Sekolah: Cikgu Terbang Ep. 1

Waktu sekolah dulu, biasalah nakal- nakal gituh. Selalu ponteng kelas. Asal ponteng sahaja mesti di surau. Itu bagusnya budak sekolah agama, ponteng pun di surau. Iktikaf katanya… Kalau dapat dek Ustaz Has habislah makan “double cheese burger” kiri dan kanan dibaginya.
Ustaz Has memang garang. Budak panggil macam-macam. Ya dialah lagenda sekolah suatu ketika dahulu, ‘si Pendekar mata satu.’
Kalau ditanya pernah ke makan ” double cheese burger” dia? Dua kali beb. Dua kali.
Semua gara-gara satu peristiwa…
Bangunan surau tu bangunan lama. Bahagian kayu dua tingkat. Bahagian atas adalah surau. Cukup ringkas. Satu ruang besar lapang dengan bidai pembahagi. Tempat solat lelaki dan tempat solat perempuan. Di hadapan ada sedikit ruang kecil tempat imam. ‘Port’ baik untuk tidur di kala ponteng kelas math.
Maaf, nombor bukan forte ku. Nombor adalah alergi!!
Di bawah surau adalah latar tempat peristiwa itu berlaku. Bilik kaunselor dan bilik disiplin. Bilik paling ngam dijaga oleh guru paling kamceng. Cikgu Hafiz kaunselor terbaik. Kadang dia saja benarkan kami lepak di situ bermain catur. Mudah nak pantau katanya. Aku? Memang suka cara dia. Lagipun dia paling faham apa makna menjadi murid. Kalau kaunselor tak faham, siapa lagi lebih memahami?
Di bawah surau itu juga ada 2 bilik kosong. Biasanya diisi oleh guru praktikal. Aku jarang ambil kisah pasal guru praktikal. Secara peribadi, aku jenis ‘lone ranger’.
Ada satu kemusykilan. Memang sejak dulu bilamana nak melepak dengan cikgu hafiz dia pantang satu perkara. “Jangan sesekali kamu datang sini jika saya atau guru lain tiada. Jika kamu langgar, saya belanja kamu tapak kasut saiz 10.” bersungguh cikgu hafiz berpesan.
Macam biasa, nak dekat periksa akan ada solat hajat dan qiam. Bukan tak mahu ikut serta, Cuma nya jika budak seperti aku diberi pilihan antara katil dan qiam, sudah tentu jawapannya katil.
Dalam berat hati, aku ke sekolah juga. Susah nak menjawab kalau tak hadir. Nanti kena jumpa pengetua. Jika orang lain tak apalah. Tapi aku lain sikit. Aku dengan pengetua tak boleh jumpa. Pantang paling besar. Sebab aku bukan jumpa dia di sekolah sahaja. Tapi di mana – mana. Susah kalau bersekolah di sekolah yang ayah ku sendiri pengetua!!
Macam biasa. Projek baik punya. Petang tu taklimat sudah diberi. Aku nampak ada beberapa muka baru menjadi fasilitator. Mungkin guru praktikal baru. Ada 2 atau 3 mungkin. Semua perempuan. Excited? TIDAK!! Aku memang bukan jenis begitu. Tapi malang kawan ku tak begitu.. si Ramly dan Sapek.
Dalam taklimat sudah diberitahu. Kawasan larangan adalah surau, bawah surau, kantin dan bangunan belakang. Kawasan ini kawasan larangan. Aku tak fikir apa- apa yang pelik. Mungkin tak mahu berlaku kecurian atau apa- apa. Ialah, biasa di mana- mana kem pun memang ada kawasan yang dilarang. Kadang bukan ada sebab apa pun, hanya untuk mudah kawal. Kami tidur di kelas, di bangunan tengah kerana pusat aktiviti adalah di hadapan bangunan tengah. Ada khemah didirikan.
Sekolah ni tak besar. Hanya ada 3 blok sahaja. Blok pertama bersebelahan surau, blok kedua bertentang dengan blok pertama dan blok belakang, blok akhir.. ya blok akhir yang punya pelbagai cerita..
Macam biasa, aku Ramly dan Sapek mencari seribu satu cara untuk elak berqiam. Masing- masing malas. Semudah itu alasan kami. Maka setelah berbincang kami cadang nak pecah masuk bilik kaunseling dan tidur di atas sofa. Sebenarnya ‘pecah masuk’ nampak jahat sangat, lebih tepat masuk dengan menggunakan skill ‘swipe card’. Itu kemahiran aku. Dapat waktu duduk asrama, selagi pintu tidak bergrill serah sahaja padaku. Sekali swipe, open sesame..
Walaupun pada asal janji nak tidur, tapi bila dah masuk, maka eksplorasi bermula. Aku tak kuasa nak layan si Ramly dan Sapek. Tapi budak berdua ni memang payah, dibawanya catur dari bilik disiplin. Mungkin dari hasil rampasan perang agaknya. Sayang buah catur tak cukup. Maka aku ditugaskan untuk ambil dari bilik sebelah iaitu bilik disiplin.

Dah nama pun pecah masuk, mana boleh buka lampu. Bergelap beb..
Ketika aku masuk ke bilik disiplin, tiada pula aku nampak apa- apa yang mencurigakan. Cuma bila keluar tu, entah kenapa aku macam nampak kelibat manusia berdiri di hadapan bilik kosong tidak jauh dari bilik disiplin. Bila aku toleh semula orangnya tiada!!!
Mula rasa semacam, aku cerita pada Ramly dan Sapek. Diketawakannya aku. Bacul katanya!. Rasa tak sedap hati tadi tenggelam dalam keseronokan bermain catur. Lupa sekejap..
Dah penat main catur, tekak terasa kering. Jam sudah pukul 2.
“Mana pergi air minum dalam bilik ni? Selalu cikgu ada je simpan” si Ramly membebel.
Aku dan Sapek pun haus juga. Maka, aku dan Sapek jadi mangsa. Si Ramly tu kepala angin. Dia ingat dia ketua. Hairannya, aku ikut juga apa yang disuruhnya.
Aku dan Sapek keluar untuk ke water cooler yang berada di bangunan belakang. Entah mana si Sapek jumpa dua biji botol mineral 1.5l.. maka kami terus ke sana.
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba sahaja perutku sakit. Aku minta Sapek berhenti di tandas yang terletak di bangunan tengah. Aku ke dalam memerut sementara si Sapek tunggu di luar. Dilaga- laganya botol mineral. Mungkin dia takut agaknya.
Tiba-tiba…!!
Senyap….. tiada lagi ku dengar bunyi laga botol si Sapek.
“Ah! Cilaka, si Sapek pergi ke mana?” Aku menyumpah
Selesai memerut aku keluar. Memang sah Sapek sudah tiada. Aku melihat sekeliling. Gelap dan sunyi. Meremang bulu roma. Baru aku nak gerak ke bilik kaunseling, aku perasan kelibat Sapek berlari dari koridor bangunan belakang. Botol airnya entah ke mana. Belum sempat dia sampai ke tempat aku berdiri, tiba-tiba dia melompat dan jatuh tertiarap!!
Gedebuk!!
Aku panik!!
Sapek mengerekot atas lantai!! Mulut dia berbuih!!!
Dalam keadaan cemas aku pandang kiri kanan mengharap ada budak atau guru yang boleh menolong. Ya!! Aku nampak kelibat salah seorang guru praktikal berjalan di susur gajah menuju ke bilik kaunseling.. aku berlari mendapatkannya..
“Cikgu!! Cikgu!!!” Namun cikgu buat tak tahu. Sejurus aku sampai…
Aku nampak cikgu lompat dan terbang!! Aku tergamam… Entah kenapa kaki aku keras terpaku…
Keadaan kecoh seketika apabila aku menjerit memanggil cikgu. Beberapa budak lain keluar dan dalam kekecohan, beberapa orang guru datang kepada kami.
Aku tidak berdaya untuk bercakap, hanya tanganku menunjuk ke arah tempat Sapek terbaring!!
Ustaz Has meminta aku duduk. Dia mengambil air dan membacakan beberapa potong ayat suci al-Quran. Dalam keadaan lemah dan tergagap- gagap aku memberitahu ustaz..
Sumpaaahh uusstazzz! Ssayya nnampakk ccikgu tu terbang!!
Pagi itu kami tidak tidur. Ustaz mengumpulkan semua murid dan terus berqiam. Tidur pun berkumpul di khemah yang ada. Tidur gitu-gitu sahaja. Aku lebih kuat setelah berwuduk dan membaca al-Quran. Namun, aku tak nampak Ramly dan Sapek berhampiran. Hampir seminggu aku demam.
Si Sapek dan Ramly? Entah…
Bila ke sekolah semula, aku dipanggil ke unit disiplin bersama Sapek dan Ramly. Sapek dan Ramly lebih banyak berdiam diri setelah apa yang berlaku.
Nak tanya?
Aku masih takut dan aku tau masanya tak sesuai.. ya! Waktu inilah aku makan dua “double cheese burger” satu atas kesalahan pecah masuk. Satu lagi sebab ponteng.
Misteri malam itu segar dalam ingatan. 5 tahun selepas itu aku kembali semula ke sekolah itu. Kali ini sebagai guru.. dan kini baru ku tahu… Rahsia di sebalik bilik bawah surau itu dan apa yang berlaku malam itu…

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 thoughts on “Sekolah: Cikgu Terbang Ep. 1”

  1. Sebab tu lah ya adik adik jangan korang langgar peraturan sekolah Dan ingkar cakap Cikgu. Nanti dah besar jadi macam dia ni tulis cerita entah apa apa. Akak nasihat ni

    Reply
    • tak pe lah at least dia jadikan pengajaran, membesar jadi cikgu jugak. tak mcm ko putang ina mo nama ko letak pun sebut2 mak kau punya. letak lah nama elok skit. kalau nak sgt letak nama tak elok dlm bahasa pinoy sila lah tukar putang ina mo jadi pangit sesuai sikit dgn muka kau yg pangit haha.

      Reply
  2. Mmg putang ina mo ney suka carik kesalahan org ke..hehe.. Sabar yer..tak semua org adalah sempurna..mana tahu baru berjinak dunia penulisan..

    Reply
  3. Dik…
    Citer cepat ape yg Sapek nampak mlm tu…
    Dan tlg clearkan apa kisah di sebalik kawasan2 larangan tu semua…
    Tolong dik cikgu yer…
    Akk pon ade pantang besar gak: kalau org cerita x clear…
    Huhuhuhuuu…

    “Aku dengan pengetua tak boleh jumpa. Pantang paling besar. Sebab aku bukan jumpa dia di sekolah sahaja. Tapi di mana – mana. Susah kalau bersekolah di sekolah yang ayah ku sendiri pengetua!!”

    Part atas ni akk gelak besor, mmg nayooo utk budak yg nakal cam kamu tp bapak pengetua…
    Skrg jd cikgu ayahnye msh pengetua situ gak ke???

    Reply
  4. org lain ok je baca..Putang Ina Mo je yg beriye komen mcm bagus sngt…
    buat la cerita sendiri nk tau gak best ke x..huh..(feeling annoying)

    Reply

Leave a Comment