#SiCelupar: Tiong Mas

“Masa hanya tinggal lima minit sahaja lagi”

Bila ketua dewan buat pengumuman tu, aku apa lagi. Kalut la. Lima minit terakhir ni la baru semua idea, semua benda yang aku hafal nak keluar dari kepala otak ni.

Ahh! Tak boleh jadi ni. Aku kena cepat. Aku ikat tali apron. Aku hidupkan api. Aku letak kuali atas dapur. Masukkan sedikit minyak masak. Masukkan bawang kecik dan bawang putih yang aku dah hiris halus tadi. Bila dah naik bau, masukkan sedikit air. Kemudian, aku masukkan serbuk perasa. Dalam gerak perlahan, serbuk-serbuk tu menghujan ke dalam kuali. Kacau rata. Sedikit kicap, garam dan gula bagi menyedapkan lagi rencah yang ditumis. Kemudian, aku masukkan hirisan ayam dadu. Bila ayam dah masak, barulah masukkan maggi yang dah direbus awal-awal. Goreng dan gaul sehingga mee maggi tu sebati dengan bahan-bahan rencah tadi. Pecahkan telur dan gaul bersama maggi goreng. Goreng, goreng, goreng! Tapi, belum sempat aku nak masukkan sedikit sos cili dan lada kecik nak bagi lebih sedap,

“Masa telah tamat. Sila berhenti menulis. Penyawas peperiksaan akan mula mengutip kertas jawapan anda sekarang.”

Ah, sudah! Macam mana ni. Ada dua soalan tak jawab lagi. Nak tak nak, terpaksa lah redho.
Keluar dari dewan, aku terus menapak pergi ke kereta aku yang aku parking dekat tepi perpustakaan secara haram sebab dah lambat ke dewan periksa tadi. Aku jalan laju je menonong ke sana, dengan harapan aku sampai dekat kereta nanti, pak guard tak clamp la tayar aku. Tak ada masa aku nak sedih-sedih mengenangkan paper killer yang aku jawab ala kadar je tadi. Seronok menggoreng ibarat menggoreng sebungkus mee maggi. Orang lain masih lagi berpusu-pusu kat dewan, dah mulakan operasi peluk cium drama air mata dah sebab ini kertas terakhir di semester akhir. Bermakna lepas ni dah tak ada can nak jumpa student satu batch ni.

Ah, lantak la. Aku ada misi berat lepas ni.

Aku terus pecut laju balik ke rumah sewa. Sampai dekat rumah, aku punggah semua barang masuk booth kereta. Mana yang penting dan aku sayang je aku bawak masuk. Yang lain, aku wakafkan je dekat budak-budak yang baru nak masuk rumah tu nanti.

“Weh awal giler mu kemah barang? Nok balik doh ke?” Kamal tanya aku bila dia sampai ke rumah.
“Tak balik. Aku pindah rumah. Esok aku dah start kerja” aku jawab soalan Kamal sambil sibuk masukkan barang dalam kereta.
“Kerja? Awal mu dapat kerja. B*** makang sorang. Tok ajok aku pung.”
“Ni bukan kerja akaun. Aku buat part time. Sebelum dapat kerja betul mana-mana nanti.”

Lepas habis paper terakhir aku Julai 2013 dulu, aku terus pack barang aku pindah ke rumah si kembar Hafiz dan Hazrin yang mana aku lebih senang panggil Apiz dan Alin je. Apiz ni abang kepada Alin. Makcik diorang ada company sendiri, membekalkan wallpaper dan servis pemasangan wallpaper ke rumah-rumah, pejabat, resorts dan chalet.

Bila Alin dan Apiz dapat tahu aku nak kerja lepas habis final paper, diorang ajak aku kerja dekat company makcik dia tu. Tapi, sebagai pemasang wallpaper je la. Kalau ikut offer letter yang aku dapat, nama job tu Wallpaper Decorator. Memandangkan aku ni kawan diorang, kebanyakkan tugasan kerja yang aku dapat mesti sama-sama dengan Apiz dan Alin jugak. Sebulan pertama, aku follow je la si Alin dan Apiz ni pergi rumah sana rumah sini. Ada kala aku kena pergi sorang. Tapi tak selalu sebab kebanyakan projek, kena work in team. Terutamanya kalau kena pasang wallpaper dekat chalet dan resorts.

Malas nak cerita panjang walaupun memang dah panjang berjela pun, satu hari kitorang bertiga ditugaskan untuk install wallpaper untuk satu resort ni. Resort ni ada dekat pedalaman satu negeri ni. Lokasi aku terpaksa rahsiakan. Masa mula-mula makcik dia bagi job tu, macam tak percaya juga, kot-kot kena prank ke apa. Ye lah, biasanya customer yang upah kitorang kebanyakannya sekitar Lembah Klang ni je. Tapi, kali ni lain macam pulak jauhnya. Tapi, makcik dia ni serius. Dia kata, resort tu milik sorang bisnesman ni. Dia kenal ngan bisnesman tu. Kawan masa belajar dekat U masa muda-muda dulu. Orang tu nak buat grand opening minggu depan, sekali nak buat team building event untuk company dia katanya.

Maka, sampailah kitorang ke perkarangan Resort tu kira-kira dua hari sebelum event team building tu berlangsung. Perggh, jalan nak ke Resort tu, berbelit-belit bengkang-bengkok. Jalan kampung. Apiz bawak van macam pelesit. Naik pening kepala dibuatnya. Bila dah sampai, ambik kau! Resort tu sumpah lawa gila. Siap ada swimming pool lagi. Laman dia pun luas. Rumput menghijau. Ada banyak chalet kecik-kecik. Memang sesuai la nak buat team building event dekat situ. Memang tak sangka la ada Resort cantik kat area pedalaman macam tu. Tempat tak popular, tak viral. Sebab private property, so memang tak sangka la bila masuk nampak pedalaman macam ni boleh ada resort cantik macam tu.

Kat dalam, ada dua buah Toyota Hilux. Rupanya orang dari syarikat event management yang bisnesman tu dah upah. Diorang datang tengok tempat tu dan set up barang-barang. Adalah dalam lapan orang. So, takde lah kitorang bertiga je dekat sana. Resort tu ada main building. Besar. Tiga tingkat. Kadang-kadang aku terfikir juga. Sayangnya bisnesman tu tak buat bisnes perhotelan dekat sini sebab cantik tempatnya. Dia hanya gunakan untuk event syarikat je. Sama ada syarikat dia sendiri atau dia akan sewakan ke syarikat lain. Takde daily operation untuk sesiapa nak bercuti ke situ. Sayang.

Tenaga kerja kitorang ada tiga orang. Team event management tu buat hal diorang lah, kitorang ni buat hal kitorang. Yang penting masing-masing tak ganggu tugas masing-masing. Ada jugak la sesekali aku nampak Apiz bertekak dengan ketua event management tu, pasal suis je pun. Kitorang ada bertiga. Jadi Apiz agihkan tugas. Aku akan install wallpaper dekat chalet kecik-kecik kat sekeliling main building ni. Alin bahagian main building kat tingkat 2 dan 3. Apiz bahagian main building tingkat satu. Tak perlu la aku nak cerita detail apa kerja-kerja wallpaper installation yang kitorang perlu buat. Masa tu dah dekat dua bulan aku kerja, dah terer dah pasang wallpaper sendiri.

Aku dan Apiz masuk dekat salah satu chalet yang ada, yang paling dekat dengan swimming pool. Aku pandang swimming pool dekat tepi Chalet tu, air dia jernih kebiruan. Macam masih baru dibersihkan. Apiz terangkan kat aku, nak kena pasang wallpaper dekat area mana, design mana nak pakai. Lepas tu kitorang pun ambik barang dekat van. Lepas semua barang dah dipunggah bawak masuk, Apiz bagi aku dan Alin masing-masing satu walkie talkie. In case ada cedera ke, ada binatang berbisa ke, cepat-cepat roger. Kalau kitorang dapat projek kat tempat besar macam ni memang kena pakai walkie talkie. Lagi senang sebab phone biasanya mesti takde line.

Chalet kecik tu tak banyak, ada 6 unit je. Tapi nak pasang satu wallpaper kat dalam satu unit tu agak lama jugak la. Buat pulak sorang-sorang. Tengah aku sibuk buat kerja, baru separuh wallpaper tu aku pasang kat chalet pertama, tiba-tiba walkie talkie aku berbunyi. Alin panggil aku. “Wan, boleh hang pi kat belakang main building ni sat? Barang aku ada jatuh dari bakoni ni.” Alin mintak aku tolong dia pergi dekat belakang main building. Ada barang dia terjatuh dari balkoni. Aku masa tu turutkan je. Entah la kenapa aku tak banyak persoalkan pun permintaan dia tu. Tak terfikir langsung, barang apa yang jatuh? Apa dia buat dekat balkoni? Sebab mana ada nak pasang wallpaper pun kat balkoni. Kenapa tak ambik sendiri? Sebab alik-alik aku kena naik atas hantarkan barang tu. Langsung tak terfikir! Aku iyakan je. Menapak la aku ke belakang main building tu.

Masa aku keluar dari chalet tu, aku dengar bunyi orang tengah mesin rumput kat belakang main building tu. Pun aku tak terfikir, kenapa Alin tak mintak tolong orang yang tengah mesin rumput tu ambikkan ke barang yang jatuh tu. Tak terfikir weh. Menonong je aku berjalan ke belakang main building tu. Tapi, aku baru je sampai dekat area tepi main building tu, sebelah swimming pool, bunyi mesin rumput tu terus berhenti. Aku tanya la dekat ahli team event yang ada dekat area swimming pool tu, ada dua orang, entah apa yang diorang bincangkan sambil tunjuk-tunjuk dekat swimming pool tu. “siapa tengah mesin rumput kat belakang tu? Geng korang ke?”, dia cakap tak tau. Tanya lagi sorang tu pun cakap tak tau.

Masa on the way nak ke belakang tu, aku baru tersedar pasal swimming pool. Masa ni kening aku memang terus berkerut dah. Air kolam renang tu kotor gila. Ada sampah macam rumpai air camtu, ada daun kering. Dinding-dinding pula nampak berlumut. Bau pulak macam air paya. Ada bau-bau tanah dengan hanyir. Akuarium ikan yang dah lama tak cuci, ha macam tu lah bau dia. Aku abaikan dulu kolam renang tu. Aku terus berjalan ke belakang. Bila aku sampai, bukan je mesin rumput tak ada, batang hidung orang pun tak ada kat belakang tu. Suhu sejuk hutan masa tu terus buat bulu roma aku naik meremang. Dekat belakang main building tu, rasa sunyi gila. Padahal dekat depan, dekat dalam ramai je orang.

“Aku punya gunting terjatuh tadi. Cuba cari.” Alin tegur aku dari koridor luar bilik dekat tingkat dua. Terperanjat beruk dibuatnya. Tegur tak bagi salam. Dalam duk membebel sebab terkejut, aku pun tercari-cari la, tapi tak jumpa langsung gunting tu.

“Mana?” aku tanya Alin. Bila aku pandang balik ke atas, Alin tak ada dekat situ. Pintu sliding bilik tu pun tertutup rapat.

“Hahahahaha!” aku dengar suara perempuan ketawa dari arah hutan belakang resort tu.

Masa ni lah aku rasa jantung aku macam nak gugur. Terus otak aku berfungsi semula. Aku rasa aku dah kena main. Tapi kenapa aku? Terus aku berlari pergi ke depan semula. Aku masuk dalam main building tu, aku dapatkan Apiz yang tengah sibuk pasang wallpaper dekat hall utama.

Aku bagitahu dia, aku rasa tak sedap hati. Resort ni macam berhantu je.

“Woi! Awat mulut hang haram jadah sangat ni?”
“Dah aku seram. Takkan aku nak menari-nari pula, happy?”
“Hang pi buat kerja hang la. Cepat siap, cepat kita balik. Dah jangan kacau aku.”

Apiz malas layan aku. Aku pergi dekat Alin pula. Aku menapak panjat tangga naik ke atas cari Alin. Masa aku naik tangga, aku berselisih dengan sorang perempuan krew event management ni. Comel. Pakai tudung lilit-lilit tak tau nama apa lilitan tu. Eh, lilitan tudung ada nama ke? Pakai baju merah, seluar jeans biru lusuh. Dia senyum dekat aku sambil berjalan turun tangga, aku tak balas langsung dia punya senyum tu. Konfem kena cop sombong. Otak aku duk ligat fikir nak blah je dari resort ni. Bila aku sampai dekat tingkat dua, aku panggil Alin. Alin menyahut dari tingkat atas, dia ada kat tingkat 3.

Aku daki lagi, masa aku naik tangga nak ke tingkat 3 tu, aku berselisih sekali lagi dengan budak perempuan tu. Sama macam tadi, dia sengih je pandang aku sambil dia berjalan turun. Belakang tengkuk aku terus meremang. Masa ni Allah je yang tahu betapa kecutnya perut aku. Jumpa orang yang sama padahal tadi aku dah nampak dia turun. “Hai!” dia cuba nak bermesra. Aku pandang muka dia. Dia tersengih. Kalaulah muka dia bertukar jadi pontianak kejap lagi, konfem aku pengsan tergolek jatuh tangga ni karang. Tapi, kali ni aku balas balik senyuman tu walaupun fake. Lepas tu aku terus tunduk bawah. Tak pandang dia dah. Aku terus naik, panggil Alin. Suara aku sah-sah terketar-ketar.

“Alin! Alin!” aku panggil Alin bila dah sampai kat tingkat 3.

“Laa, hang buat apa kat atas tu? Aku kat bawah ni. Kan aku duk laung tadi aku ada kat bilik paling depan, hang tak dengar ke?” Alin membebel.

Aku terus pandang ke bawah. Nampak Alin duk tercegat kat situ. Budak team event management tadi, langsung tak nampak kelibat. Sah! Sah benda tu bukan orang!

“Alin! Kau ada tegur aku kat balkoni bilik belakang tak tadi?” aku tanya Alin.
Alin cakap, tak ade. Dia baru je start kerja dekat bilik depan.
“Kau ada mintak tolong aku cari barang kat belakang ke tadi?” aku tanya lagi.
“Hang merepek apa ni mangkuk? Dah, pi la buat kerja. Kang makcik aku marah kita settle kerja lambat. Esok jugak client nak tengok semua ni siap.”
“Jom balik la! Ajak Apiz balik. Rumah ni ada hantu dowh.” Aku mengadu dekat Alin macam budak kecik dah. Bila kau dah terlampau takut, macam tu la jadinya. Tapi tu la, macam mana abangnya, macam tu la adiknya. Dua-dua taknak dengar cakap aku. Kerja lebih penting.

Elok aku dalam mood seram, terus masuk mood nak maki orang. Tapi aku bersabar je. Aku keluar dari main building tu, aku pergi dekat chalet semula. Baru selangkah aku masuk, bulu roma aku meremang. Dalam sehari berapa kali nak meremang bulu bulu ni? Tapi, itulah hakikat. Dah seram, memang la meremang. Wallpaper yang aku dah siap pasang separuh tadi, rosak ada kesan macam kena toreh, lebih seram, macam kena cakar, siat-siat wallpaper tu. Ada yang macam ditarik, menggelebeh dari dinding.

“Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku la!”, aku acah-acah berani marah. Takut tapi aku macam berani. Mungkin bukan berani, tapi lebih kepada marah. Marah dekat si kembar yang tak percaya cakap aku. Aku cabut semua wallpaper yang rosak tu. Macam mana aku nak jawab ni nanti. Bukannya murah wallpaper tu. Jilake punya setan!! Dah siap dalam 3 buah chalet, aku menapak pergi ke van. Aku capai satu botol air seamaster. Aku teguk bagi hilang dahaga. Aku capai kotak rokok, ok tipu je. Aku tak merokok. Aku relaks sekejap. Aku rewind balik apa yang berlaku kat aku tadi. Sumpah tak masuk akal. Suasana dekat depan main building tu tak ada lah seram sangat. Sebab nampak ramai budak team event management tu busy buat kerja diorang.

Aku rasa maybe aku penat. Seminggu ni job tak berhenti. Pasang wallpaper sana sini. Aku cuba husnudzon. Maybe tu semua mainan perasaan sebab letih. Lama aku duduk lepak dalam van tu, hujan lebat tiba-tiba turun. Semua krew event management yang ada dekat halaman depan main building masa tu berlari la masuk ke dalam main building. Aku seorang je yang ada dekat luar masa tu. Terkepung seorang diri dekat dalam van, dekat parking area. Hujan lebat. Kalau aku lari ke main building tu karang, konfem basah lencun baju aku.

Langit makin gelap. Suasana sekeliling luar resort tu jadi makin redup. Perasaan suram dan seram tu datang balik. Baru je aku muhasabah diri tadi. Sekejap je, terus hati ni rasa gelisah. Kejap-kejap aku pandang luar tingkap belah kiri, kejap-kejap pandang kanan. Bila hati rasa gelisah, mula la aku fikir bukan-bukan. Betul ke orang-orang kat dalam resort tu, orang? Atau sebenarnya aku seorang je manusia dekat sini sekarang ni? Macam mana kalau ada benda serang aku masa aku sorang-sorang kat dalam van ni, diorang dengar tak aku mintak tolong? Hujan lebat ni mesti diorang tak dengar.

“Ktak!!!!!” ada benda jatuh atas atap van. Istighfar panjang aku dibuatnya.

Masa tu aku harap sangat yang jatuh tu cumalah ranting reput ke apa. Jangan la ada benda tiba-tiba telek dari atas nampak dekat tingkap van. Makin lama, tingkap van makin kelam pula. Sebab wap pernafasan aku. Aku dah tak nampak luar. Korang faham kan macam mana tingkap kereta jadi kelam bila korang ada dalam kereta masa hujan, kereta pulak tak dihidupkan enjin dan aircond. Haa, macam tu lah kelamnya. Takut punya pasal, aku baring dekat seat tengah van.

“Ktap! Ktap! Ktap!” van tiba-tiba bergoyang-goyang pulak. Rasa macam ada benda mengensot atas atap van tu. Bunyi macam cakar-cakar pun ada. Air mata aku masa tu nak keluar dah. Aku nak jerit mintak tolong konfem diorang yang ada dekat dalam tu tak dengar sebab hujan lebat kan. Dalam masa yang sama kalau aku jerit karang, benda tu terus telek ikut tingkap pandang aku, naya je!

Keluar terus ayat kursi dari mulut yang aku hafal masa tingkatan 3 dulu. A’u’ zubillah tak, bismillah tak, terus Allahu Laa ilaa ha illa huwal hayyul qayyum. Lepas tu aku dengar bunyi orang berdengus dekat luar. Tak sempat habis aku baca, Apiz datang meluru masuk duduk dekat seat pilot. Dia start enjin dan alih van tu makin dekat dengan main building. Aku ingatkan dia nak balik. Tapi, tak logik jugak, kalau nak balik, mana Alin?

“Apsal hang tak alih van ni? Ada ranting reput patah jatuh atas atap van hang buat dont know je.” Apiz membebel. Eh, budak ni! Nak kata bebal karang, marah. Nak alih macam mana kunci van dekat kau!!
Rupanya memang betul tu cuma ranting patah. Van terhenjut-henjut tu pun sebab Apiz berusaha gigih buang ranting tu. Cermin van kelam sampaikan aku tak nampak Apiz datang ke van. Lepas alih van, kitorang masuk ke dalam. Hujan masih lagi lebat. Kerja aku memang tak boleh jalan dah. Aku tak berani nak buat kerja sorang-sorang dekat chalet-chalet kecil tu. Apiz, lepas dapat tuala, terus dia pergi salin pakaian.

Aku nampak krew event, tengah happy lepak minum kopi cicah biskut mayat dekat meja rehat dekal main hall tu. Diorang ajak aku minum sekali, tapi aku tolak. Aku tak minum kopi. Dalam masa yang sama tu la aku terpandang minah yang aku berselisih masa turun tangga tadi, dan kembarnya. Ye! Kembarnya!! Baju sama, jeans sama warna biru lusuh, tudung sama cara lilit. Cis! Beriya la aku seram menggigil bagai. Rupanya memang aku berselisih dengan dua orang yang berbeza, muka sama, baju sama. Nyesal pulak aku tak balas “Hai” dia tadi. Kalau mesti kami ke jinjang pelamin dah sekarang. kahkahkah.

Masa tu la mula aku rasa, aku ni sebenarnya bermain dengan perasaan sendiri je. Takut sebab otak aku tak habis-habis fikir pasal benda seram. Lepak solat zohor, aku pun tolong la Alin siapkan bahagian dalam main building tu. Aku tolong dia pasang dekat tingkat 3. Cepat siapkan dalam main building ni, cepat la boleh sambung bahagian chalet kecik kat luar tu. Tengah aku sibuk pasang wallpaper dekat satu bilik dekat side belakang ni, tiba-tiba aku dengar suara,

“Alia…” suara perempuan panggil nama Alia. Suara macam budak-budak panggil kawan dia luar rumah nak ajak main petang-petang tu. Ha, macam tu lah intonasi suara tu.

“Alia…” bunyi tu muncul lagi. Aku terus lempar penyapu, berlari pergi dekat Alin dekat bilik depan.
Tercungap-cungap aku bagi tahu dia aku dengar suara hantu. Mamat ni pulak apa lagi. Membebel la. Cakap aku celupar. Aku apa lagi, ajak dia pergi bilik belakang. Nak suruh dia dengar sendiri. Tadi kau tak percaya aku kan? Nah, kau dengar sendiri! Tapi, lama kitorang tunggu. Tak ada pula bunyi suara tu. Alin cakap aku berhalusinasi. Dia marah aku cakap aku ni banyak sangat tengok filem hantu.

Tapi, baru dia nak melangkah keluar dari bilik tu, “Hahahahahaha!” suara perempuan ketawa sebijik macam aku dengar awal-awal tadi. Aku pandang Alin, Alin pandang aku. Dua-dua macam terkaku. Macam blur tak tau nak buat apa. Dan terus serentak berlari keluar dari bilik, lepas tu terus berlari turun tangga. “Hangpa dua orang ni dah pasai apa?”, Apiz tanya. Geng-geng event management yang tengah lepak lagi kat meja makan tu pun ada yang mula tunjuk muka takut bila nampak aku dan Alin berlari turun tangga macam kena kejar dek hantu.

“Kami dengar suara pompuan ketawa mengilai dekat tingkat tiga.” Alin jawab tercungap-cungap. Bunyi ketawa je sebenarnya. Takde lah sampai tahap mengilai. Cuma sebab dah takut sangat, apa lagi tambah kicap, tambah garam la dalam cerita. “Aku dah cakap kat kau, rumah ni ada benda, kau taknak percaya.” Turn aku pulak membebel. Aku nampak gadis kembar team event tadi dah mula duk rapat-rapat. Takut lettew.

“Mana pompuan mengilai tu? Nak tengok sikit cantik ke tak? Kot-kot boleh buat bini.” Sorang mamat geng event management tu bersuara. Kemudian, semua geng dia tergelak. Macam memperlekehkan aku dan Alin. “Pewwiiitt” suara siulan datang dari arah atas. Terus tergamam semua yang ada dekat situ masa tu. Aku dengan Alin terus berlari ke pintu. Andai betul Akak Ponti atau Cik Lang muncul sekejap lagi, aku memang terus keluar je. Hujan tak hujan belakang kira.

“Alia…” suara tu makin kuat. Macam makin dekat dengan tangga.

“Hahahahahaha!” suara gelak tu sumpah seram. Budak perempuan kembar tu pun terus menjerit bila dengar.

“Pewwiiittt” benda tu bersiul pula.

Beberapa orang dari team event management tu, dah mula bangun dari kerusi. Ada yang datang dekat dengan kitorang dah dekat pintu ni. Tapi, semua macam tertunggu-tunggu. Pandang ke arah tangga. Menanti sesuatu yang bakal muncul. Tak lama lepas tu muncul satu lembaga warna hitam, terbang laju ke arah perempuan kembar tadi sambil bercakap “Alia…”

Menjerit macam nak gila perempuan dua orang tu, hampir nak menangis. Lembaga hitam tu terbang lepas tu bertenggek atas lampu chandelier kat hall tu pulak. Bila nampak lembaga hitam tu sebenarnya cuma seekor burung, sorang mamat dari team event management tu gelak. Lepas tu yang lain-lain terus sambung gelak. Dan akhirnya semua gelak berjemaah.

“Hahahahahah” burung hitam tu gelak sekali. Lawak tapi sumpah meremang bunyi ketawa tu.
Cis! Hantu yang aku sangkakan nak menyakat aku ketawa apa semua ni rupanya cuma seekor burung Tiong Mas. Memang betul la aku ni penat bekerja sampai duk terfikir-fikir benda seram je. Burung Tiong Mas datang entah dari mana tu. Mesti burung tu ada orang bela. Sebab dia tau banyak perkataan. Tapi, yang paling dia kerap sebut adalah perkataan Alia, Pewwiit dan Hahahahahaha. Ada jugak lah sesekali aku dengar dia sebut Assalamualaikum, Good Morning dan Eleh..

Kalau tak silap dalam pukul 9 malam macam tu barulah kerja kitorang beres. Boleh kalau nak sambung esok, bermalam dekat sini tapi takpe lah. Apiz pun rasa tak sedap jugak sebenarnya. Walaupun team event management tu bermalam dekat situ hari tu, kitorang tetap dengan pendirian nak balik juga. Terutamanya aku la. Lepas siap segala kerja, gambar-gambar bilik, chalet dan hall nak tunjukkan dekat client esok pun dah ambik banyak-banyak, kitorang pun berkemas masukkan semua barang ke van. Masa memunggah barang tu la burung Tiong Mas tu tak habis-habis terbang atas van kitorang sambil sebut “Alia..”

Mula-mula memang la rasa terhibur tengok burung unik boleh bercakap kan. Walaupun tak sepetah Kakak Tua, tapi masih mampu menghiburkan kitorang. Tapi tu la, bila dah banyak kali sebut Alia, Alia, Alia..seram jugak. Dah la tak tau siapa Alia tu.

Sampailah kitorang diberitahu.

Esoknya. Bisnesman tu datang ke office kitorang sebab kitorang nak tunjukkan gambar resort dia tu. Dan semalam sempat lah aku tangkap satu gambar burung Tiong Mas tu. “Laa! Hidup lagi ke si Titi ni?” bisnesman tu terkejut lepas tu gelak. Muka dia nampak happy bila tengok gambar burung Tiong Mas tu.

“Ni burung kesayangan Alia ni. Dua tahun lepas burung ni hilang dekat area resort tu. Alia la lepaskan dia dari sangkar, terus dia terbang lari.

“Siapa Alia?” selamba badak je aku tanya. Tapi, memang aku nak tau jugak. Siapa Alia yang burung tu duk sebut je dari semalam.

“Alia tu arwah anak saya. Dia meninggal dua tahun lepas. Sakit moden zaman sekarang. Tak kira tua muda dah. Hari-hari terakhir Alia, kami sekeluarga banyak habiskan masa rehat dekat resort situ. Satu hari tengah buat family dah, Alia rebah dekat swimming pool. Dia tu sakit, tak boleh jatuh jatuh ni. Ajal dia dah sampai masa tu.” Aku dengar suara bisnesman tu macam sedih je. Menyesal pulak tanya. Tapi..

“Saya hadiahkan burung Tiong Mas tu masa birthday dia. Burung ni dia sayang sangat. Entah macam mana dia latih burung ni. Burung ni akan sebut nama Alia, setiap kali Alia panggil. Kalau orang lain panggil, burung ni takkan sebut nama Alia tu. Burung tu tahu sebut nama Alia je.”

Aku pandang Alin, Alin pandang Apiz, Apiz pandang aku. Muka masing-masing pucat. Badan meremang terus. Jadi, Alia yang dia sebut semalam, malam tadi tu, adakah sebab dia nampak “Alia”?
Adakah “Alia” ada di sekeliling kitorang sepanjang satu hari semalam?

Semalam, bunyi mesin rumput tu siapa buat? Kolam renang kotor tu, kenapa pula? Dan Alin yang ada dekat balkoni tu, siapa sebenarnya? Siapa yang ada dekat tingkat tiga, menyahut aku panggil tu? Ah, malas aku fikir dah. Persoalan yang tak ada jawapan logik. Aku tahu, tu first and last aku pijak tempat tu. Aku takkan ke sana semula walau apa tujuan sekalipun. Aku pergi dekat van, aku punggah semua peralatan bawak masuk ke office. Wallpaper yang rosak tu pun aku bawak masuk. Jenuh la aku nak explain tu nanti. Nak cakap ada hantu cakar wallpaper tu, memang kena gelak la.

Tapi, yang buat aku lebih seram bila aku tersedar, walkie talkie ada dua je. Ada satu tertinggal dekat resort tu nampaknya. Yang pasti bukan aku punya. Sama ada Apiz atau Alin lah tu yang cuai. Takkan la nak ke sana semula semata-mata nak ambik walkie talkie tu. Taknak! Aku taknak jejakkan kaki ke sana semula!

“Korang! Walkie talkie ni ada dua je. Sape yang tertinggalkan semalam?” aku tanya Apiz dan Alin. Masing-masing geleng kepala tak mengaku. Ha! Nak pass kesalahan tu kat aku la tu. Aku punya semalam aku dah letak siap-siap dalam bekas dia. Jangan nak menuduh.

“Alia..” tiba-tiba kedua-dua walkie talkie tu berbunyi.

Shit!!

-Tamat-

p/s: Lokasi resort sebenar terpaksa dirahsiakan demi menjaga hak peribadi pemilik dan demi menjaga periuk nasi orang sebabnya dengar cerita resort tu dah dibuka untuk pelancongan dah sekarang. Burung tu pun dah mati. Misteri walkie talkie berbunyi tu pun tak dapat dirungkaikan sebab itulah sekali je dia berbunyi. Kitorang pun tak gigih nak pergi ambik lagi satu tu kat sana.

Roh orang mati takkan hidup balik. Yang orang banyak cerita nampak roh orang tu, roh orang ni tu sebenarnya jin atau syaitan yang menyerupai roh orang tu. Tujuannya, menyesatkan manusia. Buat manusia takut dengan mereka, bukannya takut dengan Allah.

Ye, aku tau. Cerita kali ni tak seram mana pun. Next story aku janjikan keseraman extreme yang bakal membuatkan korang tidur tak tutup lampu malah ragu-ragu adakah betul itu suami atau isteri di sebelah korang masa tidur malam nanti. Pesanan terakhir aku, silent phone korang! Siapa tahu, mungkin malam ni telefon korang berbunyi “Alia…”

Tiong Mas by Si Celupar

37 thoughts on “#SiCelupar: Tiong Mas”

    • salam Rin~ bila ada sambung lagi pasal herisha..hehe
      samada real atau fantasi ia menjawab banyak persoalan kepada kehidupan seharian saya,menjawab kepada kehidupan makhluk yang tidak nampak di mata kasar seperti herisha,sy pernah bermain spirit of the coin dan mengakhiri game tu cuma untuk cari jawapan kenapa ianya wujud dan ternyata herisha banyak membantu sy

      Reply
    • woww penulis lejen ni.. aku taw cerita Maya tu dah tamat tp klu la ada perkembangan pa2 lg mohon sambung.. bez gila cerita Maya tuu

      Reply
  1. Klu ada blog sila share! Kalau tulis buku nnty pn bgtau la yer.. dah sesuai da jd penulis buku! Terbaik slalu citer ko ni!

    *Aku masih xblh move on dari citer ko y si carut tu… hahaha…

    Reply
  2. kalau bukak FS nie , mesti cari cerita #SICELUPAR nie dulu , baru layan cerita lain.. hehehe sbb jalan cerita dan bahasa dia bole buat aku masuk kedalam cerita , mcm bole rasa sendiri apee yang dia lalui.. hahaha please banyakkan lagi ceritaa awakkkk yeaaaaaa.. keep it up !

    Reply
  3. Best weyy citer ni….kalo kata halunisasi penulis pn cam x logik la…x kan dia cakor wallpaper tu sendiri kan…x kan la si titi tiong mas tu plak buat tul x…

    Reply

Leave a Comment