Sembunyi di Locker Asrama

Perkenalkan saya ialah pelajar asrama di smk. Sekolah ini dah lama ditubuhkan sudah semestinya banyak kisah seram yang berlaku. Cuma ramai orang tidak berani beritahu atau ceritakan kisahnya kepda orang lain. Saya juga ingin berkongsi kisah saya mengenai ponteng prep ketika waktu malam. Kisah ini berlaku pada tahun 2012.

Nama panggilan saya tata (bohong je). Ketika itu saya masih tingkatan 1 lagi. Budak remaja baru nak up katakan. Pada suatu hari ni saya digantung asrama . Jadi saya tak boleh berada dalam kawasan asrama dan tidak perlu hadir ke sekolah seminggu. Saya dah selamat balik ke kampung tetapi ibu saya suruh sya pergi ke sekolah juga. Nak tak nak saya terpaksa pergi ke skolah juga waktu pagi itu.

Dipendekkan cerita, mak saya sruh beritahu cikgu ‘kamu mesti pergi sekolah. Nanti bapa kamu marah trus pukul kamu.’ Itulah alasan mak saya untuk saya bagi dgn cikgu sekiranya bertanya soalan kenapa masih datang sekolah. Sedangkan bapa saya sebenarnya tak pukul Cuma marah sahaja.

Pada keesokkan harinya saya pergi hadir ke kelas pada sesi petang mcm biasa. Sampailah pada waktu mlm ada prep malam di klas juga. Cun malam itu warden yang bertugas adalah warden yg garang iaitu cikgu L. Saya bercadang hendak ponteng juga malam itu memandangkan takut kepada cikgu tersebut. Entah bagaimana terlintas dalam fikiran untuk bersembunyi di dalam almari yang muat saya duduk dalamnya. Terus saya menyuruh kawan saya mengunci almari dari luar. Dahla mereka terpaksa tutup lampu bilik menyebabkan keadaan kelihatan gelap je. Prep malam bermula pukul 7.30 malam sehingga 9.30 malam.

Bermulah detik berlaku pada pukul 7.45 malam. Ketika itu saya mengantuk dan bercadang hendak tidur je sehingga habis prep la tadi. Tetapi hasrat tidak kesampaian kerana saat itu ketika saya mula melelapkan mata, tiba-tiba padlock digoncang kuat menyebabkan saya terkejut dan hati saya berdebar-debar dan nervous. Panic. Arghh.. semua feeling ada ketika itu. Saya cuba berfikiran positif ‘ahh, mungkin slh dgr kot. Tapi entah hati saya masih nervous juga dan kuat mengatakan ‘benda’ itu yang mengganggu. Saya cuba sekali lagi melelapkan mata sehinggalah padlock almari saya digoncang lagi dengan lebih kuat bunyinya.. sememangnya bulu roma saya meremang. Nah, terangkat bulu roma saya. Sejuk badan saya walaupun berpeluh-peluh. Hati saya mula mempercayai bhawa benda itu yang menganggu. Tanpa membuang masa, saya mengambil rosary dan memegang tangan dengan erat (saya agama kristian) lantas trus berdoa ketika itu. Tidak pernah saya berhenti untuk berdoa.. ketika itu saya berdoa, tiada pula gangguan yang berlaku. Hasrat nak tidur yang lena tidak kesampaian kerana takut yang teramat-amat. Menunggu jam berdetik pun berasa lama sangat walhal hanya 2 jam sahaja masa prep. Setiap kali saya melihat jam tangan saya, mesti 5 minit saja yang berlalu.

Saya terfikir kemungkinan manalah tahu ada kawan nak menakutkan saya tetapi difikirkan balik mmg sunyila blok asrama perempuan ketika itu. Lagipun kelas prep malam pun hanya di klas yang agak jauh sikit daripada asrama. Dahlah kawasan blok asrama perempuan sekelilingnya hanyalah hutan dan rumah warden itu pun agak berjauhan. Tidak mungkin juga kwan saya hendak menakutkan saya ketika ini sedangkan saya juga mengenali perangai mereka yang penakut sangat. Sememangnya perasaan saya yang takut ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Syukur prep malam dh hbis 9.30 malam, kwan saya balik trus membuka pad lock. Agak lama juga sikit menunggu mereka berjalan dari klas ke blok asrama. Dahla bilik saya di tingkat 2 iaitu asrama mawar.

Saya sememangnya berpeluh ketika itu. Kawan saya hairan melihat saya. Saya hanya mampu senyum sahaja kepada mereka dan menceritakan kepada mereka keesokkan harinya.
Mungkin ada hikmah juga di sebalik kejadian ini berlaku. Tidak tahu benda itu baik atau buruk mungkin tidak menyuruh saya ponteng prep lagi atau membuat hal lagi. Sejak itula saya mula insaf dan tidak berani ponteng, tidak melawan cakap. Sentiasa berada dalam ketenangan sahaja. Saya wajib membawa teman sekurang-kurangnya 2 orang untuk menemani saya ketika pergi ke mana-mana sekiranya tempat tersebut sunyi semacam je. So saya nasihatkan jgnla kwn2 ikut style saya mcm ni yer bersembunyi di almari.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

16 thoughts on “Sembunyi di Locker Asrama”

  1. Mula² ingatkn tata ni lelaki.. tp bila smpi part blok asrama perempuan baru ku tau kamu seorg perempuan.. haihhh… berani sungguh kamu duduk dlm locker sorg² dlm asrama yg gelap lagi sunyi sepi tu.. klu aku, baik pergi prep mlm tu drpd duduk sorg² dlm locker..

    Reply
  2. haihh malas smpai sngup trkurung. bila jdi apa2 pndai plk salah guru. pdhal guru xda kna mgena. aduhhh bebel dri makcik
    #cumel

    Reply

Leave a Comment