Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Kali ni aku sedikit bersemangat untuk menaip disebabkan dah lama tak menaip untuk FS ni sebenarnya. Okay sebelum aku mula mengarang, aku nak berterima kasih kepada barisan admin yang sudi siarkan kisah aku selama aku menulis untuk Fiksyen Shasha. Alhamdulillah ini merupakan kisah ketujuh yang dapat aku terjemahkan dalam bentuk penulisan. Tidak lupa juga kepada pembaca pembaca FS yang memberikan respon yang baik dan kritikan yang membina aku supaya jadi lebih baik.
Jumaat, 28 April 2017
Pada hari tersebut, aku kerja separuh hari sebab kali ni aku balik kampung naik bas. Tiket bas sedikit awal, pukul 4.15 petang naik di Hentian Duta. Bukan berseorangan, Amm jadi peneman kali ni. Amm kawan sekolah aku dahulu semasa aku di tingkatan 6. Sekarang dia masih lagi belajar di UiTM Puncak Alam. Jadi dia pun nak balik kampung sebab cuti pertengahan semester. Pukul 3 petang aku tunggu Amm di stesen komuter Pantai Dalam. Hujan sedikit renyai ditambah lagi awan yang kehitaman menaikkan adrenalin dalam tubuh aku. Ya aku memang suka cuaca yang mendung dan gelap. Aku nampak kelibat Amm dari jauh melambai lambai. Lekas aku memanggil uber dari aplikasi. Lokasi yang dituju kami Hentian Duta.
“Sempat ke ni Amm? Bas kita empat suku ni. Hang tengok jam dah pukui berapa.” Aku mundar mandir resah kalau tak kesampaian nak balik.
“Aku berserah jela.” Kata Amm dengan muka pasrah.
Aku call terus driver uber yang “accept pickup” kami.
“Hello Mr Choo, saya bawah flyover sini. You dekat mana?”
“Tunggu, tunggu I uturn”
Dia menyalakan lampu signal kecemasan dari jauh (Padahal boleh je tengok nombor plate). Jalan sedikit sesak pada hari tu. Sampai saja kami di Hentian Duta tepat jam 4.15 dan bas yang kami nak naik masih menunggu di situ. Fuhh selamat. Bergelak sakan aku dengan Amm. Bukan apa, masing masing dah muka cuak risau ditinggalkan bas. Kali ni aku turun di Terminal Amanjaya, Ipoh sebab tiket Gerik, Kuala Kangsar semua dah habis. Jadi, Mirul dan Sara (kawan aku dalam kisah lata kekabu, lelaki) akan ambil kami di sana. Sejam jugak la aku dengan Amm tunggu kat kedai mamak. Baru nampak kelibat. Aku masuk dalam kereta. Sara berpindah ke tempat duduk belakang tanda memahami kaki aku panjang sempit nak duduk belakang. Baru saja sepuluh minit bergerak pulang ke rumah, Mirul mulakan satu perbualan yang agak serius.
“Ju, aku ada dengar cerita, gunung yang kita nak naik ahad ni ada puteri. Aku dengar jela taktau betui ka dak”
“Hahaha ! Hang banyak sangat tengok movie ni.” Respon aku agak klise. Mungkin tak nak plan tergantung di pertengahan jalan.
Kami terdiam seketika. Sesudah hantar Amm ke rumah di pekan Lenggong, baru Mirul bincangkan apa yang dia aturkan seperti dalam perbualan di Whatsapp beberapa hari sebelum tu.
“Abang Sarip ada bagitahu aku, benda ni kita kena buat malam. Kalau tak berani buat sorang, kita buat berdua” tambah Mirul.
Keesokan harinya pukul 11.40 malam, sedang asyik aku layan siaran langsung bola sepak. Datanglah si Mirul ni. Muka agak bersemangat. Berseri seri. Rambut disulam pomade lima belas ringgit barangkali. Jika diadunkan dengan foundation dan blusher pasar malam, mungkin nama boleh ditukar kepada Mimi. Pegang kadbod yang tertulis “RM50, belakang sahaja”. Tiba tiba terasa loya. Okay lupakan imaginasi tu.
Aku naik motosikal sekali Mirul dan terus dia bawa aku ke satu kawasan yang penuh dengan pokok pisang. Setahu aku, itu kebun pisang jiran aku. Jangan orang cakap kami curi pisang sudah lah. Kawasan tu memang sunyi. Yang ada hanya sebatang tiang lampu jalan. Lampunya bercahaya jingga agak malap. Kawasan lain hanya dikelilingi gelap gelita. Mirul bergegas ke pokok pisang yang berhampiran tiang lampu tersebut. Dia ikatkan benang berwarna putih di batang jantung pisang yang tergantung. Benang itu disimpulkan tujuh kali dan hujungnya mestilah mencecah bumi. Kemudian dia ajak aku tunggu di kawasan gelap di mana motosikal dia berada. Tak lama selepas tu, kedengaran suara perempuan yang agak nyaring persis perempuan mengerang ketika mahu melahirkan anak. Suara tu datangnya dari pokok pisang yang diikatkan benang tersebut.
“Arghhhhh !” teriakkan tu buatkan kami terpaku tanpa bicara seketika. Aku pegang erat bahu Mirul tanda aku sudah tak selesa untuk tinggal lebih lama disitu. Tiba tiba muncul satu kelibat dibawah cahaya lampu jalan tersebut. Kelihatan seperti seorang tua berkain pelikat lama dan baju kemeja putih lusuh. Dia mendongak lama ke arah pokok pisang tersebut dan berlalu pergi ke arah kawasan gelap hilang dari pandangan kami.
“Kita kena kira betul-betul sampai yang ketujuh”, jelas Mirul. Aku hanya berdiam sahaja dan perhati apa yang berlaku. Jelmaan kedua pula muncul tiba-tiba dari satu sudut gelap. Kali ini berupa seorang wanita sedang mendukung anak kecil. Dia juga memerhati dari punca suara tu dan menggelengkan kepala. Kemudian dia berlalu pergi sepertimana jelmaan yang pertama. Kejadian itu berturutan sehingga munculnya jelmaan ketujuh. Kali ini sedikit berbeza. Entiti tersebut berbadan besar dan berbulu panjang serata tubuh badannya. Langsung tidak ada paras rupa manusia. Mukanya agak bengis. Taring melepasi dagunya yang berlapis. Ulat-ulat berwarna putih berkampung di muka kirinya. Tiba tiba dia pandang ke arah kami. Degupan jantung ibarat kelajuan ‘dubstep’. Kelam kabut juga Mirul hidupkan enjin motosikal dia. Kami cuba tinggalkan tempat tu tapi motosikal seakan akan berat pada mulanya.
“Ahh gear empat rupanya patut berat!” Aku toleh ke belakang. Entiti tu hanya kaku disitu. Matanya tak berkelip. Dia hanya melemparkan satu senyuman sambil ulat ulat jatuh dari pipi kiri. Mirul hanya diam tak kata apa apa. Ah aku dah risau tu bukan Mirul tapi entiti lain yang menyerupai dia.
“Wei Mirul, ‘ex girlfriend’ hang nama apa?”
“Kenapa set*n? Nak try ke?” Phew. Betullah tu Mirul. Sampai saja di rumah kami berdua tersandar di dinding. Mirul keluarkan kertas dari poket dengan tangannya yang menggeletar.
“Kertas apa?” soal aku ingin tahu.
“Aku dapat agak kalau benda tu keluar memang tak lepas nak baca ayat kursi, jadi aku tulis dekat kertas. Tapi lupa jugak la nak bawak keluar.”
Hati rasa tak sedap tapi kami perlu lakukan persediaan untuk daki gunung awal pagi berikutnya. Mirul buat keputusan untuk lepak di rumah aku sementara tunggu yang lain sampai. Lebih kurang pukul 2.30 pagi aku terima panggilan telefon dari salah seorang yang akan ikut aktiviti tersebut. Nama dia Alya. Katanya dah hampir tiba di lokasi pendakian. Gunung tersebut tak ada lah jauh sangat dari rumah aku. Aku, Mirul, Amm dan Aina naik satu kereta menuju ke kaki gunung tersebut. Selang beberapa minit Alya dan 5 orang lagi tiba di lokasi. Farisha, Ilyas, Iman, Faiz dan Fatin turut serta. Kesemua sekali 10 orang. Lebih kurang pukul 3.15 pagi kami mulakan perjalanan dengan menyeberangi sebatang sungai kecil. Sejuknya bukan kepalang.
Aku biarkan Mirul di bahagian hadapan sekali dengan lampu suluhnya. Kadangkala terasa seperti diperhati. Tapi bukan dia yang kami cari, yang penting kepuasan mendaki. Aku tak pedulikan bunyi bunyian yang hinggap di gegendang telinga walaupun terasa agak seram. Sampai di satu persimpangan lorong pendakian. Di situ ada dua simpang, tapi tiada langsung papan tanda. Mungkin atas sebab gunung tu baru sahaja dijadikan lokasi mendaki. Kami putuskan untuk memilih jalan di sebelah kanan. Selepas lebih kurang 30 minit kami mendaki, kami mula sedar yang kami semua sudah sesat dan salah pilih jalan. Setelah diperhatikan betul betul, jalan yang kami pilih adalah jalan atau laluan air ketika hujan sahaja. Kami pilih untuk patah balik memandangkan Mirul sudah tanda jalan dengan mematahkan ranting ranting disekeliling laluan. Tapi kami tak berjaya. Tanda tanda tersebut tak berjaya kami jumpa. Kami cuba bertenang dengan berehat untuk berbincang mengenai situasi yang sedang kami hadapi. Secara tiba tiba Mirul berbisik ke telinga aku. Dia tarik aku sedikit jauh dari yang lain.
“Aku nampak benda yang kita jumpa dekat pokok pisang tu dekat sini. Aku rasa dia ikut kita.” Dengar saja Mirul cakap macam tu, aku terdiam. Jantung berdegup bagai nak gila.
Farisha yang nampak aku dan Mirul berbisik agak jauh mula timbul syak wasangka.
“Korang memang nak kenakan kitorang semua ke macam mana ni?” Keadaan masa tu sedikit tegang. Perang mulut antara aku dan Farisha yang mungkin sudah dalam ketakutan berlarutan beberapa minit. Keadaan sedikit gamat. Dalam riuh tu Amm ternampak seorang budak lelaki lingkungan 4-5 tahun sedang peluk pokok lebih kurang 30 meter dari tempat kami berhenti. Budak tersebut hanya peluk pokok tu tanpa buat apa apa melainkan memerhatikan gelagat kami. Masing-masing cuba untuk tidak endahkan apa yang Amm tunjuk. Dalam kebuntuan yang ditemani ancaman rimba, Mirul punya satu akal yang kebiasaanya dia akan lakukan bilamana menghadapi situasi macam ni. Dia panjat satu batu yang ada di lereng bukit dan melaungkan azan. Setelah hampir sejam bergelut untuk cari jalan keluar akhirnya kami tiba di persimpangan pertama tadi.
Fuhh lega. Kekalutan dalam minda sedikit reda. Kami teruskan pendakian ke arah yang lagi satu. Aku dan Mirul mendahului yang lain. Sedang aku panjat rintangan yang ada, aku pandang ke bawah. Aku kira bilangan yang ada. Aku kira ada sembilan. Degupan jantung kembali kencang. Ahh sudah datang bersepuluh. Macam mana pulak ada sembilan.
“Memang la sembilan, diri sendiri tak kira. Payah la kalau semua benda nak kena ajar. Aku kira cukup je sepuluh” Mirul mencelah. Aku kira lagi sekali. Kali ni bilangan bertambah jadi sebelas. Ahh lantak lah. Aku tengok jam, dah agak lewat untuk saksikan pemandangan luar biasa dari atas sana. Di pertengahan pendakian, semua sudah berpecah kepada tiga kumpulan. Mirul, Amm dan Aina mendahului agak jauh. Aku hanya dapat dengar suara mereka bertiga yang memanggil untuk pastikan yang lain dalam keadaan selamat. Aku bergerak seorang diri. Manakala yang lain jauh dibelakang.
Tiba-tiba langkah aku terhenti apabila terdengar jeritan dari bawah.
“Ahhhhhh ! ” Aku cam tu suara Alya.
” Kenapa oi ! ” Aku jerit agak kuat. Aku dah rasa tak sedap hati. Patut ke aku teruskan atau patah balik. Tapi dah separuh jalan. Persoalan mula timbul dalam fikiran aku.
” Pacat ni haa… ” Jerit Alya. Kedengaran yang lain ketawa. Aku keluarkan telefon bimbit dan hantar “voice” berbaur carutan kepada Alya. Sampai saja di puncak, alangkah terkejutnya aku bilamana aku lihat semua sudah berada di puncak. Habis, aku jerit jerit dengan siapa? Yang ketawa? Yang menyahut bila aku panggil… Ahh sudah dia buat hal lagi.
“Mana ni bro, lambatnya. 15 minit dah kami kat atas ni.” Aku keluarkan botol air, duduk untuk hilangkan penat yang ada. Sekali lagi Mirul datang berbisik dengan aku. Dia suruh aku perhatikan satu kawasan bertentangan dengan puncak gunung yang kami daki. Ada satu gua. Katanya tadi kami sesat dan bergerak ke arah tu.
Lebih kurang pukul 10 pagi, aku dan yang lain mula turun. Dalam perjalanan turun, Mirul asyik kata yang kami semua sedang diperhatikan. Dia juga agak tergesa gesa nak pergi balik dekat pokok pisang yang diikat benang tu. Tambahnya lagi benang tu adalah pemberian arwah kenalan dia yang digunakan untuk upacara ritual memuja. Arwah dikatakan hilang selepas melakukan benda yang sama dengan harapan dapat menyeru jelmaan yang kononnya dapat menunaikan segala permintaan dia. Akhirnya arwah dijumpai di dalam perdu pisang selepas dua minggu hilang dan sudah meninggal dunia.
-Tamat-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
nak cerita pasai jelmaan ke..
X brp fhm kenapa kena buat ritual kat pokok pisang sebelum mendaki gunung. Atau adakah 2 hal ini tiada kaitan?
betul betul..patutnya explain la ritual pokok pisang tu utk ape? nape nk kena tunggu 7 jelmaan muncul? motif?
0.00/10
Yang gatal pegi buat ritual tu kt pokok pisang tu knp? Islam kn? Mintak dgn Allah, knp nk mintak dengan jelmaan?
Tak..sekarang aku tak paham. Ritual tu utk apa? Apa kaitan ko dan mirul dan ritual tu? Utk apa korang buat ritual tu? Panjat gunung tu apa masalahnya? Apa kaitan dgn gua kat gunung tu plak? Apa dan kenapa? Weii..bapak tergantung gila story ni. Kalo nak rungkai ni mcm dah kena start dari mula n cerita satu persatu. Segala2nya dlm story ni hanya ada persoalan demi persoalan. Kemon la, story ko selalunya best. Story ni pun rasanya best kalo ko cerita lebih details.
buat ritual pula da..1/-12
aduhhhhh kimak betol la penulis ni,cite mcm sampah,penulisan ko pun mcm sampah la kimak..
Ritual tu ada kena mengena ke