Seram Highway KESAS

Assalamualaikum. Yang pertama aku ingin berterima kasih pada FS jika sudi terima cerita aku ni. Di sini aku ingin berkongsi pengalaman yg benar terjadi pada diri aku dan isteri aku. Selalunya orang asyik menceritakan LPT2, Karak, SKVE, Puncak Alam dan sebagainya. Ini aku nak menceritakan kisah dan pengalaman aku pada highway KESAS pula. Kejadian 3 kali yg Ganjil. Ini adalah bukan cerita rekaan, ini benar2 berlaku. Harap Maaf jika berAKu dalam ni. Bukan apa untuk feel dan selesa aku menaip kisah ni. Ok aku mulakan.

PART 1
Toyota Celica warna purple

Tunang aku dahulunya sekarang dah jadi isteri aku. Dulu semasa tunang, aku hantar la isteri aku balik ke rumah dia. Setelah keluar berdating di KLCC dalam jam 9 malam, tiba ke rumah die bual punya bual dgn abang ipar dan mertua. Hari pon hujan lebat malam tu. Aku stay la smpai jam 1.30am. Hati rase tak sedap. Mertua suruh tido je rumah die sebab dah lewat. Tapi nak tido macam tak manis sebab belum nikah time tu. Lagipun esok nak bekerja. Aku pon teruskan niat untuk pulang ke rumah. Dari Ampang balik ke Klang, aku singgah untuk isi minyak di petron berdekatan dalam jam 2am. Hujan masih belum berhenti.

Aku terus kan perjalanan. Sebelum sampai di tol pertama di Awan Besar area Bukit Jalil kalau tak silap, ade sebuah kereta amat mencurigakan. Toyota celica warna purple memotong kereta aku dan cuba membawa pelahan di depan kereta aku. Hati aku berkata, “dah bawak laju pastu silang kereta aku boleh plak bawak pelan”. Aku pon memotong kereta tu. Tapi seolah die tak beri peluang utk memotong. Tinted amat gelap sekali, tidak nampk orang di dalam. Number plat lagi lah kecik memang tak nampak, dengan hujan lagi. Masa tu kereta di jalan raya memang agak lengang. Boleh kira dengan jari. Bila hampir smpai tol pertama kete tu terus belok ke lain arah iaitu arah kiri, jalan menuju ke Cyberjaya kot kalau tak silap dan tidak melalui tol.

Aku pon buat tak kesah lah. Dalam beberapa minit selepas aku melepasi tol, muncul kereta tu lagi. Jam menunjukkan 2.55am. Aku tak terfikir itu mainan jin atau puaka ke. Mungkin die lari dari tol sebab selok belok jalan aku tak reti sangat area situ. Lagipon kete die sportcar tak hairan la. Tapi kemudian tu juga cara die buat pada kereta aku benda yg sama macam tadi. Dah memotong serta pelahankan kereta die depan kereta aku. Bila kite memotong die seolah tak bagi. Aku pon bawa pelan, buat tak tahu. Sehinggalah tol yg kedua tol Subang kalau tak silap. Kereta tu buat benda yg sama lari dari tol. Belok ke kiri juga sebelum sampai ke tol. Jalan menuju ke Dengkil kalau tak salah. Selepas tol beberapa minit aku jumpa lagi sekali die muncul kali ni dengan lampu yg agak tinggi dari belakang, dan terus membuat perkara yg sama.

Hati aku mula gelisah. Hujan masih turun renyai2. Sambil aku ditemani rokok dan radio sinar fm dengan tingkap aku terbuka, hehehe. Tapi hal tu aku malas berfikir. Aku ikut saja di belakang kereta berkenaan. Sehinggalah tol yg ke 3 tol Kemuning. Kereta tu buat perkara yg sama dan muncul kembali selepas tol. Hati aku time tu tak terkata apa dah, sebab kalau lari dari tol tu, tak ada jalan tembus untuk ke Kemuning dengan mudah. Tapi pelik kereta tu muncul lagi. Aku pon mula baca surah2 apa yg SEPATUTNYA. Die seolah ingin ajak aku berlumba, tapi aku tak hiraukan. Sebab aku dah tahu bukan manusia. Sampailah area jalan kebun. Kereta hantu tu belok ke situ. Jalan tu baru siap. Signboard pon masih ditutup plastic hitam. Jalan yg amat gelap kawasan perindustrian. Alhamdulillah aku tak ada apa2. Dan selamat sampai ke rumah, tapi bila fikir balik apa akan jadi bila aku bawa laju. Sebab aku bawa time tu 100km/h je paling laju. Part kedua dan ketiga nanti aku sambung.

PART 2
Tol KESAS Menjadi 4 Tol

Kisah ni bukan belaku pada aku tapi pada isteri aku, adik ipar dan kawan dia. 3 orang mangsa kekacauan hehe. Hal ni berlaku pada bulan syawal, hari raya ke 6. Semasa tu aku dan isteri aku masih dalam pertunangan lagi. Pada siangnya memang aku ade buat openhouse di rumah aku. Tapi untuk orang2 tertentu sahaja. Jadi jemputlah mereka. Selepas selesai openhouse, dorang pon bertolak dari Klang ke Ampang dalam jam 10 malam. Sebelum kejadian tu, isteri aku dah rase macam tak sedap hati. Mereka pun teruskan perjalanan pulang dengan badan yg amat letih adik ipar aku sampai tertido. Isteri aku yg drive time tu. Die berbual-bual dengan kawan die berdua. hinggalah melepasi 2 tol Kemuning dan tol Subang. Sampai tol Subang, adik ipar aku dah bangun. Jadi bertiga la bersengkang mata menahan keletihan dan mengantuk.

Nak dijadikan cerita, sampai la tol yg ketiga, dorang masih leka berbual. Jam menunjukan 11:30 malam, awal jugak la. Keadaan jalan pon agak lengang. Kalau nak diikutkan itu tol Bukit Jalil atau awan besar lah, tol ketiga. Sampai ke destinasi tol tu, isteri aku pon mcm biasalah berhenti bayar duit tol. Zaman tu touch n go pon tak ramai pakai 6 tahun sudah. Yang peliknya, bila die berhenti kawasan tol tu, kereta dan lori ade memberi isyarat lampu dan hon. Dorang merasa hairan, tapi dorang abaikan. Semasa nak hulur duit tol tu kakak yg pekerja tu muka dia amat pucat, putih lesu dan tidak senyum, berdiam sahaja. Apatah lagi memandang dan tidak berkata terima kasih atau selamat jalan. Die hanya menundukan kepala sahaja.

Ketiga-tiga mereka isteri aku, adik ipar dan kawan die pon perasan apa yg berlaku serta merasa hairan sambil berkata, “Masam muka akak tu, macam tak sihat je”. Selesai tol tadi, ketiga2 mereka berbual. Sampai la tol seterusnya, tol ke EMPAT(4). Ada ke tol ke EMPAT highway KESAS???? KESAS hanya ade 3 tol sahaja. Kawan die tegur, “bukan kita dah tiga kali lalu tol ke?”. Isteri aku pon abaikan. Mungkin kite Leka kot asyik syok berborak katanya (Mereka pon jarang pergi ke Klang. Kalau pergi pon lalu federal. Ntah macam mana boleh nk lalu KESAS tah malam tu). Ok sambung semula cite hehe. Sampai tol yang keempat tu, KETIGA-TIGA dorang tekejot dan tergamam, serta kaku. Adik ipar hanya bercakap, “ini bukan akak taaa..diii ke…?”.

Apa yg mereka nampak ialah kakak tol yg sebelumnya tadi. Akak yg sama, baju yg sama, tudung yg sama. Seperti kembar. Kali ni kakak tu muka dia normal happy dan berbual dengan kawan die di sebelah. Maybe dorg nak tukar shift keje. Ade dua orang dalam pondok tol tu. Kemudian isteri saya bayar la seperti biasa. Sambil kakak tu ucap terima kasih. Selepas tol baru dorang perasan di luar ini baru betul tol Bukit Jalil. JADI SIAPAKAH KAKAK DAN TOL YG KE 3 TADI??? Dorang apa lagi. Sampai ke rumah tak bercakap. Jadi bisu. Keesokannya baru dorang buka cerita sesama mereka. Huitt seram. Start dari tu dorang dah tak lalu KESAS jika lewat malam.

PART 3
VAN Mayat Cina Warna Putih

Pada hujung minggu hari sabtu tiga tahun yg sudah, aku pulang ke rumah mertua. Cerita lama la katanya. Pengalaman. Di Ampang taman melur untuk melawat Org tua, biasalah dah tanggungjawab. Tidolah semalam. Dan pada ahad malam isnin aku dan isteri aku balik ke Klang. Rutin isnin bekerja esoknya. Jadi baliklah ke Klang, tapi aku bertolak pada malam jam 12:30am. Semasa pulang memang isteri aku yg drive. Aku agak letih dan mengantuk sebab penat bekerja masih belum hilang jumaat tu, tak cukup rehat lah katakan. Aku tertido dalam kereta. Bila aku sedar isteri aku pandu dah sampai lepas tol Kemuning, tol terakhir. Aku pon tegur isteri aku, “Ok ke awak drive, mengantuk ke? Kalau tak, biar saya yg bawa,” kata aku. Isteri aku jawab, “takpa. Awak tido jela esok awak kerja”.

Aku pon sandar semula sambil mata tak tertutup. Kemudian memejamkan mata sahaja, layan radio. Tak tido pon. Jam menunjukan 2:15am. Sehinggalah hampir sampai ke ke flyover Klang pandamar bersebelahan Petronas pandamar indah 2 sebelah kiri. Ade satu van jenazah cina berwarna putih. Terus memotong kereta kami dengan mengejut. Tinted agak gelap. Nombor plat bahasa Thailand dan sama2 berhenti di traffic light bawah flyover utk belok ke kanan melalui pandamaran shortcut utk laluan pulang ke rumah kami. Pada masa tu jalan memang agak suram dan sejuk serta berkabus. Kereta lain pon tidak kelihatan. Isteri aku agak rase pelik dengan van berkenaan. Aku membuka mata kecil sambil tidak memikir apa2. Cuma aku perasan memang van cina mati. Tak hairan la kawasan pandamaran. Perkampungan cina.

Setelah melepasti traffic light utk belok ke kanan, ade satu lagi traffic light. Jadi kami belok ke kanan lagi. Van berkenaan belok ke kiri jln pergi ke kota pendamar. Kami pon terus dengan jalan kami tanpa memikirkan apa. Tiba2 van itu muncul dari arah tapak econsave lama pandamaran yg sudah terbakar dulu. Agak tergamam isteri aku. Lalu isteri aku kejut aku dari tido agar supaya temani die memandu. Walhal aku tak tido pon. Aku dapat agak bila isteri aku tiba2 macam tu. Jadi aku faham. Misti Ade yg tak kena hehe. Cuma aku pelik van tu ada di hadapan kereta kami. Sampai ke traffic light pandamaran berhampiran balai polis. Kami pon belok ke kanan. Van tu belok ke kiri menuju ke pekan pandamaran. Kami teruskan perjalanan sehingga traffic light simpang 4 besar bersebelahan kompleks sukan pandamaran.

Van berkenaan tiba2 muncul menghadap kami dari seberang kg. raja uda. Isteri aku dah mula risau. Sambil suruh aku baca apa yg patut. Jadi kami membaca tanpa henti surah2. Selesai lampu hijau kami lalu jalan dalam bersebelahan menuju ke McDonald Telok Gadong. Sebelum sampai ke McDonald sebelah kiri, dengan mengejut van mayat tadi muncul tiba2 dari jalan jepun. Jalan yg agak gelap dan bermacam cerita pernah didengar mengenai jalan tu. Hampir kami terlanggar van tu. Allahu akbar! Suara kami terkeluar. Allah saja yg tahu apa yg terjadi. Jadi kami tidak memotong van mayat berkenaan. Kami ikutkan sahaja dari belakang van tersebut sambil membaca apa yg patut. Sehingga la flyover bersebelahan futsal arena. Van tersebut belok ke kanan utk menuju ke station KTM telok gadong.

Selepas dari tu alhamdulillah tidak ada lagi gangguan dari van mayat cina tersebut. Sampai saja ke rumah, kami berdiam seribu bahasa. Hinggalah nak tido baru kami borakkan apa yg terjadi tadi. Itulah kisah2 dan pengalaman aku dan isteri aku melalui highway KESAS. Sampai kat kampung pon die folow kauuuuuuu….nanya hehe. Sehinggalah hari ni sampai anak dah dua pon kalau balik lewat aku dan family dah tak lalu KESAS lagi. Kalau siang tu lalu la, sampai lewat malam federal je hehe. Tamat la cerita aku. Itu la pengalaman highway KESAS. Dah takde part-part, tak mau dah..

14 thoughts on “Seram Highway KESAS”

  1. Best bro , first time dgr cite pengalaman kat kesas. I selalu lalu kesas guna motor, dari kinrara ke klang.Nasib baik xde episode seram lagi.

    Reply
  2. Cube check kt blkg keta tu kot2 ade yg nakal dok tampal SILA KACAU KETA KAMI, heheheheheh…
    Akk ni mmg byk gemok atas jalan especially malam ke awal pagi kol 2-3 ni…
    Alhamdulillah rezeki kami setakat ni clear…

    Reply
  3. 3thn lepas,aku dgn husband hampir jd mangsa nahas kt atas KESAS ni. Kejadian tu berlaku lps 3 4 hr kitorg kawen. Masa tu konon nak mulakan hidup berdikari sbgai suami isteri, aku nak balik rumah husband aku kat P.klang. Lps isyak dr rumah mak aku, aku keluar ke LDP ikut Bukit Puchong. Lps Proton, kitorg masuk KESAS. masa tu dkt kul 11 mlm, husband aku duk kt lane paling kanan sbb jln lengang plus husband aku kena masuk kje mlm tu, jd kitorg kne sampai rumah cpt utk husband aku siap2 g kje kul 12. Tgh laju masa tu, husband aku terpandang cermin pandang belakang. dia nampak kelibat putih elok duduk belakang aku. terus die menyumpah, bukak tingkap n meludah.. masa tu jugak nyaris2 die langgar divider yg block batu tgh2 highway tu sbb terkejut… nasib xjd pape. last, mlm tu aku ikut laki aku g keje sbb xnak duk umah sorg2..

    Reply
  4. Saya pun ada pengalaman kat hiway. Tapi ni dah lama dah sampai saya pun x berapa ingat detail. Dulu saya kerja di Cyberjaya dan balik kerja shif pukul 3 pagi. Balik dengan kereta yang disediakan oleh company. Dalam kereta tu ada driver, saya dan sorang lagi staf lelaki. Benda tu jadi semasa kereta saya keluar dari exit nak masuk ke hiway. Sebelum masuk main road, driver saya of course tengok kanannya dia nak make sure main road highway tu takda kereta yang tengah lalu sebelum masuk lane hiway…memang kosong takda kereta sebab pukul berapa dah tu. Dah nak masuk main road tiba2 kami dengar hon besar. Tiba-tiba lalu lori besar sebelah kami tak tahu datang dari mana. Yang lagi peliknya selepas kami terkejut tengok lori tu, kami pun pandang balik depan… baru perasan, lori tadi yang hon lalu kereta kami tadi tak ada di depan kami dah. vanish… bagaikan memang takda lori kat jalan tu.. kereta lain ada tapi lori tu takda. Staf lelaki yang duduk depan terkejut, driver tu terdiam saya pulak terkelip kelip mata rasa pelik. Saya sendiri tak tahu apa dia yang berlaku. Adakah lori itu warna gelap sampai tak boleh nampak malam2 atau pun benda lain yang kami nampak. Sekian itu sahaja yang nak di share.

    Reply
  5. best cite nih..seram giler..x boleh bayang klu tgh drive lpstuh asyik nmpk kenderaan yg sama je mcm kisah bro nih..fuhh

    Reply

Leave a Comment