Assalam warga FS. Tajuk macam cerita romantik kan? Jangan risau. Ni memang horror flick. Takkanlah aku nak share drama cinta pulak kat sini. Kisah ni dah diceritakan pada aku lama dulu lagi oleh si Mr. Kerani, Akim. Tapi tak pernah ada masa untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan. Sedikit intro tentang Akim merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik. Dia ni boleh kata seorang yang sangat bertanggungjawab dan family man. Oh ye, seorang lelaki melayu yang masih belum berpunya. Siapa yang berminat, boleh pm tepi. Okay cukuplah mengarut. Masa untuk bercerita secebis pengalaman hidup Akim yang masih menghantui dia sampai sekarang.
Kisah Akim
Masa ni aku baru habis SPM. So, dapat kerja part time as kerani kat sebuah kilang sticker. Mula-mula aku terkejut jugak bila dapat, maklumlah lelaki agak susah dapat kerja after SPM. Especially kerja bahagian office ni. Tapi aku pergilah. Hajat nak buat part time. Kumpul duit nak masuk universiti. Hari pertama kat office, aku agak kekok. Tak pernah bekerja sebelum ni. Tapi nasib baiklah ada Kak Dayang. Dia banyak ajar aku daripada zero dengan penuh kesabaran. Tanpa disedari dari hari ke hari, aku dah tangkap cintan dengan Kak Dayang. Mungkin sebab baru lepas SPM, darah muda lagi, aku pun luahkan perasaan aku pada dia. Of course lah dia reject aku dengan alasan aku muda sangat.
Tapi sejak dari hari tu, bermulalah episod sengsara dalam hidup. Bukan derita cinta ditolak, tapi merana diganggu sesuatu. Mula-mula badan aku start tumbuh bintik-bintik merah. Kecik je. Aku ingat Denggi. Pergi check kat hospital, laporan negatif. Bukan pada fizikal aku je yang diganggu, rumah aku pun turut jadi mangsa. Mak aku kata selalu nampak ada bayang-bayang kat rumah bila dia duduk seorang-seorang. Ada satu tahap tu, dia nampak adik aku yang paling bongsu, Lila (3 tahun), tengah bercakap dengan bayang-bayang kat dinding. Bila ditanya, adik aku tu gelak-gelak je. Masa ni ayah aku still tak percaya lagi dan kata yang mak aku berhalusinasi. Tapi akhirnya dia mengalah disebabkan satu kejadian ni berlaku.
Malam tu, kami sekeluarga dinner macam biasa. Adik aku yang kedua, Farha, tengah seronok bercerita pasal preparation camping trip dia next week, bila tiba-tiba aku bangun dari kerusi aku. Semua ahli keluarga aku pandang aku hairan. Aku sedar apa yang aku buat cuma aku macam tak boleh control perbuatan aku. Perlahan-lahan aku berjalan ke dapur. Aku bukak laci pisau dan ambil sebilah. Sekali lagi aku nak tegaskan yang aku sedar perlakuan aku. Cuma aku macam orang ketiga dalam badan aku sendiri. Aku sekadar pemerhati. Ada ‘sesuatu’ yang mengawal tindakan aku.
Aku berjalan kembali ke meja makan. Tapi aku tak kembali ke seat aku sebaliknya bergerak ke Lila yang tengah asyik menonton tv tanpa gangguan. Aku dengar suara mak ayah aku menjerit bila aku dah angkat pisau. Tinggal nak hayun je ke arah Lila. Semua adik beradik aku kecoh. Berlari-lari ke arah aku untuk menghalang perbuatan menakutkan tu. Aku ingat badan aku ditolak kuat oleh adik ketiga aku, Ash sampai aku jatuh tertumus ke lantai. Ayah aku pulak duk pulas pergelangan tangan aku sampai pisau tu terlepas dari tangan aku. Sakit dia Tuhan je lah tau. Mak aku cepat-cepat dukung Lila yang dah mula menangis.
Ayah aku azan sambil pegang kepala aku sampailah tiba-tiba sekeliling aku jadi gelap gelita. Bila aku sedar esoknya aku dah terbaring kat atas katil aku sendiri. Badan aku rasa seram sejuk. Kat sebelah aku ada mak dan ayah aku dengan seorang lelaki tua, jiran aku, Pak Saad. Pak Saad ni boleh jugaklah mengubat orang sikit-sikit. Bila nampak je aku dah sedar, terus semua orang menerpa ke aku.
“Kim, siapa Dayang?” tanya mak aku. Straight to the point. Aku terkejut macam mana mak aku boleh sebut nama Dayang. Sedangkan aku tak pernah pun bercerita dengan keluarga aku pasal Kak Dayang ke apa. Bila cerita aku lebih suka guna kata ganti diri, officemate. Tak pernah guna nama dia. Tapi pagi tu, aku ceritakan semua pasal Kak Dayang.
“Ada orang tak suka kau rapat dengan si Dayang ni, Akim,” kata Pak Saad, “Ni semua sebagai warning je kat kau.”
Aku terdiam sekejap. Siapa pulak yang tak suka aku dengan Kak Dayang? Kami tak de pun apa-apa hubungan. Sepanjang hari tu, aku duk peluk Lila kuat-kuat. Bila aku bayangkan apa yang aku cuba buat dekat dia, aku rasa takut sangat-sangat. Esoknya tu, ayah aku teman aku ke office untuk hantar surat perletakan jawatan. Masa tu, Kak Dayang pandang aku sayu sangat.
“Minta maaf atas apa yang terjadi pada Akim seminggu dua ni”, kata Kak Dayang. Aku dah pelik. Macam mana pulak dia tahu apa yang terjadi? Jadi, memang betul lah Kak Dayang punca semua ni?
“Apa maksud akak ni?”, tanyaku. Sedikit marah apabila mengenangkan Lila.
“Sejak dari dulu akak pendamkan rahsia ni. Akak sebenarnya memang tak boleh ada hubungan dengan sesiapa. Dua lelaki akak pernah bercinta dulu semuanya berakhir dengan kematian. Seorang accident, seorang lagi jatuh bangunan. Akak pun tak tahu kenapa.”
“Cubalah akak pergi berubat. Mana tahu, boleh selesai masalah”, nasihat aku sebelum beredar dari situ.
Sekarang ni, Akim dah lost contact dengan Kak Dayang. Jadi, tak tahulah apa tindakan Kak Dayang seterusnya. Harap-harap dia pergilah berubat. Sama ada Akim still single sampai sekarang sebab dia masih menunggu Kak Dayang ke, aku pun tak sure. Tapi dah 10 tahun berlalu kot, takkanlah still ada perasaan lagi. Thanks admin kalau sudi uploadkan kisah Akim ni.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
kesian kak dayang,,,xpe akim akk ade akk single lagi kekekek
amboi kemahin lagi kan kak milalaa
Hep heeppp…
Org kampong hakak tu yer dik…
boleh kenen kak …dia kata ngah solo tuh hahahaha
apid boleh tgllkn fb anda disin wakakakakakak
Apid…
Ni mencarik utk no.2 ke 3…?
ahahahah kak yulie jgn bgtau org 2 kampung wakkkaka
Maaf Kak Dayang….
Akim dah ade Stacy…
Dah ade anak sorg lagi…
Takpelah, jgn sedih2…
Kak Dayang pon dah ade Lelaki Teragung kan…
Heheheheh…
kak yulie nk tnye kak yulie org mana jgn marah tnye je hikkss
Asal org Banting…
Lar ni dok JB…
X marahlar aaiii…
Tanye jer…
Awat…???
Next question…???
Hahahaha bajet retis gitu…
kak yulie rs saya sapaaaaaa…..kahkahkah..kirim salam ain dendut
Haahahahah…
Tgk name tu memule td dh agak sape…
Cik Ami ler ni klu rindu Ain Dindut yg dh kuruuusss tu…
ahahaah sm la kak artu nk tegur tp tkt salah org pulak..
Tegur jeler…
Ade satu jer KAK YULIE tau…
Hahahaha…
betul….the one and only…(nampak x kipas disitu)
Aircond ni dik…
Nyamaaaannn btol sejuk tu…
hehe,, orang banting ghupenyerr
Iyoooo…
Org jowoooo…
Hahahahahah…
Fizi org mne ni?
entah2 fizi ni org kampung kt jg kot kak wakaka
X kot sbb die kate umh die 30km dr kolej die dlu…
Klu Banting jauh skeettt…
sy org Banting jugaa,, hee
kak yulie..banting area maner….sy org sg pelek..x jauh tu kak…hahahahah
baru nak ckp akim dah ada stacy dia bahgia hahahaha….wah reunion nampak nye
Kaklong kawasan mmg camni…
Selatan ke utara dia konker…
Hahahahah…
hahahahahaha tu yang seronok
lol
Wah ada geng.Sy pn jb gak.k.yulie xapprove pn lg fb request.prof pict,2bdk pkai construction helmet putih.
Oooo yeke…
Akk mmg jarang bukak pesbuk skrg…
Nnt akk approve kay…
Kompem ekk add YULIE SHURIDDIN…?
DP akk yg gambar selpi poyo bajet cun tu…
Heheheheeh…
Akk dh bka pesbuk…
Enggak ada pooonnn…
Kuciwawawaaaa…
Kak Yulie ni kakak Mahalil ke? hai org kampung.. hihihii
Alamakkkk???
Sekali name adik hakak pon ko tau dik????
Mmg sgt Mak Jemah…
Siapakah kamu???
ahahah nie lagi best kk,,sebaik ak xsebut nm hadek beradik ko yg laen kk wakakak
Best
mcm mna nak pm tepi?? hahahaha
xleh pm ler.
kesian betol dengan akim xmemasal je kene ….
Haha…
akim ni still single ke ?? hahah
Kak Yulie… Nak add juga laa. Boleh tak? Kita putu jowo je kak. Tak arif pun. Hahaaha
Boleehhh…
Jemput…jemput…
Hehehehehee…
Hahaha…pames btol k.yulie kte nie ye…
Nk add k.yulie jgk le…ari tu dh bkk fesbuk k.yulie…tp x add lg..nnti k.yulie approve ye..
👍👍👍👍👍
Seram btol. Mjur sempat tolak klu x hbisla Lila. Ksian mjur pnjg umur