Asssalammualaikum. Buat mana yang cakap aku tiru Ijam tu minta maaf banyak banyak lah ye sebenarnya aku pun tak sedar cerita tu tergantung kat situ. Sebab cerita tu panjang sangat terlupa nak copy paste dekat note lain. Hehe maafkan saya.
Okay. Lepas tu, aku pergi rumah jiran nak pinjam phone dan minta bantuan. Terkejut jiran tengok aku serabai semacam. Aku tak berani nak tinggalkan rumah tu macam tu je sebab aku masih tak yakin sama ada itu kakak aku ataupun bukan. Aku pun call kakak aku, betapa terkejutnya aku dia cakap dia masih kat hospital baru habis rehat. “Awat hang ni call aku guna number orang lain? Hang kat mana ni?” Dia tanya aku. Aku jawap, “hang tak da balik ka tadi?” Aku mahukan kepastian. “Pasai pa aku nak balik dah shift aku shift malam? Hang ngigau ka, Rien?” Aku terus ceritakan kat dia pasal apa yang jadi dan minta dia balik sekarang jugak. Lepas tu dia pun terus balik rumah sambil tu call ustaz. Tapi masa dia on the way keluar dari hospital tu, patient yang nama Sarah ni tetiba tahan kakak aku. Dia asyik cakap, “maafkan akak, maafkan akak.” Disebabkan risau dan kelang kabut, kakak aku buat tak tahu dan minta nurse yang bertugas redakan keadaan Sarah tu.
Tengah tunggu kakak aku, aku tengok lah laman rumah kami. TAK ADA KERETA WEH. Sebab masa ‘kakak’ aku balik tu, aku memang nampak kereta kakak aku. Masa ni for sure 100% bukan kakak aku tadi tu. Setengah jam macam tu, kakak aku dan Ustaz Daud sampai. Masa kami pelawa ustaz tu masuk, dia kata tak nak, rumah ni panas. Lepas tu, dia baca ayat ayat suci baru dia masuk rumah kami. Alangkah terkejut nya kami masuk rumah tengok keadaan rumah yang macam reban ayam.
Kenapa la banyak banyak hantu, hantu pemalas yang kau bawak balik, kakak oi.
Ustaz suruh kami tunggu di luar sementara dia tengok tengok rumah kami. Lepas tu, dia panggil kakak aku. “Hang kerja kat hospital kan? Hang ada rasa sesuatu yang pelek ke dak?” Dia tanya. Kakak aku masa tu takda pulak terfikir pasal Sarah tu jadi dia jawap tak. Ustaz tu cakap, ada benda ni ikut kakak aku balik rumah sebab dia ni sesat. Benda ni tersalah ikut tuan. Sebab dia fikir kakak aku ni tuan baru dia la kakak aku asyik tengok ‘aku’ tiap tiap malam. Sedangkan aku tak ada pulak terserempak dengan benda ni kecuali baruk sejam yang lalu. Benda ni tidak mendatangkan bahaya sebab dia ingat kakak aku tuan dia.
Benda ni jadi bahaya bila ustaz tu suruh dia keluar dari rumah. Dia tak nak. Akhirnya dia merasuk AKU! Kau nak kakak aku pulak yang kau rasuk. Mangkuk jamban betul. Menurut kakak aku, aku tetiba pengsan sebelum bangun semula sebagai benda tu. Benda tu guna badan aku untuk mencederakan aku sekiranya ustaz Daud berkeras menghalau dia keluar. Aku meronta ronta disaat ustaz mengalunkan bacaan al-quran. Ya, ketika dirasuk itu aku rasa panas. Panas yang membahang.
“Hang keluaq la dari badan budak tu. Dia tak salah. Hang yang sesat. Jangan kacau dia orang.” Ustaz tu bercakap dengan ‘aku’. Kakak aku cakap benda ni berdegil. Dia mula buat aku menghentak hentak badan ku di dinding. Lepas tu, meronta ronta macam cacing kepanasan. Memandangkan ustaz tu datang seorang, dia tak boleh nak pegang aku. Jadi dia baca dari jarak yang dekat. kakak aku cakap ustaz tu terpaksa bunuh benda tu, sebab benda tu nak bunuh aku. Lepas tu, kami dapat tahu rupa rupanya benda tundatang dari patient nama Sarah. Hm patut lah minta maaf bagai nak rak. Takpa lah kami maafkan.
Alhamdulillah lepas tu tak ada benda buruk lagi jadi kat kami dua orang. Cuma…hijab aku jadi terbuka. Aku dapat tengok benda benda tu. Aku nampak ada benda belakang kau yang tengah asyik baca cerita aku. Dia marahkan kau sebab kau samakan aku dengan Ijam. Hehe.
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Belakang aku ada dingding ja, baca sambil sandaq…hahaha…..
Sama ke?? x perasan pon???
Belakang sy Ada Encik li. Haha.
Sweet.hahahahaa
Mknanye Sarah tau benda die ikot kakak tu ekk…
Abis tu lps dh mati natang tu, ape jd pd Sarah…???
nampak kak Yulie…tingat M …gindu lak
nsib tak kata kau macam ijam.. jadi x da apa2.. hihi
Ha ah ape jd dkt tuan die sarah tu
Choi je ayat2 last. X memasal aku pusing tgk smbil rse seram..?
ayt akhir win ! hahah
suka|suka|suka|suka 1000x
deyyyy kojaqq