Assalamualaikum, aku tidak mau dikenali. Berasal dari johor. Cerita yg ingin aku kongsikan ini terjadi ketika aku berumur 15 tahun, pada tahun 2003.
Aku seorang yg aktif dengan aktiviti sekolah terutamanya dlm bidang seni suara. , Dikir barat dan ada sikit2 nyanyi solo. Jadi pelajaran masa tu memang agak terabai sebab asik skip kelas berlatih dan bertanding. Aku selalu jgk balik lewat dari sekolah sebab training, jadi aku akan balik naik bas kat bandar ke rumah aku yg agak jauh dari sekolah.
Nak dijadikan cerita pada satu petang ni, aku balik lewat dari sekolah dan macam biasalah berjalan kaki ke bandar utk naik bas balik ke rumah. Sampai di bandar aku sempat la beli keropok lekor dan air untuk alas perut sambil menunggu bas. Aku pun duduk la di bus stand. Tiba tiba aku didatangi oleh seorang tua yg berpakaian ala2 koboi. Pelik jugak bila dipikirkan balik. Dia terus tegur aku, “dik, minat belajar silat?”. Aku pun jwb minat sebab dah mmg darah seni melayu kuat dlm diri. Aku xpikir panjang pun masa tu. Pakcik tu kenalkan diri dgn nama M. Selepas tu dia terus beredar tanpa bercakap sepatah kata. Dlm hati aku fikir macam mana nk belajar silat? Rumah pun xbagitau. No henfon jgn cerita la sebab zaman tu aku xmampu lg pakai hp. Jadi aku pun abaikan lah. Igt pakcik ni xbetul kot. Dlm hati aku. Tak lama bas pun sampai aku terus naik dan lupakan hal baru berlaku tadi.
Selang beberapa hari lepas perkara tu berlaku, aku dengan mak tgh makan malam dirumah, terdengar ada bunyi kereta masuk ke halaman rumah, maklum la rumah kawasan felda mana ada pagar, dan zaman tu pun mmg keluarga aku xde kereta lagi. Aku dengan tangan belum basuh pegi mengintai ke luar tingkap. Nampak kereta toyota model lama aku pun tak berapa ingat kereta apa & memang tak kenal siapa. Aku pun panggil la mak aku. Mak aku buka pintu da aku nampak pakcik koboi yg tegur aku kelmarin boleh terpacak depan rumah aku. Aku betul2 terkejut masa tu. Mak aku pulak tanya aku siapa tu dan aku cerita serba ringkas lalu aku jemput org tua tu masuk. Sementara aku basuh tangan, mak aku berborak dengan pakcik tu. Dlm kepala aku dari tadi asyik fikir macam mana pakcik ni boleh tau rumah aku?.
Aku pun pergi la ruang tamu duduk berhadap dgn pakcik koboi tu. Dia sempat bagitau mak tujuan dia datang nak ajar aku silat. Mak aku memang tak kisah pun sebab daripada aku merayap malam2 baik aku ikut pakcik ni belajar silat. Aku tak membantah, cuma hati aku rasa sikit tak tenang memikirkan macam mana pakcik ni boleh tau lokasi rumah aku. Pakcik M sempat bagi tahu yang dia akan ambil aku hujung minggu sebab waktu cuti sekolah. Jadi aku cuma mengangguk dan dia terus bangun da meminta diri untuk pulang.
Sampailah masa hujung minggu, selepas maghrib aku makan malam dan bersedia dengan t shirt spare akuletakkan dlm beg untuk belajar silat nanti. Dalam jam 9:00mlm pakcik M pun sampai, cuma kali ni aku nampak ada 2 org yg duduk kt belakang, dia terus buka cermin da bagi isyarat suruh aku keluar rumah. Aku terus ikut tanpa banyak berfikir. Dalam kereta aku duduk di bahagian depan. Terus bersalam dgn pakcik M dan 2 org budak di belakang. Dalam kereta masing2 tak bercakap sepatah pun. Selang lebih kurang 20minit kami semua sampai ke sebuah rumah. Aku rasa ni rumah pakcik tu. Lokasi memang tak dapat aku nak bagi tau. Maaf ye. Terpaksa berhenti sampai sini dulu sebab ada hal sikit. Insyallah nnt aku sambung lagi
bila nk sambung??? x best la cite trgantung ni…
MACAM FUCK CERITA MACAM NI, BAIK TAK PAYAH CERITA!!!
aku harap aku ada jurus tumbuk muka orang melalui internet.
Permulaan cerita macam gempak so, ada la expectation kot2 cerita ni boleh buat meremang..eh haram jadah pulak citer mcm ni dah la pereneggan sikit jea..nk layan pun susah..heishhhhhhhhh..kiciwa
*perenggan
X yah la sampai x mau dikenali..buh nama pn bukan org kenal kau pn..nama pakcik koboi tu kalo buh nama pn bkn org tau pn..x yah sambung lah, cite ko x best pn..