni byk mkn semut ker dik.sikit2 asik xingat..xingat..xtahu.haha.cite dah best dah.tp pickup line dia akak tgk cm xsampai.cuba kurangkan simptom xingt tu.baru akak bg 5 ha???.meh smbung lg.akak tunggu keh

    Reply
    • Tak ingat tu normal la manusia kan…tapi aku pelik writer lain siap boleh ingat & brcerita time dia umo 4, 5 tahun..pelik aku..tajam betul otak dorg..hahaha

      Reply
      • Pengalaman ms kcik2 la yg sng ingat.sebab ms tu suci xd dosa..beza skrg..faktor pemakanan,faktor skeliling..faktir dosa kita jd pelupa.xper..akak xksh.cite die best?

        Reply
  2. Ko tak check ker berubat ker takut2ko pon ada something? Ye lah cara Sya react kat ko (mungkin saka dia tak happy dgn benda kang ada kat ko) dan org dengar suara ko walau ko diammm jer. Tak musykil ke?

    Tu pendapat saya lahh. Terpulang nak ikut ker tak.

    Content cerita bagus. Ada lagi nak cerita, sila sambung!

    Reply
  3. Yes, setuju ngn komen sebelum ni. Biasanya klu org tu react pd kita, kita sndiri pn ada tanpa sedar. Sila check sblum parah and pay attention pd tanda2 yg ada.

    Reply

Leave a Comment