Sihir Pemisah

Assalamualaikum..setelah mengikuti kisah kisah seram di Fiksyen Shasha, aku turut ingin berkongsi kisah hidup aku yang disihir oleh kawan lelaki aku.Tujuan aku berkongsi kisah ni bukan lah untuk membuka aib sendiri, sekadar peringatan kepada wanita wanita di luar sana supaya berhati hati..

Kisah bermula sejak umur aku 20 tahun..aku mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan aku..Alhamdulillah,majlis kami berlangsung dengan baik.Sehari selepas bertunang aku ‘upload’ gambar pertunangan kami di facebook..sekadar berkongsi kegembiraan.tapi aku tersilap langkah..kerana sekeping gambar,ada yang menyimpan dendam.

Selepas seminggu bertunang,aku keluar dengan tunangaku..dalam perjalanan pulang,aku dapat rasakan ada ‘sesuatu’ dalam badan aku. Tiba2 aku bagai dikawal oleh 1 kuasa..aku buang cincin pertunangan kami..apa yang keluar dari bibir aku cuma 1 “PUTUSKAN PERTUNANGAN”..aku bagai dikawal kuasa lain.Tunang aku terus ambil ibu aku dan bawa aku pergi berubat.

Sampai saja disana,aku bagaikan ‘hilang’.Aku dengar,tapi aku tak mampu bersuara.Aku sedar,tapi mata aku tertutup.Aku dapat rasa aku diangkat oleh orang ramai.Sebaik saja ayat suci Al-Quran dibacakan,bagai ada suara lain didalam aku yang menjerit kesakitan & kepanasan.Apa yang aku dengar,Ustaz tu tanya apa tujuan kau ganggu budak ni.Suara tu cuma menjerit “putuskan pertunangan”.Lepas tu aku dah tak sedar apa yang jadi..sedar sedar aku dah ada kat rumah aku dan ibu aku cakap benda tu dah hilang dah.

Aku sangkakan semua ni dah berakhir,tapi tidak. Hijab mata aku terbuka..aku meraung,menangis ketakutan sebab setiap sudut aku nampak makhluk2 tu…Sampai 1 tahap waktu aku tengah solat,’binatang’ tu mengamuk depan sejadah..berguling guling tepi sejadah aku..waktu aku bagi salam,dia renung mata aku dengan penuh rasa marah. Muka dia menggerutu..kulit dia menggelembung..berwarna hijau pucat..mata besar bola golf & berwarna merah.. Jarak muka dia dengan aku lebih kurang 2inci.Korang agak2 aku pengsan??Tak…aku cuba lawan sebab aku yakin Allah lebih berkuasa.

Dah banyak tempat aku pergi berubat..hilangnya sekejap..dia datang lagi.Hijab mata aku masih terbuka.Ada 1 masa aku rasa sakit sangat badan macam dicucuk jarum.ada 1 masa aku menari tarian Menora..cakap bahasa siam.Ada masa aku cakap sorang sorang.

Aku dengan tunang aku?Alhamdulillah..kami diijab kabul dengan majlis akad nikah & doa selamat.Aku sangka kami akan baik saja lepas berkahwin..rupanya tidak.Gangguan tu masih datang. Kadang kadang aku kena cakar, katil aku digoyang goyang. Keadaan makin teruk bila aku mula terbayang wajah kawan lelaki aku tersebut.

Aku rasa rindu pada dia sedangkan aku sangat sangat sayangkan suami aku. Makin parah bila malam,aku dengar dia memanggil2 nama aku. Aku rasa nak lari dari rumah & pergi pada dia. Namun Allah masih lindung aku..setiap malam suami aku terpaksa kunci pintu dari luar untuk elakkan aku keluar rumah.

Suami aku tak pernah putus asa untuk pulihkan aku.semakin hari aku semakin pulih. Bayangan wajah & suara dia memanggil aku dah hilang.Mesti korang ingat dia dah give up kan? Tak..dia masih cuba.Tapi dengan cara lain..orang cakap sihir pembenci / sihir pemisah.Aku dan suami saling membenci walhal kami masing masing setia.Tak pernah wujud orang ketiga dalam hubungan kami..

Perkahwinan kami tak dapat bertahan lama.Bila jauh kami merindu..bila dekat kami bagai musuh. Aku tak salahkan takdir. Aku terima nasib kami walaupun pahit. Kami berpisah kerana perbuatan sihir orang. Anak aku hilang keluarga dia. Dulu memang aku simpan dendam,tapi aku terfikir sampai bila aku nak berdendam.

Aku maafkan dia. Dosa dia dengan Allah,biarla dia dengan Allah..Aku tak pernah bagi harapan pada lelaki lain & aku sendiri tak tahu dia simpan perasaan terhadap aku. Kalau diberi peluang, cuma 1 soalan aku..Apa dosa aku pada kau sampai macam ni sekali kau hancurkan aku.Hijab mata aku masih terbuka..keluarga aku musnah..anak aku hilang keluarga kecil dia..Anak aku tak membesar macam kawan kawan dia yang lain yang ada mama papa dalam 1 rumah.

Nasihat aku pada kaum wanita,hati hati dengan gambar gambar korang yg korang share dalam fb..Aku disihir melalui gambar.Sekian.

5 thoughts on “Sihir Pemisah”

  1. Ya allah sedihnya sis. Sis dah try brubat dkt darul syifa ? Ustaz ismail kamus tu. Kalo blom cuba la kt sana pulak. Takpa lah sis. Kalau dunia dia menang, akhirat nnti dia tanggung pulak. Sy harap sis tabah melalui semua ni. Kepada yg buat tu, ingt la .. syirik tmpt nya di neraka kalau tak bertaubat.

    Reply
  2. Berubat dengan ustaz norazman banjari
    Taip n search kat google

    In shaa allah sampai sihat sepenuhnya kau dirawat.bertindak sekarang.

    Reply

Leave a Comment