Si Penanggal dan Rakan Rakan nya

Assalamualaikum. Nama aku Sya (bukan nama sebenar). Berumur 25 tahun. Bujang tapi bakal brkahwin August nanti doakan aku hahhaha. Aku dah suka baca FS start bulan lepas. So harini aku terdetik nak berkongsi cerita cerita seram seram kuku yang berlaku kat aku, adik aku, dan sepupu sepapat aku. Jangan risau, cerita ni aku tak tokok tambah bahkan bedasarkan kisah benar yang diadaptasi kedalam sebuah tulisan. Ok jom start.

Cerita 1:

Cerita ni based on cerita yang berlaku kat adik lelaki aku, yang berumur 19 tahun pada waktu tersebut. Kejadian ni berlaku kat rumah kitorang sendiri. Lupa nak mention, aku dok kat Sabah. Daerah mana biarlah aku rahsiakan. Waktu tu tengah malam, around pukul 2 pagi mcmtu, adik aku leka duduk kat beranda luar rumah, nak online kat laptop dia guna broadband Celcom, sebab rumah aku masa tu takde wifi lagi. So memang ada satu spot kalau lepak kat situ guna broadband memang laju, nak nak lagi tengah pagi buta.

Betul betul menghadap bahagian depan rumah aku (depan rumah aku ada jalan raya, and seberang jalan ada hutan semak samun tapi jauh kat dalam tu ada rumah orang. And sepanjang jalan tu ada tiang elektrik). Tengah adik aku syok melayan youtube, facebook, twitter and etc; tetiba dia dengar satu bunyi, bunyi macam degupan jantung, kuattt sangat. Time tu pukul 2 pagi tau, semua orang dah tido trmasuk aku. Senyap sunyi. Almaklumlah, kawasan kampung.

Tak kan bunyi degupan jantung dia sendiri kot. Semakin lama semakin kuat bunyi degupan tu, (LUB DUP, LUB DUP) bunyi dia, tapi dia buat buat cool je padahal dah meremang gila time tu. Tengah mata dia buat buat khusyuk kat screen laptop, mata dia tertangkap satu benda bergerak kat atas, belah kiri dia tengah bergerak. Once dia angkat muka dia nak tengok, korang tahu dia nampak apa?

Dia nampak satu kepala sedang terbang, isi badan dia terjurai kat bawah and rambut dia tak berapa nak panjang dok terhurai hurai, terbang dari atas kiri dia terus ke kanan. Lek lek je benda tu terbang, aku rasa dia tengah bersiar siar. NASIB BAIK benda tu tak perasan adik aku sebab dia tak toleh pun kat adik aku, so adik aku tak nampak jelas muka dia mcmana. Benda tu terbang je terus kedepan bersama bunyi degupan jantung yang makin kuat (of kos tu jantung makhluk tengah berdegup).

Adik aku pun ape lagi, berdesup lari masuk dalam rumah dengan dalam hati dia menyumpah nyumpah dan berdoa semoga kepala tu tesangkut kat mana mana pokok and mati. Laptop dia bior je macamtu kat luar hahaha dah la laptop aku. Lari masuk rumah sampai lupa nak kunci pintu. Nasib baik musim tu bukan musim penyangak berkeliaran. Sejak haritu memang dia tak berani dah nak duduk luar sampai tengah malam. Mahu tak disapa penangggal tu, “main laptop ke bang, tolong betulkan usus ni bang, terbelit la”. Hmm.

Kisah 2:

Kisah ni berlaku kat dua orang sepupu aku. Biarlah aku namakan mereka sebagai Az, Lyn dan Neil. Kisah ni berlaku kat kampung aku jugak, dasar kampung aku berpuaka. Kejadian berlaku dekat dekat rumah aku jugak. Btw family aku semua duduk dekat dekat. Adik beradik mak aku semua ada 6 orang and rumah family kitorang duduk dekat dekat je. Lyn dan Neil masa tu bermalam kat rumah Az.

Rumah Az berada kat hujung kanan rumah aku, tapi jauh sikit sebab nak kena turun bukit baru jumpa rumah dia. And otw sebelum nak gi rumah dia tu ada satu simpang, simpang tu orang kata memang keras. Orang yang kata. So malam tu diorang baru balek lepak kat umah kezen aku lagi sorang, Mil (rumah dia kat belakang rumah aku je). Time tu tengah malam dalam pukul 11 mcmtu. Tengah dalam perjalanan nak balik ke rumah, depa duk gelak gelak bergurau tak ingat apa dah kat tengah jalan tu.

Tengah dok bergelak tetiba ada satu benda terbang laju dari belah kiri atas and stop betul betul kat depan diorang. Betul betul berdekatan simpang berpuaka tu. Benda tu bulat warna hitam macam satu gumpalan (agak agak besar mcm bola sepak). Diorang terpaku jap tengok bnda tu, yelah, terkejut kan sebab ttiba je ada. Then ttiba kluar rambut manusia berjuntai daripada benda tu betul2 kat depan diorang. Panjang pulak tu. Dahla serabut mcm akar. Diorang pun apa lagi, lintang pukang lari pegi rumah Az and tak pikir apa dah.

Nak patah balik macam dah jauh. Lutut pun dah lembik. Masa lari tu, sempat lagi muka Neil tersentuh rmbut panjang hantu tu, busuk weh katanya! Yelah sebab nak pegi rumah Az nak tak nak kena lalu bawah benda tu. Balik balik rumah tengok selipar tak de, rupanya tertinggal kat belakang hahaahha. Diorang terus masuk dalam bilik and tido. Takut sgt katanya. Sampai harini kitorang tak tahu benda tu apa sebenarnya. Boleh jadi penanggal, tp takkan rambut je? Adakah doa adik aku dah dimakbulkan? Jantung dia tersangkut kat mana2 dan skang tinggal rambut je? Allahualam.

Cerita 3:

Rezeki aku lepas spm, aku dapat tawaran latihan PLKN. Memang niat aku nak masuk situ sebab aku suka benda benda adventure. Kem mana, biar la aku rahsiakan demi menjaga sensitiviti kem tersebut.

Dorm kitorang panjang, ada lebih kurang 25 orang pelatih dalam satu dorm. Dorm aku dorm Alpha. Terletak paling hujung sekali antara dorm-dorm yang lain. Aku tido katil num dua daripada depan. Katil hujung sekali tu kawan aku, nama dia Evelyn (bukan nama sebenar). Malam tu dalam pukul 3 pagi kot, memang waktu kemuncak geng2 shaitonn ni nak berkeluaran.

Tetiba kami semua terjaga dikejutkan dengan bunyi hempasan pintu yang amat kuat dari hujung dorm tu, diikuti dengan suara perempuan menjerit. Aku terus terjaga and aku sempat nampak pintu tu terhempas and aku nampak sesuatu berdesup keluar tapi tak jelas sangat, sebab malam kan lampu semua off and gelap. Rupa rupanya yang menjerit tu Evelyn.

Daripada cerita Evelyn, malam tu dia tido nyenyak macam biasa, and dia kata dia tak tido seksi pun malam tu. Btw dia non-muslim. Baju long sleeves and seluar pyjama panjang. Tetiba dia terasa macam seluar dia kena tarik2. Dia bukak je mata, dia nampak ada satu lembaga berwarna hitam, pakai spender je and muka dia kena balut guna bandana tu.

Hampa tau dak bandana yg budak laki salu pakai kat tgn tu? And kadang2 buat cover muka masa naik moto? Haa yg tu laa. Tapi lembaga tu badan dia gelap kaler hitam and macam berminyak. Mata dia garang dok merenung Evelyn sambil tarik2 seluar dia. Evelyn pun apa lagi, menjeritt kuat lah sampai satu dorm tu jaga termasuk aku. Lembaga tu mcm terkejut and terus pecut lari keluar sambil menghempas pintu belakng. Fuhh.

Aku tak tahu la benda tu manusia ataupun orang minyak. Tapi kau gila ke, scary kott. Nasib baik tak sempat jadi apa apa kat kawan aku tu. Lpas malam tu kitorang bergilir2 berjaga siap pegang pnyapu lagi, sebab kalau benda sama berulang, memang kitorang tibai je pakai penyapu. Kau hantu tak hantu.

Kisah yg sama kat PLKN aku gak. Malam tu aku bertugas meronda kawasan dengan 4 orang kawan aku and seorang guru pelatih. Tak silap aku masa tu shift kitorang pukul 12.00-2.00 pagi kot. Aku tak berapa ingat. So dalam 4 orang kawan aku tu, sorang tu nama dia Lia (bukan nama sebenar).

Dia ni jenis lemah semangat sikit, and senang dimasuki dan dikacau benda benda yang tak spatutnya. Tengah dok meronda ronda, (kitorang dalam kedudukan sebaris, dari kiri, Ann, aku, Ani, Lia, ckgu pat), tiba tiba dalam sekelip mata, Lia dah ada dalam beberapa meter tercampak jauh kat depan kitorang. Tertiarap sambil nangis. Benda tu berlaku sekelip mata je ! Ibarat, tadi Lia ada kat sebelah kau, and kau kelip mata skali dia dah terbang jauh kat depan sana sambil nangis2. “Siapa tolak aku tadiii wuuwuwuuu siapaa” dia nangis. eh takde sape pun tolak dia sumpah.

Mcmana dia boleh terbang jauh mcmtu and kitorang tak nampak langsung? Cikgu pat cepat-cepat suruh kitorang balik dorm, misi meronda malam tu setakat pukul 1 pagi je. Takut lagi banyak benda jadi. Pernah jugak aku terjaga malam, Lia ni katil dia betul betul kat depan aku, aku trnampak dia duduk kat ktil dia tengah senyum2 pandang tajam kat kawan yg tido sebelah dia. Pukul 3 pagi. Kau dah kenapa.

Kisah 4:

Haa kejadian mistik ni betul betul aku alami dengan bijik mata aku sendiri. Benda ni baru je jadi kat aku, dalam sebulan lepas kot. Aku bukan nak riak takbur ke hape, tapi aku tak pernah nampak hantu betul betul depan mata aku. Sipi sipi je ade la. Yang jelas tak pernah. So ada satu malam ni (aku lupa hari apa), macam biasa sebelum tido aku akan scroll facebook and baca cerita FiksyenSyasya.

Malam tu rasanya aku baca kisah pasal prbezaan puntianak dan langsuir kot. Aku ni penakut jugak orangnya, start aku baca FS, aku takpernah tido tutup lampu. Dah brapa minggu aku on je sebab takut hahaha padan muka aku gatal nak baca FS malam2. So malam tu mcm biasa aku tido dengan lampu terbukak jugak. Lpas habis baca FS, dengan hati yang masih dupdapdupdap takut baca crita tadi, aku pon amek la bantal tutup muka aku nak tido kononnya. Tunang aku tak call pulak masa ni, biasanya dia call aku so hilang jugak la rasa takut aku nak tido. Tp malam tu dia main gym lagi kot. Dia kat obersea btw. So aku malam dia siang, aku siang dia malam. So dia jela biasa teman aku otp smpai aku trlelap.

Dalam pukul 1.30 rasanya waktu tu, tengah nak lelap, tetiba aku dengar bunyi loceng dari luar bilik aku. Betul betul sebelah tingkap. Aku abaikan jela sebab aku ingat kucing aku. Kucing aku memang ada sekor tu pakai loceng kat leher dia and malam malam biasanya mak aku soh kucing tu kuar sbb takut berak dlm rumah. Dari bunyi loceng tu, dia mcm dok berlegar2 kat luar tingkap bilik aku.

Tiba-tiba kaki aku tersentuh satu benda yang berbulu. Ya Allahhh. Rupanya kucing aku….. Yg pakai lonceng tu. Aku lupa yang aku bawak dia tido dgn aku malam ni. Hehe. Dahtu loceng siapa kat luar tu? Ahh sudahhh. Dalam banyak-banyak kisah seram yg aku baca, memang biasa dengan bunyi2 lonceng kaki yang menunjukkan kehadiran ‘beliau’.
Tetiba aku rasa katil aku bergegar sedikit. Aku abai.. Gempa kot. Sabah memang tak asing dengan gempa kecil kecilan.

Aku tutup muka aku dengan bantal lagi kuatt. Takut. Dekat sebelah katil aku ni ada almari baju. Tetiba aku terdengar pintu almari tu dibukak ditutup dibukak ditutup, macam kena main. Ekkk ekkkk ekkkk bunyi dia. Paham kan bunyi pintu almari mcmana? Ah sudah tak kan angin pulak, aku memalam kat bilik bukak aircond, aku tak pasang kipas. Angin ape bende pulak kuat mcm tu sampai boleh terbukak pintu almari aku? Aku dah berpeluh peluh dah..

Padahal suhu aku dah set  20dgree. Dengan bantal tebal lagi selubung muka aku, tak ke dah macam air terjun negara dah peluh mengalir dari dahi aku masa tu. Tengah ralit ‘beliau’ main pintu almari, aku tak tahu kebodohan aku datang daripada mana ttiba aku berani nak jenguk apa benda kat almari aku tu. So aku bukak la sikit bantal tu nak tengok. Kau tahu aku nampak apa?

Pintu almari tu mcm terbuka sikit, ada kepala dok terjulur keluar dari dalam almari tu tengah tengok aku. Kepala tu kecik macam kepala budak tadika, rambut lelaki, muka dia hitam legam, mata dia kecik mcm mata kucing tapi putih semua, bibir dia kaler pink2 merah mcm warna kulit tu tapi mcm terbakar and bibir dia nipis. Sempat pulak aku nak menganalisis muka dia kan. Dia tengah senyum menyeringai kat aku sambil mata dia tepat pandang kat katil aku.

Ya Allahhh. Aku tutup balik bantal tu and aku baca surah apa yg aku tahu. Ayatul kursi alfatihah semua aku baca. Sumpah aku takut sgt sebab ni first time aku nampak benda tu betul2 depan mata aku. Kaki aku dah dok tenyeh2 kucing aku kat bawah kaki nak bagi dia jaga. Aku taknak tengok ‘benda’ tu sorang so aku kejut la dia bagi dia tengok skali. Sekali kucing aku ni pulak tido mati. Tak gune punya kucing. Agak agak dalam 10 minit aku bertarung nafas dalam bantal, yelah lemas kot kalau kau bernafas dalam bantal lama macamtu.

So aku igt dah takde. Aku jenguk la lagi kat almari tu.. dia ada lagi wehhhhh. Dok tenung aku sama mcm posisi dia mula2 tadi. Senyum tak bergerak. Kepala dia senget dari dalam almari tu. Aku dah baca ayat kursi kuat kuat, 3 kali dan aku hembus kuat2 kat depan aku. Kuat kot aku baca. Aku bukak mata aku then benda tu dah tak da.. Aku tdo tak tutup lampu sbb aku takut bnda tu muncul dalam gelap, sekali aku dh bukak lampu pun dia ada lagii kau dah kenapaa.

Lepas bnda tu dh hilang aku terus tengok kucing aku. Tido lagi dia…. Kuat kot aku baca. Dengan gegaran badan aku lagi yg ketakutan. Tak guna dia ni kalau dh tido mati tak ingat dunia dah. Esok aku crita kat mak bapak aku, bapak aku terus bacakan yaasin dlm bilik aku and start daripada haritu, aku dah kurang dah baca crite hantu tengah2 malam.. Kang benda tu datang tido kat sebelah aku pulak. Tak ke naya..

Tu je cerita aku harini, penat dah tangan aku taip. Maaflah tak seram sangat. Tapi kalau korang kat tmpt aku, hmmm. Aku tengah taip ni pun dok meremang lagi. Aku taip dlm bilik aku kot, tapi almari tu aku tutup rapat dah. Kot kot dia nak melawat lagi. Assalamualaikum.

16 thoughts on “Si Penanggal dan Rakan Rakan nya”

  1. aku bc cerita kau mcm cerita lawak .. haha kau suka bercerita smbil bt lawak an . hahah meremang tu ade .. tapi lawak wehhh.. ak mmg suka bc cerita cmniii .. menarik. tq sudi sharing

    Reply
  2. Kot ye pun x perlu la nk mention tunang ko duk obersea bagai. Btw aku tahu kt mana kg ko ni. Kota belud kn? Aku ade member org sana and slalu gk dgr cerita psl penanggal ni dari dia.

    Reply
    • Aku penah knal sorang minah ni..perangai sebijik mcm ko..x blh dgr org cerita sepupu die ni blaja oversea, pakcik die tu keje oversea..hati die jadi panas n meluat sbb hasad dengki tahap haram jadah..hahaha..

      Reply
      • Aku pon ada kenal sekor makhluk tuhan ni.. Sebijik mcm ko. Suka sangat kondem org. Rasa diri dia je bagus sgt. Sbb x sedar diri nak mampos. Hahaha

        Reply
        • Aku pun ade kenal jugak sorang ni, dia suka buat macam yg kau dah tulis tu, kau tu taip sedar ke x sedar ha ko dpt dosa, #aku pun ada dosa
          #jangan marah, nanti cpt tua

          Reply
    • Memang la kena bagitahu obersea supaya reader tahu beza waktu sini dengan sana. Kalau xbagitahu kang kau bertanya pulak dah kenapa pergi gym time orang tidur. Kau ni hati dah kotor. Asyik nak fikir dengki je.

      Reply
    • Lahaiii tu pun nak dengki. Fokus kat citer dia dah laa. Btw kat sabah ni bukan satu je kampung yg ade penanggal berkeliaran.

      Reply
  3. pasal tunang duduk overseas pun nak panas hati..ok aku bgi tahu aku ni belajar oversea..buat master dlm field marine science…bulan 4 ni nk g China plak ada conference pastu bulan 5 nk g phuket cuti2 nak reward diri sbb dah anta draf tesis…….panas hati tak??? panas laaaa…panas laaa….

    Reply

Leave a Comment