Siapa Yang Study?

Assalamualaikum.terima kasih kerana sudi siarkan cerita aku.cerita aku ni tak la takut pun,tapi aku teringin nak kongsi kat sini.

Kisah ni berlaku pada tahun 2008. masa tu,aku student jururawat kat satu tempat di selatan tanahair. tak perlu aku spesifikasikan – tempat tu pun dah roboh.tak ada dah.

Masa mula2 masuk semester satu,kami dapat tahu yang hostel dan kolej kami tu – dah nak dirobohkan.nak bina prasarana lain,jadi kolej kami pun berpindah.sementara kolej satu lagi siap,kami duduk la kat situ.

Tambahan lagi,kolej kami tu tak muat untuk tampung kami.hostel aku tu 3 tingkat,buat masa sementara aku menumpang bilik senior yang pergi praktikal kat aras bawah.bila diorang balik,terpaksa la naik ke tingkat 3 – tumpang bilik senior batch seterusnya yang nak pergi praktikal pulak.sedih kan, dah macam bola.hoho.

Dipendekkan cerita – bila senior2 aras bawah dah balik,naik lah kami berbondong-bondong ke aras 3.batch aku masa tu pun dah start praktikal,tapi kami diposting ke hospital berdekatan,kami ulang alik naik bas kolej je la.

Asrama aku ada 2 blok.yang batch junior duduk cuma blok A.depan kami,blok B,senior2 yang duduk situ. Kalau kau pernah menetap di asrama – biasanya ada katil 2 tingkat,bukan?dan diatas tingkap,ada jaring2.biasanya yang tidur katil tingkat atas memang akan nampak dari jaring2 tersebut,kan?disini la bermula kisah misteri aku.

Kali pertama aku praktikal,maklumlah,excited bebeno kan.aku praktikal shift pagi,masa tu pukul 5 lebih dah bangun nak berebut bilik air.masa tengah jalan ke bilik air,aku perasan bilik depan aku – cerah.cerah yang malap2 sikit,macam orang pasang lampu tidur.sambil2 tunggu turn bilik air,aku duduk la melangut setentang dengan bilik malap tu.aku nampak,ada seorang kakak tu tengah study di katil tingkat atas tu,dengan lampu tidur.masa tu aku fikir,rajinnya kakak ni.masa tu aku tak rasa seram ke apa,sebab senior yang duduk setentang dengan aras aku ni – memang tengah nak exam.

Sejak tu,memang aku selalu nampak kakak tu study dalam keadaan malap,buku2 bertimbun kiri-kanan dia.aku nampak dia time balik shift pukul 9 malam,aku nampak dia masa nak mandi dalam pukul 5-6 pagi.dari jauh memang aku nampak dia lawa,muka ala2 chinese gitu.aku ni ye la anak mamak,memang tak pernah orang kata aku lawa kecuali laki aku.heh.

Lama2 aku rasa macam satu attraction pulak kat akak tu.perlu aku jelaskan,aku bukan lesbian,aku masih dijalan yang lurus.tapi macam ada sesuatu yang buat aku nak selalu tengok dia.kadang2 malam2 kalau aku serabut budak2 bilik aku bising,aku duk la termenung kat birai koridor sambil tengok akak tu study.tapi tak la pulak aku nak cari kakak tu sapa kan,batch senior aku seratus lebih.batch aku dalam 50 camtu je.

Sampai la satu hari,aku masa tu tak boleh solat.aku duk ambil angin kat birai koridor tu. akak tu study macam biasa.tak lama lepas tu aku rasa ada orang cuit bahu.aku pusing belakang,tengok2 kawan aku.dia ajak aku masuk bilik.diorang dah nak tutup lampu dah.aku cakap okay.bila aku pandang bilik kakak tu balik,

kakak tu tengah pandang aku.

aku ingat lagi dia tengah meniarap atas katil,pakai baju t-shirt warna kelabu besar,dengan seluar track.dia tengah pegang pen,depan dia ada kertas2,buku2 teks semua.sebelah dia ada lampu tidur kecik yang pasang bateri tu.
aku senyum,sambil angguk sikit.ye la,senior kan.kena la hormat.

dia tak ada respon.dia cuma pandang aku dengan muka serius.selepas beberapa ketika,dia capai lampu tidur,dan dia tutup.bilik dia gelap kembali.

aku tak ada fikir apa2 pun,aku tidur macam biasa.sampai la malam esok – kami dikerah angkat buku2 kat library simpan dalam kotak.ye la,nak pindah kan.haha.sambil budak2 ni membebel,sambil kemas tu diorang belek2 buku majalah kolej lama2.aku pun join sekali.

“lawa akak ni.sayang dia meninggal muda.kan?”kawan aku suakan satu majalah kolej yang tiga tahun lepas.

masa tu memang aku rasa macam nak pengsan.berderau darah aku.

kat belakang majalah kolej tu,ada tertulis ‘….alfatihah untuk Allayarhamah ______….’.
dengan satu keratan surat khabar.

‘pelatih jururawat mati lemas’ tajuk besar keratan.

‘…penerima anugerah pelatih cemerlang akademik…’ tajuk kecil keratan.

dan kat situ,terpampang wajah akak yang suka study,tersenyum lembut.walaupun dia pakai tudung,walaupun dia memakai uniform pelatih,aku kenal dia.mengucap panjang aku.masa tu muka aku pucat lesi,kawan2 aku semua ingat aku sakit,semua pujuk2 aku naik rehat kat bilik.memang tak la jawabnya.

esok aku beranikan diri,buat2 tanya senior yang kebetulan makan semeja dengan aku,bilik kakak suka study tu – berpenghuni atau tak.

“tu bilik stor dik.perkakas lama ada la.barang2 yang nak lupus.” dia kata,selamba,sambil menyuap nasi.

aku telan air liur.

“lagipun,sejak arwah kakak L lemas,ramai kata bilik tu berhantu.”
kakak senior sambung.

“berhantu…macam mana?arwah kakak L tu sapa?”
aku buat2 tanya.

“oh.korang baru masuk kan.tak sempat la dengan arwah kak L.baik orangnya,lembut je.bekas best student kita dulu.rajin gila study.budak2 batch dia konon2 nak raikan dia dapat best student,diorang pergi mandi air terjun.kau tau2 la apa berlaku pastu.”
senior tu cerita.
“lepas arwah meninggal,diorang kata nampak arwah duk study,duk baca buku,duk susun2 nota atas katil.macam tu je la.tak ada la duk mengilai ke apa.kau nampak,buat tak tau je.mainan syaitan je tu.mana ada orang mati jadi hantu.syirik weh.”
sambung senior tu lagi.agaknya dia nampak muka aku pucat kot.

sejak tu aku tak nampak dah arwah study.hostel tu pun dah tak wujud,2-3 bulan lepas tu kitorang dah pindah kolej baru,semua dah roboh.

tiap kali aku teringat,aku tak takut.tapi lebih pada rasa sayu sangat2.tak tahu kenapa.

alfatihah buat arwah.

6 thoughts on “Siapa Yang Study?”

Leave a Comment