SEMBANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga FS.

Aku takda nama pena tapi letak je laa nama aku SZ. Aku berumur 23 tahun dan berasal dari Sabah. Aku minat baca FS sejak aku terbaca karya Nurhan hehe. Then, aku pun terfikir laa juga nak kongsi cerita dengan korang semua. Sebelum itu, terima kasih admin kerana sudi publish cerita aku ni (kalau publish laa). Pertama sekali, (ayat cliché) aku nak minta maaf sebab cerita aku ni takda laa seram mana pun dan semuanya berdasarkan pengalaman aku sendiri tapi telah diubah suai sesedap rasa hehe

Cerita ni bermula sejak aku kecil lagi. Waktu tu aku tinggal kat Sepang dan aku berumur 8 tahun kot masa tu. Nak dijadikan cerita, rumah yang aku duduk tu betul-betul menghadap jalan raya. Kira macam rumah aku tu kalau terus je memang nampak sebiji rumah kat hujung jalan. Dapat bayang tak? Haaaa orang tua-tua kata, kalau rumah menghadap jalan ni jadi laluan makhluk halus. Wallahualam

Masa tu dah nak senja rasanya. “Adikkkk… Abang…”, bergema jeritan mak aku memanggil kitorang pulang. Aku ni dua beradik je. Maka berlarian laa aku dan abang aku ni pulang rumah. Mak aku memang tak galakkan kitorang main sampai senja. Katanya nanti ada org datang nak culik. Lucu bila aku ingat balik sebab budak-budak kan, jadi percaya je bulat2 masa tu hahaha. Jadi mcm biasa laa kehidupan budak-budak ni lepas maghrib tu confirm pegi mengaji. Aku mengaji dulu pun dekat je sebab kat belakang rumah je rumah ustazah tu.

Okay cukup intro pasal rumah lama aku tu. (Sekarang ni aku nak cerita pasal apa yang mak aku nampak malam tu). Dalam jam 2.30 pagi, sedang mak aku lena dibuai mimpi, tiba-tiba mak aku terjaga dek kerana bunyi tombol pintu belakang rumah kami dipulas-pulas seolah-olah ada seseorang nak masuk ke dalam rumah. Masa tu kitorang tidur kat ruang tamu sebab malam tu kebetulannya takda elektrik. Mak aku bangun dari tempat tidur dan dia nampak aku dah takda kat sebelah. Mak aku pikir mungkin aku ke tandas then dia terus ke dapur. Rupa-rupanya aku yang tengah cuba untuk buka pintu belakang.

Mak: Kenapa adik bangun ni? (Sambil memalingkan badan aku)
Aku: (Tengok mak sambil memulas-mulas tombol pintu)

Masa ni mak aku dah rasa lain macam dah tapi mak aku ikutkan je buka pintu belakang tu sebab dia pun nak tau aku nak pegi mana sebenarnya. Bila pintu dah buka, aku terus jalan pegi ke hujung laman belakang rumah aku dan duduk betul-betul berhampiran longkang belakang rumah aku. Masa tu laa mak aku nampak ada seorang perempuan cantik berkebaya putih dgn rambut bersanggul. (Okay cop. Mak aku sebenarnya pandai mengubat orang dulu-dulu sebelum dia kahwin dan dia pun ada gak laa sixth sense ni. Tapi kita sekarang ni tak cerita pasal mak aku hohoho okay back to track.) ‘Bayangan aku je kot’, kata mak aku dalam hati.

Tiba-tiba, dia terdengar aku bercakap-cakap dan ketawa seolah-olah sedang bersembang dengan seseorang. Mak aku datang then dia tanya aku sembang dengan siapa. Aku cakap laa yang aku tengah sembang dengan ‘kawan’. Haaa boleh pulak masa tu aku terlebih pandai gi tunjuk ‘kawan’ tu. Mak aku tak tunggu lama guys… ‘Anak aku tak kacau kau, kau jgn kacau anak aku’, kata mak dan terus angkat aku bawa masuk dalam. Masa aku kena angkat tu, boleh pulak aku melambai-lambai sambil cakap, “Nanti kita sembang lagi k”.

Kejadian tu berulang hampir setiap malam, sampai laa satu saat tu mak aku tak tahan then dia cakap benda ni kata abah aku. Abah aku cakap besok malam kita panggil ustaz ustazah kat belakang rumah aku tu. Aku ingat lagi masa tu nak dekat pukul 9 malam ustaz tu datang dengan isterinya, ustazah tu. Mak aku pun cerita kejadian menimpa aku tu dari A sampai laa Z. Ustaz tu pandai gak laa mengubat orang then ustaz tu diam sekejap. Tak lama lepas tu ustaz cakap yang aku ni takda apa pun. Bersih! Jin atau makhluk halus semua takda dalam badan aku. Jadi apa sebenarnya berlaku? Jeng jeng jengggggggg

Aku masa tu kan budak lagi jadi memang aku lupa-lupa ingat laa kejadian sebenarnya. Yang aku ingat masa tu mak aku pun cakap yang dia dah cuba tengok and memang takda apa laa kat aku. Jadi ustaz tu buat keputusan untuk tidur kat rumah aku malam tu sebab nak tengok sendiri apa sebenarnya terjadi. Maka, malam tu pun kejadian sama berulang tapi belum sempat aku keluar rumah, ustaz tu dah terkumat-kamit baca doa. Aku berdiri kaku depan pintu belakang lalu menangis. “Mak, kenapa ustaz tu buat ‘kawan’ adik sakit? Kesian dia berdarah-darah. Dia bukan kacau adik pun. Kami kawan. Kami sembang je.”, (sambil menangis teresak-esak). Ustaz tu berhenti dan tarik aku masuk ke dalam rumah.

Ustaz: Adik nampak ‘kawan’ adik?
Aku: Nampak. Tapi dia dah balik sebab dia sakit. Dia pegi klinik kot huhuhuhu

Abah aku terkejut dan mak aku menangis. Mak aku berulang kali minta maaf dengan abah aku sebab dia tak bagi tau yang aku memang boleh nampak ‘benda’ atau hijab memang terbuka laa kiranya sejak aku umur 5 tahun lagi. Ustaz tu kata mungkin sebab aku mewarisi dari mak aku. Masa tu baru laa aku tau yang aku sebenarnya ada anugerah Allah yang hanya sesetengah orang sahaja memilikinya. Tapi aku takda laa nampak sepanjang masa sebab aku akan nampak bila aku terlalu penat atau insomnia. So, sejak dari hari tu, memang aku start laa bersendirian dan tak ramai kawan sebab aku sebenarnya tak dapat beza pun antara makhluk tu and manusia biasa. So, siapa yang rapat dengan aku tu terpaksa laa tahan bila aku tegur benda yang dorang tak nampak hahahaa

Ok tu saja cerita aku kali ni. Kalau sudi, bagi laa komen k, negative pun takpa tapi banyakkan laa positif ye hehehe aku bukan laa apa, mana tau aku dapat improve lagi sebab aku ni takda pandai sangat nak menulis cerita. Terima kasih kerana sudi baca cerita aku yang tak seberapa nak seram 🙂

5 thoughts on “SEMBANG”

  1. kalau ko nampak bila ko penat atau insomnia tu name dia halusinasi imaginasi segala mak bapak nasik sebab ko tak tidur.. tu bukan six sence bebal

    Reply
  2. dah beratus kali agk ny aku explain yg ni bukan anugerah allah…

    tuhan bg kita akal utk bfikir tp ko xdpt bezakn samada anugerah atau bkn.

    klo anugerah semua org nk kot…
    so “anugerah allah” yg ko ad ni org lain nk x ko rse???

    xnk kn…so bkn anugerah allah..
    sila jgn perasan..

    blh nmpk ni sbb bdn kite dihuni jin..sila terima hakikat

    Reply

Leave a Comment