Assalamualaikum untuk semua readers. First, terima kasih aku nak ucapkan pada admin FS jikalau cerita aku ini disiarkan. Dah 3kali aku try hantar yg ni tapi xbersiaran pula. Jadi aku try lagi hehe. Aku Cikjah, umur 25. Aku nak cerita pasal rumah sewa yg aku duduk masa aku belajar semester 3 dekat salah satu Uni dkt Negeri pantai timur. Sekarang dah final year. (Alhamdulillah, kau boleh even kawan2 sebaya kau dah keje, dah kawin, dah ada anak. Jgn underestimate diri sendiri okay!) Hehe. Saja bg semangat kat diri sendiri.
Ok. Jom start. Rumah sewa tu aku mula menyewa dengan 4 orang kawan, iaitu Ella, Tina, Ana & Ima. Rumah ni ada 2 tingkat dan ada 4 bilik. 3bilik tingkat atas, satu lagi dekat tingkat bawah, dekat dapur mcm bilik kecik bibik or stor. Aku, Ella, Tina, Ima stay bilik tingkat atas. Ana pula pilih tingkat bawah. Aku dengan Ella duduk bilik master bedroom. Ima dengan Tina masing masing duduk seorang sebilik depan bilik master ini.
Nak ke tingkat atas ada tangga, tangga ini bagi aku mcm scary sikit. Bila siang tangga ni mmg gelap suram je sebab takda cahaya dari luar.Kadang-kadang terasa meremang sendiri bila lalu tangga ini. Taktahula.
Perasaan sendiri mungkin.
Okay, aku explain pula kedudukan bilik
Dari tangga , belah kiri bilik master aku dan Ella, belah kanan ada 2 bilik, bilik Tina dan Ima. Antara bilik aku dengan lagi 2 bilik ni ada satu ruang besar yang kami letak brg sikit, buat tempat menggosok & ruang solat. Bilik aku mengadap jalan depan rumah. Nampakla jiran2. Belah bilik Ima & Tina, mengadap belakang rumah yang nun jauh sikit ada nampak satu bukit menghijau dan ada rumah-rumah lain yg agak jauh dengan area rumah taman kami. Ingat ya. Kedudukan bilik ni utk faham cerita seterusnya.Harap readers dapat bayangkan.
Masa sebulan yang pertama, kami semua okay duduk di situ. tapi masuk bulan kedua, dah mula dah.
Tina mula mengadu dia tak dapat tidur malam. Sebab ada macam macam bunyi yang dia dengar. Ade bunyi mcm orang baling batu dekat tingkap bilik dia lah, bunyi orang ketuk tingkap bilik dia lah.Mula2 dia buat tak tahu tapi sampai setiap malam dia tak tahan. Yelah, kami kan student, kena pergi kelas. Kalau tak tidur, mmg tingtong la dalam kelas. Aku suruh dia tidur tak tutup lampu tapi still ada bunyi-bunyi tu. Aku ajak dia tidur dengan aku dengan Ella lah sekali dlm bilik master tu, dia taknak. Nak jugak bilik dia. Lagi selesa kan.
Satu malam, termasuk malam tu dah 3 hari Tina tak boleh tidur langsung, start je tengah malam dia akan pakai earfon, pasang lagu2 dia.Dia pasang sbb taknak bagi dengar bunyi tu. Tapi malam tu bunyi tu tak de tapi dia nampak bayang2 mcm kaki orang dekat depan pintu bilik dia. Tau kan bentuk kaki orang bila diri depan pintu kan. Lepas tu dia ada dengar mcm bunyi orang dkt area tengah depan bilik kitaorang. Esoknya dia tanya kitaorang ada kat luar bilik ke malam tadi. Kitaorang dah selamat tidur dah masa tu.Cuaknya lahai hati aku ni.
K tinggal dulu part Tina. Kan ada si Ana dekat bawah kan. Bagi kitaorang dia ni sangatlah berani tidur bawah sorang2. Sebab biasa malam2 lampu bawah semua tutup, yg bukak lampu tangga je. Bayangkan betapa gelapnya belah bawah tu. Ana ini ada anugerah yg ALLAH bagi kat dia. Senang kata, boleh nampakla. Aku share cerita yg Tina bagitahu dekat Ana. Ana kata dia ok je duduk bawah. Kalau dengar tu biasalah tapi dia fikir tu dah biasa so, dia abaikan.
Tina cerita dia mimpi dia susukan baby. Kami fikir biasa tanda2 saka susukan baby kan. Tapi dalam minggu yg sama, Ana nak naik tingkat atas nak gosok baju, masa nak naik tangga, dia nampak seorang perempuan berbaju putih lusuh kuning macam tu berdiri dekat tangga! Pegang baby. Masa tu dia terkejut takut sangat sbb dia nak lalu situ. Dia nak patah balik turun tangga lagi takut, takut benda tu papp muncul depan mata pulak. Jadi, dia decide nak naik jugak. dia cover cuak tu sambil panggil nama aku kuat2. Aku keluar jengah. Tanya kenapa. Tapi dia ckp saja. Bila kami pergi kelas, aku tanya dia. Dia pun cerita lah hal sebenar. aku dah takut jugak sbb bagi aku bila Ana yg paling kuat dalam rumah tu dah takut, aku akan jadi takut sekali. Apetah lagi yg lain semua lemah semangat dr aku.
Lain hari, Tina still mimpi lagi & Tina kata dia ternampak kepala orang naik ke arah tangga. Bagi kitaorang, hal ni dah jadi makin teruk sebab masing2 dah nampak benda, bukan bunyi2 lagi.
Yang aku herannye, yang kena kacHafizah Mahfuzah:
au cuma Tina & Ana. Aku, Ella dan Ima tak kena. masa tu bersyukurlah juga. Tapi orang kata, jangan disebut-sebut kan. Jangan dipanggil-panggil. tibalah masa aku yg terkena. Suatu malam tu, aku & Ella ready nak tidur. Siap tutup lampu semua. tapi aku terkebil2 lagi. Ella dah selamat berlayar ke alam mimpi. Tiba2 aku dengar bunyi anjing menyalak kuat sgt. Dekat kawasan taman tu kadang2 mmg ada anjing. aku cuak dah. paksa mata tidur tapi mata aku degil. Tiba-tiba aku dengar macam bunyi guli. Tap!Tap!Tap!.Lepas tu aku dengar bunyi benda jatuh dekat meja belajar aku. Aku pelik dah, setahu aku atas meja aku tadi aku dah susun elok2, xde benda2 yg boleh sipi2 jatuh tepi meja. Aku ingat nak suluh pakai fon tapi aku takut aku nampak bukan2. Masa ni, aku terus selubung dlam selimut sampai ke pagi. Nasib baik xjadi pape. Esok bila aku jengah kat meja, takdop gapo la wey. Saja nak sakat aku la tu. Nak kenal2.
Sejak dari masing2 dah terkena, masing2 dah start takut nak tidur sendiri-sendiri, Kitaorang start tidur berlima dalam satu bilik. Bilik aku la tu. Ada 5 orang. Pakai 3tilam. Dua tilam bilik aku, lagi satu heret dari bilik Ima. ada masa tidur tutup lampu, ada masa kalau takut kitaorang buka lampu.
Yang tak bestnya, bila sorang nak turun bwh dorg suruh aku teman, yg lain akan turun bawah. Bila ada nak amik barang kt bilik dorg, aku teman, yg lain akan ikut teman, bila ada yg balik kelas lambat dan dia sorang, semua turun tunggu depan pintu. Aku ibaratkan kitaorang mcm anak ayam. Aku ni ibu ayam, yg kena jaga diaorang. Memang sengsara sgt rasa masa tu.
Satu malam, mcm malam2 yg sebelumnya, kami tidur berlima dalam bilik master, aku tidur sebelah Tina sebab semua taknak tidur sebelah Tina, takut katanya. Hujung sekali dkt dgn pintu ada Ima. Kira Tina tengah2 antara aku dengan Ima. Malam tu bila semua dah tidur nyenyak, aku terbangun bukak mata sebab aku rasa mcm kena himpit. Aku rasa aku kena peluk dengan Tina jadi aku rasa lemas. Aku tolak tangan Tina. Masa tu aku mengiring ke Tina. Bila aku bukak mata, aku tengok Tina senyum kat aku dgn mata dah terbuka. Senyum scary tu. Ya Allah, masa tu aku terkejut sgt. Aku tutup mata cepat2 tapi aku dapat rasa tangan dia cengkam lengan aku. Sakitt. Aku tolak kuat2 dan aku terus ubah posisi aku mengadap Ila sebelah aku. Dengan harapan, aku tak kena pegang lagi tapi, aku rasa tangan Tina cuba peluk aku,Masa tu aku tak boleh gerak lgsg.aku cuba mengucap , istighfar, baca semua doa tapi xboleh. Semua tunggang langgang sbb aku takut yg teramat. Aku try gerakkan jari aku, aku genggam selimut ila kuat2 tapi ila tak sedar langsung.Nak nangis aku rasa.Aku tak blh lupa sampai sekarang.
Lepas beberapa minit, aku rasa Tina dah takde pegang2, baru aku tenang sikit. Aku toleh belakang, Tina mengiring mengadap Ima pulak. Aku tak tahu masa tu pukul brapa.
Subuh tu, aku bangun, aku tanya Ima, okay tak tidur. Sebab aku nak make sure apa yg aku rasa tu mimpi ke bukan. Ima macam taknak story kat aku, tapi aku cerita apa aku kena, terus Ima cakap, dia pun rasa apa Tina buat kat dia. Tapi dia taknampak sebab dia tak bukak mata langsung. Kira aku kena lagi teruklah. Aku tak tahu nak husnudzon macam mana dengan Tina. Dengan senyuman scary dia, lirikan mata dia, cengkaman tangan dia. Huhu. Aku tak tahu tu Tina real ke benda tu menyerupai Tina.
Petang tu, lepas habis kelas, kami bertiga (aku, Ana, Ella) nekad, nak jumpa jiran sebelah. Tapi Tina taknak.owner ada bagitau dulu, jiran sebelah kami ni cikgu agama & isteri dia, suri rumah. Ni la first time kami tegur yg betul2 tegur. Sebelum ni setakat senyum malu2 je. (Jgn ikut perangai kami, xtegur sapa dengan jiran ya). Masa kami pergi rumah pakcik sebelah ni, Ima tak hbs kelas lagi & Tina taknak ikut, masa tu kitaorang mcm marah, boleh dia nak tinggal sorg dalam rumah berhantu tu.Kitaorang cerita semua yg kitaorang kena dekat pakcik makcik tu, aku perasan pakcik makcik tu senyum sambil pandang-pandang antara dorang. Memang dalam hati dah tertanya2. Pakcik makcik tu cakap, sebenarnya sejarah kawasan taman tu dulu bendang. Taman ni kira baru lagi la tak sampai 7tahun.
Ingat tak yg aku cakap ada bukit tu? perempuan dukung baby tu? Katanya perempuan dukung baby tu dulu duduk area bukit tu. Lepas dia meninggal, tak ingat sebab apa, ramai yg nampak arwah berkeliaran masa lepas asar ke atas dekat area bawah bukit tu sampaila ke taman kitaorang tu. Ramai penduduk dah kena kacau. Ada dulu, biasala budak2 petang suka main dengan kawan2. Dorang nampak perempuan tu dukung baby bawah pokok, ada Hafizah Mahfuzah:
siap tegur tu siapa, tak pasal2 meracau lepas tu.Sebab tu dulu lepas asar, sorang pun takkan jalan2 dekat kawasan situ. Pakcik tu kata, dh lama kisah ‘perempuan & bayi’ tu tak dengar. Kira dh lama xde org nampak tapi tiba2 kami pulak kena. Ada jugak dulu penyewa2 dekat area situ kena. Penyewa tu satu family sewa depan rumah yg aku sewa. Tapi skrg rumah tu kosong. Family tu ada beberapa org anak kecik. Setiap hari anak2 dia nangis, kata nampak perempuan la. Bunyi guli la. Ayah budak2 tu nak bertahan nak lawan tapi sampai satu tahap dorang tak tahan, dorang pindah juga. Kesian. Ayah mana yg nak tengok anak2 menangis sepanjang malam kan.
Makcik tu kata, sejak kami menyewa di situ, tiap2 malam sama ada siang atau malam, makcik ni dengar bunyi bising dr rumah kitaorang. Bunyi guli-guli jatuh dari tangga ada, bunyi perabut alih-alihkan. Rumah kami manalah ada perabut sgt. Dalam bilik Yg ada tilam, wardrobe kain tu, meja belajar jepun.kalau waktu siang kami pergi kelas mmg takde orang dalam rumah.
Lepas dengar cerita pakcik makcik tu, kitaorang rasa mcm dah boleh relatekan dah mimpi Tina & apa yg kitaorang kena tu. Tina mimpi susukan baby, Ana nampak perempuan dukung baby kat tangga, dgn benda kat bukit belakang tu.Pakcik tu nasihatkan kami, buat bacaan Yaasin sama2. Balik dari rumah pakcik makcik tu, kami cepat2 masuk rumah sebab dah maghrib. Tina bagitahu tadi masa kitaorang takde, dia dengar bunyi macam ada orang dekat tingkat atas. Bunyi suara. Huhu.
Malam itu, lepas baca yaasin dekat ruang solat tingkat atas tu, Ana baca ayat-ayat ruqyah. Dalam hati, aku risau sebab takut jadi apa-apa, benda tu mengamuk ke kan. Lepas Ana baca tu, aku duduklah dekat tangga. Aku rasa meremang sangat. Rasa tak sedap hati. Ana cakap ada benda kat tangga tu. Aku terus masuk bilik.huhu.
Hari seterusnya,Aku, Ana dan Ella decide nak keluar makan malam tu. Lepas kena gangguan2 tu, kami dah xde mood nak masak. Yelah kan, dduk dekat rumah berhantu mcm tu.
Masa ontheway tu, sebenarnya aku perasan Ana bawak kereta lain. Tak macam biasa.sekejap ketepi. Sekejap ketengah. tiba2 Ana makin ketepi, aku takut, aku panggil dia. Sikit lagi kami nak langgar divider tepi tu. Dia cepat2 berhenti tepi, tenangkan diri. Ana istighfar, baca ayat kursi. Aku pun ikut baca. Then,baru sambung jalan tapi dia tak bgtau apappun. Di kedai makan, Ana bgtau kami yang masa dia bawak, dia tak dapat kawal stereng kereta dia. Dia dpt rasa benda tu main2kan dia. Benda tu cuba ganggu kami dalam kereta. Allahu. Benda tu mmg nak buat kami mati ke macam mana?
Jam beranjak ke 10malam, kami masih di kedai makan. Masa ontheway balik tu, Aku tiba2 kata tak sedap hatilah malam ni. Ana yg sedang drive pn setuju.
Kami berhenti isi minyak dulu. Aku pergi bayar, Ella tinggal dlm kereta. Ana ready nak isi minyak. Bila aku datang balik, Ana gamit aku.
Ana: Dia ada dekat belakang kereta. Ana nampak. Dia ikut kita ?
Aku: Betul2lah Ana. Jgn main2.
Ana serius. Ana tak bagi bagitau Ella. Tapi masa kami masuk kereta balik, Ana suruh masing2 baca doa semua, tiba2 Ana kata,
“Ktorang tak kacau kau, jangan kacau ktorang.Bagi ktorang balik.”
kami sambung perjlanan dengan seribu satu rasa. Aku tiba2 kata, rasa macam taknak balik rumah lah malam ni. Takut. Ella kat belakang dah makin takut. Dia kata kalau aku dan Ana dah takut, dia mcm mana. Dia dah nangis2. Aku & Ana gelabah cuba tenangkan Ella. Ana kata jangan nangis, benda tu suka. Lagi Ella nangis. Allahu.
Aku pun dah start terketar, nak nangis. Ana dah makin takut. Jam dah dkt pkl 11. Masing2 dah tak boleh kawal perasaan, Kami berhenti tepi, kami decide nak patah balik ke area depan universiti kami, pergi rumah sewa classmates kami. Nak tenangkan diri.
Sampai rumah classmates kami, kawan2 kami risau dah. Kami tumpang sekejap tenangkn diri. Solat isyak. Kwn2 kami setuju nak ikut escort kami balik rumah sewa. Dorang call sekali classmates lelaki, untuk teman sekali. Kami gerak dalam 4 kereta tak silap aku. 3 kereta escort kami semata2 nak teman kami balik rumah sewa. Masa tu rasa terharu sgt.
Tapi perjalanan kami nak balik tu xsemudah yg di sangka. kami bergerak balik lalu jalan lain, sebab nak ambil classmate lelaki kitaorang dekat rumah sewa dia. Dia nak follow. Kereta Ana yg kami bertiga naik beradHafizah Mahfuzah:
a di kedudukan paling last.Masuk satu taman ni, kereta depan2 ktorang ni tetiba ktorang tak nampak mana. Sekelip mata je. Padahal kami ikut rapat dan baru je masa masuk lorong ktorang nampak kereta yg lain dekat depan. Peliknya ktorang masa tu. Dengan jalan gelapnya aku, Ana dan Ella mmg xtau kami kat mana. Xpernah masuk kawasan situ.Kami tengok jam.Kami sesat pada jam tepat 11.45malam.
Kami cuba cari jalan keluar balik dari taman tu. Pusing2. Akhirnya nampak nampak 7E. Ktorang berhenti situ. Masa tu lah jugak takde line nak call kawan2 ktorang tadi. Huhu. Memang taknak bagi balik rumah ke macam mana ye?
Aku masa ni taknak nangis2 dah. Aku jadi marah pulak masa ni. Yelah, jam nak tengah malam, sesat tiba2, memang nak marah jadinya.
Then, dlam 15minit tunggu depan 7e, tiba2 kitaorang nampak 1,2,3 kereta kawan2 ktorang keluar lorong. Dorang hon. Ktorang cepat2 follow balik. Alhamdulillah.
Aku skip sampai la ke hujung minggu. Tak silap aku ni dah minggu terakhir sebelum ktorang start cuti midsem minggu depan tu. Kitaorang kena bertahan lebih kurang 4 5 hari lagi. Masa ni hari sabtu. Aku dan Ella sampai rumah dekat2 maghrib masa ni ktorang ada program dekat kampus. Balik tu memang kitaorang berdua je ade. Hurmm. Punyalah takut nak masuk rumah tapi gagahkan hati. Aku bukak semua lampu bagi rumah terang benderang. Kami duduk je dalam bilik. Siap kunci pintu. Solat, makan semuala. Nasib baik toilet ada dalam bilik ni jugak.
Rasa sunyi ,hening sgt masa tu. Ktorang tunggu Ana balik masa tu. Ana ada hal dekat bandar. Dalam pukul 10 lebih masa tu, ktorang duduk diam2, tiba2 bunyi benda jatuh dekat luar bilik ktorang. Bergolek2. Allahu. Masa ni terketar2nya xtau nak cakap. aku beranikan diri bukak pintu sikit. Tup tup aku nampak kepala orang bergolek depan pintu. Bila tengok lagi rupanya helmet hitam. adesss. Mengucap panjang aku.
Aku tutup pintu balik, aku tnya Ella.Aku cerita kat Ella.
Aku: Helmet tu tadi Ella letak kat mana.
Ella: Ella letak dekat atas luggage tula. Tempat biasa.
Ingat tak kat atas2 tu, aku bgtau ruang depan bilik aku ni ktorang letak barang2 sikit. N jadi tempat solat. Helmet tu atas luggage n luggage tu atas kotak. Kira stabil la kedudukannya. Tang angin mana yg jatuhkan helmet tu aku dgn Ella pun xboleh husnudzon dh.
Ella dah ketar2. Nangis2. Suruh aku call pakcik sebelah rumah bgtau dia. Tolong dtg rumah. Tengok2kan. ktorang xberani gerak dh. Aku serba salah sgt nak call sbb takut ganggu org malam2. Tapi sebab fkir keselamatan ktorg, aku call juga. Tapi hampanya ktorang bila pakcik tu kata, “Takde pape tu. Perasaan awak je. ”
Aku pass fon dekat Ella, Ella merayu mcm nk ngs dah aku tengok. Tapi pakcik tu xnak dtg. Taknak masuk campur kot. Huhu. Sedih.
Aku & Ella gigih tunggu Ana balik. Sebab dia takut nak masuk rumah kalau ktorang dah tido. Ktorang call Ana bgtau ape jadi. Ana cepat2 settlekn urusan dia, sampai je depan rumah. Dia hon kt ktorang. Dia sendiri xberani turun kereta. Jadi aku ngn Ella turun cepat2 bukakkn pintu utk dia. Masa aku bukak pintu, aku nampak pakcik tu keluar rumah tegur Ana, then pakcik tu masuk balik. Aku bukakkn gate utk Ana n ktorang cepat2 masuk rumah, naik atas.
Ana cerita pakcik tu kata jgn fikir banyak2, jangan ikut hati. Bagitau cerita dekat tuan rumah. Suruh tuan rumah uruskn, panggil ustaz ke apa2. Huhu. Ok. Masa tu last kktorang cari pakcik tu. Ktorang terasa hati dengan dia. Tapi takpelah orang tua kan.
Then, hari2 terakhir sebelum cuti, ktorang masih bertahan. Masa kitaorang start cuti, masing2 dah balik kg. dekat negeri masing2. Ana contact semua. Bagitau family xbg duduk situ dah. Suruh pindah cari rumah sewa lain. Ktorang decided nk stick together, ikut Ana pindah naik cuti tu. Selamat tinggal rumah sewa berhantu.
Cerita ni jadi lebih kurang dalam sebulan. Minggu ke minggu, memang kami ada jumpa seorang ustaz. Ustaz tu kata nak datang rumah nak tengok tapi sebab kekangan masa, tak sempat datang lagi kitaorang dah bye-bye kat rumah tuh. Jadi misteri rumah sewa tu ktorang tinggalkan macam tu je. Gangguan perempuan dukung baby tu kami dapat terima, tapi gangguan2 lain tu mungkin rumah tu laluan singgah menyinggah makhluk-makhluk tu. Faktor kebersihan, ibadat pun mungkin jadi sebab.
Ada antara kami yg xjaga pendinding diri. Xmengaji. Daripada mengaji, lebih suka bukak lagu heavy rock english melalak2 setiap hari, tak suka mandi. Lagi2 masa period. Bangun pagi, petang baru mandi. Tula mandi pagi dan tula mandi malam. alquran dibiar berhabuk, bilik dibiar bersepah, tak sapu, rambut2 gugur dah sekian penuh dalam bilik, siap kata lagi sepah lagi dia suka sebab rasa tak takut sebab bilik nampak penuh digunakan. Jadinya. Jangan lupa jaga kebersihan diri dan bilik. Aku ni xdela pengemas mana sbb aku lagi suka memasak daripada mengemas. Tapi pandai2lah nak hidup kan. Sorry, kalau cerita aku panjang sgt dan x menarik. Selamat tinggal rumah sewa bukit ****
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
knp tina tiba tiba tak ada kat hujung cerita?
A’ah la. Tina pi mana?
Nape mcm dh penah bace ekk citer ni…
Ke dejavu…???
kak hari tu dia cerita pasal perempuan dokong baby tu je. yg ni cerita details
aa dh penah baca pn kak yulie..hehehe
Jgn lew kecik ati ngan pakcik tu..maybe dia pn rasa tak berapa manis la nk g umah korang..smua anak dara kot..so paham2 la..marah makcik karang..yg sebetulnya korang contact tuan umah terus
Mcm da penah baca la cita nih..n nape ad hafzah mahfuzah pulak..tetibe pulak..nama sape tuh..hehehe
Hafzah mahfuzah tu apa???
aku pon heran hat ni
crita trgantung…pstu brcmpur hafizah mahfuzah lak..pe citer dgn tina??adui…
Dah baca ar..crita ni… Kan??
Macam dah pernah baca la cite ni.. dan cume ade penambahan je.. xingat tajuk sebelum ni. Huhu dan tetiba watak tina ilang..ape jadi kat tina?
aah la.. aku pon tetnye2 psl tina tu… tetibe die mcm ghaib lpas xmo ikot korang g umah jiran sebelah.
slalu dh bace org yg ‘boleh nampak’ ni…mcm bukan lg ‘rare gift’.. dh jd koman dh…. tk habis bace…bosan….
Cerita Macam burit.sape ntah hafizah mahfuzah tu.menatang mana??? Ntah ceduk Dari mane cite cakap cite ko.persetan.admin pon bahlol main publish je.filter dulu lh hanat.nnt Da xde sape lg nk bace fiksen ko bru ko mengelabah.puihh