Sihir

Assalamualaikum.
Terima kasih admin sebab siarkan kisah aku ini (kalau tersiar lah sebab semalam ada submit juga tapi tak tahu tak boleh pakai shortform – maaf yer admin).

SIHIR .

Beberapa Minggu yang lepas, aku bermimpi tentang rakan sekerja aku, Fittra. Dia berada di atas sebuah kapal pelayaran di tengah lautan,aku pulak berdiri di jetty. Aku pandang tepat ke lautan tersebut yang hanya kelihatan kapal pelayaran tersebut dan Fittra yang berdiri di hujung kapal, Fittra sedang termenung jauh memandang lautan yang terbentang luas di hadapan dia. Tiba-tiba, laut bergelora, kapal yang dinaiki Fittra bergoyang-goyang hampir terbalik. Di saat itu, kelihatan seorang wanita berpakaian ala-ala jawa dengan kain batik hijau keemasan, rambut yang dililit kemas dengan perhiasan bunga-bunga putih halus berdiri terapung di atas permukaan air menghadap kapal pelayaran yang hampir terbalik dipukul ombak. Aku pulak menjerit sekuat hati, memanggil Fittra untuk mengarahkan kapal tersebut patah balik, jangan teruskan perjalanan kerana kapal tersebut semakin menghampiri wanita Jawa tersebut. Aku jerit selagi mampu sehingga jelas kedengaran suara ku oleh wanita jawa tersebut dan dia terus memandang aku !!. Aku terjaga dari tidur petang, dengan peluh ditubuh dan tangan yang menggigil. Aku terus bangkit dari katil dan tak mahu memikirkan hal tersebut walaupun hati aku sedikit risau tentang perkhabaran Fittra yang sedang bercuti ke kampung halaman nya di Bali, Indonesia. Mimpi yang aku alami ini, membawa perkhabaran buruk yang boleh meragut nyawa Fittra. Kepulangan Fittra ke Malaysia akan menjawab pelbagai kisah seram dalam hidup aku yang tak ingin aku tempuhi.

Nama aku Liza, sebelum aku ceritakan mengenai pertemuan aku dengan wanita jawa tersebut dan kaitan mimpi aku dengan Fittra, aku nak ceritakan bagaimana indra ke-6 aku boleh terbuka.

Kisah ini bermula beberapa tahun yang lepas, adik lelaki aku Rhaz disihir oleh seorang perempuan yang bernama Su. Perubahan perangai Rhaz sehingga melawan kata mami and dadi, tak balik rumah berminggu-minggu, tak nak makan sampaikan dari tubuhnya yang sado dah macam mayat hidup. ini berpunca dari kelancangan mulut Rhaz sendiri, kata orang “KERANA MULUT BADAN BINASA”, Rhaz kutuk Su macam-macam. Sejak kejadian tu, Rhaz tunduk sujud pada Su tiba-tiba jer. Sehinggakan mami pergi serang rumah Su dan berjumpa dengan mak Su, waktu tu, mami bagi Salam tapi mak Su tak jawab dan mak Su ni awal-awal dah duduk depan pintu rumah dia dan kata dia memang tahu ada tetamu tak diundang nak datang. Mami awal-awal dah pasang pendinding diri untuk mengelakkan apa-apa berlaku. Mami and dadi ada belajar perubatan ilmu Islam kiranya kalau dalam game Mobile Legends, mami and dadi tahap Grand Master lah.

Balik dari rumah Su, mami cakap kat dadi, mami Nampak suatu lembaga hitam berbulu, badan besar 5x ganda dari tubuh manusia biasa, mata merah dan lidah yang terjelir dengan cecair hitam. Malam tu juga mami dan dadi bawa Rhaz pergi berubat dengan Cik Ngah (Level Epic), waktu tu baru tahu Rhaz dah kena sihir (penunduk).

Malam tu juga, aku dalam perjalanan pulang ke rumah dan bertembung dengan lembaga hitam ,kurus,berbulu dan bersaiz normal macam manusia biasa di tengah jalan raya dengan samar-samar lampu motorsikal aku. Lembaga tu tengah mencangkung makan sesuatu dengan rakus sekali,merobek isi-isi dari perut habuan nya, darah merah pekat meleleh dari mulut lembaga tersebut. Aku hampir rasa nak pengsan jer, first time in my life aku tengok benda macam ni tau real life lagi dah tu ilmu di dada ni 30% je, tahu aku baca surah Al-fatihah. Itu pun xtentu bacaan aku, kelu lidah tau, aku stop dan tak fikir lama aku patah balik guna lorong yang lain. Adik aku pulak Nono dekat rumah pun kena ganggu lembaga ni kat rumah. Dia nampak tangan berbulu, kuku panjang.

Berbalik pada Rhaz, malam tu jugalah Cik Ngah bertarung tenaga batin dengan tuan jembalang tu, akhirnya Rhaz muntah semua ulat-ulat sampah yang masih hidup ! sekali dengan lendir hitam merah pekat, bau tu satu rumah Cik Ngah hidu. Mami sampai muntah tak tahan hidu bau tu tau, Cik Ngah bagitahu Rhaz ni kena sihir pakai angin dan melalui makanan (Nasi Kangkang guna darah haid). Tapi ini tak berhenti disini saja, sebab mak Su pun ada hantar benda tak elok dengan family aku, dan aku adalah mangsa pertama sebab aku pernah juga sound Su jangan ganggu Rhaz.

Keesokkan harinya, cuti kerja aku, aku cerita pada mami dan dadi kejadian malam semalam. Petang tu juga, lepas Cik Ngah balik kerja kami sekeluarga pergi ke rumah Cik Ngah nak berubat sebab lembaga ni siang-siang hari dah ganggu kami. Makanan yang mami baru masak simpan atas meja belum sampai 10minit dah membusuk, anak kakak pulak asyik menangis tak henti, bau busuk selang beberapa minit muncul menusuk ke hidung kami semua, lebih dasyat lagi bila tangan Nono (Adik perempuan aku) kena cakar dengan lembaga ni waktu dia tengah tidur siang, tangan Nono terus bernanah gatal yang amat sangat sampai dia garu berdarah – bau busuk pulak tu , mata dia pulak dah kemerah-merahan. Kesian Nono kena kacau benda tu sebab dia tahu Nono jenis yang lemah semangat.

Sebelum pergi ke rumah Cik Ngah, aku sedang angkat pakaian jemuran bawah pokok buah asam dan waktu tu lah aku Nampak lembaga hitam dari atas pokok tu lompat nak terkam aku ! Aku lah punya jerit macam kena histeria, mami berlari keluar tengok aku tengah bergolek-golek atas tanah macam tengah bergelut dengan sesuatu. Aku menjerit tak ingat dunia dah, mami cepat-cepat peluk aku suruh bawa mengucap, aku dah menangis macam bayi jerr nak mengucap pun xdapat. Jantung aku berdegup kencang rasa nak terkeluar dari badan, punya takut tahap apa dah, yang pasti aku dan mami tahu lembaga tu memang dah terkam aku sebab ada lendir hitam melekat atas rambut aku dan muka aku luka kena cakar, tapi Alhamdulillah tak seteruk Nono.

Dalam perjalanan ke rumah Cik Ngah, macam-macam kami lalui, ada ular hitam sebesar paha lelaki tiba-tiba jer melintas jalan raya, nasib dadi sempat break hampir mengakibatkan kemalangan kami sekeluarga. Bukan setakat itu saja, perjalanan yang mengambil masa kurang dari sejam untuk sampai ke rumah Cik Ngah menjadi 2-3 jam, hari yang cerah semakin gelap. Bau busuk muncul, aku sampai muntah dalam kereta tapi dadi tetap teruskan perjalanan. Aku pandang luar cermin kereta dan aku Nampak dalam hutan di sepanjang perjalanan seperti ada lembaga hitam yang melompat dari satu pokok ke satu pokok mengekori kami. Dadi suruh Rhaz azan tapi Rhaz Cuma ketawa berdekeh-dekeh. Aku yang duduk tepi dia rasa nak keluar kereta jer, Nono pulak duduk hujung belakang dadi tak berhenti garu tangan dia sampai lendir nanah tak berhenti keluar.

Dadi pasang surah ruqyah dalam kereta, pasang full volume waktu tu juga lah Rhaz ni menjerit sampai bingit telinga aku tau, dahtu pengsan. Mami dan dadi baca lah surah-surah yang mereka tahu sepanjang perjalanan dan akhirnya kami sampai juga ke rumah Cik Ngah.

Baiklah.

Sampai sini dulu aku cerita. Nanti aku sambung balik sebab masa amat mencemburui kita. Insya Allah umur panjang aku sambung cerita ni dan misteri mimpi aku dengan Fittra membuka satu lagenda yang aku sendiri tak pasti kewujudan nya.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

15 thoughts on “Sihir”

  1. Alahaaaiiii…
    Awat tulis x bg perabih jer dik non…
    Setereeeesss hakak tauu…

    Pastu ketawa berdekeh-dekeh mcm pelik kot…
    Yg ade ketawa berdekah-dekah atau terkekeh-kekeh…
    Hehehehehehe…

    Papepooonnn…
    Cepat sambung dik…
    Enggak sabar nih…

    Reply
  2. Patut cerita laa pasal hijab terbuka sampai habis…pastu baru cerita pasal Fittra..2 cerita sangkut..kena game ni…habiskan satu satu dulu..sbb 2x kena tahan sabar….tapi penulisan baguih…

    Reply
    • Betul. Intro fitta kemain. Tergantung bab fitta, g masuk bab adik dia plak. Pun tergantung jgk. Kejadah apa story mcm ni. Penulisan bagus tu dah okay. Ajet2 sambung tak kena tempat tu yg rosak. Patutnya kalo dia nak sambung, story pasal fitta bagi habis, sambung nanti story plak pasal adik dia. Mcm story #sicelupar or #cikedot ke.

      Reply
  3. Intro psal fitta, alih2 story bab adik ko. Satu2 la bhai. Nak story pasal adik mula la dgn adik, nanti sambung story lak bab fitta. Aku scroll cepat2 nak tahu psal fitta, takde plak, yg ada sambungan. Choiiii…1 bab tak selesai, masuk bab kedua pun tak selesai. Memang jenis tak reti selesaikan satu2 ke ko ni? Ajet2 sambung plak.

    Reply
  4. dear writers please complete with one story then come out with new story…
    your story is interesting but pls complete it…

    anyhow interesting….

    Reply
  5. Rhaz kutuk Su macam-macam : ok dia kutuk ape? org kalau dh sakit hati, mmg cara sihir la diorg guna.

    satu lagi, iols rse bukan deria keenam penulis terhijab tp mmg dia nk munculkan diri supaya uols nmpk. kalau deria terbuka, semua makhluk lain pun akan nmpk, tp ni just nmpak ape yg su and family dia ata je.

    x best la tetiba bercerita sekerat jln. tiba2 kisah fitra di awal penulisan, eh eh nk sambung next plk. ceritanya baru sepatah dua. lainkali mohon taip dulu panjang2 pahtu baru publish.

    Reply

Leave a Comment