Assalamualaikum para pembaca FS. Ni first time aku hantar cerita kat sini. Nama aku Sha. Aku dah kahwin, ada tiga orang anak. Aku ada sixth sense, tapi aku tak sedar bila masa aku ada sixth sense ni. Dan ianya menurun kepada ketiga-tiga anak aku, especially yang sulung.
Aku juga sama serperti hamba Allah yang istimewa yang lain, boleh nampak, rasa, dan dengar kehadiran makhluk halus. Cuma ada tambahan, aku berinteraksi dengan makhluk halus ini melalui MIMPI. Aku bukanlah ingin mempercayai 100% apa yang aku mimpi, tapi ini selepas aku fahamkan kronologi mimpi mimpi aku sebelum ni. Banyak aku mendapat petanda untuk orang sekeliling aku melalui mimpi. Kalau nak tahu tempat tu bersih ke tak, aku akan mimpi dan ‘nampak’ benda yang ‘kotor’ dan makhluk tu. Kebanyakkan tempat aku pergi, semuanya macam tu. Baik rumah sewa ataupun hotel. Dari duduk rumah mak, rumah sewa ketika belajar; yang ni enam rumah sewa aku pindah. Semuanya sama, rumah sewa selepas kahwin (enam biji rumah), semuanya aku dapat melalui mimpi. Sebab tu suami aku tak sewenangnya bagi aku tido tempat yang bukan bukan. Tapak lama rumah mak mertua aku pun aku pernah ‘pergi’. Bila cerita balik kat husband, dia terkejut sebab macam mana boleh tahu? Husband aku umur 50++.
Aku ada publish kisah seram secara real ataupun dari mimpi di facebook dan beetalk, tapi untuk kisah yang ini aku tak pernah publish kat mana-mana media sosial sebab aku sendiri masih tiada apa-apa jawapan di sebalik mimpi tersebut.
Kejadian berlaku pada tahun 2014/2015, ketika aku tinggal di rumah bersama anak kedua aku yang ketika itu berumur kurang setahun. Suami dan anak sulung aku takde kat rumah time tu. Pada masa tu, aku kerap kena gangguan mistik dirumah ketika ketiadaan suami aku. Dahlah dia takde seminggu. Tapi tak menjadi masalah, sebab aku dah biasa.
Beberapa hari sebelum kejadian, aku ada berniat untuk jumpa dengan ‘kepala’ saka keturunan keluarga aku (keluarga sebelah mak aku > datuk > nenek moyang). Aku teringin sangat nak tanya ‘dia’, kenapa aku di antara ramai ramai cucu cicit keturunan nenek moyang aku, kenapa aku yang dia ‘pilih’? Sebab aku dah penat asyik diganggu di dunia nyata mahupun di alam mimpi.
Entah macam mana, satu malam tu aku bermimpi aku berjumpa dengan ‘kawan-kawan’ aku yang berpakaian serba putih. Tapi aku tak pernah nampak muka-muka diorang. Yang aku tahu, diorang berpakaian serba putih. Kepala mereka seolah bercahaya, sukar untuk aku lihat wajah mereka dengan jelas. Mereka dalam lima orang, bawa aku naik satu ‘kenderaan’ untuk pergi ke suatu tempat yang aku sendiri tak pernah pergi. Kami merentas masa balik ke zaman purbakala. Tempat yang kami tuju takde pembangunan. Yang ada hanyalah pokok hutan yang tebal dan sebuah rumah yang aku boleh dikatakan seperti istana lama yang diperbuat daripada kayu yang telah ditinggalkan/tak berjaga.
Kehadiran kami disambut oleh sekumpulan yang berpakaian putih seperti ‘kawan’ aku yang lima orang tadi. Ada lelaki dan perempuan berdasarkan pakaian. Mereka sambut aku seolah menyambut kehadiran tuan puteri atau kerabat diraja. Padahal aku ni takde darah raja pun. Hehehe. Aku berdarah Jawa totok. Mereka ada di setiap penjuru/gerbang perkarangan istana tersebut. Mana ada tiang, situ ada mereka. Diantara tiang A dengan tiang B, ada tiga orang berpakaian putih. Ada enam tiang di bahagian perkarangan istana. Berjaga di luar adalah lelaki. Di bahagian pintu masuk pulak ada beberapa orang ‘dayang’ berdasarkan pakaian mereka.
Mereka tidak pernah bersuara, tapi kami berbicara melalui telepati. Apa yang mereka cuba beritahu, aku tahu dalam kepala. Tiada keluar suara pun ketika itu. Hanya pergerakan badan sahaja. Mereka memberi amaran kepada aku bahawa mahkluk yang bakal aku temui nanti adalah sangat buruk rupanya agar aku tidak terkejut/panik. Dalam ertikata lain supaya aku bersedia. Disebabkan aku pernah jumpa pelbagain makhluk didunia nyata, sedikit banyak aku sudah bersedia.
Aku dibawa masuk kedalam sebuah kamar seperti bilik kecil. Beberapa rakan berpakaian putih aku teman aku masuk bilik tu. Bila tirai langsir ditarik, aku nampak seketul/seekor/seorang makhluk; sorrylah aku tak reti nak describe dia sebab aku tak tahu dia tu apa. Yang aku tahu dia tu JIN. Rupa dia tersangatlah buruk dengan rambut dia yang panjang berwarna putih, muka dia yang hitam, gigi taring dia yang panjang, badan dia yang kurus kering, mata dia yang berwarna hitam, kulit dia yang sangat sangat sangaaaattttt buruk untuk aku describe kan.
Lalu bermulalah dialog antara aku dan dia tanpa menggunakan suara.
Aku: kenapa aku?!
Dia: jangan tanya aku. (Dengan gaya seorang yang angkuh dan bongkak.)
Aku: kenapa aku???!!
Dia: jangan tanya aku kenapa. Tanya nenek moyang kau yang buat perjanjian dengan aku.
Aku: aku taknak terima. Dah. Aku nak balik.
setiap kata kata aku, aku ‘lafaz’kan dengan tegas dan yakin dengan hati supaya makhluk itu tahu bahawa aku bukan manusia yang lemah/tidak berpendirian. Dalam keadaan macam ni, hati dan minda separa sedar aku memang berfungsi walaupun secara zahirnya aku nampak seperti sedang tidur.
Lalu aku keluar dari bilik tu terus pergi ke perkarangan. Sesampai diperkarangan, aku nampak setiap tiang istana itu, rakan berpakaian putih aku sedang berjaga seakan betul betul untuk pastikan aku selamat. (Sejujurnya aku pun tak tahu apa istimewanya aku ini sehingga dikawal seperti itu. Rasa macam jadi raja pulak. Haha.)
Lepas aje aku langkah keluar dari perkarangan, aku nampak makhluk berpakaian serba hitam ambush ‘pengawal’ dan ‘rombongan’ aku. Aku nampak sendiri ramai ‘kawan’ serba putih aku mati. Memang takde chance kiteorang nak menang sebab ramai ‘pengawal’ aku mati kena bunuh walaupun mereka pandai bersilat/berlawan. Tiga daripada lima ‘rakan’ aku yang mengiring aku masa datang ke tempat tu pun berlawan dengan diorang. Dua lagi hantar aku sampai ke ‘kenderaan’ kami. Mereka hanya hantar tapi mereka tak ikut aku balik. Mereka kata, mereka terpaksa berlawan jika tidak makhluk berpakaian hitam tu akan bunuh aku dan aku takkan selamat. Diibaratkan aku mati dalam tiudr. Aku kena terus hidup; sehingga ajal aku sampai supaya tidak ‘tewas’ dengan makhluk tu. (Aku pernah beberapa kali mimpi ada orang nak bunuh aku dalam mimpi sejak umur lapan tahun, tapi alhamdulillah masih dipanjangkan umur.)
Aku pulang ke ‘masa depan’ itu seorang diri. Sesampai ke destinasi aku, aku lihat pintu perkarangan perkampungan ‘rakan’ serba putih aku tu dimana aku jumpa mereka. Aku nampak ada lagi yang berpakaian putih tapi aku tak pergi ke arah diorang. Aku pulang ke tempat aku. Terus je aku tersedar. Badan aku jadi letih kerana banyak tenaga aku digunakan untuk ‘melawan’ tenaga negatif dalam mimpi. Sejak daripada itu, aku tak pernah lagi mimpi berjumpa dengan mereka. Mungkin mereka tidak dapat menyelamatkan diri.
Dan baru baru ni aku bermimpi ada yang sedang ‘mencari’ aku. Dan mereka dapat ‘jejak’ aku. Aku dapat rasakan yang jarak aku dengan mereka hanya seinci kerana terlalu hampir. Sekarang ni aku hanya mampu menghafaz surah alBaqarah sebagai pendinding diri. Agak sukar kerana otak aku ni dah lembap. Sekarang baru sampai ayat 21. Semoga aku kuat. Aku tak izinkan dia datang pada aku atau pun anak aku sebab aku tahu dia sedang berusaha untuk jadikan anak aku sebagai tuan baru dia. Tak pasti saka yang sama ataupun saka orang lain yang sedang mencari tuan.
P/s: jangan tanya aku kenapa aku tak pergi berubat sebab aku dah pergi. Eloknya hanya sekejap, tapi nanti dia datang balik. Selalu kena ganggu kat rumah, itu perkara biasa sampai dah jadi lali. Penat, tapi aku harus kuat! Aku tak terima saka ini untuk keturunan keluarga aku.
P/s: aku tahu ini saka keturunan datuk sebelah mak aku sebab datuk aku sendiri bercerita macamana dia kuat masa muda muda dulu uruskan kebun seorang diri, angkat kayu balak sorang diri etc. pada suami aku. Suami aku ada suggest kan untuk bertanya tentang saka tu pada datuk aku. Apa perjanjiannya, tapi aku taknak sebab aku taknak anak anak datuk aku; makcik pakcik aku, salahfaham sebab ada diantara mereka yang tak percaya yang keturunan diorang ada saka.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
first
amboi nama kau memang tak leh blah hahahahahahaha
ko faham ke maksud nama dia tuu.hhhahhaha
faham hahahahahahaha aku x bebal macam medi hahahahahahaha
hmmm…boleh tahan eh kau..malu aku..
lariiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!
hahahahahaha asal lah dia letak nama tu hahahahahha
hmmm.siram teh panas kat nama dia
alahhh ko ni jurii.. aku baru nak insaf, ko suruh aku buat jahat pulak hahahahahahhaha
yelahtu insaf. baru tadi hidang kat meeting teh ko..ehh ..haha
salah ke?
hahaha tahu takpe.. nak sebut pun….
maira pun faham.
ish ish ish
Jikong tengok adik ko
kau ni Juri!!!!! hahahaha silibus sekolah pun dah ade tau mestilah aku tahu. kahkah
Mana ada silibus sebut nama tu.
Dia panggil namalain lah,
Nampak sangat ko ni suka baca yang bukan-bukan.
huhuhuhhuuhuu
bont hang!!! hahaha Juri aku kensel la panggil kau abang..
tadi Keran*.. sekarang bont
hmmm singkong, apa yang kau didik ni.huhu
kau salahkan dy juri… dy yg bg pengaruh negatif dekat aku.. hahahaha
aku tak percaya!
percayalah abg Juri… abg singkong tu teruk tau.. haha
ko jangan sebut.. ko baca je ahahahahahhaha
aku sebut dalam hati FF
Second..hehe
Seramnya kena buru dengan benda benda halus ni. Take care writer.
“Aku ada publish kisah seram secara real ataupun dari mimpi di facebook dan beetalk”
Boleh tak nak request cerita ni dalam FS? hihi
Rate
Nice..kesian dekat “kawan²” putih tu..
Simple but nice… Hope akk sekeluarga terus tabah k… 🙂
Not bad la.. 🙂
itu saka ke bunian?
macam ko kawan dengan bunian je?
6/10
Bunian campur jin kut.
Tapi kan pergi saja la soal kat atuk tu.
Nak tunggu apa lagi. Pedulikan la orang lain percaya ke tidak.
Setuju. Selagi tak tahu asal perjanjian, akan lagi susah untuk buang. Saka ni kalau tak dapat tuan, dia makan tuan. Jahat.
Aku selapan dengan Ratna..
Haha. Thanx
Ok.. you’re welcome..hehe
Macam termasuk kat alam bunian pulak. Sebab apa yg saya tahu keadaan di alam bunian macam tu, rupa yg tak jelas, atau tak ada rupa (kosong). Serba putih pakaiannya. Hm tapi tak pasti betul ke tak.
Betul kan kalau sye salah.
Anda sungguh bertuah dan istimewa. Teruskan menulis.
*menulis
betul la aku eja. lalalala
kuasam edit balik. huh
aaaa takleh delete komen aaaaaa kikikiki
Teruskan ikhtiar Sha..semoga Sha sekeluarga sentiasa didalam LindunganNya..
story best
Salam Writer. Nak buang saka memang sangat susah. Tapi suggestion suami tu betul. Selagi tak tahu asal usul perjanjian dan tapak si saka ni, memang susah nak buang. Perjanjian biasanya ada apa yang tak boleh. Jangan langgar pantang itu ini. Perawat akan gunakan pantang larang ni untuk musnahkan saka atau lemahkan sampai saka pun boleh buang. Teruskan ikhtiar ya. Saka ni, mereka sendiri anggap mereka sebagai warisan yang harus diwarisi. Semoga dipermudahkan.
Salam Ratna,
Apa maksud tapak si saka? Kalau dah tak ada family yang tau asal usul perjanjian, ada cara lain tak nak buang saka tu? Ada limit ke berapa keturunan yang saka tu harus diwarisi?
Wasalam. Biasa tapak ni 1 tempat yang orang letak saka. Contoh atas bumbung ke, tiang seri ke, yang jaga kebun letak kat pokok rambutan ke. Pasal limit, saya tak pasti. Sebab ikut pada apa yang dijanjikan. Tapi sebab warisan, ia nak diwarisi sampai bila-bila. Ada jugak turun ke anak yang disayangi atau anak yang menepati syarat saka tu.
Kalau tak ada famly yang tahu asal-usul saka tu, mungkin ambil masa lama sebab kita tak tahu kelemahan dia. Kita kena tekunlah berubat. Lama-lama perawat pasti tahu juga kelemahan dia. Ini setakat yang saya tahulah.
Salam.
If ada lagi cerita pasal saka ni, please share lagi kat sini ea.
Or bagi link FB boleh jugak.
Take care Sha.
hi kak hajar, ustaz yang sy pergi berubat sebelum2 ni ada cerita, almost 99% orang melayu memang dan mesti ada bela saka – sebab tu orang zaman2 dulu kalau berkebun ke menebang ke bertukang ke memang tak pernah tahu penat. ustaz tu cerita lagi, lepas tuan saka ni mati, dia akan cari anak cucu cicit yang tuan dia paling sayang dan dia akan menumpang tak kira la kita ni rela ke tak. sy tak pasti betul ke tak apa yang ustaz tu cakap yang saka ni adalah sehalus2 makhluk yg duduk dalam badan kita sampai kita sendiri pun tak rasa yang badan kita ni dah ditumpang benda tu (ini bahaya). selagi tak dibuang saka ni selagi tu lah dia akan mengganggu sampai habis keturunan kita. semoga yang baik2 saje untuk kak hajar sekeluarga.
tak lupa, nah 5 bintang! 🙂
takziah. kesian.. inilah masalahnya, bila kita susah nak lepaskan ikatan janji yang dbuat orang lama. semoga semua berhasil
cerita menarik & jelas
tapi part yg ckp ‘aku berdarah jawa totok’ ,
aku terus ingat sambal totok ~
hahaha
Hmmm…aku pun tak faham sangat pasal mimpi-mimpi ni…tapi cerita ni tetap best<3
Saka memang jahat.
Allahu…kesiannya penulis ni…tak semua perawat leh bunuh saka…yg leh mrk buat buang saka aje…tp saka akan datang balik jika tiada pendinding diri…pada penulis saya tahu ada orang yg boleh bunuh saka ni terus…di Sungai Petani…
salam..blh sya tahu area sungai petani kt mna tak sbb ayah sya penah terkena buatan adik sendiri
ustaz halim ke? dia pon duk sg. petani jgk..dgr kata blh buat jgk mcm ni..
besttt…hahaahaha….selalunya jadi cctv je kt comment nih..hari ni baru aku muncul sejak sekian lama layan FS ni
Tahniah!!! Saya bangga dengn prestasi awak
Selamat datang!?
semalam selepas mak saya berubat dengan seorang ustaz, kami adik beradik baru tahu semalam keluarga sebelah ibu kami mempunyai saka dan tgh mencari tn baru..
I feel u sis.. Saya pun sama.. penah buang ‘ benda’ tu tapi ustaz tu cakap benda tu still akn datang tapi dia hanya tengok dari jauh.. mcm jarak 10 meter mcmtu.. sebelum ni benda tu selalu dtg dekat dgn saya.. biasanya before saya tido, mesti saya akan rasa benda tu duk mencangkung sebelah katil dan panggil2 nama saya.. since dah selalu kena, so saya dah lali.. play surah albaqarah dlm hp nonstop smpi la ke pagi, insyallah tido kita akn tidak diganggu. Since dah beberapa bulan xkena kacau, mlm kelmarin sy kena balik.. elok je tlelap, tiba2 ada suara lelaki duk menjerit panggil nama saya.. terus tersedar dan play surah albaqarah.. Call mak kat kg mintak ustaz tu tengok2kan balik.
Secara amnya,Airish bukannya seseorang yang mempunyai pancaindera yang keenam,tidak boleh melihat,mendengar mahupun merasai kehadiran ‘mereka’. Jadi,tentang mimpi yang akak hadapi amat sukar untuk Airish jelaskan walhal Airish tak dapat membantu sedikit sebanyak masalah yang akak hadapi.Semoga akak sentiasa di dalam perlindungan yang Maha Esa.Kalau boleh,amalkan bacaan ayat pendinding selalu dan jangan sesekali tinggalkan ibadah wajib.Bersabar ya akak?
Normal..memang masyarakat melayu 90% ada saka sebab benda tu dari warisan moyang2 kita dahulu.
N normal juga xkan ad semua yang percaya bab saka2 ni sebab anggap benda ni xwujud n xpernah kcau hdup dia.
Tapi jujurnya hari ni blaku konflik2 dlm keluarga..cerai berai..pgaduhan adik beradik..anak cucu sakit2 xmustahil dtg dari angkara saka sebab xdijamu/xdilayan kehendak bnda tu.
Maaf ckp..Sebab kesilapan org dahulu..anak cucu cicit tggung akibat hari ini.
5?????
setahu saya, saka ni kalau kita taknak dia, kita akan sakit..tapi saya doakan semoga awak sentiasa dilindungi oleh allah
👍
Ni kaki dvd ni mengarut aku tau ko bnayk mereka cerita
harap uols x kembali lagi ke dunia sana
nice