Hai admin, terima kasih kalau cerita saya ini disiarkan. Kisah ini benar terjadi sekitar tahun 2010 sewaktu saya di PLKN. Ini merupakan pengalaman seram yang dialami oleh saya sendiri. Pada malam tu, suasana kem sangat seronok dan riuh rendah. Setiap team bertanding secara sihat dengan membuat kepelbagaian persembahan. Ada yang menari, menyanyi, berpuisi, berlakon dan apa sahaja aktiviti yang bersesuaian dengan malam seni kebudayaan ini.
Kisah seram bermula selepas berakhirnya aktiviti malam itu. Pertandingan itu dimenangi oleh kumpulan saya, kompeni alpha. Macam biasa malam tu selepas sahaja perjumpaan malam, kami pelatih plkn pon bergerak balik ke dorm masing-masing. Dijadikan cerita ada sorang kawan satu dorm dengan saya, dia ni jenis nampak menda-menda makhluk halus ni taw. Masa masuk pintu gerbang nak pergi dorm tu, dia kata dia nampak tiga ekor makhluk, apa yang dia nampak tak tahulah, dia cakap macam tu. Memula kitorang macam okay, buat tak tahu je kan.
Then lepas masuk bilik dorm tu, kan katil dorm plkn kan tersusun, ada sorang kawan dorm ni perasan, ada nampak macam kesan tapak kaki kecik, yang peliknya kesan dia hanya ada atas selimut setiap katil dekat lantai takda. Masing-masing dah tak sedap hati dah masa tu. Tapi disebabkan malas nak fikir, kitorang pon decide untuk buat tak tahu je sebab masa tu pon dah hampir pukul 12 malam. Bila masing-masing tengah borak-borak, tiba-tiba kitorang terkejut, tengok pintu bilik dorm ada orang tolak kuat. Rupanya kawan kitorang yang mudah nampak ni, dia masuk tergesa-gesa, terus panjat katil, lepas tu terus berselubung. Macam orang ketakutan.
Lepas tu ketua dorm kitorang pon tegur, dia cakap “epi, kalau nak tidur pon, pergilah basuh muka dulu, basuh kaki, tukar baju, takkan nak tidur macam tu je”. Pastu yang peliknya dia senyap langsung tak menyahut, kitorang pon dah pelik, semua dah pandang satu sama lain. Sebab biasa epi ni dia jenis banyak mulut taw, jaranglah kalau orang tanya, dia tak jawab. Then ketua dorm kitorang terus pergi tepuk bahu epi, lepas tu tanya, “kenapa dengan kau ni epi?”. Epi terus menjerit dia cakap “jangan ganggu aku”, suara dia dah garau masa ni. So, semua dah agak dia ni kena rasuk ni. Then semua pergi ambil yassin, baca yassin. Ada dua tiga orang macam tu pergi panggil jurulatih.
Masa tengah baca yassin tu, si epi ni meracau-racau, dia cakap “aku cakap jangan kacau aku” “woi, boleh tak jangan baca yassin”, lepas tu kitorang buat tak tahu, terus saja baca yassin, dia menjerit lagi kuat, “aku cakap jangan baca yassin, jangan bacalah, arghhhh”, kuat sangat suara dia dengan garau. Kitorang terus je baca yassin sampailah jurulatih datang. Luckily, sebab dia tak dahsyat sangat meracau, tapi kena dua orang pegang jugalah sebab dia macam mengamuk, tak duduk diam.
Jurulatih datang, takda baca apa pon, just tepuk pipi epi dua tiga kali macam tu, adalah mulut dia terkumat kamit, baca apa pon tak tahulah, then cakap macam ni, “keluar, keluar, kau buat apa dalam badan budak ni, kau nak keluar ke tak, kalau taknak sakit, baik kau keluar”.
Pastu sekejap lepas tu epi macam mengamuk, dia cakap “arghhh, arghhh” sambil badan dia meronta-ronta. Jurulatih cuba sekali lagi sambil pesan kat kitorang, jangan berhenti baca yassin, teruskan bacaan. Kali kedua jurulatih buat macam tu, menda tu pon keluar daripada badan epi. Alhamdullilah, semua dah lega. Then jurulatih tanya, kitorang buat apa malam ni. Kitorang pon cerita lah, malam ni ada persembahan seni kan.
Jurulatih tu cakap, “patutlah, korang bising, kacau tempat diorang, sebab tu menda tu marah”. Yelah, bila dah suka sangat kan, telampau excited sampai lupa diri. Menda tu pon datang lah, nak bagi peringatan, yang dia pon ada dekat situ. Jurulatih tu pesan, “nanti semua sekali pergi tandas sama-sama, jangan pergi sorang-sorang. Lepas ni jangan terlalu suka, kena selalu beringat”. Lepas je jurulatih tu pergi, ada sorang lagi kawan satu dorm, dia pengsan sebab lemah semangat, kitorang pon suruh dia tidur dorm sebelah. Malam tu, semua pergi tandas sekali, pastu masuk bilik susun tilam kat bawah, tidur ramai2 pasal takut. Hehe
Pengajaran dia, lepas ni, nak gembira tu boleh tapi kena lah ingat juga kat mana kita berada.
Itu je cerita saya.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Tu je??…hmm