SenyumanPerantau : Gangguan Malam Exam

Assalamualaikum pembaca setia Fiksyen Shasha. Aku, SenyumanPerantau, ini kali ketiga aku bercerita tentang kisah misteri yang pernah aku, saudara atau sahabat-sahabat aku alami. Pembaca semua mesti masih ingat kan kisah “Pakcik Tua di Sarikei”, jawapan kuiz pada minggu tersebut ialah kereta kia spectra! Aku juga ingin berterima kasih kepada semua pembaca yang memberikan input positif atau negatif untuk terus aku menulis dan berkongsi kisah seramku. Akan tetapi, berkenaan GTB tu adalah hanya gurauan mesra aku sebagai penulis dengan sahabat-sahabat aku. Tanpa gurauan tiada la manisnya hubungan sesama sahabat. Malahan aku pun dah berkahwin sekarang, mungkinkah aku juga tergolong dalam golongan itu?? Tepuk dada tanya selera hihi.

Ok, dalam episod kali ini aku ingin membawa pembaca kepada satu kisah seram yang pernah aku alami bersama sahabat-sahabat aku ketika masih menuntut di sebuah institusi di Ampang. Kami tinggal bersama di kolej kediaman yang merupakan sejenis penthouse dua tingkat yang disewa oleh kolej kami. Penthouse ini mempunyai 5bilik; 3bilik di atas dan 2 bilik di tingkat bawah. Kawasan kediaman itu juga mempunyai kisah-kisah yang menjadi buah mulut orang seperti wanita yang m******h diri. Terdapat juga rumah yang masih sehingga kini belum disewa atau dijual, sebabnya aku juga tak pasti. Hmm, seramkan.

Pada permulaan semester, rumah itu sepatutnya didiami oleh 12orang, tapi setelah ada antara kami yang menyewa di luar dan berkahwin, tinggallah Aku, Amran, Mujahid, Mahadi, Joe dan seorang budak pelik, Mike. Mike ni pun kalau nak tulis pasal dia, 1buku pun belum tentu habis, pelik bebenor perangainye. Mads dan Nordin kebiasaannya akan datang ke rumah kami jika ada tugasan ataupun study di minggu-minggu exam. Walaupun rumah kami tinggal 6 orang, tetapi kebiasaannya akan hanya ada 5 orang sahaja di dalam rumah ini. Biasa la kan, sorang lagi tu pelik, selalunya hilang dan bilik dia selalunya berkunci.

Sebelum kejadian malam tu, kami beberapa kali dah “diganggu” seperti tangisan dan bunyi mengilai, akan tetapi kami buat tak kisah je. Ok, tibalah satu malam ni di mana gangguannya agak major sedikit. Esoknya tu seingatnya kami akan menghadapi satu subjek yang agak berat. Jadi kebanyakan pelajar yang dikira “marhaen” akan bersengkang mata di tengah malam. Kami berlima ni pula memang selalunya akan study “last minute” hehe, biasa la, hero kan. Hero selalunya “fail dan cukup makan je”.
Malam tu, aku tengah study di atas bersama Mujahid, Mahadi dan Mads. Joe tiada pada malam ini, mungkin tengah study di rumah kawannya. Buat pengetahuan semua, Mads ni dah berkahwin sejak tahun kedua lagi, jadi dia la ketua GTB kami hehe. Tetapi bila nak exam, Mads mesti akan datang menyibuk meminjam nota-nota kami.

Lepas berbincang beberapa “killer topics”, aku pun meminta izin ingin beredar untuk study seorang diri di tingkat bawah. “Natey makey sekor”, celah Mahadi.. “Dia takkan hang tak kenai”, sinis Mujahid. “Hudoh, bucik, mari la study sini”. Mads menambah sesuka hatinya. Aku dengan tersengih-sengih terus meninggalkan mereka. Aku pun turun ke bawah dan sambung study di kawasan ruang tamu, kelihatan Amran slumber je tengah membongkang tidur depan tv. Amran ni mempunyai “special feature” dia, dia tidoq boleh berdengkoq kalah bunyi F1. Tiba-tiba dalam pukul 12 malam, dengkuran Amran terhenti, seperti meronta-ronta, terus terbangun tercungap-cungap, seraya berkata; “Jie, aku pi tidoq ataih dulu, hang study betoi-betoi na, esok jangan lupa tolong aku”. Amran ni nampak ja tak study, tapi otak bergeliga, tengah tidur tu pun kadang-kadang dia boleh menyampuk perbincangan kami.

Amran pun naik ke atas. Aku pun dah mula meniarap masa ni, bantal aku lapikkan di bawah dada. Lalu, aku pun tidur la, buku entah ke mana, risau exam pun ke mana. Tengah sedap-sedap lena, tiba-tiba aku dengar suara kecil mengilai sayup dekat kawasan ampaian baju berdekatan dengan kawasan tong sampah rumah kami. Bilik ampaian berada kira-kira 6 langkah dari tempat tidur aku. “Sreet Sreet Sreet”, bunyi plastik sampah diurai-urai di tarik-tarik, “Eeehihi Eeeehihi” di sambung dengan bunyi hilaian. Aku masa ni sangat seram, kisah Highway Lekas, bermain di kepala aku.. “Tapi ok la sikit kot, at least ni rumah aku”, pujuk hatiku.. suara hati kedua aku bersuara “Sure ke rumah ko sengal, entah-entah tempat diorang, haha”. Sengal mainan perasaan aku kali ni. Makin lama makin kuat bunyi plastik berselang seli dengan hilaian tawa tadi. Kali ni aku betul-betul takut dan sempat menjeling jam tangan aku, ok..pukul 3pagi. “Cancel study, dah la jom tido” ajak suara hatiku. Aku pun membatalkan niat nak bangun ataupun menjengah kawasan sampah tu, cuba pedulikan bunyi tadi lalu tidur.

Keesokan harinya selepas solat subuh berjemaah (masa exam ni selalunya kami memang akan jemaah dan solat awal, biasa la manusia, time susah ingat tuhan kan), tengah bersiap-siap nak pergi fakulti, aku pun bercerita perihal kejadian semalam kepada Amran sambil didengari oleh Mujahid, Mahadi dan Mads. “Am, aku kena kacau ngan menatang apa tah kat tong sampah semalam”. Amran gelak dan sambun,g “Hang bengong, aku semalam bangun tidoq naik atas tu, ingat aku saja-saja ka, aku kena tindih ngan pompuan ghambut panjang, haha”. Aku pun balas balik, “Woiii, celaka tak habaq kat aku”. Ingat benda tu habis kat situ je, tiba-tiba Mads dan Mahadi pun bersuara. “Eer, Errr, kami pun kena jugak, hehe”. Mads dan Mahadi ni kena kacau benda yang seakan sama walaupun tidur di tempat yang berasingan, mereka bercerita yang seekor makhluk hitam besar merentap dan menarik kaki mereka dalam pukul 3.30 pagi.

Kami pun bergelak ketawa walaupun dalam hati, hanya tuhan saja tahu perasaan kami pada malam tu. Yang menambahkan lagi geram dalam hati kami, tiba-tiba Mujahid berkata, “Eleh, hangpa ni perasaan ja tuh, tikuih gerit makanan hangpa duk terkencing takut” hahaha. Gelak Mujahid dengan loghat dia. Buat pengetahuan semua, dalam sahabat-sahabat kami ni, hanya Mujahid yang belum pernah ada pengalaman gangguan seumpama ini dan semuanya nak logic sahaja. Kami memang sentiasa berdoa agar satu hari nanti, dia akan “mendapat pengalaman” seperti kami hihi. Masa tu tunggu la giliran kami pulak nak bergelak tawa haha. Geram sangat-sangat, nanti hang. Sebelum pergi ke fakulti, kami sempat menjengah ke arah tong sampah di tempat ampaian baju. Jelas sampah-sampah bertaburan, tulang-tulang bertaburan diluar tong sampah. Amran berkata, “Aku habaq dah, sampah tu buang jangan tunggu penuh, kan dah jadi camni”. Kami berazam untuk gotong-royong lepas habis exam hehe.

Kesimpulannya, kami pun pergi menjawab exam pagi tu dengan hati yang seram sejuk disebabkan gangguan malam tadi ditambahkan lagi dengan tak habis study. Maka, result kami pun ada yang lulus cukup makan dan fail. Patutkah kami salahkan hantu tu?? hehe. “Yang tu tak payah salah hantu, tu salah kan diri hampa la tak study awai-awai”, ni jawapan mak aku kalau aku cerita kat dia. huhu. Berdasarkan cerita ni, dua pengajaran yang aku nak nasihat kepada pembaca semua, buang sampah tu selalu, jangan simpan banyak-banyak, busuk-busuk baru buang, kedua, study tu biaq awai, takut jumpa hantu macam kami, kan dah tak dapat study hehe.

Terbang kelkatu terlanggar dinding,
Dinding daripada nisan batu,
Kebersihan itu tersangatlah penting,
Moga diri tidak disukai hantu.

Akhir kata, aku SenyumanPerantau, jumpa lagi dengan kisah-kisah santai seramku. Upps lupa, kuiz minggu ni, Mujahid ni orang mana?? 🙂

SenyumanPerantau

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

14 thoughts on “SenyumanPerantau : Gangguan Malam Exam”

  1. Mewah wei kolej hangpa naa dok penthouse tuuuu…
    Pehti dok plak berenam jer, mmg sonokler…
    Nnt share tau pasai Mike tu…

    Mujadih oghang Kedah koottt…
    Kulim…hahahhaa spesifik bebenor…

    Reply
  2. Mujahid org penang kot.. nma familiar haha..
    sat².. ak dulu kne kacau gk b4 exam. tp ngan girlfriend xbf ak la. yg ni mmg caci maki je rase nk bg

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.