“Adoii… Mana si Fizy, Acap dengan Dell ni?” Aku bermundar-mandir di hadapan bilik koko. Pintu bilik sudah terbuka tetapi tiada sesiapa pun di dalam.
Awan mendung pekat hitam semakin memenuhi alam. Keadaan pagi itu semakin suram dan gelap.
Aku berdiri di hadapan bilik koko dan memandang ke langit. Entah kenapa aku rasa macam pernah berbuat sebegini sebelum ini..
“Tak nak masuk pun tak boleh, nak masuk cam haram seram” Aku mengomel sendiri..
” Eh, selalu ramai je budak-budak lalu lalang depan ni, apesal hari ni sunyi je aduuuyaaii!!”
Memang betul, hari itu nampak luar biasa. Aku tak tahu kenapa, tetapi sekolah ini yang ada 400 orang murid dan 60 orang guru, ditambah pula bilik koko ini terletak hanya di sebelah kantin sahaja, kenapa sunyi sepi macam tak ada orang? Orang kantin tak kerja kah?
Beberapa kali sudah aku tekan butang phone mendail nama Fizy, namun panggilan ku asyik sahaja tersalah nombor. Diangkat oleh awek Inggeris mana entah.
“The number you have dialled cant be reach bla… bla… bla…”
Nasib ku baik, dua murid berjalan di susur gajah menghala ke arah kantin. Aku kenal kedua-duanya. Si Azam dan Ajoy. Mereka berdua memang rapat dengan ku. Aku yang latih mereka bernasyid. Mereka menegur ku..
“Assalamualaikum cikgu, kenapa cikgu cemas semacam je? Ke sana ke sini dari tadi kami tengok.
Cikgu nak kami bantu apa-apa kah?” Tanya Azam.
Aku merasa sedikit lega. Hilang rasa meremang yang tak berhenti dari aku sampai tadi.
” Kamu nampak cikgu-cikgu bilik ni. Cikgu Fizy ke?” Aku bertanya kepada mereka.
Mereka menggeleng kepala tanda tidak tahu. Cuma nya menurut Ajoy, Cikgu Fizy ada pesan kerja rumah untuk kelasnya. Aku agak dia bertugas di luar.
“Si Fizy ni pun satu, bertugas luar tak diberitahu nya aku, si Acap ‘mc’ agaknya sebab semalam pun dia tak datang. Hurmm… Siapa pula yang buka bilik koko ni? Dell agaknya”
Biasa memang begitu, Dell cikgu perempuan bujang, Setiausaha koko yang jarang ada di bilik koko. Hanya ketika tugas sahaja dia ada di situ. Ialah, kami yang lain semuanya lelaki, dia seorang sahaja perempuan. Mungkin dia yang buka bilik ni untuk ambil barang.
Hish.. malu aku, dia perempuan pun berani masuk, siap buka segala lampu sorang-sorang. Aku? Dah naik bengkak kaki berdiri dari tadi takut nak masuk ke dalam..
“Cikgu nak kami teman cikgu ke dekat dalam?” Azam bagai mengerti, mungkin dia perasan.
Tak boleh jadi ni, jatuh ego aku sebagai guru dan lelaki dewasa. Aku berdehem dan mengangkat sedikit nada suara.
“Tak payah! kamu nak ponteng kelas la tu. Jangan nak mengada-ngada” sengaja ku tunjuk sedikit garang biar budak-budak ni tak ambil kesempatan. Azam dan Ajoy akur. Mereka minta izin ke kantin untuk beli roti, tapi berpatah semula kerana tiada siapa di kantin. Mungkin kerana hujan lebat telah mula turun membasahi seluruh Pekan Banting jadi pekerja kantin tak dapat datang awal. Aku biasa nampak mereka datang naik motor.
Dan aku menyesal…
Sekarang ni, disebabkan ego, aku terpaksa masuk ke dalam bilik koko berseorangan. Nasib badan.
Ku gagahkan juga kaki melangkah masuk ke dalam. Aku hidupkan segala lampu yang ada. Entah kenapa sekali lagi aku terasa macam pernah berlaku babak ini sebelum ini…
Tiba-tiba…
BaaaDuuuMmmm!!! Bunyi guruh yang sangat kuat. Serentak dengan itu…
Tupppp!!!
Semua lampu mati!!! Eletrik tak ada!!!
Aku tergamam!!
Entah kenapa mata aku terus memandang bilik hujung seolah-olah ada sesuatu yang bakal berlaku!!
Bam… Bam… Bamm… Babamm…
Bunyi bola dibam ke lantai. Aku berasa kecut perut..
Entah kenapa aku rasa, semua ni macam pernah berlaku!
Bagai ada satu kuasa yang mengawal ku, walaupun aku rasa tak sedap hati dan ketakutan, aku tetap menjadi bodoh dan nekad untuk tengok apa yang berlaku dalam bilik itu!!
Selangkah demi selangkah, aku bergerak menuju ke bilik itu. Mulut ku tidak henti terkumat kamit membaca surah 3 Qul. Itu sahaja yang dapat ku ingat ketika itu.
Bunyi bam bola berhenti sebaik sahaja aku menghampiri bilik itu…
Shruuuuupppp… Banggggg!!! Daun pintu dihentam sesuatu!!
Aku nampak sebiji bola dibaling laju ke bilik bertentangan. Bola terkena pintu dan menghasilkan bunyi yang kuat!!
Serentak dengan itu..
Kebam… Bammmmm.. bammm…!!!!
Bakul bakul bola jatuh!. Berpuluh biji bola bergolek keluar dari bilik tersebut. Aku panik!! Aku tak mahu tunggu!!! Aku kena pergi!!!
Screeeeeeettt…..
Beberapa kerusi banquet yang terletak di luar bilik sebelah dan bilik bertentangan ditarik bagai ada magnet besar.
Dan aku…
Aku cabut lah apa lagi… Gila kau nak tunggu dan tengok lagi??
Bagai dihentak-hentak jantung ku ketika itu. Aku keluar dari bilik itu dan terus ke kantin. Hampir sahaja aku jatuh terduduk sebelum sampai ke kerusi…
” Cikgu ok ke tak ni? Cikgu nampak pucat..”
Aku disambut oleh seseorang yang aku kenali. Aku kenal dia, Dia Nizam, tauke kantin. Dalam sedikit cemas dia memapah ku ke meja..
Beberapa orang guru yang sudah berada di kantin tersebut turut bertanya perihal aku. Mereka nampak aku pucat. Cepat sahaja aku memberi alasan kurang sihat tetapi tiada yang serius. Mereka berdegil mahu aku untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Aku menolak sebaiknya. Nizam datang semula kepada ku membawa kopi panas dan sebungkus roti krim.. keadaan kembali tenang apabila mereka nampak aku sudah semakin pulih.
“Cikgu tak sarapan ni” Nizam meneka. Aku hanya tersenyum kelat. Aku mengucapkan terima kasih untuk kopi dan roti. Bila aku nak bayar, Nizam kata dia belanja hari ini. Alhamdulillah rezeki..
Pagi tu, aku bersembang panjang lebar. Aku tak bercadang nak mengajar hari tersebut. Lutut dan kaki menggigil lagi nak mengajar macam mana?. Nanti dah tenang aku buatlah apa yang patut. Si Nizam pula, rajin dia melayan ku. Macam-macam diceritanya. Tentang memancing, dia punya hobi sama dengan aku. Tentang kerja dan satu fakta menarik yang baru aku peroleh ialah…
Dia pernah bersekolah di sekolah ini!!.
Dan lebih menarik lagi dia adalah pelajar batch pertama, waktu mula-mula sekolah ini di buka di sini!!!
Terus sahaja aku bertanya kepadanya kalau dia biasa dengar apa-apa cerita mistik sekolah ini..
Nizam mengerut dahi. Macam ada sesuatu bermain di fikirannya..
“Sebenarnya sebelum saya buka cerita, boleh saya tau kenapa cikgu nak tahu?” perlahan dia bertanya kepada ku. Aku hanya terdiam seribu bahasa. Entah kenapa aku benar-benar tak mahu memberitahunya tentang apa yang telah terjadi.
“Tadi cikgu kena ganggu ya?” Nizam meneka, bagai tahu dari reaksi ku dia menambah
“Dengan yang mana satu? Si panjang? Puteri? Nenek tua? Atau budak perempuan?” Terbeliak mata ku bila mendengar tekaan Nizam. Seolah dia tahu semuanya!
“Kat mana cikgu kena? Bilik situ ke?” Nizam menuding jari tepat ke bilik koko tersebut.. aku mengangguk lemah…
“Ooo mesti budak perempuan dengan neneknya” ujar nizam selamber..
“Macam ni lah cikgu. Bila cikgu dah kuat sikit, kita sambung cerita ya?. Saya pun ada kerja ni. Nanti saya recalled balik sejarah dulu-dulu. Ada banyak yang saya nak kongsi. Lagipun, yang buka sekolah ni salah seorang nya adalah Atok saya..” Nizam menambah.
Aku agak terkilan kerana tak dapat pujuk Nizam bercerita hari itu juga. Tapi aku tahu dia banyak kerja.
Mungkin esok atau lusa…
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Alahaaiiii…
Makin pendek plak cerita cikgu ni…
Hangen plak akk jadinye…
Hmmm…
insyallah saya cuba habiskan cepat. page fs ni dia release kadang x tentu masa. apapun terima kasih sudi baca cerita saya. saya baru pertama kali tulis cerita. memang banyak kelemahan
Smbung cpt sikit ya cikgu.. Nk tau jugakkkkk apa ceritanya…
alaaa. cepat la sambung. tak sabar nie.
Nizam sibuk tu..jgn paksa penulis… Sabaq la ampa semua
oleh kerana admin dah bising x nak cerita bersambung, kalau episode 5 admin approve. saya akan habiskan semua dalam episode 6. ini pertama kali saya join fs. xtau peraturan lagi.
Cikgu pls sambung…
ada dah ep 5
Cikgu,episod 5 dah keluar ke?
X sabarnya nak baca..mcm terbayang sklh lama sy..huhuu
Wauu best2.. boleh rasa kejujuran cikgu dalam menulis cerita ni..
?
dajavuuuuuu gtuh