#Stella – Emak

Assalam warga FS. Lama tak menulis kat sini. Thank you admin sebab approve cerita ni. Cerita aku kali ni kisah kawan aku, Atikah dan emaknya yang terlalu overprotective sampai buat kerja khurafat untuk melindungi anak-anak dia. Cerita ni agak panjang sikit sebab Atikah ceritakan pengalaman dia dari zaman universiti sampailah dia berkahwin. Okay, jom teruskan kisah Atikah dan bersama kita cuba ambil iktibar dari kisah dia.

Kisah Atikah-Β Pengalaman di universiti.

Kejadian aneh yang berlaku dekat sekeliling aku mula aku perasan waktu aku start duduk universiti. Pertama kali aku stay jauh dari emak aku. Untuk pengetahuan semua, emak aku merupakan ibu tunggal setelah ayah meninggal sewaktu aku masih kecil. Mungkin sejak itulah emak aku mula mencari sesuatu untuk melindungi diri dia dan anak-anaknya. Kami tiga beradik, aku yang paling bongsu, ada Kak ngah dan Bang long. Aku tak pasti sama ada adik beradik lain ada pendinding or tak. Aku tak pernah tanya dan kat penghujung cerita nanti korang akan faham kenapa. Okay, cukuplah sikit intro pasal ahli keluarga aku.

Sepanjang belajar kat universiti, jari manis tangan kanan aku selalu lebam macam kena punctured. Selalunya kalau kena, berminggu-minggu tak baik. Aku pun pelik. Tapi memandangkan tak rasa sakit, aku malas nak mengadu kat sesiapa. Yang anehnya bila aku balik rumah waktu cuti semester, lebam tu akan beransur-ansur hilang. Tapi macam aku cerita, selagi tak rasa sakit, aku ni jenis malas sangat nak ambil kisah. Lagipun masa tu tak terlintas pun perkara mistik ke apa.

Pengalaman seterusnya ialah waktu aku demam. Aku pernah kena demam panas teruk kat kolej. Tapi memandangkan minggu tu minggu exam, aku tak balik rumah. Lepas dua hari demam, baru aku call mak aku bagitau yang aku sakit. Kononnya nak minta doa emak supaya aku sihat bila jawab exam, yelah doa seorang ibu kan makbul. Malam lepas aku call mak tu, aku tak dapat tidur. Kepala aku rasa sakit yang amat, dada aku rasa sesak. Masa tu aku rasa macam nak mati dah. Aku menangis sampai tak sedar bila terlena. Tapi bila bangun esoknya tu, badan aku rasa ringan. Macam tak pernah sakit padahal dalam dua hari tu takde kebah langsung. Tapi roommate aku yang pulak yang demam. Dia kata malam semalam kepala dia tiba-tiba sakit dan pagi ni dah tak boleh nak bukak mata langsung sebab kepala rasa berat. Masa ni, aku masih lagi tak syak apa-apa. Cuma bila dah tau sekarang, aku rasa kesian dengan insan-insan yang pernah jadi mangsa secara tak sengaja. Sepanjang dua tiga kali aku demam kat situ, memang akan berlaku kejadian ni. Masa tu aku ingat aku ni adalah carrier dan penyebar penyakit yang berjaya. Sebab dah beberapa kali terjadi kes berjangkit ni, setiap kali demam aku akan balik rumah kecuali kalau time exam. Kepada roommates aku time exam dulu tu, minta maaf la ye. Sumpah tak tau masa tu aku rupanya punca kejadian.

Kejadian seterusnya pulak berlaku waktu classmates aku rajin buat prank untuk celebrate birthday aku. Aku ni memang jenis penakut duduk dalam gelap. Aku tak boleh duduk dalam bilik gelap sorang-sorang. Jadi dalam 10 minit sebelum pukul 12 malam, dorang semua berkumpul dekat ground floor blok aku. Masing-masing menyorok. Roommate aku time ni yang juga merangkap master planner pun ajak aku ke bilik stor kat ground floor asrama kami. Katanya dia ada tinggal barang kat situ. Sampai je kat depan pintu stor, roommate aku buat- buat buka lampu dan minta aku masuk dulu. Dengan innocentnya aku masuk, tupp! Pintu stor tu budak tu tutup dari luar. Lampu dia padamkan. Apa lagi meraung la aku kat dalam. Dorang kononnya nak prank aku sampai pukul 12.00 malam. Tengah excited dorang kat luar stor tu, tiba-tiba semua kaku sepi. Sebab nampak aku berdiri betul-betul kat belakang dorang, bertentangan dengan stor. Serentak tu jugak tangisan dalam bilik stor tu berhenti. Roommate aku menggigil tangan bukak bilik stor tu. Kosong. Tak ada sesiapa pun. Aku yang real blur semacam bila sorang- sorang explain apa yang terjadi. Akhirnya kami makan jugak cake yang dorang dah prepare semua tapi masing-masing diam and awkward. Macam tak sabar nak blah dari situ. Roommate aku pulak malam tu jugak pergi menumpang kat bilik kawan lain. Dia kata ada assignment nak siapkan padahal dia satu group dengan aku dalam assignment tu. Jujurnya, aku takde rasa takut pun masa dorang gigih bercerita semula kat aku tu. Mungkin sebab bukan aku directly mengalami kejadian tu kot. Masa tu pun aku takde suspect yang bukan-bukan. Aku ingat penunggu kolej saja nak menyakat kawan-kawan aku.

Masa hari last day kat kolej semester tu, roommate aku yang master planner prank dulu tu, tiba-tiba peluk aku and kata dia tak nak jadi roommate aku lagi dah. Mula-mula aku sentap la jugak, yelah dah lah classmate pulak tu, tapi lepas dia cerita kat aku semua kejadian yang menimpa dia lepas malam prank tu, aku fahamlah situasi dia. Masa ni aku dah rasa something wrong somewhere dengan diri aku. Kata dia, start malam dia nampak sesuatu yang menyerupai aku tu, dia dah mula alami kejadian yang pelik. Contohnya, malam-malam dia dengar ada derap tapak kaki berjalan keliling katil aku. Macam ada orang berkawal. Bila dia bukak mata, derap tapak kaki tu hilang. Pernah malam yang aku balik rumah, dia ajak kawan dia tidur kat bilik kami tanpa pengetahuan aku. Kawan dia tidur kat katil aku. Pagi esoknya, badan kawan dia jadi gatal-gatal. Macam terkena miang. Bila aku balik, dia diamkan kes kawan dia. Sebab dia macam nak confirmkan sesuatu. Bila aku tidur kat situ, esoknya takde pun gatal-gatal. Masa ni dia dah confident yang aku puncanya.

Balik cuti semester tu, aku cerita jugak kat mak aku. Tapi mak aku kata biarlah. Selagi benda tu tak menyusahkan hidup Atikah, biarkan je. Masa ni aku pun kuranglah risau. Betul jugak kata emak. Benda ni tak menyusahkan aku pun. Mungkin datang dan pergi sekali lalu je.

Pengalaman bekerja

Masa bekerja, aku duduk kat rumah sewa sebab office aku jauh dari kampung mak aku. Sebelum cerita pengalaman kerja, aku nak cerita dulu kejadian kat rumah sewa aku. Rumah sewa aku ni rumah teres dua tingkat. Malam tu, lepas aku dan housemates semua masuk tidur, rumah kami kena pecah. Ada perompak masuk. Tak ramai pun, dalam dua orang macam tu. Tapi kami haram tak dengar apa-apa. Masing-masing tidur mati. Pagi esoknya, housemate aku Lina, menjerit ketakutan bila turun bawah. Lina ni memang selalunya bangun awal. Waktu kami tengah mamai nak solat Subuh, dia dah siap breakfast dah. Terkocoh-kocoh la aku dengan housemate lagi sorang keluar dari bilik kami. Rupa-rupanya dua orang penyamun yang pecah rumah kami tengah elok tertidur kat ruang tamu. Aku kenal budak berdua tu. Anak-anak jiran sebelah. Budak-budak lagi, macam baru lepas PT3 gamaknya. Lina pergi ketuk rumah mak bapak budak tu bagitau. Merayu-rayulah parents dorang supaya kita orang tak laporkan polis. Sampai sanggup bayar sewa rumah kita orang untuk tiga bulan. Kecohlah jugak neighbourhood pagi tu. Akhirnya kami bersetuju lepaskan dorang walaupun aku tak berapa setuju. Lina sempat tanya kat budak-budak tu kenapa tak lari lepas mencuri, dorang kata dorang cuba tapi tak jumpa pintu keluar. Bila dorang pergi kat tingkap, dorang nampak ada lembaga hitam tengah mundar-mandir keliling tingkap. Masa tu, aku dah seram sejuk sebab teringat cerita roommate aku time kolej dulu. Tapi aku senyap jelah. Masih pegang kata emak, selagi tak memudaratkan aku, biarkan jelah.

Okay, pengalaman seterusnya terjadi pada officemate aku. Aku ada officemate yang kekwat sangat. Dia dah kerja kat situ nak lebih sepuluh tahun tapi prestasi kerja masih lembab macam budak baru first day masuk. Bila aku masuk, dia agak jealous la sikit bila bos selalu puji aku. Selalu dia reka cerita kat budak-budak lain kata aku berlagaklah. Aku duk mengampu bos selalulah. Paling aku bengang bila dia kata aku ada skandal dengan bos. Sakit pulak hati kita. Tapi nasib baiklah budak-budak kat situ dah faham perangai dia. Bila dia cerita buruk pasal aku, dorang akan sampaikan balik kat aku. So, segala fitnah dia dalam rekod akulah kiranya.

Tapi satu hari ni terjadi satu kes teruk. Customer aku call kata barang sampai lambat tapi dia yang pick up call sebab aku kat luar office time tu. Bila aku balik office, dia buat senyap je sampailah customer tu call balik petang. Marah-marah kat aku sampai ugut nak report kat management. Bila aku tanya, dia kata dia dah bagitau aku time aku masuk tadi tapi aku lupa. Aku punyalah marah sampai tahap mencarut. Dia memang menanti saat tu. Dia ugut nak report kat bos kata aku curi tulang sampai customer marah. Dia yakin aku confirm kena marah dengan bos sebab bos lagi percaya dia. Masa ni aku marah sangat sampai aku terlepas cakap go to hell. Memang masa tu rasa nak dia mati je. Esoknya, dia tak masuk kerja. Cari punya cari rupanya dia accident balik rumah malam tu and still koma. Masa ni aku dah takut. Yelah, pertama kali sampai nak mati orang tu kesannya. Aku call mak bagitau. Mak kata bukan salah aku pun. Memang balasan untuk orang macam tu. Aku tak selesa dengan jawapan tu tapi aku diamkan je.

Pengalaman masa bertunang
Ditakdirkan Allah, aku jumpa seorang lelaki yang baik. Merangkap husband akulah sekarang ni. Kami kenal dalam sebulan, lepas tu dia minta nak jumpa mak aku. Masa kat rumah aku, time aku tengah bajet pergi buat air, mak aku pergi warning boyfriend aku. Dia kata kalau kau buat yang bukan-bukan kat anak aku, siaplah kau. Masa ni, boyfriend takdelah kecut perut ke apa. Cuma rasa mak aku ni a bit overprotective je. Dalam enam bulan lepas tu, kami pun selamat bertunang. Masa bertunang ni, terjadi satu kejadian yang agak menakutkan aku jugaklah. Aku syak memang berpunca dari aku.

Nak dijadikan cerita, tunang aku pergi outstation dengan team dia kat Thailand kot kalau tak salah. Dia post la gambar dinner dia kat whatsapp. Masa tu dia duduk sebelah dengan officemate dia yang perempuan. Entah kenapa aku rasa jealous sangat. Sampai aku campak phone atas katil bajet macam ada orang nak pujuklah. Tapi jealous sekejap je. Esok bila tunang call lupa dah marah semua. Aku main-main la tanya pasal that girl yang duduk sebelah dia tu. Dia kata budak tu tak dapat pergi meeting pagi ni. Dari balik semalam sampai pagi ni still muntah darah. Dia kata food poisoning tapi pelik bila orang lain tak kena. Budak tu je yang kena. Lepas je letak telefon, aku jadi takut balik. Aku cakap kuat-kuat yang aku dah maafkan perempuan yang duduk sebelah tunang aku. Tak taulah aku nak siapa yang dengar sebenarnya. Tapi bila tunang aku balik, aku tanya lagi pasal that girl. Kali ni out of genuine concern. Dia cakap after that meeting, teammates dia follow up, budak perempuan tu dah sihat walafiat secara mengejut. Masa ni aku lega sangat. Tak tau kenapa.

Pengalaman masa dah kahwin
Lepas setahun bertunang, kami pun menikah. Aku pun duduk dengan suami dengan rumah dia yang memang dia tinggal sejak zaman bujang lagi. Lepas sebulan kahwin, dia perasan something. Dia kata lepas maghrib kat rumah kami akan selalu ada bau wangi. Dia kata before kahwin takde pun. Kadang-kadang waktu pagi before pergi kerja tu akan ada bau-bauan yang busuk. Tapi yang pelik, dia sorang je yang bau. Aku tak pernah pulak. Ada satu hari tu, dia kena siapkan kerja sampai lewat tengah malam, aku duduk kat tepi dia sambil tengok TV. Tiba-tiba dia menjerit. Terkejut aku. Dia kata dia nampak ada lembaga hitam reflected kat laptop dia bila skrin tu bertukar hitam. Aku tengok tak ada pun. Disebabkan suami aku risau dengan keadaan rumah, kami pun pergi cari ustaz untuk pulihkan rumah. Mungkin ada benda tak elok lalu and dia berkenan pulak dengan rumah kami. Masa kami pergi jumpa ustaz tu kat rumah dia, ustaz tu scan dari jauh.

Dia kata, β€œRumah awak okay ni. Yang tak okay, isteri awak ni. Ada penjaga tambahan pulak.”
Aku macam apakah? Husband aku dah pandang aku dengan kening terangkat sebelah. Bila masa pulak aku membela? Aku explain kat ustaz, cerita sikit-sikit kisah aku zaman universiti dulu macam cerita yang korang baca sekarang. Tapi aku skip la cerita pasal officemate husband aku tu. Risau pulak kalau husband aku takut dengan aku.

β€œTapi benda yang awak ambik ni, jaga luar je. Tak masuk badan awak,”jelas ustaz.

β€œSaya tak ambik ustaz. Takkanlah saya nak buat kerja macam tu. Kalau boleh buang, buangkan ustaz,”balas aku.

Ustaz setuju nak merawat aku and kita orang set tarikh rabu next week. Masa hari kejadian, awal pagi mak aku telefon. Katanya dia tak sihat. Cakap kat telefon macam tenat betul. Aku dengan husband pun rushing balik and sempat whatsapp cancel dengan ustaz. Tapi bila sampai rumah, tengok dia tengah happily masak gulai. Bila tanya, dia kata baru baik. Masa ni aku geram gak tapi emak kan. Husband aku positif je. Dia kata mungkin sebab mak rindu kami kot. Okaylah, alasan logik.

Minggu depan tu, kami set another appointment dengan ustaz. Tak sabar dah husband aku. Dia kata sejak jumpa ustaz hari tu, bau-bauan macam makin menjadi-jadi. Kalau dulu, jadual dia dalam maghrib and awal pagi je, sekarang ni boleh kata setiap masa. Yang pelik aku tak bau. Kuat betul pintu hijab aku.

Hari yang dah plan dengan ustaz tu, sekali lagi mak aku call. Kali ni merayu aku balik. Katanya ada orang nak cuba bunuh dialah. Aku dengan husband pun gelabah balik and cancel lagi. Tapi kali ni dalam kereta, husband aku macam bagi hint yang dia rasa mak aku dalang semua ni. Dia tak cakap direct tapi berlapis-lapis. Aku sebenarnya dah suspect lama tapi mak kita kan. Takkanlah kita tergamak nak menuduh. Bila sampai rumah mak, elok je orang tua tu menyapu luar rumah. Siap dah masak untuk kami lagi. Tengah kami makan, tiba-tiba mak aku bersuara.

β€œKalau benda yang tak perlu buat, jangan buat. Buat apa nak menyusahkan diri.”

Husband aku dah pandang aku semacam. Aku pun berpura-pura macam tak faham apa-apa. Siap tanya mak lagi, apa maksud ayat dia semua. Tapi dia tak explain, dia angkat pinggan dan terus basuh. Masa ni syak wasangka dah macam confirm betul. Minggu depan tu, husband aku buat meeting dengan ustaz in secret. Tak bagitau aku apa-apa pun. Tau-tau je ustaz dah datang dengan anak-anak murid dia. Aku pun follow jelah dah alang-alang tu kan. Kalau plan, asyik fail je.

β€œAwak ada simpan apa-apa pemberian daripada mak awak?” tanya ustaz lepas sesi bermula. Rupanya husband aku dah bagitau suspicion kami tentang mak aku. Dengar soalan tu, aku dah pening. Memang banyaklah pemberian mak aku. Dah nama pun emak kan. β€œBenda ni bukan benda baru. Mungkin dah lama awak terima ke.”

Masa ni, aku teringat gelang manik kayu yang mak aku bagi waktu first time dia hantar aku kat universiti. Sampai sekarang aku simpan lagi. Aku ambik dan tunjukkan kat ustaz. Ustaz mengangguk dan mulakan proses pengubatan dia. Simple je. Tak de pun aku menjerit-jerit ke, bersilat ke ape. Cuma masa dia tengah merawat tu, aku terdengar suara mak aku mendayu-dayu menangis. Aduh, masa ni aku lemah semangat sikit. Bayangkanlah kau dengar suara mak kau menangis kesakitan kot. Aku macam nak menangis jugak time tu. Tapi ustaz kata kuatkan semangat. Gunakan logik akal. Takkanlah mak aku kat kampung boleh sampai ke sini dalam masa 10 minit. Lepas sesi rawatan, aku terasa macam ada beban yang diangkat. Badan aku rasa ringan. Ustaz pulangkan gelang manik kayu tu kat aku. Katanya, gelang tu dah tak ada apa-apa isi. Just gelang je.

Minggu selepas aku berubat tu, aku balik rumah mak. Aku bawa gelang tu sekali. First time aku balik rumah, mak tak sambut kat pintu. Bila masuk rumah, layanan dia kat kami macam acuh tak acuh je. Sedih hati aku masa tu. Sebab mak aku tak pernah buat aku macam tu selama ni. Aku keluarkan gelang tu dan tunjukkan pada mak. Muka dia berubah marah.

β€œTak kenang budi kau ni. Aku bagi untuk jaga kau. Aku sorang. Tak boleh nak jaga semua orang. Lagi-lagi bila kau duduk jauh. Tu pun sampai hati kau buang mak,” balas mak aku. Masa ni, aku dah sampai melutut merayu kat mak supaya maafkan aku. Aku ingat aku peluk kaki mak minta ampun semua cuma aku kata satu je, aku tak boleh syirik. Sebaik-baik perlindungan cuma perlindungan Allah sahaja. Masa ni mak aku tolak aku ketepi, dan jalan dengan nada marah masuk ke bilik dia.

Sekarang dah dekat lima tahun berlalu. Aku dan husband pun dah ada dua orang anak. Tapi layanan mak masih sama kat aku. Lagi sedih bila anak-anak aku pun kena tempiasnya. Sangat beza bila mak layan anak-anak Bang long and Kak ngah. Contohnya, kalau dia beli aiskrim, dia akan beli untuk anak-anak Bang long dan Kak ngah je. Anak-anak aku melopong la tengok orang lain makan. Pernah aku cakap kat husband, aku tak nak balik dah rumah mak aku. Tapi husband aku tetap tak bagi aku buat macam tu. Kata dia, seburuk-buruk macam mana mak, dia tetap mak aku. Sudahnya aku dan anak-anak aku rapat dengan keluarga mertua. Kami balik rumah mak musim perayaan je. Tu pun kena laser dengan Kak Ngah kata aku anak derhaka sebab asyik lebihkan mertua je. Sampai sekarang aku tak tau nak buat macam mana. Aku cuma boleh doa supaya hati mak lebih lembut lagi untuk terima aku sekeluarga.

Nota Stella:
Semoga semua readers mendapat manfaat dan pengajaran dari cerita ni. Kalau ada idea untuk lembutkan hati mak dia, bolehlah bagi cadangan. Terima kasih sebab sudi membaca and sorry kalau cerita ni panjang.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

43 thoughts on “#Stella – Emak”

  1. Wahh stella buat comebackkk!!!
    Best best best. Terbaekkk cerita stella.
    lama jugak kan Atiqah tu ada benda jaga haha..kesian mangsa mangsa tak bersalah tu..

    Takpe, sekurang kurangnya, mak dia marah je.. takdelah hantar lagi hantar lagi dan lagi sampai tahap geram sangat hantar yg power terus kacau hidup Atiqah.. Maksudnya masih ada sayang tu… Anak kan.. Cuma marah, merajuk dan ego je lama sangat, sampai cucu dua pun still gitu jugak..meiyo pun taktau nak nasihat apa, cuma apa yg husband atiqah tu buat betol sangat, mak tetap mak.. Sabar je.. Banyak berdoa.. Nak buat macam mana lagi..hmm..semoga bertabah.

    Tq stella. Great story!

    Reply
  2. Awak ke yang nyanyi Surat Untuk Strella tu? Eh. Awak Stella. Silap orang rupanya. Maaf. Huhu

    Cerita best. Semoga sentiasa di bawah lindungan Nya.

    Reply
  3. minta maaf kalau terasa.Aku rasa perbuatan Ibu mu betul walaupun salah.Ibu sentiasa mahu jaga anak anaknya kan.Walaupun perbuatan tu menyalahi hukum,asalkan tidak menganggu sudahlah.Bukan nak bela Ibu mu,tapi rasa kesian dengan Ibu mu yang mahu menjaga mu tetapi tidak mampu sebab duduk berjauhan.Itulah dia hantar benda untuk jaga mu

    Reply
    • Masing- masing ada pendapat sendiri. Masa saya tulis cerita ni untuk atikah, saya dah janji utk tak judge either dia atau mak dia. Atikah ada sebab sendiri utk tolak penjaga tu dan mak dia pun ada sebab sendiri utk letak penjaga tu. in the end, masing-masing buat sebab sayang.

      Reply
    • niat mak atikah baik.. tapi salah tetap salah.. Atikah xnak syirik.. moga Atikah terus kuat.. ingat Allah banyak2.. sentiasa doakan supaya hati mak terbuka untuk menerima kembali dan diberikan hidayah.. semoga nampak baik dan buruknya ape yg dibuat… hati milik Allah… Allah yang pegang hati2 kita.. so jgn putus berdoa… tiada yg mustahil bagi Allah

      Reply
  4. Best citer ni.. Kesian Atikah.. Tersepit antara dua.. And untung dia dapat suami yg memahami and still suruh dia balik mengadap mak dia tu.. Xboleh ke kalau ubatkan mak Atikah tu dari jauh? Takut tersasar dari landasan je..

    Reply
  5. Sedih pulak aku weii
    Tapi apa yg emak dia buat tu salah la nak buat macamna dah sayang anak .. huhu kasih sayang dari emak kot …
    By the way , cerita ni best gila ..fokus aku baca

    Reply
  6. Kalau atikah tu sakit ade x mak dia dtg jengok ? Sian kqt atikah tp xpela mak dia buat gitu sbb syg tp cuma cara yg salah. Biarlah Allah aturkan segalanya

    Reply
  7. Tak aper… buat macam biasa aje. Buruk baik dia tetap mak kita jgak kan. Jgn smpai tak bertanya khabar dan tak ziarah dia. Buat lah solat hajat selalu mintak Allah swt tolong lembutkan hati mak awak… In Shaa Allah nanti dia ok balik..

    Reply
  8. syirik adalah antara dosa yg paling besar. dalam Islam memang ada mengatakan kita kena ikut kata ibu bapa kecuali melakukan kejahatan. lakukan sembahyang tahajud setiap malam, minta pada Allah semoga dibukakan pintu hati ibu anda, jangan putus asa. kita sebagai manusia tak akan hidup kekal di dunia ni, nyawa kita hanya berdetik untuk berapa saat, berapa minit atau berapa tahun saja. satu hari nanti ibu anda akan pergi jua dan sebelum saat itu tiba merayu lah pada allah semoga d bukakan pintu hatinya ke jalan Allah..sedekahkan Al fatihah setiap hari buat ayah dan ibu anda walaupun ibu anda masih hidup.

    Reply
  9. i stella..jalan cerita kisah kita sama..sy dan kakak pun dah masuk 5tahun xbalik..di cop anak derhaka tu selalu sgt dah…dgn ustaz mana ya berubat. boleh nk dapatkn contact no?

    Reply
    • Assalam ndya.
      Saya minta maaf sangat-sangat. Saya dah minta kat kawan saya, tapi
      dia tak nak share.
      Saya pun taktau nak minta macam mana lagi.

      Saya harap sangat ndya jumpa orang yang boleh ubat awak dan kakak awak.

      Reply

Leave a Comment