Siapa Yang Masuk Rumah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca semua. Saya Yaya dan ini merupakan kali pertama saya menghantar cerita di sini. Saya harap anda semua dapat memahami jalan cerita saya dan saya harap cerita saya ni dapat menakutkan anda semua. Semoga tak boleh tidur malam. Hi…hi…hi….

Sebelum itu, biar saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya seorang pelajar sekolah menengah dan tinggal di Shah Alam. Secara jujurnya, Allah telah memberi saya satu kelebihan untuk melihat ‘benda’ tersebut. Tetapi, saya tidak boleh nampaknya selalu. Selalunya saya boleh nampak bila saya berasa yakin bahawa benda itu memang ada dekat situ serta niat saya yang mahu melihatnya. Apapun, saya sering melihat sesuatu seperti bayang-bayang yang lalu di hadapan tetapi saya hanya memujuk diri sendiri bahawa itu hanyalah bayangan.

Banyak jugalah perkara aneh berlaku kepada diri saya sendiri tetapi kali ini saya memilih untuk menceritakan tentang sebuah pengalaman saya sendiri yang berlaku pada beberapa minggu yang lepas. Ya, masih baru lagi dan masih kekal segar di dalam fikiran! ( Oh, ya! Maaf kalau tak faham sebab saya sendiri pun taktau nak buat ayat macam mana hehehe).

Ceritanya begini, ketika itu waktu dah nak masuk senja dan saya sedang sibuk bermain handphone di atas sofa. Ketika itu saya duduk di atas sebuah sofa yang betul-betul berada di sebelah pintu rumah manakala kakak serta ibu saya berada tidak jauh daripada saya.

Tiba-tiba, telinga saya menangkap sebuah bunyi kunci. Saya tahu itu ialah abang saya yang baru pulang daripada UiTM. Abang saya kalau nak masuk rumah, dia tak ketuk pintu tetapi dia terus membuka pintu dengan menggunakan kunci rumah. Memandangkan saya yang paling dekat dengan pintu, saya terus bangun untuk membuka pintu. Kesian abang saya nanti terkial-kial cari kunci tak jumpa. Baik saya tolong bukakan. Haha!

Tetapi apabila saya memegang tombol pintu, saya sudah rasa ‘something’. Dah lah tengah senja ni. Tetapi saya hanya menghiraukan perasaan itu lalu terus membuka pintu. Tiada orang! Saya terus menutup pintu. Jantung rasa macam nak tercabut. Saya pandang ibu dan kakak saya. Mereka berdua sedang rancak bersembang.

Saya cuba bertenang dengan melayan handphone. Selang beberapa minit, saya terdengar bunyi di dalam bilik abang saya. Bilik abang saya paling dekat dengan pintu rumah. Mula-mula, saya dengar bunyi ikan peliharaan abang saya seperti melompat-lompat di dalam akuariumnya. Saya boleh dengar dengan jelas bunyi percikan air di dalam akuarium ikan itu. Saya hanya buat-buat tak dengar walaupun dalam hati ini hanya Allah yang tahu.

Bum! Saya terkejut. Bunyi itu seperti sebuah objek bersaiz besar jatuh di dalam bilik abang saya tetapi saya tak tau objek apa. Saya pandang ibu dan kakak. Mereka masih sibuk bersembang. Bunyi tu kuat kot! Takkan mereka berdua tak dengar? Bum! Bunyi itu berulang-ulang banyak kali. Saya hanya buat taktau. Tak berani saya nak pergi periksa bilik abang saya tu. Saya terus membaca ayat Kursi. Lepas beberapa minit, bunyi itu pun hilang.

Beberapa hari berlalu dan saya dapat merasakan yang ada sesuatu berada di dalam rumah saya. Saya jadi semakin takut dan saya juga rasa seperti diperhatikan. Pada suatu malam, saya berada di dalam bilik sorang-sorang. Saya sibuk bermain handphone. Tiba-tiba, saya terbuka aplikasi Musical.ly tanpa sengaja. Alang-alang dah buka, saya terus membuat satu video. Dah lama tak layan aplikasi ini. Tengah syok rakam, tiba-tiba saya rasa ada sesuatu di belakang saya. Mata saya terus memandang skrin telefon. Mana tau ada keluar apa-apa ke.

Ish, masinnya mulut! Saya ternampak tangan di belakang saya. Tangan itu seperti kepunyaan seorang budak kecil dan kulitnya agak gelap. Saya terus padam video tersebut lalu berlari ke arah ruang tamu. Di situ, saya terus memberitahu ibu saya. Ibu saya agak terkejut lalu berkata yang petang tadi dia tertidur di dalam bilik saya. Bangun-bangun je, ada kesan lebam di lengan.

Selepas kejadian itu, saya sering ternampak seperti bayang-bayang hitam dan banyak lagi di dalam rumah saya. Adakah ini semua salah saya kerana membuka pintu tempoh hari? Adakah saya yang membenarkan ‘dia’ masuk ke dalam rumah? Kenapa rumah saya juga jadi pilihannya? Saya pun tak tahu. Tetapi, saya rasa ‘dia’ sudah ‘pulang ke rumahnya’ ( Ayat apa ni? Haha… ) sebab saya dapat rasa yang ‘dia’ sudah tiada di dalam rumah saya lagi.

Itulah kisahnya. Maaf kalau tak seram. Apapun kesimpulannya, janganlah kita main buka pintu rumah. Mana tau benda lain yang nak datang singgah. Kemudian, jangan nak selfie malam-malam. Nanti jadi macam saya. Haha! Ada masa nanti saya cerita tentang pengalaman saya yang lain. Saya bercadang hendak menceritakan pengalaman saya di sekolah. Nasib baik tak histeria tau! Hehe. Sampai di sini sahajalah, terima kasih

11 thoughts on “Siapa Yang Masuk Rumah?”

  1. Kepada Dek Non…
    Betul kata BondaAiman, kalau menjawap SPM, jangan ler jawap mcm ni ya. Olahkan ayat tu agar tak berulang. Daripada perenggan pertama, hingga perenggan akhir, macam dapat agak isi seterusnya. Jadi, banyakkan membaca akhbar, banyakkan membuat latihan. Setiap perenggan, mempunyai beberapa isi, jangan ulang kembali isi perenggan pertama hingga perenggan seterusnya. Kurangkan gadjet, mungkin membantu membaik pulih Bahasa Melayu. (Daripada mak mak yang dah lali dunia remaja).

    Reply
  2. Tah ape2 je komen..die cume cite pengalaman je kot..watpe nak buat ayat skema cm jwb spm takpun mcm tulis cerpen..berbunge2 berbelit sane sni smpi cite pn ke laut. Cite cmni lg sng smpi ke pembace.

    Reply
  3. Tolong jgn perasan dik non oi…
    Ni bukan kelebihan ok!.
    Ni kemalangan buat ko.

    Kelebihan tu bermakna semua org ingin kn…
    Ni xde sp nk boleh nmpk semua tu..
    Childish lg ko ni.

    Reply
    • Taktau la dia betul2 hijab terbuka or tak…tp kalau betul terbuka kita panggil kelebihan la…takkan nk pnggil kemalangan sedangkn tu semua kurniaan Allah. Dan adik ni pun jgn la main phone byk sgt. Ada pula main phone nk tenangkn diri.

      Reply
  4. btol ckp org2 kat atas ni..hadap gadget je…lg satu…aq rasa yg writer lalui hanya perasaan je..x de benda sebenarnye tu

    Reply

Leave a Comment