Assalamualaikum dan salam sejahtera. Amacam cerita aku tingkat 18 tu, ada yang kata lif tu rosak la. Teknikal la. Tapi kalau korang ada dalam lif tu sorang-sorang waktu malam, tahu la langit tu tinggi ke rendah. Nak terkencing ke terkincit, yang tak percaya tu, aku mohon tuhan kurniakan sekali kat korang “anugerah” yang tak diminta ni hehe. Hari ni, aku nak cerita tapi dalam masa yang sama aku nak minta pendapat. Benda yang dialami oleh kenalan rapat aku, senang cerita aku bahasakan dia Zamarul. Cerita kali ni bagi aku tak panjang, tapi lebih kepada luahan ataupun minta pendapat pembaca-pembaca tegar FS kalau ada pengalaman macam ni.
Sebelum aku pergi lebih jauh, aku akan perkenalkan Zamarul ni serba sedikit. Zamarul ni kawan sekerja aku, walaupun bekerja di bahagian lain, tapi aku agak selalu berjumpa dengan dia di surau ketika waktu rehat. Dia dah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dia seorang yang agak lucu dan kalau nampak dari segi luaran dia sememangnya kelihatan seperti tiada unsur stress ataupun tekanan dari segi kehidupan. Cerita ni diceritakan kepada aku, seingat aku pada bulan Februari tahun ni. Hari apa, aku pun tak ingat.
Macam biasa aku waktu tengah hari akan lelapkan mata setelah menunaikan solat zohor di surau. Tengah sedap aku melayan mimpi tu, antara sedar dan tidur, aku terdengar suara seseorang berbual di sebelah aku. Aku cuba menjeling menggunakan sebelah mata untuk melihat siapa empunya suara tersebut. Kelihatan hanya Zamarul seorang sahaja tengah bersandar di dinding sambil berbual.
“Kamek dah padah ngan kitak, iboh ganggu kamek, kamek sikmok kawan dengan kitak, kamek ada dunia dikpun,” Zamarul mendengus.
“Allah, tolonglah faham kamek, cukupla ya,” tambah Zamarul.
Aku sekarang dah 80% tersedar dari tidur aku terus menyampuk, “Zam, kitak klakar ngan sapa ya? Call orang kah?”, tanya aku sambil mengelas rambutku ke belakang.
“Sik la. Sik ada papa, mimpi kali,” jawab Zam berdalih, jelas dia menyembunyikan sesuatu detak hatiku.
Esoknya, setelah selesai berdoa selesai menunaikan solat asar bersama Zamarul. Zamarul bertanya kepadaku, “Aku ada benda mok cerita kat kau, boleh?”.
“Aok, boleh jak,” balasku sambil mengangguk.
Zamarul mula bercerita yang akhir-akhir ini dia sering diganggu dengan suara perempuan misteri yang sering memanggilnya. Bermakna telahan aku tempoh hari yang dia bercakap seorang diri ternyata benar. Dia mengakui yang dia mula mendengari suara ini sejak awal bulan Februari tahun ini ketika sedang tidur di ruang tamu rumahnya. Masa tu dia sedang menonton bola dan dia terlena di atas sofa. Sedang dia terlelap, tiba-tiba dia terdengar suara memanggil, “Zamaruulll, banguunnn..”
Mulanya dia tak mengendahkan suara tersebut dan menganggap itu hanyalah mainan tidurnya sahaja, tetapi sekali lagi suara itu berbunyi “Zamaruull masuk bilik, tak elok tidur siniiii,” kali kedua ni, Zamarul seram sejuk, dia bingkas bangun dan masuk bilik tidur. Tapi dia menjelaskan yang dia tidak melihat sesiapa, hanya mendengar ‘suaranya’ sahaja.
“Lagi, dekat surau hari ya pun sama la tek??” tanya aku berbasa basi walaupun dah agak jawapan dia.
“Aok. Hari ya pun sama, aku mok padah ngan kitak hari ya gik, tapi takut kitak padah aku gila,” sambil tersengih.
Zamarul cuba menyambung ceritanya tetapi pak guard dah mengetuk pintu surau menandakan pejabat bakal dikunci.
“Zam, kita sambung esok la ye, kitak faham-faham la, opis kita tok pun macam-macam “usikan” manja,” dalih aku sambil melihat jam tangan aku. Nyata sudah lewat untuk aku ke gym hari ni. Tapi memang pejabat aku pun mempunyai cerita yang tersendiri, tapi prinsip aku, aku tak akan bercerita tentang kisah “mistik” sesuatu tempat selagi aku bekerja di tempat tersebut, harap maaf ye pembaca.
Keesokannya, kami menyambung semula cerita Zamarul. Zamarul berkata, sejak terdengar suara-suara ini, jiwanya makin kusut, dia menjadi pemarah dan panas baran. Kadang-kadang isterinya ditengking dan ditumbuknya almari dan pintu. Habis pinggan dilemparkan. Menurutnya perasaannya menjadi galau, runsing dan sering tidurnya terganggu dek suara-suara itu.
Kemuncaknya tiba beberapa hari lepas, Zamarul bercerita yang dia mula diganggu beberapa kejadian yang lebih ‘seram’ seperti kejadian ketika dia pulang setelah selesai tugasan atas panggilan. Ketika tu, masa menunjukkan pukul 2 pagi, ketika memandu di kawasan Kubah Ria, dia tersentak dan menekan brek secara tiba-tiba apabila dia melihat satu kelibat “hitam” tengah menumpang di seat belakang keretanya. Dia terkejut dan tersentak dek kerana “kelibat” dan tindakan dia menekan brek tadi. Mujurlah tiada kenderaan lain ataupun “orang” melintas ketika itu. Dia memaksa diri menoleh, jelas tiada orang atau objek di tempat duduk belakang.
Pulangnya dia ke rumah, setelah menukar kain pelikat, tiba-tiba dia terdengar suara perempuan menyuruhnya menghantukkan kepalanya ke dinding. Zamarul yang ketika itu, fikirannya sudah terganggu terus mengikuti kehendak suara tersebut lalu menghentakkan kepalanya ke dinding sebanyak tiga kali sebelum tersedar daripada ketidakwarasan akalnya sebelum ini. Dia tersedar dan berhenti, seraya terdengar suara berkata, “hihi, kenapa berhenti sayangggg”. Dia beristighfar lalu melompat ke atas katil, menarik gebar menutupi seluruh tubuhnya.
“Jie, aku sik tahan la, mun(kalau) aku boleh kawal sikdahal, aku takut sik dapat control gik kelak,” mengadu Zamarul kepadaku.
“Kelak aku nanyak kawan-kawanku mun ada pendapat sidaknya,” cuba meyakinkan Zamarul walaupun aku pun masih bingung. Aku kini terbayang Fiksyen Shasha tempat aku bertanya.
Aku pun keliru samada “benda” yang mengganggu Zamarul ni merupakan benda mistik ataupun datang daripada keadaan mental Zamarul sendiri. Tu la sebab aku tulis cerita ni hari ni, sebab nak minta pendapat pembaca semua. Aku kesiankan kawan, tu aku menulis ni, samada dia perlu dirujuk kepada Pakar psikiatri ataupun Pusat Rawatan Islam. Jangan pula tanya dekat aku, kenapa tergantung ye, memang tengah tergantung pun. Zamarul pun masih tengah kena kacau, aku pun masih tak tahu sebab apa. Aku tengah tulis sekarang pukul 3pagi, sebab aku tak dapat lena, aku dengar ada sayup-sayup suara panggil nama aku, macam ni la agaknya Zamarul kena kacau,a ku bermonolog.
Tak yah nak monolog sangat, aku pun nak tidur dulu, sumpah seram dengar suara-suara macam ni. Assalamualaikum, selamat malam.
Ps: Oh ye, takut-takut aku pun nak bagi teka-teki hari ni; apa makanan Sarawak kegemaran senyumanperantau? hehe.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Mee Kolok kottt
laksa sarawak?
biskut marie
suara tu berbahaya. sama ada disihir atau saka. bukan saka dia sendiri tapi mungkin bekas nenek moyang dia. kalau sihir kena rawat cepat la. kalau saka kena buang. macam arwah makcik saya dulu, dia pakai pendamping, bila janji dia dengan pendamping tak dilunaskan, pendamping itu menghasut dan menganggu melalui bisikan macam tu. hati-hati dan banyakkan berdoa cakap kat zamarul.
boleh translate x yg ayat sarawak tu.. xfahammmmmm
Ada terbaca kisah mcm ni kt mana x pasti (mungkin cari.my) tapi org tu terkena badi mayat dari kemalangan,hampir2 nak bunuh diri dan jd gila juga dia.Benda tu siap suruh bunuh anak isteri dia,nasib baik juga dia ingat nak simpan segala benda2 tajam kt rumah dan terus dia x balik rumah n tdo di ofis selama dua bulan sampai la diberhentikn keje.
ooo…macam penah dengar…ni kan cerita dari misteri jam 12 dari salah satu stesyen radio…yg bini dia siap siang ikan guna gigi sebab semua bnda tajam kat uma tu dia buang..kan?
Aah.. Ye la kot.. Bru ingt saya dgr kt youtube x silap..
cuba kitak cuba bak nya pegi pusat rawatan islam ruqyah al ikhlas kat astana ya.
bwa p kat rawatan islam dulu..
Next time leh letak translate sket tak lepas dialog tu , wat dlm kurungan ke. Sorry hehe…just perkataan tertentu je paham…pendapat sy cuba bw dia dapatkan rawatan kt pusat rawatan islam dulu. Bahaya di biarkan nnt lama2 beri kesan kat family dia.
Kmk suggest ktk mbak nya g berubat lok… takut makin terok kelak bh
umai hahahaha mn pasal zamarul ya better prgi check dkt pusat rawatan islam n pusat psikiatrik dptkn kaunseling ya pendapat kmk la 🙂
Bubus pedas..best
linut kali nak..hehehehe
Ni gangguan kecil jer… amalkan ayat2 pendinding diri dan jangan biarkan badan terlalu letih dan kotor…
mbak jak kwn ktk gi ruqyah or rawatan islam..susah mok brubat mun nya da trok..
hahah .. pandangan kmk la .. mbak ny g berubat .. ataupun boleh la mntk tolong kwn² ktk yg pandei berubat.. untuk zamarul mpun.. banyak² kan baca doa pendinding.. sbb mun kita dpt dindin dirik kita mpun.. susah la ny nak ngasut ka molah papa ka kat kita.. utk org malaya.. rjin² la blja bahasa sarawak.. hahah.. kmk org tuk mbekal banyak sumber utk ktk org.. jangan ktk org nak nganok blakang” ..
p/s: sekadar psanan
Sabar.iboh nganok sidak.sidak ya dh dtanam mentaliti camya ataupun sdak sik prnah jejak kaki d srawak tok.kmek urang melaya juak.ok jak??
heheheh..jangan la marah2 .. sy anak jati Johor..faham je kmk org klakar bhs swk.. 🙂 sbb nya, sy appreciate pelbagai bahasa dalam Malaysia ini sndri. Instead marah2 cm ya..ajak semua belajar bhs swk yg simple2 dulu.. (maaf kalau ada silap berbicara) .. Chill Ok?
Sinalau bakas di tepi2 jalan. Tp ni di sabah tak tau di sarawak mcm mana. Ada ka? Hahahahahahahahaha
Coba embak nya pegi ruqyah dolok…
Mun masih juak, mintak pendapat doktor..
Jangan sampey pandey berhalusinasi jak..
Bahaya ya..
Usaha cara perubatan islam dolok ok..
Di astana belakang shell sia ada tempat ruqyah.. Usaha jak.
Semoga nya cepat sembuh..
scientifically, mental stress boleh buat kita delusional, dengar suara, nampak benda, hallucinate kata orang, and action dia, dia akan bertindak ikut mirror neuron yang selalu nya ada dekat binatang, but level of stress terlalu tinggi, dia boleh trigger neuron tu bertindak ikut conscience. selalu orang stress camni, dia shield up punca dia stress(dia tak reti nak explain, or dia tak mampu nak explain) cuma dia open up cerita situasi dia tengah stress yang macam awak cerita ni.
kalau masuk bab mistik, ramai dah bagi opinion yg sama.
ie, tanda2 awal schizophrenia, suruh dia mintak opinion psychologist or certified doctor, takut mental breakdown dia boleh jadi aggresive. thank you.
and harap2 kawan awak kembali sihat. banyak2 beribadah & berdoa dekat Allah.
emm kalau boleh jangan laa loghat tu, tak paham apa haha sorry
Lainkali kalo nak berbahasa sarawak sila translate dlm page ni bukan srmua org sarawak k..90% org semenanjung.kau buat mcm semua paham bahasa sarawak.kang aku cakap bahasa nogori ko kodah ko paling2 bahaso rawo kilan poning nti.
Usah koba la cito wa ang tu puiii
Saya rasa perubatan islam dahulu..kalau manusia normal nak jadi gila bukan senang..tak akan tiba2 dengar suara2 dan penampakan..kita tak pasti kalau itu gangguan biasa ke apa tapi macam orang/makhluk yang saja nak mengganggu..cepat2 jumpa dengan ustaz atau pengamal perubatan islam ye..saya doakan moga cepat sembuh..
P/s : awak dah mula dengar suara2 tu?mungkin ‘dia’ saja sebab awak berniat nak tolong zamarul,mana tahu kan..awak pun pergi sekali ye..tq
Jumpa perawat islam yg btul. Mgkin mmg ada benda halus…..
Adoi bahasa sarawak. Aku paham kmk , kitak tu je haha . Karang keluar pula rawo kang. Haha . Pape pun bahasa2 di Malaysia unik . Hahaha