Assalam warga FS. Sekarang ni viral kan kes banyak produk kecantikan yang famous ada kandungan berbahaya dalam krim, serum dan sebagainya. Jadi berhati-hati ye pilih produk. Kisah ni diceritakan pada aku sewaktu aku dan housemate aku, Ani bersembang tentang isu ni. Cerita Ani ni boleh jadi betul or rekaan semata-mata. Yang tu aku tak tau. Aku cuma tuliskan semula je. Okay, back to the story, cerita Ani ni berkisar tentang seorang pakar kecantikan terkenal kat kampung dia bernama Mak Bedah. Kalau Mak Bedah still beroperasi sekarang mungkin dah bukak klinik aesthetic kot. Tapi Mak Bedah ni tak guna laser treatment ke apa, rawatan dia jenis tradisional. Guna jamu, herba dan urutan muka. Okay, jom baca pengalaman Ani sewaktu cuti semester di rumah neneknya.
Kisah Ani
Aku memang skeptikal sikit bab-bab rawatan tradisonal ni. Aku lagi suka beli krim pencuci dekat farmasi or shopping mall daripada pergi rawat dengan herba-herba bagai semua. Tapi bila dah balik kampung, nenek aku insist jugak yang aku dengan kembar aku, Ana, pergi cuba program kecantikan Mak Bedah. Ana ni jenis yang suka mencuba, so memang laju je lah bila nenek aku offer. Sudahnya, kami bertiga tercongok depan rumah Mak Bedah lepas asar.
Lepas nenek aku bagi salam, Mak Bedah pun keluar rumah. Aku dengan Ana terlopong kejap. Sebab Mak Bedah memang serius cantik. Panggil Mak Bedah, tapi entah kenapa aku rasa dia nampak lagi muda dari aku dan Ana. Aku dan Ana masa tu dalam usia dua puluhan kot. Lengkap dengan kebaya pink macam orang dahulukala plus cucuk sanggul lagi, Mak Bedah mempelawa kami masuk. Masa ni aku agak teruja sikit lah. Maklumlah, Mak Bedah kemain lawa, mesti program kecantikan dia berkesan.
“Lawa cucu-cucu kau, Mah,” puji Mak Bedah. “Dua-dua ni nak cuba ke Mak Bedah punya produk?”
“Nakk!” Cepat Ana menjawab. Budak ni memang tak reti nak sabar.
“Baiklah. Sebelum kamu cuba, Mak Bedah kena explain dulu. Produk Mak Bedah ni ada tiga prosedur. Prosedur pertama, kena pakai krim malam buatan Mak Bedah sepanjang proses rawatan. Tak boleh lupa atau berhenti. Prosedur kedua, datang rumah Mak Bedah selepas seminggu pakai krim untuk dapatkan urutan muka. Untuk tambah seri macam tu. Lepas tu, makan jamu Mak Bedah. Amalkan sentiasa.”
“Senang je proses dia. Bila boleh mula Mak Bedah?” tanya Ana excited.
“Hari ni pun boleh. Nanti Mak Bedah ambik stok krim malam untuk kamu dan kakak kamu,” kata Mak Bedah sebelum masuk ke dalam.
Malam tu, aku dengan Ana pun cuba krim tu. Sebelum pergi ke prosedur kedua, kami kena pakai krim malam tu at least seminggu. Kata Mak Bedah untuk melembutkan kulit. Tengah tidur malam tu, aku rasa macam muka aku terbakar. Rasa tegang kat sekeliling muka. Aku bangun dan kejut Ana. Kot-kot kalau dia pun sama jugak lepas pakai krim tu. Tapi tak de pun. Ana tak de masalah apa-apa. So, aku pun tak bagitau nenek. Takut perasaan aku je semua tu.
Malam kedua aku pakai, aku rasa muka aku macam kena cakar. Rasa sakit sangat sampai aku terbangun menangis. Bila check kat cermin tak ada apa pun. Kali ni aku tak kejut Ana sebab aku nampak dia tidur elok je. Maknanya tak da masalah la kat dia. Aku diamkan lagi. Tapi masuk malam ketiga aku guna, aku dah tak tahan dah. Sebab kali ni aku rasa muka aku pedih sangat. Perasaan dia macam bila kau luka dan orang tabur garam atas luka kau.
Esoknya aku bagitau nenek yang aku tak nak join program kecantikan Mak Bedah tu. Tengah hari tu, aku dan nenek pergi rumah Mak Bedah. Aku cerita apa yang aku rasa sepanjang tiga hari tu kat Mak Bedah. Anehnya, dia tak terkejut pun. Malahan dia tersenyum sambil mengangguk -angguk bila aku cerita. Masa ni aku dah suspect ada sesuatu yang tak kena.
“Takpelah, Ani. Mungkin kulit Ani tak sesuai dengan rawatan Mak Bedah. Ani boleh berhenti. Lagipun Ani pun memang tak berapa berminat kan? Nak cuba produk ni sebab nenek suruh je kan? Kalau nak guna produk Mak Bedah, kena betul-betul nak. Kalau ada ragu-ragu, memang tak berkesan,” jelas Mak Bedah.
Terkejut aku. Macam mana Mak Bedah tahu yang aku berbelah bahagi nak cuba produk dia? Apa kaitannya perkara yang aku alami dengan rasa berbelah bahagi aku? Balik dari rumah Mak Bedah, aku terus cari Ana. Aku minta supaya dia pun tak payah guna produk Mak Bedah. Tapi Ana ni degil sikit. Kalau dia nak something tu, dia nak jugak. Tak kiralah kau cakap apa pun.
Malam keempat tu aku tak pakai krim. Aku tidur macam biasa sampai la aku terdengar bunyi benda bergesel. Halus je. Aku pun bukak mata dan tengok ada benda putih sedang duduk membongkok dekat dengan kepala Ana. Benda tu macam menyerupai seorang perempuan yang berambut panjang.
Aku nampak benda putih tu sedang main-mainkan hujung rambut dia yang panjang tu kat muka Ana. Dia belai-belai muka keseluruhan muka Ana dengan hujung rambut dia. Masa ni aku sumpah keliru apa nak buat. Aku nak kejut Ana tapi takut dengan benda putih tu. Aku buat-buat macam menggeliat nak bangun dan berpura-pura pejam mata. Dalam samar-samar mata separuh tutup tu, aku nampak benda tu berhenti membelai Ana. Bila aku acah-acah nak bangun tidur, benda tu hilang. Suasana sekeliling sunyi macam biasa.
Pagi esoknya, aku cerita kat Ana. Tapi dia macam biasalah tak percaya. Aku cerita kat nenek pun macam tu. Nenek kata aku reka-reka cerita sebab tak nak guna produk Mak Bedah. Dia kata selama dia pakai produk Mak Bedah tak pernah pun alami apa yang aku kena. Sedih aku bila tak ada siapa nak dengar cakap aku. Masa tu rasa nak merajuk balik Bangi. Tapi aku kesian kat Ana. Takkanlah aku nak tinggalkan dia seorang-seorang kat sini dengan puaka Mak Bedah tu.
Malam kelima, aku dengar lagi bunyi bergesel tu tapi aku ignore. Tak taulah sebab marahkan Ana ataupun takut sebenarnya. Tapi aku buat-buat tidur walaupun tak lena. Begitu jugak dengan malam keenam dan malam ketujuh. Aku buat-buat tidur setiap kali aku dengar benda tu datang. Hari kelapan merupakan hari prosedur kedua untuk Ana. Kalau ikutkan aku tak nak tau or terlibat pun, tapi sebab aku tak sedap hati, aku pun join sekali Ana dan nenek aku ke rumah Mak Bedah.
Masa kami sampai, Mak Bedah mempersilakan kami masuk. Mak Bedah minta supaya Ana ikut dia ke dalam satu bilik khas. Kat bilik tu memang tempat Mak Bedah mengurut muka pelanggan – pelanggan dia untuk menambah seri. Dalam 20 minit lepas Ana masuk, aku dah mula kepanasan. Aku minta izin nenek untuk kat luar rumah. Bila dah keluar tu, aku mula la berjalan keliling rumah Mak Bedah. Saja nak meninjau. Tengah berjalan -jalan tu, aku tiba-tiba dengar bunyi suara orang tengah membaca sesuatu. Aku pun pergi lah dekat tingkap kayu. Tak dapat nak selak tingkap sebab berkunci. Tapi nasib baik rumah diperbuat dari kayu. So, boleh intai celah-celah kayu yang dah reput.
Masa tu jantung aku hampir nak tercabut. Sebab aku nampak ada perempuan berambut panjang, muka tak nampak sebab aku tengok dari sisi, sedang menjilat-jilat muka Ana. Setiap kali Mak Bedah melumurkan krim bewarna putih kat muka Ana, perempuan tu akan jilat kat tempat tu. Tanpa berlengah, aku cepat lari dari situ untuk naik rumah Mak Bedah. Dah masuk rumah dia, aku terus cari bilik tu. Nenek aku terkejut dan cuba untuk halang aku dari menerpa masuk ke bilik tu tapi aku dah nekad. Aku tolak pintu bilik tu kasar.
Masa tu Ana buka mata. Menjerit budak tu bila tengok benda yang ada kat depan mata dia. Nenek aku yang mulanya cuba nak halang aku terus menjerit ketakutan. Mak Bedah pulak macam bengis memandang aku. Aku masuk bilik dan tarik Ana yang dah macam terkaku terkejut. Aku tak pandang pun benda tu. Takut nanti tak boleh tidur. Tapi mengikut kata Ana yang dapat full face view benda tu, dia kata rupa perempuan tu sangat buruk. Kat mata dia kosong, tak ada bebola mata. Sebaliknya ada dua tiga ekor ulat keluar dari situ.
“Mah, kalau kau bagitau sesiapa, mati kau dengan cucu-cucu kau aku kerjakan,” ugut Mak Bedah bila aku, nenek dan Ana nak beredar dari situ.
Seminggu lepas tu, kampung tu kecoh bila Mak Bedah dah tak ada kat rumah dia bila orang kampung nak pergi buat rawatan. Menurut kata jiran Mak Bedah, dia berpesan yang dia akan tinggalkan kampung tu untuk duduk dengan anak-anak dia. Nenek aku sampai sekarang tak berani nak cerita apa-apa kat penduduk kampung. Dia takut kalau- kalau Mak Bedah betul kotakan janji dia untuk apa-apakan anak cucu dia. Lepas je Mak Bedah pergi, semua yang pernah dapat facial treatment dari Mak Bedah mengaku yang muka mereka naik bintik-bintik merah bila dah tak guna produk tu. Tapi tak berbahaya sangat pun sebab lepas beli krim kat farmasi boleh settle masalah. Sama ada Mak Bedah masih mengamalkan program kecantikan dia ke tak, tak siapa tahu. Tapi berhati-hatilah ye bila memilih produk. Takut terpakai produk Mak Bedah pulak nanti.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Hehe…seram jugak kan..
Eeuuuwww…
Geliiiii…
Kompem Mak Bedah ni xde KKM…
Heheheheheh…
Haha ???
Selalu nampak comment kak yulie ? rajin akak baca fiksyen shasha eh
Idokler ghajen sgt…
Cume gigih jer…
Heheheehee…
seram weh.. macam2 hal laaa
Seram weh! Hahahhaha. Ehhh! Kak yulie popular. Haiiii! Hahahha ???
Haaiii…
Nk otograp kah…?
Haahahaaaa…
gila ah
erkkkk….
Serammm & best..
Sebenarnya dah lama aku baca cerita ne tapi baru hari ne komen & baca lagi hehe
kemana perginya stella ne.dah lama tak hantar story kat fs ne
Best cerita stella..tapi tak tulis cerita kat fs lagi kenapa?
adoiii.. krim malam tuuu hihi
iols kenal krim malam ni start ngn D’Qistee (mse tu produk2 local baru tgh up)
skg dhx pakai produk2 krim siang krim mlm lps tau deols buh bahan tlarang
Maunya terkluar bijik mata nmpk natang tu dok syok jilat muka kita. Ehh! Seram.