Salam, hye readers FS.Ini kali pertama saya share cerita sama kamurang. Saya mula menjinakkan diri baca kisah2 seram di FS page seminggu yang lalu. Mula2 tu mahu baca2 jak cerita2 yang di share, tapi lama2 teringin juga maw share cerita saya sama kamurang.
Okay nie cerita saya pasal pengalaman seram saya di bulan Ramadhan. Oppss. Hampir lupa saya JJ. Asal Sabah. Sebelum itu saya minta maaf kalau karangan saya tunggang langgang. Hehehehe. Okay berbalik pada cerita saya,masa tue waktu bersahur.
Biasalah kan kalau berpuasa di kampung2 nie, budak2 lelaki bising kasih bangun orang bersahur. Masa tue saya berumur 14 tahun. Kakak saya, panggil Kak Da jak lah. Kak Da tengah sibuk memasak di dapur untuk makan sahur. Saya tidak menolong malas maw bangun awal, haha. Masa Kak Da tengah berperang di dapur saya pulak tengah syok2 tidur atas katil. Kira2 jam 3.20 Kak Da sudah siap masak, menghidang semua. Jadi dia kasi bangun lah kami semua. Pertama sekali dia kasi bangunĀ parents. Last sekali dia masuk bilik saya.
Sebelum Kak Da masuk saya memang bangun suda, cuma malas lagi mahu berdiri jadi saya baring2 sekejap lah atas katil. Lama2 saya termenung sendiri. Masa tue posisi saya tidur standard lah orang baring kepala tepi dinding. Tapi yang bikin hairan nie, masa Kak Da masuk bilik tue, cara saya baring tu berputar 360 darjah. Kepala saya sudah berjuntai di bawah, Kak Da panggil nama saya. Dia hairan dengan posisi tidur saya. Sekali saya buka mata.
Saya pandang Kak Da dengan mata saya yang bulat lagi besar, saya senyum sama Kak Da sampai saya rasa senyuman saya sampai sudah ke telinga. Saya nampak muka saya masa tue padahal jasad tue saya juga. Tapi seolah olah jasad tue bukan saya. Kak Da menjerit panggil nama saya sambil menangis ketakutan, berlarian dia keluar dari dalam bilik. Masa Kak Da menjerit tue saya macam tersedar cepat2 saya bangun dari tidur. Lagi bikin hairan, posisi saya tidur balik kepada asal.
Bapak saya pun risau jadi apa2 sama saya cepat2 masuk dalam bilik tengok keadaan saya. Tapi pada masa yang sama Kak Da menjerit lagi, kali nie bukan menjerit ketakutan tapi menjerit seolah olah dia sedang marah. Ya Kak Da kena rasuk oleh benda tue tadi. Sekejap dia menangis, sekejap dia ketawa, lepas tue dia teriak lagi. Nasib baik kami punya jiran seorang Ustaz, kami minta tolong lah ubatkan Kak Da, nasib baik lah benda tue tidak lama kacau Kak Da. Dan begitulah kisah sahur kami yang suram.
Kesian Kak Da tidak dapat bersahur, terpaksa lah dia ganti puasa hari tue. Okay sekian daripada saya. Minta maaf banyak2 kalau ada tersilap bahasa. Lain kali saya share lagi kisah2 saya yang lain.Masih ada banyak lagi. Saya undur diri untuk kali ini. Selamat berpuasa.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bulan puasa ada hantu ke
Bukan bln pose semua setan kena rantai ke? Hm
Syaitan kena rantai, jin x kan?
shuben call lps subuh pg td, die cerita tgh solat subuh, ade bende menyeringai dpn die (siap tunjuk gayanye).. aku gelakkan aje, terus die marah…aku ckp, maybe kedai tu ade pakai kot, die ckp xde.. bila die bgtau tuan kedai, tuan kedai ckp, maybe kwn2 die yg menyakat, tp shuben ckp xmungkin sbb die ngadap dinding… rase2, ade ke idak eh antu bln pose??? errmmmm~
Shuben?
sumber dari Google
shuben definition. 1. (n.) someone who is deliberately malicious, a jerk.
haha..ttbe trbyg kmpln zero plak ble bce cter ni. nice..
btw, crystalline btol. jin xkne rntai.
mcm kau…
kahakah.meroyan pe ko reply komen aku? bosan nah ea xkena maki?hahaha
bila nabi muhammad kata semua syaitan dirantai pd bulan ramadhan, baginda mmg bermaksudkannya. tak ada qiyas dan khilaf lg ttg perkara ini. makhluk yg ditimbang amalannya cuma jin dan manusia sbb jin dan manusia ini, ada yg baik dan yg jahat. yg islam dan kafir. makhluk yg confirm masuk neraka ialah syaitan dan iblis. hanya mereka ini yg dirantai pd bulan ramadhan. jin bebas seperti manusia di alam ghaib sbb ada antara mereka yg muslim sedang melaksanakan ibadah berpuasa. manakala jin yg kafir jg turut mengurangkan aktiviti maksiat sbb syaitan yg selalu menghasut, menggoda dan membisikkan kejahatan kepada mereka telah dipasung. jin juga seperti manusia, mereka jg tidak dapat melihat syaitan sbb dimensi alam ghaib jin dan alam ghaib syaitan adalah berbeza. mereka juga turut dihasut oleh syaitan utk melakukan kejahatan. seperti manusia , jin juga ada kepelbagaian agama dan mazhab. sebilangannya adalah ahli sihir dan penyembah syaitan laknatullah. yg paling jahat dikalangan mereka adalah pengamal sihir dan penyembah syaitan ini. yg lain tu, cuma jahat2 biasa jer… contoh jin yg muslim ponteng puasa la… tak solat la… ganggu manusia la…. yg kafir pun begitu jg… ganggu manusia, merogol, mencuri dsb… kalau ada jin kafir yg merasuk dgn alasan nak berkawan, tawarkan kepada mereka utk menjadi saudara kita dgn syarat bersyahadah sbb Rasullullah SAW bersabda: Setiap yg Islam itu adalah bersaudara. sekadar perkongsian ilmu. semoga bermanfaat kepada semua…
Terima kasih atas perkongsian ilmu.semoga Allah merahmatimu dan keluarga.amin
okayy terjawab. perkongsian yg baik
Ada ja setan. Kalau x ,tadak mak aku sakit teruk puasa tahun lepas. Semua kes dengki , lebam selebamnya badan. Dah berbelas tahun sampai sekarang . Sedih !
wow tq to komen @dawsa. sgt manfaat
#cumel