Tengah aku sedap golek-golek atas katil sambil layan cerita dekat page FS ni, satu mesej melalui aplikasi Whatsapp masuk. Dari group sepupu-sepapat. Salah seorang sepupu aku, Ikram, ajak kami ahli group lepak dekat mamak malam ni. Riuh rendah la group tu. Bertalu-talu mesej dari sepupu-sepupu aku yang lain tanya pasal ketiba-tibaan Ikram ajak lepak. Rupa-rupanya dia baru balik dari Australia.
Elok sangat lah. Aku tengah tak ada apa nak buat. Cerita kat page FS ni dah habis aku baca semua. Termasuklah komen-komen para pembaca untuk cerita-cerita yang pernah aku kongsikan sebelum ini.
Malam tu, hanya kami berlima orang sahaja yang dapat berkumpul.Aku, Ikram, Husna, Atie dan Edie.
Sebab lima orang ni je yang masih bujang. Tak kisah lepak sampai pagi buta. Biasalah kalau dah lepak lama-lama, jumpa pula sepupu sepapat yang selama ni busy dengan hal masing-masing, macam –macam cerita la keluar. Dari kisah kerja, bawa ke kisah belajar, lepas tu throwback kisah masa sekolah, zaman kanak-kanak dulu, kisah berjalan raya dan lastly memang tak boleh elak, masuk jugak kisah seram.
“Aku ada satu kisah seram yang aku tak pernah cerita kat korang pun sebelum ni.” Kata Ikram buat kitorang terus fokus dekat dia.
……….
Kisah ini berlaku ketika aku darjah 5. Kami satu family kena ikut abah yang kerja sebagai cikgu, berpindah ke pedalaman Pahang. Aku ada terdengar mak dan abah berbual pasal hal ni. Dari apa yang aku dengar, abah dipindahkan sebab abah bergaduh dengan guru besar. Guru besar tak puas hati, dia buat surat mintak pindahkan abah ke sekolah lain. Dan kekosongan cuma ada di sekolah yang bakal kami pindah masa tu.
“Sampai rumah baru tu nanti, bagi salam.” Pesanan Wan(nenek) dekat abah sebelum kami bertolak.
Sepanjang perjalanan kami ke tempat baru tu, abah dan mak tak banyak bercakap. Suasana dalam kereta tu jadi bising pun sebab adik menangis mintak susu. Kat luar cuaca mendung. Kat belakang, lori Uncle Tan ada ikut kitorang, penuh barang-barang kitorang dalam lori tu.
Sebab aku dah rasa bosan sangat, aku terus mulakan perbualan.
“Mak, kenapa kita kena bagi salam kat rumah baru, mak?” aku tanya mak selamba.
“Rumah kalau tak ada orang duduk, biasanya akan ada benda lain duduk. Jadi, kita kena lah bagi salam dekat diorang.” mak jawab sambil pandang-pandang sekejap dekat abah.
“Benda apa yang duduk, mak? Hantu?” soal aku lagi.
Kali ini mak dah tak jawab dah. Dia bagi aku satu jelingan maut. Terus aku terdiam lepas tu. Tu baru jelingan maut mak, kalau jelingan maut abah, boleh demam 3 hari rasanya.
Kira-kira dalam pukul 6 petang, barulah kitorang sampai kat kuaters guru baru tu. Bila abah berhenti lapor diri dekat pondok pengawal, pakcik guard tu tanya la kenapa sampai lambat. Lepas tu aku tak ambik port dah apa yang diorang bualkan. Cuma, apa yang berjaya mencuri anak mata aku masa tu adalah raut wajah pakcik guard tu. Muka dia nampak resah semacam.
Kuarters guru yang ni bukannya jenis rumah apartment bertingkat tu, tapi rumah yang jenis sebuah-sebuah. Jarak antara satu buah rumah dengan rumah lain pun agak jauh.
Langit masa tu memang dah gelap. Padahal baru pukul 6 petang. Angin pun dah mula bertiup tapi tak la kuat sangat. Sampai je dekat perkarangan rumah No.9 tu, abah terus turun dan menapak naik ke tangga depan rumah tu. Aku dan mak pun turun lepas tu. Uncle Tan dan pembantunya pun turun dari lori dan terus ke belakang lori bersedia nak punggah turun barang.
Tingkap rumah tu semuanya tertutup. Dari celah-celah pintu dan tingkap nampak macam gelap gelita je dari dalam.
“Assalamualaikum!” abah bagi salam, betul-betul ikut nasihat wan.
“Ish, abang ni. Bagi salam buat apa? Dibuatnya ada benda menyahut karang!” mak membebel kat belakang.
Abah langsung tak pedulikan bebelan mak.Dia bantai pergi bagi salam lagi sekali.
“Waalaikumsalam” tiba-tiba satu suara dari dalam menyahut.
“Mak! Hantu jawab salam!” aku menjerit, terus berlari dekat mak.
Semua terkejut masa tu. Aku terus pegang tangan mak. Abah melangkah turun setapak dari tangga tu. Tiba-tiba pintu rumah tu terbuka. Dan muncul seorang budak lelaki tak berbaju sambil genyeh mata.
“Pakcik nak cari siapa? Mak dan abah tak ada, keluar. Tak tau balik pukul berapa.”
Cis! Rupa-rupaya kitorang salah rumah. Rumah kitorang tu barisan yang sama tapi hujung sekali kat sana. Entah macam mana abah boleh salah rumah.
Kitorang pun bergerak la ke rumah yang betul. Aku tengok rumah-rumah lain kat situ semuanya ada penghuni cuma tak ada orang kat luar masa tu. Mungkin sebab hari dah nak masuk maghrib dan cuaca pun buruk.
Macam tadi juga, bila dah sampai, abah terus menapak naik ke tangga depan pintu.
“Assalamualaikum!” sekali lagi abah bagi salam.
Suasana sunyi sahaja. Bising pun sebab daun-daun pokok kena tiup angin.
“Assalamualaikum!” sekali lagi.
Kemudian abah turun tangga dan terus menuju ke Uncle Tan. Abah mintak Uncle Tan letakkan barang dekat bawah rumah je. Mak tanya la kenapa tak bawa naik terus. Abah cakap hari dah nak hujan, takut tak sempat pula Uncle Tan nak punggah semua bawa naik ke dalam rumah.
Tengah Uncle Tan dengan pembantu dia sibuk memunggah barang ke bawah rumah, aku nampak abah berlegar-legar pusing rumah tu. Sambil tu, mulut dia terkumat-kamit baca sesuatu.
Lepas Isyak, aku nampak abah dah bentang toto dekat ruang tamu. Abah cakap malam ni kita tidur awal dan tidur dekat ruang tamu. Esok nak bangun pagi banyak benda nak buat. Aku tanya la kenapa tak tidur dalam bilik. Aku excited nak dapat bilik baru masa tu. Abah cakap, bilik berhabuk lagi. So, malam ni tidur kat ruang tamu tu dulu. Lepas tu, aku tanya lagi. Kenapa kena tidur awal? Baru pukul 9 abah dah suruh tidur. Masa ni abah dah tak jawab dah, dia jeling je. Aku pun terus baring tanpa banyak soal.
Abah tutup semua lampu kecuali lampu tandas kemudian dia baring di sebelah aku. Aku dah tidur banyak siang tadi masa dalam kereta. Jadi,masa tu mata aku langsung tak boleh nak lelap. Hujan dah mula turun. Tak lebat, tak renyai. Angin pun bertiup boleh tahan sampai terbang-terbang jugaklah langsir rumah tu yang tak berikat.
Masa aku duk terkebil-kebil tu, tiba-tiba lampu tandas tadi terpadam. Terus gelap kelam suasana sekeliling. Abah bangun pergi ke arah kotak suis. Dia tekan-tekan tapi lampu masih tak menyala. Blackout rupanya. Mak suruh abah cari lilin tapi lilin ada kat dalam kotak kat bawah rumah. Mula lah mak membebel dekat abah sebab tak suruh Uncle Tan bawak naik terus semua barang tu siap-siap.
Guruh berdentum sekali sekali. Kilat pun memancar sekejap-sekejap. Itu je la sumber cahaya kitorang malam tu. Tapi, yang membuatkan bulu roma aku mula meremang bila aku ternampak kelibat berbentuk seorang lelaki sedang berdiri kat tepi tingkap. Boleh nampak balam-balam bila cahaya kilat masuk dari celah-celah tingkap. Aku apa lagi, terus mengadu dekat abah.
“Abah! Ada orang dekat tingkap.”
“Ikram, tidur. Jangan cakap yang bukan-bukan.” Mak marah aku.
Ayah terus peluk aku. Kemudian dia cakap, dia nak dengar aku baca surah tiga Qul sebelum tidur. Aku pun baca la. Mata aku pejam rapat-rapat. Selepas aku habis baca, abah suruh aku pejam mata. Jangan buka. Tidur je. Tapi, aku memang tak mengantuk masa tu. Entah berapa lama aku asyik pandang sini sana.
Lebih kurang dalam pukul 10 macam tu aku rasa, tiba-tiba pintu rumah kena ketuk.
“Pam!Pam! Pam! Pam!”
Tapi tak ada orang bagi salam pun. Aku terus peluk abah erat. Abah usap-usap belakang aku. Mak yang turut dengar bunyi tu, dia suruh abah pergi buka. Abah cakap,
“Takpayah, tu bukan orang.”
Dengar je abah cakap macam tu, terus berderau darah ni rasanya. Meremang satu badan. Mak pun macam terkedu. Lama juga pintu tu kena ketuk sampailah satu ketika bunyi tu berhenti.
Ingatkan dah habis. Tak! Sambung pula dengan bunyi cakar dari dinding. Mak terus panggil abah. Dia rasa dah semakin seram sebab kali ni benda tu main cakar-cakar pula. Tak cukup cakar dinding, “dia” berlari-lari atas atap pula, tak cukup lagi tu, dia ketuk-ketuk tingkap pula, lepas tu main suis lampu. Lampu tak menyala, tapi dengar bunyi “ktap! Ktap! Ktap!” bunyi dia main suis lampu.
Mak berkali-kali panggil abah tapi abah still buat relaks je. Suruh kitorang tutup mata, jangan pedulikan dan tidur. Abah cakap, lama-lama nanti dia penat la tu. Aku tutup mata aku erat-erat lepas tu peluk abah yang tak henti-henti baca ayat Kursi. Sampaikan aku sendiri tak sedar bila aku tidur sampailah abah kejutkan aku solat subuh.
Bila langit dah mula cerah. Kitorang semua pun dah mandi dan bersiap nak keluar sarapan. Tapi, aku nampak abah punggah semua beg pakaian kitorang bawak keluar. Tak tinggal satu pun. Masa kitorang semua turun keluar, aku tak tau nak gambarkan macam mana perasaan aku ketika tu. Aku, abah dan mak pandang je dekat dinding luar rumah yang penuh dengan lumpur-lumpur hitam yang entah datang dari mana.
“Kita cari rumah lain la, bang.” mak macam nak menangis dah.
Abah angguk je. Dia cakap, memang pagi tu terus nak cari rumah sewa lain. Mujur la tak bawak naik barang-barang tu semalam. Mak rasa pelik. Dia tanya la, abah memang dah tau ke yang rumah tu ada benda sebab tu suruh Uncle Tan letak kat bawah je barang-barang tu semua? Abah sengih je. Dia angguk. Dia cakap dia dah tahu dari awal masa dia bagi salam pertama lagi.
“Benda tu jawab salam ke abah?” aku menyampuk.
“Taklah. Benda tu tak jawab salam pun. Dia cakap, JANGAN BAGI SALAM! PERGI!”
Mak marah giler dekat abah masa tu. Ye lah, dah tau rumah tu tak selamat Kenapa bawak juga anak bini tidur situ. Tapi, abah cakap dia tak ada pilihan lain. Hari pun dah nak malam, nak hujan. Semalam dia pun dah cuba pagarkan, tak sangka pula kena kacau juga.
Jadi, kelibat macam lelaki yang aku nampak semalam tu, betul la? Abah cakap, betul la agaknya. Abah gelak je. Sambil dia tutup pintu rumah tu, sempat lagi dia bagi salam terakhir, “Assalamualaikum”
……….
Terkedu kitorang berempat dengar cerita Ikram. Sumpah seram. Meremang sepanjang dia bercerita. Sampaikan ais dalam teh ais aku cair, sampai tawar air tu. Punyalah fokus dengar mamat tu bercerita. Tapi, Ikram ni aku kenal dari kecik. Kaki auta sikit. Takpe, nanti kitorang balik rumah wan, gather ramai-ramai, aku nak tanya pakngah, betul ke cerita Ikram ni. Kalau betul, nak dengar cerita dari sudut mata Pakngah pula
woww…besttttttt…kalau ad lg, share tau…
Hahhahahhahahaha. Kelakau nau part yg org jwb slm tu . ????
Kelakar seram. Best baca, ayat pon pendek-pendek senang nak faham. Keep it up ok!
lulus…
harap pakngah hang punya cerita samalah dgn ikram
hahaha #si celupar best… byk btl ko punya stori knn…keep it up
best lahh karang cerita, boleh bayang kan umpama org bercerita dan tetiba msuk ke dalam cerita, pastu keluar cerita rupanya korang masih kat mamak hahah
#semuaciterkobest
#kopatutjadipenulisnovelhantuhokeh
Hmm.. Macam dah pernah baca cerita ni.. Dalam novel tajuk Ada Hantu.. Penulis yg sama ke?
Haa.. tu la. Sama sebijik. Adakah pengarang nya org yg sama
saya bagi A+.lama jugak eh saya tak baca si celupar nye cerita.maklumlah study gila2 masatu.hehe
best yaamatt
wah…cite nie best…camne ayah dye je leyh dgr jgn abgi salam pergi tu
sumpah cool ayah ikram tu
Best
Rilex je ayah ikram handle…