Siapa Awak?

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, bertemu lagi kita pada kali ini dengan judulnya “Siapa Awak?” Thanks Admin yang meng-approve story saya kali ini. Terima kasih juga di atas komen yang membina daripada anda semua berkenaan dengan story saya yang pertama dan kedua tapi satulah kan, manners yang tidak baik sedang berlaku dalam dunia social ini adalah; apabila kita mahu memberikan komen yang tidak baik, tidak perlu sampai menggunakan bahasa yang kasar seperti “bosanlah hanat.” Apa punya bahasa kasar kau guna? Nak je aku reply, “adakah kau mengatakan diri kau seorang hanat yang bosan?” Aku pun boleh menggunakan bahasa kasar, tapi tidak elok dipandang.

Okay dah, dah, karang ada yang comment cakap intro panjang sangat. Oops, maafkan saya, sekadar gurauan. Okay, aku mulakan cerita ya, semua?

Aku balik dari kerja, terus menuju ke peti ais kerana dahaga yang amat. Berjalan kaki dari tangga LRT Shalakh Shelatang menuju ke Chemarak Yepartment membuatkan aku keletihan. Lalu, aku menuju ke bilik dan menghempaskan badan. Yahoo! Dapat katil sodap eh lah, kan? Seperti biasa, merehatkan diri dan termenung memikirkan sesuatu yang bakal berlaku dalam dua bulan lagi. Doakan aku dipermudahkan untuk bernikah ya, kawan-kawan?

Fikiran aku mula melayang namun aku masih sedar. Ya, aku tak tidur pun. Aku terfikir tentang mimpi yang menghantui aku sejak kisah pertama aku disiarkan di Fiksyen Shasha. Kali pertama aku bermimpi adalah sewaktu aku mahu tidur pada waktu malam. Esok nak kerja, time tu jugak nak mimpi bagai. Okay, okay, aku sambung.

Dalam mimpi pertama, aku duduk dekat satu tempat penuh dengan bunga. Macam dekat tepi jalan tu. Kebetulan sangat ada kerusi, so aku pun duduk dekat situ. Tak lama lepas tu, datanglah sorang perempuan ni, duduk sebelah aku. Dia tegur aku nama siapa, duduk mana, kenapa tunggu dekat situ dan macam-macam lagi. Aku pulak, bila orang tegur mulut aku memang terlebih peramah, macam dah kawan lama je aku berborak.

Seminit lepas aku menulis story ni, aku pegi dekat Encik Syed and aku cerita dekat dia apa yang berlaku dengan diri aku kebelakangan ni. Dia ni memang bagus, bab-bab mendengar bagi dekat dia. Tengah-tengah aku bercerita tentang budak perempuan tu, tiba-tibe Encik Syed ni bangun dari tempat duduk dia.

Hmm… bukan sebab kena rasuk ke atau ternampak apa-apa, rupanya dia ada urusan dengan Encik Alif pasal payroll. Tu yang dia bangun tu, sebab takut lupa nak tanya apa nanti. Kuajaq! OK, dah. Sambung balik. Aku tanya nama dia, dia cakap nama dia Maira, kalau tak silap aku (nama tiada kaitan dengan mana-mana pihak). Orang dia memang cantik, comel, kulit putih mulus; rasa macam nak cubit je. Rambut dia pun lurus wei! Sampaikan bila kena tiup dengan angin tu, rambut dia mengurai panjang sampai pinggang. Alah, macam iklan rambut segala jenis shampoo tu.

Tak lama lepas kitorang berborak, dia cakap nak pergi dan aku pun terbangun dari mimpi. Tapi aku tak ada perasaan takut atau rasa lain macam. Lepas beberapa hari tak silap, aku mimpi lagi sekali. Aku terjumpa orang yang sama, cuma situasi yang berbeza. Yang peliknya, aku boleh kenal dan cam si Maira tu. Padahal dalam mimpi je ni.

Okay, ini mimpi yang kedua. Aku tengah duduk dekat satu tempat ni, berhampiran dengan train. Sebab nak pergi mana entah, aku tak ingat. Parents aku dah cakap siap-siap dekat, aku diorang akan tunggu aku dekat train, nak gerak sama-sama. Itu yang aku tunggu dekat train tu.

Dalam pada aku tak sedar, si Maira muncul sebelah aku. Dia duduk sebelah aku, dia tanya aku nak pergi mana time tu. Aku cakaplah, nak pergi jalan-jalan dengan family. Aku siap ajak lagi tu Maira naik kereta abah aku, tapi dia tak nak. Dia cakap dia nak naik train, so dia ajak aku ikut dia. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku waktu tu. Rasa macam orang bodoh pun ada, sebab aku ikut je cakap dia. Sampai dekat area train nak masuk gerabak, aku dah mula pelik sebab kebiasaannya, kalau kita naik train, pintu depan mata kan? Tapi train ni lain. Kita kena lalu dalam satu kawasan air ni, tapi air dia buat aku berfikir banyak kali. Bayangkanlah, air tu penuh dengan lumut dan benda kotor. And air tu juga adalah pintu untuk menuju ke area sebelah sana.

Mesti pelik kan, “pintu untuk menuju ke sebelah sana.” Susah untuk aku explain, tapi aku cuba, okay? Macam ni, bila kau nak masuk ke dalam train tu, kau kena masuk dalam satu kawasan air di bahagian bawah gerabak dan kau akan menaiki tangga menuju ke sebelah sana. Tapi kan, time aku pandang diorang yang masuk dalam air tu, semua jadi kotor dan bila diorang pergi area sebelah sana, elok je badan diorang tak ada kotor, lumut ke, sampah ke. Dekat situ aku dah mula pelik dengan apa yang jadi.

Aku memang tak naklah masuk air tu. So aku cakap dekat Maira tu, “saya tak nak masuk ikut air tu, takde jalan lain ke?” Maira cakap, “ada.”

Dia suruh aku ikut dia masuk gerabak belah pekerja. Dia cakap dia kerja dekat situ, so aku pun, “aha! Kerja dekat sini. Patutlah suruh aku naik train.”

Alahai, aku pun time itulah otak tak berfungsi, so aku ikut je apa dia cakap. Aku dan Maira pergi ke gerabak pekerja. Dekat situ aku nampak ada seorang kawan Maira ni, dia pegang bahu seseorang, tapi aku tak cam budak tu. Time tu jugak kawan dia tu gigit leher budak tak bersalah tu. Aku macam nak menangis pun ada. Depan mata leher kau kena makan dengan manusia lain.

Maira pun cakap dekat kawan dia, “jangan takutkan kawan aku.” So, kawan Maira ni pun blah dari situ. Maira cakap dekat aku, jangan takut, biasalah benda macam tu. Apa benda yang biasanya kalau dah macam tu? Ya Allah… aku rasa macam tersalah masuk mimpi orang lain je masa tu. Aku rasa aku takut kot, sebab aku terus terbangun dan keadaan aku waktu tu ibarat baru lepas berlari marathon. Dengan nafas tercungap-cungap sebab ketakutan, aku sedar dari tidur. Lima minit lepas tu, aku terus tidur balik. Sadaqallah hul azim. Sampai di sini sahaja cerita aku kali ni. Assalammualaikum.

Aku bercerita di sini sebenarnya untuk meminta pendapat; adakah aku sudah terkena sesuatu? Ada siapa yang merasakan benda yang sama dengan aku? Siapa orang-orang dalam mimpi tu? Adakah aku sudah berkawan dengan Maira?

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

35 thoughts on “Siapa Awak?”

  1. Mimpi benda2 kotor ni slalu dikaitkn bnda2 xelok.samaada saka..gangguan luar atau buatan org.ni baru minor..sebelum lg hebat, elok jumpa ustaz segera.sb awk nk bnikah xlama lagi.nasihat akak, g segera.

    Reply
  2. aq agak konfius sikit masa baca cerita ngko ni.dari mimpi pertama tiba2 terus ke encik syed.aq igt mereka tu dalam mimpi ngko.baca 2x baru aq faham ape yg ngko cuba sampaikan.en.syed & en.alif tu sape?ngko ade explain dlm cerita sblm ni ke?

    yang aq paham ngko cerita ni sbb nak tanya psl mimpi ngko tu.mungkin org lain yg berpengalaman blh jawab soalan tu.aq nk komen pasal cerita ngko je ye.cara penceritaan ade sedikit konfius sbb bercampur antara mimpi & realiti.penulisan ngko agak bagus.unsur keseraman tiada.cerita pendek sgt tiba2 Sadaqallah hul azim.aq pun..aikk,da abes???

    kipidap writer..teruskan menulis..good luck..chow~

    Reply
  3. Assalam weyh, aq nk tya, sblum tidur kau baca doa x? Basuh kaki dulu x?
    Lg stu aq nasihatkan cer kau psg surah yang pendek2 mcm Al Mulk atau Al Muzzammil sblum kau tidur. ?

    Reply
    • Waalaikumussalam aku dah baca dah semua tu lepas solat isyak. Tp biase la, sebelum nak tido aku tgk runningman dulu . Mungkin doa2 aku tu dah takde lepas aku gelak terbahak bahak kot. ??

      Reply
  4. Nur Farhanim Kamarudin… betul ke perempuan yg dalam mimpi awak tu nama dia Maira? Atau awak palsukan nama sebenar dia?? Adehh bukan apa.. orang duk ingat cerita ni Maira yang tulis… hihihi

    BTW cerita awak okay.. keep it up..

    Reply
  5. Mimpi ni mainan syaitan….cuba tanya org yg lebih Arif (Alim) …cuma nk gtau satu je…jgn marah yer..next time kalo nk selit pasal ada borak ngan en Syed tu jgn dipertengahan masa awk citer pasal mimpi yer…sbb jadik confuse..maybe leh selitkan lepas tu pasal ada bercerita ngan rakan sekerja bla..bla…hehe..sori tau..pendapat je ^_^ ..

    Reply
  6. Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya, mimpi buruk itu berasal daripada syaitan untuk mempermainkan perasaan dan akal manusia.Kalau mimpi ni masih berterusan,Airish cadangkan pergi berubat.

    Reply

Leave a Comment