Assalamualaikum pembaca dan peminat FS semua. Nama aku Min. Maaf lah kalau aku ni tak reti nak tulis cerita seram, tapi aku ni reti edit kisah orang je.. huhu.. Memandangkan aku tengah bosan ni, saja lah nak cuba2 karang cerita… haa.. gitew..
Aku ni bersekolah nun di utara, sekolah harian je tapi ada asrama. Sekolah aku ni di lama wujud dari zaman Jepun lagi, cuma nama sekolah sering bertukar dari zaman ke zaman. Kisahnya apabila aku kena masuk asrama tingkatan satu, sebab konon-konon parents aku nak bagi aku hidup berdikari lah kononnya.
Masa awal aku masuk tu, ok je. Takde apa-apa yang pelik berlaku. Sehinggalah satu malam nak dekat 12pagi ni, aku dan member (Zati) kena teman member aku sorang lagi (Isya) ni nak gayut dengan pakwe dia. Yes, form one ada pakwe kauu..aku form one sampai form 5 pun tudung selebet, senget sebelah dan bila habis sesi sekolah, comfirm belemuaih tudung kena sambal makcik kantin! Okay berbalik pada cerita, member aku ni usaha kumpul duit syiling banyak2 sebab nak bergayut dekat telefon awam di belakang bangunan asrama. Bangunan asrama yang menempatkan dorm aku tu dua tingkat je, bangunan lama. Bilik first tu adalah dorm aku dan telefon awam betul2 ‘tempek’ di dinding belakang dorm aku. Pendek kata kalau aku bukak tingkap yang menghadap ke belakang, aku boleh nampak orang bergayut di telefon awam tu. Aku dan Zati pun pergi teman Isya ni bergayut. Aku jadi tukang perhati line clear ke tak sebab peraturan asrama pukul 11malam pelajar wajib berada dalam dorm, si Zati ni tukang masukkan duit syiling dan si Isya ni sah2 la tukang gayutnya.
Masa aku tengah perhati kalau-kalau ada warden atau pak guard tu, tiba-tiba aku ternampak ada 3 ekor “gula2” berdiri tegak menghadap ke arah kami. Mereka berdiri betul-betul diseberang jalan yang memisahkan bangunan asrama aku tu, dengan asrama baru 3 tingkat. Tapi aku tak beberapa pasti betul ke tu “gula2” atau bayangan aku saja. Maka aku kedepan beberapa langkah sikit dan kecilkan sedikit mata aku kononnya nak fokus lah.. Memang sah!! Tiga-tiga ekor berdiri kaku dan sebelah menyebelah antara mereka. Yang kiri tu paling tinggi, yang tengah tu paling pendek, dan kanan sekali tu tinggi sikit. Muka tiga ekor tu semua kaler kelabu. Pucat dan hanya renung ke arah aku dan kawan2. Aku pusing belakang dan cakap, “Weh! Aku nampak warden tengah ronda, jom blah!”, tapi si Isya ni sementara nak letak telefon tu, sempat “eh.. awak la dulu letak… awak la dulu.. eh.. awak la yang letak dulu”, hishhh.. aku rasa nak hempok jugak kepala awek ni kat telefon awam tu.. aku terus chow.. Zati pun ikut belakang aku, dan Isya ni cepat2 letak telefon bila dia nampak aku dan Zati dah blah.
Aku pun terus masuk dorm dengan hati bengang dan cuak.. Zati dan Isya tak puas hati terus cakap, “Aku tak nampak pun warden!” , aku yang bengang tambah takut terus cakap, “Sebab aku nampak poconggg!” budak2 dorm aku yang dengar apa yang aku cakap tu terus lari keluar dari bilik serta merta. Ye lah, tingkap nako dorm aku tu masih terbuka luas, dan memang menghadap ke arah dimana pocong tu berdiri. Malam tu kami bertiga tidur di block lain bersama-sama seniors, dan ada beberapa seniors yang diarahkan untuk turun tidur di dorm aku. Tu lah mereka kata, bila pergi dalam nombor ganjil, “mereka” suka genapkan, dari kami 3 orang, mereka tambah lagi tiga genapkan jadi enam! huhu..
Pada kisah yang lain pula, masa tu aku demam. Disebabkan dalam dorm aku, aku sorang je demam dan ada member dorm sebelah pun demam, maka aku pergi ke dorm sebelah. Pelajar lain takde sebab diorang kelas sesi petang. Tapi budak yang sama demam ni disayangi lebih oleh seniors (sbb abang dia ni ramai peminat satu sekolah juga.. konon nak jaga hati “adik ipar” la teww), jadi dia pergi ke tingkat atas bilik senior lah, ada seniors nak jaga dia. So sama jugak, aku stay sorang2 kat dorm sebelah tu.. Hampehh.. Tapi sebab tengah demam, aku keje tidor je. Tak berapa kisah sangat la kan. Aku terjaga dari tidur dalam 6 petang macam tu, nak dekat dengan habis sekolah sesi petang dah. Aku pun bangun nak pergi ke tandas nak basuh buka dan buang air. Nak bagi fresh badan gitu. Masa aku bangun dari katil tu, tiba-tiba aku nampak ada sorang makcik ni tengah skodeng dari luar tingkap nako dorm, tengah memerhati aku. Dan bukannya makcik biasa ye, nampak macam nenek-nenek je. Dengan tua nya.. Muka kedut seribu, badan membonkok, memang nampak bongkok dia tu. Dikepala ada kain batik ala-ala orang dulu-dulu suka pakai tu. Lepas tu dia sengih-sengih pandang aku. Asyik tengok aku je. Sebab aku terkejut, terus aku terduduk bertinggung. Aku pejam mata sambil peluk lutut. Aku hanya sebut “Allah..Allah..Allah…”, habis segala doa aku tak ingat dah.. Doa makan pun aku tak ingat.. Tiba-tiba ada sorang budak dorm yang aku tumpang tu dah balik dari kelas bukak pintu, terus aku tergolek ke tepi sebab terkejut sangat. Ingatkan nenek tu yang datang.. terus aku nangis dalam keadaan masih memeluk lutut dan tergolek ke tepi, terus budak tu datang peluk aku dan bawak aku pergi ambik wuduk dan panggil warden. Lepas tu aku tak duduk di asrama dah. Haha.
Satu kisah lain pula diceritakan oleh kawan2 aku nama Syu dan Yana. Sekolah aku ni memang kerap adakan activiti perkhemahan di padang sekolah, dan salah satu aktiviti adalah “burung hantu”. Bagi mereka yang tak tahu,”burung hantu” adalah dimana peserta akan dilepaskan di satu-satu point oleh fasilitator/senior secara berseorangan. Maka tibalah jam 10 malam, bermulalah aktiviti yang paling di nanti-nantikan peserta kerana aktiviti ini agak ‘thrill’ dan mendebarkan. Peserta harus dipejamkan mata dengan sehelai kain, dibawa oleh fasitator ke satu point di kawasan sekolah dan diminta untuk duduk senyap dalam 10 minit sehinggalah pengumuman diberikan untuk membuka balutan kain, dan mereka harus mencari jalan pulang ke padang.
Yana diletakkan di sebelahan koperasi sekolah, Syu diletakkan di bawah tangga di satu block kelas ni. Keadaan di sekolah pada waktu itu sangat lah sunyi seram dan hanya bertemankan cahaya dari beberapa lampu kalimantang kantin yang tidak jauh dari situ. Memang lain keadaanya jika dibandingkan dengan siang hari sekolah. Mujurlah kedudukan Yana dan Syu tidak jauh antara satu sama lain, maka dalam diam-diam Yana berlari ke tempat Syu di bawah tangga dan mereka berpakat untuk berjalan bersama-sama ke padang nanti. Mereka pun duduk bersama-sama sambil menunggu arahan “pelepasan” ke padang diumumkan. Yana dah ketakutan sebab terlalu sunyi dan gelap semacam. Syu masih lagi rileks. Tiba-tiba Syu ternampak sekujur tubuh berjalan perlahan-lahan di kawasan kantin. Berbaju putih lusuh kekelabuan, kain meleret koyak-koyak. Rambut kusut dan panjang melebihi pinggang. Tak nampak wajahnya kerana “benda” itu membelakangi mereka..Ohh.. Cik Ponti! Tapi caranya seperti sekadar “melihat kawasan” dan tidak menyedari dengan kehadiran Syu dan Yana yang bersembunyi di balik tangga berdekatan. Syu terus menyiku Yana dan menjuihkan bibir ke arah kak ponti itu. Yana terus tergamam (ternganga dengan menyedut udara ikot mulut tu , taktau orang sebut apa) lalu terbisik dengan agak kuat, “pontianak!”. Tak lama lepas tu, terus Kak Ponti muncul didepan muka mereka dalam keadaan terbalikan diri dari atas tangga (kan mereka duduk bawah tangga). Dengan mukanya yang macam kena simbah acid, anak mata hitam memenuhi mata, rambut mencecah tanah, dan menyeringai tersengih-sengih memandang Syu dan Yana ni. Syu terus pejam mata, si Yana terus pengsan. Lepas tu dengar Cik Ponti bersenandung “Hmmmmm… Hmmmmmmm…. Hhhmmmm..” dan terus mengilai (Cara kawan aku describe, sebijik macam dlm cerita Pontianak Harum Sundal Malam tu bila Maya Karin suka bersenandung tu..) Nasib baik ada abang fasilitator tu tengah meronda-meronda, so dia ternampak Si Syu ni bertinggung dgn pejam mata nangis2 dan si Yana tak sedarkan diri disebelah Syu. Maka mereka pun di escort balik ke padang dan terus dihantar pulang ke rumah. Demam seminggu lebih jugalah kawan-kawan aku tu..
Maaflah kalau cerita aku ni tak seram bagi korang. Tapi Memang cukup seram bagi aku (ayat biasa orang letak kann..)
Sekian saja kisah dari Min.. Admin.. ^_^ Peaceee..
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Min ni admin ke? Siap kata pandai edit kisah2 org ?
ni best sangat!
Gilooorrr seramlah weiiii…
Lelagi part Kak Ponti tetbe dh depan mata tu…
Aaarrrgghhhh…!!!
cakap kuat2 pulak..aduh…ape2 pon best
part kak ponti tue seram..sebut2 trus muncul mau tak pengsan.