Assalamualaikum kepada pembaca setia dan admin FS. Ini merupakan kali pertama aku menulis kat blog FS ni. Selama ni aku cuma silent reader je. Baru sekarang sampai hidayah nak share story aku pulak haha. Nama aku Ika (bukan nama sebenar). Nak dijadikan cerita aku ni dari kecik lagi dah boleh nampak ‘benda’ tapi takde la sampai nampak jelas. Aku cuma boleh nampak ‘bayang’ atau ‘cahaya’ lalu. Dah pernah dah dulu ustaz bagi aku air yassin untuk diminum untuk tutup mata aku ni. Alhamdulillah lepas amalkan aku dah tak nampak dah benda tu. Tapi makin aku membesar mata aku ni macam terbuka balik pulak. Aku nak share sikit lah pengalaman aku masa masih kecik sebelum mata aku ‘ditutup’ oleh ustaz tu.
CERITA 1: BUNGA CEMPAKA
Ni cerita masa aku masih tadika. Masih mentah sangat la nak dikatakan. Tadika aku ni takde la besar mane pun. Biase je. Kawasan tadika aku ni pulak macam kawasan perumahan dan terletak dekat kawasan kampung sikit. Jadi tadika aku ni berdepan dengan jalan raya dan sebelah jalan raya tu pulak ade satu pokok cempaka yang besar.
Pokok cempaka ni memang lebat la dengan bunga-bunga cempakanye. Yang peliknya pokok ni tak pernah takde bunga. Tak kira la tengah kemarau ke angin taufan ke pokok tu still lebat dengan bunga. Pokok ni dah lama dah ade. Dari zaman abang-abang aku tadika kat sini lagi memang dah ade pokok ni. Beza umur aku dengan abang-abang aku ni 7-8 tahun. Hah bayangkan sendiri la dah berapa lama dah pokok tu hidup kat sana.
Aku ni masa kecik suke sangat kutip bunga cempaka ni. Yelah dah lah cantik, putih melepak harum pulak tu. Jadi memang bunga favourite aku lah nak dikatakan. Asal pulang tadika aku akan bawa Mak aku seberang jalan sebab nak kutip bunga cempaka tu sebab aku nak bawa balik rumah. Mak aku ni pon layan je la anak perempuan dia yang sorang ni. Tak pernah lah mak aku nak kata tidak.
Aku ni bukannye datang dari kawasan ni. Jadi aku tak tau la yang pokok tu sebenarnye ade ‘penjaga’ sebab tu pokok tu asyik lebat je bunganye. Kalau orang-orang yang tinggal kat kawasan ni memang tau pokok tu ade penjaga. Takde orang lah yang nak kutip bunga tu lebih-lebih lagi nak bawa balik rumah. Aku ni kan budak lagi time tu memang la bebal sikit tak faham hal-hal hantu bagai ni. Nampak bunga sikit main rembat je
Sejak aku bawa balik bunga tu aku macam gian je dengan bunga tu. Taktau la kenapa. Dah macam jadi rutin aku bawa balik bunga tu ke rumah. Dah macam gile bunga cempaka dah aku. Aku asyik kutip bunga tu dan letak kat dalam baldi untuk mandi. Jadi bila aku mandi aku akan mandi dengan bunga-bunga tu sekali. Ala ala mandi bunga lah aku masa tu.
Rupanya benda tu pun ada ikut aku balik. Nak jadi ‘tetamu’ kat rumah aku pulak. Pernah sekali aku malas nak datang tadika (kecik-kecik pun dah malas) jadi pagi tu Bapa aku hantar abang aku je la ke sekolah. Abang aku dah sekolah menengah dah masa tu. Masa tu aku kat bilik dengan Mak aku. Tengah-tengah syok baring kat bilik. Aku terdengar orang ketuk pintu rumah tapi yang peliknya tak bagi salam. Masa tu baru masuk jam 6 pagi kot kalau tak silap. Aku pun dengan selamba pergi lah buka pintu tapi takde orang pun. Kosong je kawasan rumah. Aku pun pergi la ke bilik balik. Mak aku pulak heran kenapa aku gi bukak pintu. Aku cakap la aku dengar orang ketuk pintu tapi mak aku cakap dia tak dengar apa pun. Yang aku ni masih bengap tak faham yang ketuk tu bukan orang. Maklumlah masih budak. Tapi syukurlah takde pulak dia nak kacau aku ke apa. Rasanya ‘dia’ nak aku ke tadika kot hahaha.
CERITA 2: CAHAYA MERAH
Cerita kedua ni sampai sekarang jadi misteri untuk aku. Cerita ni agak pendek sikit dari cerita yang pertama. Cerita ni jadi kat kawasan perumahan aku sendiri. Aku tinggal kat rumah teres. Belakang rumah ni hutan. Dulu masa aku belum lahir pon dah banyak dah cerita hantu jiran-jiran aku ni kena. Extreme pulak tu. Bersyukur jugak la aku sebab belum lahir lagi haha.
Masuk ke tajuk aku pulak belakang kawasan rumah aku ni hutan tapi takde la hutan yang lebat sangat. Sebalik hutan tu ade la rumah-rumah orang gak tapi aku tak tau siape. Tak kenal pon. Kiranya pemisah antara rumah aku dengan rumah dorang ni hutan-hutan ni lah. Kat dalam hutan belakang rumah ni pulak banyak yang tinggal. Yang pastinya bukan manusia lah. Tapi tak pernah lah kami sekeluarga nak kacau. Jiran-jiran aku pun takde yang nak cari penyakit nak kacau-kacau. Kang ‘benda’ tu mengamuk naya histeria satu teres hah penat ustaz nak ubatkan kang.
Masa ni pon aku masih kecik lagi dan mata aku pun belum ‘ditutup’ lagi. Jadi ‘bayang’ yang lalu tu semua aku masih nampak lah. Parents aku tak pernah biarkan aku keluar rumah time maghrib. Biase la time-time maghrib kan banyak benda halus yang berjalan. Hah satu masa ni lain pulak kejadiannya. Plastik sampah kat rumah aku dah penuh sangat dah. Masa tu ada Mak aku dengan aku je kat rumah. Mak aku pulak tengah sibuk masak untuk makan malam. Nak taknak dia terpaksa jugak mintak aku buang sampah tu kat luar.
Untuk pengetahuan korang kalau nak buang sampah ni kena buang kat tong sampah kat kawasan belakang rumah. Nak buka pagar bagai lagi. Tong sampah tu pulak betul-betul berdepan dengan hutan tu.
Aku nak taknak pun kena lah akur. Aku pun takut jugak nak buang sampah tu sebab dah nak maghrib takut pulak aku kang terlanggar makhluk halus tak pasal-pasal demam seminggu aku. Tengah aku on the way nak ke pagar tu azan maghrib pun berkumandang. Aku gagahkan hati je la nak melangkah keluar. Masa aku keluar tu ok lagi takde apa yang mencurigakan. Tapi masa aku nak patah balik masuk dalam pagar rumah tu aku terpusing kat satu tempat.
Jiran aku yang satu ni pagar dia guna zink. Memang tutup habis lah sampai tak nampak kat belakang rumah dia ade apa. Berdepan kat pagar belakang rumah dia ni pulak ade satu pondok dorang buat. Pondok tu kira tengah-tengah hutan lah. Pondok tu asalnya untuk kenduri-kenduri. Tempat makcik makcik gi potong sayur ke ape ke. Pondok tu tak jauh pon dari rumah dorang. 6-7 langkah dah sampai. Dinding pondok tu pulak dorang tutup dengan zink. Jadi pagar dorang berdepan dengan dinding pondok tu. So kiranya zink berdepan zink la
Masa aku tertengok kat dinding zink pondok tu, aku nampak satu cahaya merah kat zink tu. Masa tu aku tak terfikir hantu ke apa ke. Otak aku just heran itu cahaya apa. Besar pulak tu dan boleh pulak cahaya tu bergerak-gerak. Oleh kerana curiousity aku agak tinggi masa tu.
Aku pun pergi lah dekat sikit kat tempat tu. Masa aku melangkah tu aku fikir mungkin anak jiran aku kot main lampu suluh maghrib-maghrib ni. Selang satu rumah jiran aku yang lain dah sampai dah rumah jiran aku yang aku cakap tadi tu. Bederau darah aku bila aku sedar sebenarnya takde orang pun kat sana. Kan aku dah kata tadi. Pagar jiran aku tu tutup habis sampai tak nampak apa ade kat dalam. Macam mana pulak orang nak main lampu suluh kat sana. Aku pun ape lagi ambil langkah seribu lah masuk rumah. Sampai sekarang aku tak tau cahaya tu cahaya apa
CERITA 3: PENGHUNI RUMAH
Aku ni dari kecik lagi dah suka sangat tidur lambat. Kalau sekarang aku tidur lambat sebab layan whatsapp lah. Waktu dulu tak tau lah kenape suka sangat tidur lambat.
Nak dijadikan cerita, masa aku kecik aku kerap terbangun jam 1-3 pagi. Dah terbangun tu susah pulak nak pujuk mata untuk tidur balik. Jadi aku pun tengok kipas je la berpusing sampai tertidur balik.
Pernah sekali aku terbangun jam 1 pagi kalau aku tak silap. Nak ke tandas lah apa lagi. Aku ni dulu kalau nak ke tandas aku mesti bangunkan Bapa aku untuk teman aku ke tandas. Penakut benorrr kau Ika haha. Masa aku bangunkan Bapa aku tu, Bapa aku pulak tak bangun-bangun. Dah nyenyak sangat kot tidur. Aku pun dah tak tahan dah ah lantak lah aku pun bangun je lah nak ke tandas. Oh lupa nak inform yang aku ni masa kecik-kecik tidur kat bilik parents hehe. Hah berbalik pada cerita, masa aku keluar dari bilik tu takde apa yang berlaku. Aku pun diam je la masuk je tandas dah tak tahan dah.
Masa aku kat tandas tu, aku terdengar macam ade bunyi orang susun pinggan mangkuk kat dapur. Tandas rumah aku besebelah dengan dapur. Jadi apa-apa bunyi memang jelas kedengaran. Aku pun happy lah sebab dalam kepala aku Mak aku mungkin dah bangun. Jadi aku cepat-cepat la nak keluar dari tandas sebab sekurang kurangnye aku ade kawan lah bila keluar tandas nanti. Dah aku bukak pintu tandas tu meremang bulu roma aku bila tengok satu rumah tu gelap. Satu lampu pun takde yang hidup. Dapur pun gelap gelita. Aku pun on la lampu kat dapur mana lah tau Mak aku bawak main lampu dapur.
Dah dapur tu terang dengan lampu memang sah takde orang langsung. Aku pun terdiam la
kat situ. Macam putus sel-sel otak aku akibat terkejut. Dah aku otak belum cukup rehat aku terdengar pulak suara abang-abang aku bercerita kat bilik dorang. Hah bilik abang aku ni pon tersebelah jugak dengan tandas. Dapur kat sebelah kanan tandas, bilik abang-abang aku kat sebelah kiri tandas. Bilik parents aku berdepan dengan tandas.
Masa aku dengar suara abang-abang aku tu sel-sel otak aku mula berhubung balik. Aku terfikir mungkin abang-abang aku ni kot yang ke dapur nak cari makanan (positive je la nak).
Aku pun pergi la ke bilik dorang. Sumpah weh masa aku kat depan pintu bilik dorang aku masih dengar suara dorang dua bercerita. Aku pun takde la nak teragak agak bukak pintu bilik dorang. Dah aku bukak tu terputus balik sel-sel otak aku sama-sama jantung aku sekali nak tercabut bila aku tengok abang aku dua-dua tidur. Siap berdengkur kuat pulak tu. Jadi suara siapa pulak yang aku dengar tadi? Aku pun apa lagi cepat-cepat masuk bilik terus sambung tidur.
Aku fikir aku dah aman dah. Tapi aku silap. Aku terbangun lagi. Penat jugak la aku nak terbangun balik-balik. Masa terbangun tu aku dah lupa dah kejadian suara-suara tu. Aku pun cari lah handphone aku sebab nak tau aku terbangun ni jam berape. Aku sangka dah nak dekat-dekat subuh ke apa hah sekali jam menunjukkan tepat jam 3 pagi. Taktau lah macam mana aku boleh terpusing handphone ke depan katil aku. Katil aku ni berdepan dengan komputer (zaman ni masih zaman komputer yer). Jadi aku tersuluh la kat komputer tu. Ya Allah, Allah je la yang tau macam mana terkejutnya aku bila aku nampak dengan jelas susuk tubuh seorang wanita berdiri kat depan komputer tu. Menghadap aku pulak tu. Rambut panjang serabai tutup muka. Bersyukur aku tak nampak muka kalau nampak muka aku pun tau tau la. Aku pun apa lagi terus lock handphone aku tutup mata sampai lah aku tertidur haha.
CERITA 4: LAMPU BILIK MATI
Aku dah banyak kali dah kena kacau benda-benda ni tapi aku masih ragu-ragu. Mana la tau itu sekadar bayangan aku ke apa. Aku pun tak tau jin apa yang rasuk aku sampai aku dah fedup dah dengan benda-benda ni
Aku pun nak tau gak betul ke apa yang aku nampak sebelum ni dalam cerita aku yang ke-3 tu. Mana la tau itu sekadar imagination aku. Lagipun aku kurang percaya yang rumah ni ‘berpenghuni’.
Jadi sampai lah satu saat aku pun dah buang tebiat agaknye. Aku duduk kat dalam bilik parents aku tu. Pintu bilik aku biarkan terbuka. Jadi aku nampak la ruang tamu. Masa ni rumah aku terang benderang. Semua lampu terpasang. Aku pergi kat hujung penjuru katil parents aku. Aku duduk kat situ. Mula-mula aku ok lagi masih waras
Lama-lama tu aku terfikir pulak nak cabar ‘benda’ tu kalau betul dia ade kat rumah ni. Aku pun dengan berlagaknye cakaplah “kalau kau ade kat sini kau keluar lah. Takkan kau takut kot. Marilah tunjukkan diri kau”. Bila aku tengok takde respond aku pulak panas sebab tak kena layan hahaha.
Aku pun cabar la lagi sekali tapi kali ni aku bawak berkawan haha nak pujuk-pujuk la dikatakan “keluar la. Tunjukkan diri kau. Aku nak tengok je kau memang ade kat sini ke tak. Marilah berkawan”
Habis je ayat aku lampu bilik aku mati. Aku fikir blackout tapi alangkah terkejutnye aku bila kat ruang tamu masih jelas tv tengah on, lampu masih terang. Kat bilik tempat aku duduk tu je yang mati. Lepas 7-8 saat berlalu baru lampu kat bilik aku hidup balik. Aku pun terdiam la ape lagi. Biase la budak-budak mulut celupar sikit. Taktau nak respect makhluk lain. Sejak dari haritu aku memang dah tau lah rumah ni ade yang tinggal. Aku pun dah belajar respect dorang dah sekarang.
Ade banyak lagi sebenarnye pengalaman aku ni. Tapi aku penat nak taip. Sakit jari-jari aku (padahal takde la panjang sangat cerita aku ni). Maaflah kalau tak seram atau berbelit-belit. Kalau ada peluang nanti aku share lagi cerita-cerita dari pengalaman aku sendiri dan kawan-kawan aku. Assalamualaikum
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
bagus kau ingt pengalaman kau sorang,hak3
sape boleh tolong buka hijab saya?
Saya ada cara…Kau nie macam bersungguh2 nk buka..tapi kalau dh buka saya tak tahu cara nak tutup balik…Kalau kau tak waras lepas hijab dibuka jgn menyesal pula..sebab penyesalan tak pernah sampai awal…Benda tu sentiasa datang lambat…Bagitahu dekat saya umur Zaha dulu..
Iban teenager Pm sya…0126577517
Dik iban teenager..up la lg citer ko dik..lama x baca citer ko…
Agi busy ngau pgawa.. Enda lama gik Ku akan up new story. .. \(^_^)/
ok wai..ndak sabar ati nunggu berita dari nuan…
kenapa kau tak pegi je tempat2 yang keras sorang2? atau tengah malam buta dan waktu subuh, kau pegilah lepak kat kubor ke, sorang yerr~ kalau dah nampak update kat FS tau =)
Bahaya buka hijab nik dik..kawan akk yg hijabnya terbuka selalu dlm ketakutan..cari ustaz sana sini nak minta tutup hijab dia…mana boleh tahan wei…klau benda2 pelik duk sebelah merengek2,minta tolong kat dia bagai..takut woo…sebab yg datang bukannya yg comel lote…
bodoh punya zaha nie
best giler citer nie. Saya pown kdg2 dgr mcm bunyi orang susun pinggan mngkuk dkt dapur tpi time tu dkt rmah saya cuma sorang2. Itulah degil x nak ikut family blik kmpung time raya. Lpas hilang bnyi tu dgr org berjalan mcm tanda dia dh siap nk k
aku tak pandai nak buka hijab orang.. cuma yg aku pandai kalo buka baju seluar pompuan jer.. nak try mae dtg cni syg…..