Siapa Yang Menyamar sebagai AKU?

Assalamualaikum FS dan korang2 semua. Nama aku Ria aku boleh di katakan peminat setia FS la sebab asal FS update cite baru mesti aku bace terus. Ok nie aku nak cite pasal kakak aku..benda nie baru je terjadi beberapa minggu yang lepas, aku dan kakak aku ade order barang online dan kakak aku ade orderkan barang untuk adik ipar dia sekali.

Kejadiannya macam ni, bila barang yang di order tu dah dapat, aku pun bagi la kat kakak aku barang barang dia dan juga barang adik ipar dia. Kakak aku simpan barang adik ipar dia dalam dua ke tiga hari camtu la baru dia bagi dekat adik ipar dia. Lepas dua tiga hari simpan tu, kakak aku pun pergi jumpa adik ipar dia nak bagi barang2 tu. Tapikan, masa dia nak bagi dekat adik ipar dia tu, aku memang tak tahu apa pon yang dia pergi jumpe adik ipar dia tu sebab aku duduk rumah mak mentua aku.

Dalam perjalanan nak pergi ke kedai adik ipar kakak aku kerja tu, akak aku berjalan macam biasa je lah takde rasa ape ape. Bila dah sampai, dia tengok adik ipar dia tengah on the phone dengan someone dan dia pon tegur adik ipar dia “woi” dan adik ipar dia pon menjawab “eh dah sampai? Kak Ria baru je talifon Ila cakap Kak Yati dalam perjalanan nak hantar barang Ila..” Kakak aku dengan terkejutnya menjawab, “eh Kak Ria talifon?” Dia menjawab balik, “Iye Kak Ria talifon Ila tadi. Kak Yatie tak percaya ke? Jap eh Ila call Kak Ria balik ni” Dalam hati kakak aku, dia tertanya-tanya, “Macam mane Ria boleh tau aku nak hantar barang kat Zila ni?”

Dalam mase yang same sebelum Zila adik ipar kakak aku tu nak call balik number yang dikatakan aku call dia tadi tu, dia tunjukkan dekat kakak aku dulu, “ni number talifon Kak Ria kan? betol kan?” Kakak aku pun tengok lah number yang tertera kat screen hp budak Zila tu, tapi terkejutnya kakak aku sebab tu bukan number aku, TAPI NUMBER TALIFON KAKAK AKU.  Yang peliknya, dalam mase yang sama, handphone kakak aku memang ada dalam tangan kakak aku sendiri. Kakak aku dah rasa lain macam. Lepas tu, adik ipar dia pun call number tu, dan berkata “Hello Kak Ria kan? Nie ah Kak Yatie tak percaya pulak Kak Ria talifon Ila tadi ni”,  dan adik ipar kakak aku ni pass handphone dia pada kakak aku dan kakak aku pon bertanya, “hello sape nie?”,  “Ni aku lah, Ria.. ni sape??” jawab si makhluk yg bercakap dlm talifon tu. Kakak aku balas balik,  “ni aku Yatie” dan dalam masa tengah bercakap tu kakak aku terus matikan talian sebab tak sedap hati sebab number yang di dail tu, number phone kakak aku. Macam mana boleh call number kakak aku, sedangkan hp kakak aku dalam tangan dia? Pulak tu, yang angkat call tu adalah “Aku”?

Dan semalam, 20/9/2016 kakak aku baru cerita dekat aku sebab baru teringat sebab berborak borak pasal barang yang di order tu. Masa kakak aku cerita tu ada aku dan dua lagi adik aku, salah sorang adik aku tu tak puas hati dia nak call number yang kakak aku cakap number phone dia tu. Tapi bila dia call, sah-sah lah handphone kakak aku yang berbunyi kan. Adik aku tak puas hati dia matikan handphone kakak aku dan call lagi sekali tapi malangnya tak dapat. Aku??? Aku dah tentu tentu la pelik sebab bila mase pulak aku talifon adik ipar kakak aku tu dan aku pon tak pernah ade number budak Zila tu. Tapii yang peliknyaa, siapakahh yang talifon adik ipar kakak aku tu dan menyamar sebagai AKU???

 

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

14 thoughts on “Siapa Yang Menyamar sebagai AKU?”

  1. Cross line kot…
    Selalu gak jadik…
    Ehh tp kes ni Ria tu xde plak bercalling2 dgn adik ipar tu kan…
    Huhuhuhuuu…
    Wallahualam…

    Reply
  2. “Dan semalam, 20/9/2016 kakak aku baru cerita…”

    Bukan main berzaman lagi cerita dia ni baru admin nk post. ikutkan semalam (9/11/2016).
    Admin dh xde cerita org bagi lah ni. meh.

    Reply
    • Admin tak menang tangan nk release cerita.. di draft saja ada 200++ kisah, belum lagi dalam messenger fb Fiksyen Shasha. Sebab tu pihak FS takkan lg terima kisah2 seram yang dihntar melalui messenger fb selepas 1 november 2016.

      Reply
      • haha, tambah sorang lagi admin la min. banyak tangan kerja. btw. tenkiu team FS. layan jer kerenah peminat2 FS. mne tau nnt dah boleh buat buku kot. semoga murah rezeki min.

        Reply
    • baru admin perasan, kisah ni dihantar pada admin 28hb october baru ni. Kiranya bukan salah admin la kan.. kan.. kan…

      *tersedu sedan disudut bilik*

      Reply
  3. Kecik hati admin…
    Buat keje sukarela sampai x mng tgn…
    Nak kena tapis gak kot…
    Nnt x menepati kriteria seram pastu tatabahasa tunggang langgang kena kritik plak dgn pembaca yg hakikatnye x pnh menyumbang pape story pon…
    Tengkiu admin…

    Reply
    • setuju sangat.. admin dh pening sngt nk tapis cerita satu2 bnyk cerita dihantar, sbab tu cerita yg dipublish kadang2 x mnepati kehendk setengah pembaca.. tp yg penting we’re enjoy reading their story..

      Reply
  4. ko pandai2 ckp admin xde cerita nk publish.. klau camtu ko la publish cerita kt blog ni, jd admin ke kan senang baru la cerita kat blog ni smua fresh2 belaka terbaik dari ladang bak hang.. kesian admin xpe admin wa sokong sama lu..

    Reply

Leave a Comment