#Stella – Bank usang dan duit lama

Assalam semua warga FS. Thanks admin kerana uploadkan kisah ni. Nama aku Stella. Pengalaman yang aku nak ceritakan hari ni bukan daripada aku. Tapi penceritaan daripada kawan aku, Amin yang mengaku pernah mengalaminya. Sama ada rekaan atau betul-betul terjadi, aku tak pasti kesahihannya. Mungkin jugak Amin sengaja mereka-reka cerita supaya dia dapat makan free roti canai sardin. Sebab waktu tu, kami tengah melepak dengan beberapa orang kawan kat mamak. Cerita Amin ni tak berapa nak seram sangat, lebih kepada misteri.

Kisah Amin
Juraian peluh menitis kat dahi aku. Tak tau lah mengalir sebab nervous ke atau kepanasan. Nervous sebab hari ni aku akan jumpa dengan keluarga bakal mertua buat pertama kalinya. Panas sebab aircond kereta dah nyawa-nyawa ikan. Lama benor tak servis. Tapi bila mengenangkan, girlfriend aku, Aisha, yang lawa, ayu dan manis, sejuk sikit hati ni. Keluarga Aisha ni tinggal kat kawasan kampung yang agak ceruk sikit. Dekat negeri mana, minta maaflah tak dapat bagitau (Amin tak kasi). Tapi lepas keluar dari KL, sepanjang jalan tu ditemani dengan pokok-pokok hijau.

Kalau orang yang suka nature, memang enjoylah. Tapi untuk orang yang nak cepat sampai dan drive sorang-sorang macam aku ni memang cepatlah mengantuk. Nasib ada radio, tu pun sekat-sekat signal. Tengah melayan lagu, tiba-tiba ada whatsapp masuk. Dari Aisha. Ada pulak line kat area hutan belantara ni. Pelik betul. Aku swipe screen dan baca sekali lalu. Aisha mintak supaya aku singgah beli minum petang dekat mana-mana. Dia spesifik mintak goreng pisang. Kat mana pulak aku nak redah cari ni? Dah la ni first time datang rumah dia. Mungkin saja nak training aku kot untuk jadi suami time dia mengidam nanti. Aku pun tertinjau-tinjau la tepi-tepi jalan kot-kot ada. Sepi.

Aku teruskan drive sampailah jumpa satu pekan kecil. Nampak macam busy sikit. Mungkin ni pekan utama penduduk kampung ni kot. Aku dah nampak ada mak cik tengah jual goreng pisang dekat depan deretan kedai tu. Tapi, aku pergi melangkah kat atm bank yang ade kat situ. Cucuk duit dulu. Manalah tau kot-kot ayah mertua aku nak aku belanja dinner ke malam ni. Kenalah prepare awal-awal.
Time aku nak masuk ke atm tu, hati aku macam tiba-tiba rasa berdebar. Out of nowhere. Tapi aku abaikan. Aku terus tolak pintu atm. Zass! Menderu angin ke muka aku. Pelik. Takde pun aircond kat situ.

Aku bertambah pelik bila aku tengok sekeliling. Bank tu nampak usang betul. Ada sesawang kat merata-rata dinding putih sampai aku ingat asalnya dinding tu colour kelabu. Aku ignore keanehan yang ada, dan berjalan ke arah salah satu atm teller kat situ. Berdebu macam tak pernah digunakan padahal kat luar tadi kemain busy manusia berjalan-jalan. Mungkin penduduk area sini tak guna sangat kot atm. Aku terus key in password dan tunggu bila mesin tu tulis processing. Dalam pada tu, sempatlah menjeling keliling bank. Ada cctv kat kecil kat atas siling dinding tu. Timbul sedikit rasa merinding seperti sedang diperhatikan. Aku cepat-cepat alihkan pandangan. Bila mesin tu selesai proses transaksi aku, aku menunggu atm teller tu keluarkan duit aku.

Tapi aneh. Yang keluar bukan duit Ringgit Malaysia. Sebaliknya, kat duit tu ada tertulis bank negara tanah melayu. Apahal pulak atm ni? Aku belek satu persatu duit tu. Takde pun duit RM. Aku tengok balik atm tu. Cuba tekan apa-apa. Tiba-tiba skrin dia blank. Keluar mesej, ATM is currently out of service. Aku ternganga kejap. Tengah aku blur tu, tiba-tiba ada ketukan kat pintu bank yang transparent tu. Mak cik goreng pisang tadi. Muka dia macam cemas sikit. Aku pun cepat- cepat simpan duit dalam dompet dan bergerak ke arah makcik tu. Aku tolak pintu, dan keluar. Tiba-tiba badan aku rasa ringan. Aku tak tau kenapa.

“Apa yang anak buat kat dalam tu?”, tanya mak cik tu. Eh, mak cik ni. Takkanlah mandi-manda pulak dekat bank. Tapi sebab aku still beradab sopan, aku pun jawab.

“Nak keluar duit makcik. Tapi bank ni pelik lah.”

“Bank? Bank apa yang kau cakap ni nak? Bila masa kat sini ada bank?”

Aku pun pantas toleh balik ke belakang. Kosong. Takde logo bank yang aku nampak awal-awal tadi ataupun atm machine. Cuma bangunan kosong yang penuh bersawang.

“Tadi ada bank sini. Saya baru keluar duit sepuluh minit lepas”, aku terus keluarkan dompet aku. Takde duit tanah melayu whatsoever. Yang ada cuma kertas-kertas kosong berwarna putih.

“Sepuluh minit? Ya Allah nak, mak cik nampak kau masuk dua jam lepas kat bangunan ni. Kau tak keluar-keluar lagi. Mak cik nak tutup kedai dah pun ni. Dah nak maghrib ni”, balas mak cik tersebut.

Aku berdiri kat situ lebih lima minit cuba nak hadamkan apa yang makcik tu cakap. Aku sempat check jam. Betul kata mak cik tu. Aku masuk tadi awal pukul lima. Sekarang nak pukul 7 dah. Aku intai sekali lagi bank tu tapi dari luarlah. Tak berani aku masuk lagi. Semuanya berbeza dengan apa yang aku nampak kecuali dinding bersawang dan… Mata aku menangkap pada cctv yang ada dekat atas siling tu. Rasa seram tiba-tiba datang. Tanpa berlengah, aku cepat-cepat cabut. Minta maaflah Aisha, takde goreng pisang untuk awak.

14 thoughts on “#Stella – Bank usang dan duit lama”

  1. Kau dah masuk alam Bunian tu. Story simple & aku rasa citer ni real. Tapi diorang guna RM…Tak tahu pulak Bank Tanah Melayu…Currency note tu pelik…Wallahualam.

    Reply
      • Bunian kat sini mmg consider as Tanah Melayu…tapi mslhnya currency yg tulis Bank Tanah Melayu tak pernah ada & nampak pun…biasanya Bank Negara Jerai/Ledang/Fattani/Gangga Negara/Langkasuka…mungkin dia kena prank dgn jin kot.

        Reply
  2. Maaf nak tanye, bunian ni bangsa melayu juga ke? sebab kalau baca kisah bunian mmg selalu kat nusantara je dan melalui banyak penceritaan yg saya baca gaya hidup mereka semua berkisar dalam rumpun melayu sahaja. Ada juga kata bunian sama macam bangsa manusia tapi lebih maju betul ke? Kalau betul bunian wujud dan disebut dlm Al-Quran kenapa mereka tak berbangsa Arab atau berbilang bangsa? (ingin tahu)

    Reply

Leave a Comment