Sesat Di Midvalley

Salam pada semua pembaca FS. Sebelum aku nak ceritakan kisah yang aku alami, sebenarnya aku bukan peminat kisah-kisah seram ataupun misteri, tapi kejadian yang berlaku ini betul-betul memberi kesan terhadap diri aku. Kawan sebilik aku yang menunjukkan page FS ini setelah aku ceritakan kejadian yang telah berlaku, katanya, “mungkin kau boleh kongsi pada semua terutama student UM, hahaha”. Maafkan aku sebab menggunakan kata ganti diri “aku” supaya lebih selesa dan kena dengan mood aku nak menaip. Okay kita mulakan.

Baiklah. Kisah aku bermula pada hari Rabu lepas, aku merupakan pelajar tahun akhir di Akademi Pengajian Melayu di sebuah Universiti Malaya. Sekarang merupakan cuti semester dan aku tidak pulang kerana bekerja secara sambilan di sebuah pasaraya dan menetap di kolej kediaman di dalam kampus(rahsia). Aku tinggal bersama seorang lagi teman sebilik yang turut sama tidak pulang kerana bekerja( Model kot, hari2 dia shooting). Aku yang tak berapa lawa ni jadilah promoter je.

Hari Rabu lepas adalah hari cuti “Off Day” aku sehingga Khamis, maka aku berseorangan di bilik, sedangkan kawan aku sibuk dengan modellingnya. Bila aku whatsapp dia kata dia balik awal pagi nanti. Disebabkan aku seharian duduk di bilik, aku ambil keputusan untuk menonton wayang di GSC Midvalley. Maka bersungguhlah aku bukak laptop (line Ya Ampun Lajunya) dan tengok waktu tayangan. Jam menunjukkan jam 8 malam. Cerita yang aku nak tengok pulak ada jam 9, 11 dan 12 malam lebih kurang macam tulah. Aku dengan beria nak tengok tempat duduk, tup tup yang pukul 12 malam je ada tempat duduk yang logik (sape yang biasa tengok wayang akan faham). Sape pulak nak patah tengkuk duduk depan-depan. Maka aku belilah tiket wayang jam 12 malam.

Selesai solat Isyak dan layan movie sebiji dua, aku turun ke parkir kereta dan menghidupkan enjin dan meluncur laju ke arah Midvalley. Jam dah 11.40 kalau tak silap,a ku terus masuk parking atas yang searas dengan GSC supaya tak jauh nak berjalan ke wayang. Aku pon sampai dan layanlah cerita tu walaupun takdelah best mana trailer je A, hahaha. Selesai wayang aku keluar dan ke toilet (sejuk kot wayang tadi). Kat sini wayang aku pulak bermula. Aku ke toilet atas sebelah tempat bowling semua tu.

Masa aku masuk, memang aku sorang je sebab pintu tandas semua memang terbukak (tak rapat aku assumelah takde orang). Bila aku keluar nak ke sinki, ada satu bunyi dari tandas sebelah yang aku guna. Mulanya aku ingat aku salah dengar, tapi bila aku pasang telinga, sah! Memang ada bunyi. Bunyinya macam lelaki tengah bercakap seolah-olah bercakap dalam telefon (bermonolog). Dalam keadaan takut campur geram aku pon pergi dan tolak pintu tandas tu. Tapi takde orang dan suara tu hilang. Aku pelik dan mulalah perasan yang aku sorang-sorang rupanya dalam tandas pukul 2 pagi! Aku keluar dari tandas dan terus ke tempat parkir. Masa ni peluh dia takyah cakaplah, memang takut.

Dalam kereta aku mula fikir pasal kejadian tu. Menyumpah betul bila aku berani tolak pintu tandas tu. Buatnya ada pompuan rambut panjang kenyit mata ke gelak mengilai baru padan muka. Aku hidupkan enjin dan mula bergerak keluar. Dari tingkat aku parkir aku turun dan ikut jalan KELUAR. Satu persatu tingkat aku turun. Aku hidupkan radio tapi signal dia macam hidup segan m**i takmau je. Biasalah parkir kan. Aku terus menekan pedal berselang seli dengan brek apabila nak membelok. Sedang syok pusing stering baru aku sedar, dah berapa tingkat aku turun kenapa tak jumpa-jumpa pintu nak bayar tiket. Masa tu aku rilek lagi. Ingatkan aku mamai sebab fikir kes kat tandas tu. Aku mula kira tingkat yang aku turun. 1….2….3….4…5..

Gila! Setahu aku, aku naik 4 tingkat je masa nak parkir tadi. Kenapa aku tak jumpa-jumpa jalan keluar? Masa ni aku panik dah. Aku amek telefon dan menyumpah-nyumpah sebab betul2 ada 1% dan takde powerbank dan takde line. Aku tak berhenti sebab aku takut. Aku terus bergerak ikut tanda KELUAR. Masa tu aku baru perasan yang takde sebuah kereta pon ada sekali. Bayangkan parkir semua kosong macam cerita Desolasi. Aku mula menangis, aku takut yang teramat sangat. Aku panggil nama mak ayah aku. Keretaku masih bergerak dan aku cuba cari jalan keluar, aku cuba patah balik ke atas dengan harapan dapat jumpa semula pintu wayang yang aku masuk tadi. Misteri sangat bila aku naik ke atas pon sama. Aku macam naik 50 tingkat tapi semua benda sama pada setiap tingkat. Bayangkan perasaan aku. Aku turun pun sama, naik pon tetap sama.

Dalam masa gelabah tu jugaklah aku ada perasan kat cermin belakang, ada macam lembaga berwarna merah kat hujung jalan kat arah belakang kereta aku. Lembaga tu seolah-olah macam manusia berbadan kurus, ada janggut yang pnjang sampai ke bawah, tak pakai pape dan kedua tangannya ke atas. Aku nak toleh harap maaflah ye. Aku cuma tengok cermin belakang dengan hujung-hujung mata sebab masa tu hanya Allah swt yang tahu betapa takutnya bila nampak, aku siap doa supaya aku pengsan.

Tapi aku tetap meluncur naik dan turun cuba mencari jalan keluar. Aku dalam takut-takut tu sempat juga tengok cermin, setiap kali 1 tingkat akan ada makhluk yang berwarna merah tu kat hujung setiap tingkat. Aku tak kira dah berapa tingkat aku turun naik sebab aku tau nak keluar ASAP! Padanlah takde CD Alquran dalam kereta yang aku kira boleh membantu masa saat-saat genting macam ni, nak baca surah pon tergagap sebab memandu dalam keadaan macam ni. Bukan jalan lurus tapi kau kene membelok setiap kali turun naik tingkat. Kira boleh buat drift macam tu (myvi boleh ye?)

Saat menakutkan ni berakhir secara tiba-tiba ada guard tengah jalan kat 1 tingkat. Aku hon dan dia respon. Masa tu aku bersyukur sangat-sangat, Allah je yang tahu leganya bila berjumpa “manusia” lain. Aku panggil dia dan bagitau apa yang jadi walaupun dia tak faham, hahaha Nepal kot. Aku mintak dia tunjuk jalan, dia setuju dan aku ikut je dengan kereta perlahan-lahan. Aku turun 1 tingkat je terus ada tempat bayar untuk keluar dan ada sorang akak je kat dalam tu. Peliknya aku turun naik macam orang gila tak jumpa apa pon. Aku terus hulurkan tiket dan akak tu buat muka pelik. “Adik baru turun ke? Dah pukul 6 ni”, tanya akak tiket tu. Baru aku sedar yang dekat 4 jam aku bergelut cari jalan keluar. Fuhh. Keluar je dari parking aku berhenti depan hentian teksi dan jumpa dengan sorang “security” Melayu yang duduk kat tepi pintu.

Aku cerita segalanya kat brother tu dari A-Z. Brother tu panggil sorang lagi kawan dia dan diorang tanya aku soalan macam2. Rupanya bukan aku je pernah jadi macam tu. Pernah ada kes yang sama, tapi dia dekat dalam Midvalley lepas keluar wayang tak jumpa jalan keluar sampailah waktu tengahari, itupun guard jumpa kat dalam bilik servis kalau tak silap. Aku bersyukur aku tak jadi pape, Allah masih pelihara dan lindungi. Aku balik terus ke kolej lepas tu dan tak boleh tidur. Aku tunggu roommate aku bangun dan cerita segalanya. Aku dok teringat suara dan lembaga merah tu sampailah sekarang, aku bukanlah orang yang percaya kat benda-benda sebegini dan kisah yang aku alami ni memang merubah aku. Nasihat aku terutama yang perempuan berhati-hatilah tak kira mana korang berada. Selalu minta perlindunganNya.

Semoga cerita aku dijadikan iktibar- RYTCI

Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 4.8]
RYTCI

60 thoughts on “Sesat Di Midvalley”

  1. Aku percaya, MidValley tu mmg haunted! Cukuplah sekali aku pegi tgk wayang kat situ, malam gak. Scary tayah citerlah. Kesian kau, aku assume dari pukul 2 lebih, sampai pukul 6 baru jumpa ticket counter, mmg parah kena game ni. Apapun, nice experience!

    Reply
      • Kat toilet. Ingatkan ada orang, sakan bunyi air, sekali tolak pintu, takde orang. Bila tgk cermin, ada orang kat belakang, kita tau yg mmg kira sorang, tapi bila toleh belakang, tadek dah serta-merta. Kan cermin kat situ besau2 alam. Memang syok la dok dalam toilet ngadap cermin, membelek muka yang tah kenapa tak cantik-cantik. Ada ler lagi beberapa lagi kat parking. Tapi aku kena tak ler angker mana pon seangker penulis kat atas. Tu tahap meroyan kena game.

        Reply
  2. penakut sangat kot. tu yang kaw2 kena game. kat situ mmg scary sikit sebab tgh2 tu ada kuil hindu. nasihat aku sape2 yg kena situasi mcm tu, lebih baik berhenti sekejap. tarik nafas dalam2 dan baca jer apa2 yg patut. makhluk halus ni mmg dapat kesan rasa takut manusia sbb perasaan takut manusia salah satu sumber tenaga dia. begitu juga jika kita sebut nama Allah dgn penuh keyakinan. dari jarak berpuluh malahan beratus batu lagi dia menjauhkan diri dari kita. Insya-Allah…

    Reply
  3. same situation babe! cuma aku terkena dekat palm mall seremban after midnight movie gak. bukan kat parking lot lah. dalam mall. nasib baik reramai. end up pakguard jumpa kitorang dekat depan escalator tengah berhalaqah sbb nak tenangkan keadaan and baca baca supaya dapat keluar. serik diknon nak midnight lagi. hahahaha

    Reply
    • Omg same! Pernah kena jugak dekat palm mall pkul 2 am..dah la baru habis tengok movie conjuring time tu.. Mall semua dah senyap time tu

      Reply
    • Wehhhh pasaipa dgn pall mall. Ceciter wehh. Sesiang pun soram bona nak p pall mall sbb parking mcm haremmm. Hakak sgup tgu parking depan. Hakak selalu midnight movie terminal 2. Kurang seram skit sana.

      Reply
    • Laaa situkan memang “keras”.
      Ko dah ada baca tak novel TOWN MALL?
      Kisah Palm Mall tu, samalah dengan TOWN MALL. Memang itulah kejadiannya menurut kata orang.
      Gi carik novel TOWN MALL.

      Reply
    • Kat situ, ada toilet yang tadek cerminkan?
      Memang taleh pasal cermin. Pasang je pecah, kalau pasang gak, pasti jadi benda tak elok lepas tu
      Ni semua kerja syaiton. huh!

      Reply
  4. aku pernah kerja dkt mid valley dlu, as a promoter la jugak. Paling xsuke kalu kne kerja noon shift bayang kan la kita sorg2 nak lalu tmpt parking myusuri tangga.. dan mid valley mmg ada kwsn yg ada pkara2 mistik berlaku, xsuggest kalu korang bsorangan.

    Reply
  5. Laaa,baru tahu yang Midvalley tu bermisteri.Selama ni pergi,Alhamdulillah,tak kena apa-apa lagi.Tapi pengalaman sis tu membuatkan saya terbayang yang saya berada di tempat sis waktu tu.. Fuhh,,mmng seram.

    Reply
  6. Mid valley ke sunway ke sama je bab parking2 nih..nak2 lgi parking bwh tanah..Nasib jumpa jalan kuar..klau benda tu nyajak nye kamu main2,,fuhhhhhhhh… idak ler teman..huhu

    Reply
  7. hoiii…seramnye wehhh…baru aku tau mid valley tu menyeramkan rupenyee…nasib aku xde penah teringin tgk wayang memalam…

    Reply
  8. Akak lagi seram membygkan kena pusing turun naik parking tu sampai 4jam pastu MINYAK HABIS…
    Mampuiihhhh…nayo beb…
    Mmg itu jam gamaknye mau ilang takot dek marah+geram pastu akk soh benda alah tu plak tolong tolakkan keta…
    Jgn lupeeee bayarkan skali duit parking…
    Parking mahei kot smpi 6-7jam dok dlm tu…
    mmg amalan syaiton btol membazir minyak+duit parking tuuu…
    Moral value:klu g midvalley sila bwk minyak spare dlm botol kay…lg sng naik teksi…

    Reply
  9. Aku kene kat bts. Ade panggung imax atas tu. Tapi seb baik bwk awek aku yg sexy bgetah. X jadila dia kacau kot tgk aku dah bpunya.

    Reply
  10. Assalamualaikum,

    Alhamdulillah saya dah bekerja di kawasan parkir midvalley hampir 3 tahun dan tak pernah terjumpa apa2.

    Sekadar nak kongsi struktur parkir yg dekat dgn gsc:-

    1) level yg sama gsc adalah level 3a Zone G
    2) dari Ground floor level 3a ni adalah bersamaan 7 tingkat (elevated level dari 1a, 1, 2a, 2, 2b, 3, 3a)
    3) keseluruhan level parkir bersamaan 12 level dan 2 Zone (G dan H)
    4) Susunan level dari bawah : 1a, 1, 2a, 2, 2b, 3, 3a, 4, 4a, 5, 5a dan 6
    5) dari level 3a – 6 zone G dan zone H boleh berhubung (laluan nampak panjang) manakala level 3 kebawah zone G dan H tidak berhubung.
    6) laluan parkir midvalley memang agak memeningkan sekiranya tidak faham.

    Sekadar berkongsi

    Reply
    • Dah berdasarkan pengalaman juga, aku kalau parking kat mana-mana shopping mall bertingkat-tingkat ni tak pernah sesat ye awak. Sebabnya ko at least jumpala 1,2 sign ‘keluar’ dan tanda ‘arrow’. Melainkan macam kes macam ni. Sah-sah ‘dimainkan’. Harap maklum.

      Reply
    • Suka park kt G …awal2 dulu penah gak keliru…masuk G kuar H…x sedar bila aras atas tu dia manjang terus ke H..berdebar gak haha….skang dh hapal dh hehe

      Reply
  11. takutnye..tapi parking kat midvalley tu mmg suram & seram even siang. Teringat parking kat situ dulu terlupa nak tutup lampu. Terpaksa jump start sbb kereta habis bateri cis

    Reply
  12. Penulis ni katanya belajar di apm , tapi 80% bahasa pasar dan bahasa rojak .. apatah lagi orang2 diluar yang kurang arif tentang bahasa seprti saya .. kita mengharapkan mereka ni utk mengekalkan kewujudan bahasa sebagai cikgu, pensyarah bahasa.. rasanya 10-15 tahun lg anak2 muda kita x dapat menguasai bahasa dan bahasa melayu dipandang jijik oleh majikan di syarikat2 kecil dan besar.. manakn ketam dapat mengajar anaknya berjalan lurus? Tapi apapun cerita cik ni agak menarik dan memberi pengajaran kepada gadis2 diluar untuk tidak keluar bersendirian.

    Reply
  13. Alhamdulillah.. Selama kerja di midvalley.. Ade kerja overnight smp ke subuh (setup booth event, or stock take) tak pernah alami kejadian misteri lagi.. Hehehe

    Reply
  14. Biasalah tu. Dulu situkan lombong plus berapa ramai plak m**i kat situ. Tp mcm biasalah bila diuji tu. Pnah keje sana tp toilet tgkat 2 lah yg paling umphh kalau nak jumpa pown. Goodluck guys. ☺

    Reply
    • ha yg tu aku pon penah rasa mcm ada jugak. tapi dah nak terkucil sgt2,toilet semua kunci. last2 bukak toilet oku pulak xde lampu rosak. bantai je la dah xtahan sgt,seram tu mmg seram tapi sempat la jugak siap cuci muka dlm gelap2 bertemankan flash fon.

      Reply
  15. Yang tak pernah jumpa mungkin seorang yg berani…benda2 halus ni mmg suka mengacau org yg penakut…lagi takut lagi dia sakan kacau…

    Reply
  16. Saya pon pernah nonton midnight movie kat GSC, Mid Valley. Masa tu just naik tren dan balik naik teksi. Mmg agak seram walaupon ada penonton(yg menonton dalam wayang – masa tu lebih kurang 5 org) tambahan pulak cerita seram. Time exit tu kena jalan keluar belakang Mid Valley, sorang2 pulak tu jadi tersesat jap pastu baca doa sikit.. dah jumpa tempat awam n teksi.. memang meremang jugak, syukurlah xde penampakan masa tu..

    Reply
    • try tgk kat mbo viva mall cheras. konfem seramshit. dah masuk baru rasa nyesal,siang2 pon seram. 3-4 orang je kat dalam panggung.

      Reply
  17. pakcik aku kerja kat midvalley.dia selalu tengok wayang malam2.aku nak cerita kat dia pasal ni.biar dia insaf sikit.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.