Saka Nenek

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS. Hari ni aku teringin nak berkongsi cerita ringkas tentang saka yang nenek aku bela masa muda dia, dan untuk pengetahuan semua, dia dah meninggal 8 tahun lalu. Nenek aku ni maknya ayah aku, dan kami tak tinggal serumah. Dia tinggal dengan mak saudara aku, iaitu kakak ayah aku. Ayah aku ni anak bongsu.

Sebab dan penyebab nenek aku ni bela ‘benda’ ini aku kurang pasti, tapi mak aku cakap sebab nak suruh laki dia dengar cakap dia. Macam mana dia bagi makan, puja ke apa ke semua tu aku tak tahu, sebab masa aku sekolah rendah umur berapa aku pun tak ingat, nenek aku dah buang saka ni. Dia dah taubat. Masa tu dia pun dah sakit dah tak boleh jalan, tapi ‘dia’ selalu lawat rumah abang aku yang sulung.

Abang aku pernah cerita ada satu pagi, dalam pukul tiga pagi macam tu, dia bangun nak pergi kencing. Dia ternampak nenek aku ni tengah duduk dekat ruang tamu rumah dia dengan rambut putih, panjang menggerbang. Abang aku tak jadi kencing, terus masuk dalam bilik sambung tidur. Ada juga sekali tu dia duk berdiri depan cermin dekat dapur rumah abang aku. Kecut perut abang aku. Lebih-lebih lagi, abang aku ni memang penakut. Tapi ‘benda’ tu usik macam tu sajalah. Mak aku cakap biasalah tu, nak tengok cucu dia. Aku pernah tanya dekat mak aku, bukan nenek dah buang ke benda tu? Mak aku cakap dah, tapi tak tahulah macam mana boleh ada lagi. Benda ni tak pernah kacau aku sampailah tiga hari sebelum nenek aku meninggal.

Masa tu mak ayah aku tak ada. Tinggal aku dengan kakak aku je dekat rumah. Masa tu seluruh rumah aku tak semena-mena bau kapur barus bercampur dengan bau asap. Kuat gila! Tiga malam berturut turut. Aku pun bagitahu mak aku. Mak aku suruh buat tak tahu je dan pesan jangan bagitahu ayah. Takut ayah kecil hati pulak. So, aku dengan kakak aku diamkan saja.

Dalam tiga hari tu jugalah ada satu malam tu, dia datang melawat aku masa aku tengah tidur. Aku tak tahu nak terangkan macam mana. Malam tu aku tidur macam biasa je, tapi dalam tidur tu aku boleh rasa macam ada orang duk perhatikan aku dari hujung kaki. Aku pun automatic tersedar, lepas tu aku ternampak nenek aku tengah duk main rambut panjang mengurai dia dekat hujung kaki aki. Masa tu aku blur-blur sendukc aku bungkus badan aku, lepas tu aku pergi tidur dengan kakak.

Macam biasa, esoknya aku cerita dekat mak aku. Mak aku selamba je cakap, “dia nak tengok cucu dialah tu.”

Dalam tiga hari tu nenek aku dah nazak, tapi dia punya selera makan mengalahkan orang kebulur. Ayam seekor dia boleh habiskan seorang diri. Ayah aku macam dah tak tahu nak buat apa. Bila bincang dengan adik-beradik dia, diorang pakat cari orang untuk buang saka nenek aku tu. Walaupun nenek aku kata dia dah buang, mungkin benda tu masih lagi ada. So, adalah orang pandai-pandai datang mengubatkan nenek aku. Katanya, nenek aku simpan benda ni dalam cincin dia. Mak saudara aku cakap cincin tu dah lama jatuh dalam telaga masa nenek aku sihat dulu. Lepas tu orang tu pun cuba usahakan juga ubatkan nenek. Dengan izin Allah, lepas je daripada berubat tu, nenek aku meninggal. Ingatkan lepas dah buang benda tu, semua settle. Rupanya, belum lepas dia atau tiga tahun nenek aku meninggal, benda tu datang kacau ayah aku pulak.

Dua minggu ayah aku sakit belakang tak boleh makan, tidur apa semua. Terganggu. Kesian aku tengok ayah aku. Masa tu benda pelik-pelik terjadi dekat umah aku (masa ni tak tahu lagi saka tu kacau). Ada sekali time aku tengah makan dekat dapur, benda tu boleh pulak melingkar keliling kaki aku. Terus aku melompat lari dekat mak aku. Benda tu macam lembaga hitam, rambut panjang. Bila cerita dekat ayah aku, dia kata perasaan aku je.

Adalah seorang kawan ayah aku ni, dia kata dia keturunan bomoh. Kira ada sixth-sense lah macam tu. Masa dia datang lawat ayah aku, dia kata ayah aku ni ada benda makan. Elok bawa berubat, kata dia. Dia pun perkenalkan kami dengan seorang pak cik yang pandai dalam hal-hal macam ni. Abang aku bawa ayah aku pergi jumpa pakcik tu. Dan pakcik tu minta nak datang rumah kita orang.

Masa hari dia ubatkan ayah aku tu, dia pegang tangan ayah aku. Lepas tu dia kata dia nampak kubur nenek aku. Dia kata saka nenek aku cari ayah aku, sebab ayah aku je yang tinggal dalam keturunan nenek aku ni. So, dia nak makan. Ayah akulah yang jadi mangsa. Pakcik tu minta sediakan air panas, garam dengan pasir, lepas tu dia baca ayat Quran dan suruh ayah aku pagar rumah guna pasir dengan garam tu selama tiga hari. Air panas tu pulak dia bawa pergi siram cekat kubur nenek aku.

Dengan izin Allah, lepas berubat tu, ayah aku pun sihat. Aku sempat bertanya dekat pak cik tu, bukan ke saka tu dah buang? Pak cik tu cakap, syaitan ni dia dah janji nak sesatkan manusia sampailah hari kiamat.

P/s: aku tak pandai menulis. Cuma nak berkongsi. Terima kasih kerana membaca.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

22 thoughts on “Saka Nenek”

  1. siram air panas kt kubur nenek??pak cik tu ad ckp x npe nk siram kt kubur n ape jdi mse siram kt kubur?

    sbb first tym dgr berubat, sirap air kt kubur.
    Maybe others ad pengalaman, plz share y..

    Reply
  2. Saka memang susah nak buang.. Apa-apa pun, kuatkan amalan & pendinding diri.. Cool jugak awk ni,kalau meiyo nampak dia kat hujung katil,pengsan agaknya..

    Perkongsian yg bagus ?,cuba kurangkan typo..kipidap

    Reply

Leave a Comment