Hai, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Admin dan para pembaca FS. Aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku SU. Umur 20 tahun dan tinggal di Penang.
Cerita aku ni berkisarkan tentang sebuah hostel (asrama) sekolah di Penang yang aku tinggal selama 5 tahun bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sekolah ni sekolah kluster. Kluster ni maksudnya pelajar terdiri daripada pelajar darjah 4 sampai tingkatan 5. Blok hostel kami pula terdiri daripada 3 blok. 2 blok aspuri (perempuan) di belakang dan 1 blok besar aspura (lelaki) di hadapan ala ala blok yang ada court badminton kat tengah tu. Semua blok ada 3 tingkat. Panjang pulak hehe. Cerita aku ni tentang 3 Tahun Amukan Penghuni Asrama atau Histeria Berjemaah. Aku pun taktau nak letak tajuk mana satu hahaha.
SEPT 2012
Malam yang hening. Ketika semua pelajar aspuri tidur dan berehat, Liza kawan aku dan Puan Leha selaku warden bertugas hari ini masih stay di bilik disiplin (ground floor) untuk meneman aku menyiapkan satu tugasan slideshow yang akan digunakan pada hari Kokurikulum keesokkan harinya. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Leher aku berasa lenguh kerana tidak berpaling arah dari mengadap laptop itu. Aku pun bangun keluar dari bilik disiplin menuju ke dewan makan yang berhadapan dengan bilik tersebut untuk minum dan membasuh muka kerana terlalu letih. Keadaan berasa sangat sunyi dan sejuk. Rasa tak sedap hati aku makin meninggi bila aku menoleh ka arah belakang dewan makan. Aku berasa sangat gugup dan takut melihat kegelapan di kawasan tersebut. Aku pun cepat cepat berpaling dan mengatur langkah balik ke bilik disiplin. Argh! Aku terlanggar bahu Liza. Entah sejak bila dia ada di belakang ku.
Diam seribu kata aku berjalan menuju ke bilik disiplin, langkahku terhenti. Kaku. Liza juga berhenti melihat wajah ku yang agak terkejut. Alangkah terkejutnya aku melihat satu bebola hitam yang besar dan berbulu lebat sedang berjalan di hadapan bilik disiplin. Berbulunya sampai aku tak dapat nak perihalkan. Sangat lebat. Bulu roma aku meremang. Sejuk. Getar satu badan dan berpeluh. Aku tidak pasti sama ada Liza nampak atau tak. Tapi dia asyik tanya aku. “Hang kenapa?” Aku terus menundukkan pandangan dan berjalan dengan kaki yang lemah ke dalam bilik disiplin setelah benda tu berlalu pergi.
Aku masuk dengan wajah yang pucat sehingga warden aku bertanya “Su? Kamu okay ka?”
Aku mengangguk lantas bertanya kepada Liza.
Aku : Liza hang nampak dak tadi kat depan tu?
Liza : Nampak apa?
Aku : Takdak apa lah. Jom naik dorm.
Liza : Eh apa benda? Hang nampak apa wey? Aku takut
Aku : Takdak apa aku cakap. Cikgu saya letih sangat. Esok pagi la saya sambung.
Cikgu : Okay la kalau macam tu. Kamu nak naik dorm ka? Tidur sini la. Katil semua ada.
Aku pun iyakan ja dan tidur bersama Liza di katil tu. Puan Leha malam tu tidak tidur kerana menyiapkan tugasannya sampai pagi.
Keesokan harinya, waktu makan dalam jam 6 petang. Semua pelajar asrama turun ke dewan makan untuk makan seperti biasa. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi siren ambulans yang sangat kuat menandakan ada perkara buruk berlaku dalam asrama. Setengah daripada kami bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku. Rupanya ada seorang budak aspuri yang kakinya lenguh dan tak boleh berjalan. Budak tu asyik menangis. Kami juga hairan. Lalu ambulans pun membawa dia pergi. Cerita ni tak habis di sini saja. Selepas makan, kami semua dikehendaki pergi ke surau untuk bersiap sedia menunaikan solat maghrib. Kami pun berjalan ramai-ramai macam biasa. “Semua pelajar aspuri diminta meninggalkan kawasan asrama dan pergi ke surau dengan kadar segera”. Kedengaran pengumuman yang dibuat oleh mak cik guard. Sambil berjalan aku perhatikan pondok guard, kelihatan ramai senior asrama atau dikenali sebagai pengawas asrama berkumpul di situ dan berbincang mengenai sesuatu. Aku pun tidak mahu mengambil tahu kerana takut dikatakan “busy body” oleh senior.
Setibanya aku di surau, aku terus ke bilik wudhuk untuk membersihkan diri. Tiba-tiba terdengar satu jeritan seorang perempuan yang kuat datang dari dalam surau. Kami pun tertanya-tanya. Usai mengambil wudhuk aku pun sarungkan telekung dan berjalan masuk dalam surau melalui pintu tengah terus ke arah kumpulan senior yang aku rapat. Dari hujung belah kanan, kelihatan seorang pelajar aspuri terbaring sambil dipegang kedua-dua belah tangannya oleh pelajar lain. Dia seakan akan dirasuk bagi pandangan aku sebab ini kali pertama aku melihat situasi begitu.
Aku : Kak, awat tu?
Senior : Taktau la.. Macam kena rasuk ja. Herrr takut.
Aku : Wey kak. Su nak pergi tengok la.
Senior : Jangan. Duduk sini diam diam.
Tapi disebabkan sifat ingin tahu aku, aku pun acah acah nak pergi bilik wudhuk dan merancang untuk masuk dari pintu kanan. Berdebar hati aku. Selalunya aku di pintu itu kelihatan budak itu meronta ronta. Sambil aku berjalan melihatnya, matanya terus pandang tepat pada mata aku. Terus aku berasa takut dan getar satu badan menuju ke arah senior aku tadi. “Kak.. Su takut”
Badan ku sejuk tiba-tiba. Terus kak senior bagi aku sebuku al-Quran dan suruh aku membaca surah Yasin. Budak tadi tu terus diam dan dibawa masuk ke dalam kereta Puan Leha untuk dibawa ke hospital. Aku membaca surah Yasin dalam keadaan takut. Bacaan aku betul tapi tidak sedap didengari kerana suara aku bergetar mengikut getaran badan yang kuat ini. Kak senior terus memelukku di belakang dan menyokong aku untuk terus membaca. Aku menangis. Menangis teresak-esak sambil membaca Yasin tersebut. Selang beberap ayat. Aku berhenti. Memejamkan mata. Diam.
Tiba- tiba aku merasa sesuatu yang aneh. Seakan akan dadaku berat. Sesak nafas. Aku terus menjerit dan membaling al-Quran. Seperti dikawal oleh satu kuasa yang sangat kuat. Dimana aku bergerak dan bercakap tanpa aku sedari. Hati kata lain, mulut sebut lain. Hati kata “Allahuakbar”, mulut kata “Celakalah kau”. Sungguh aku takut ketika itu. Tangan dan kaki ku di kunci rapat oleh rakan-rakan aku supaya aku tidak lari. Aku mula memaki hamun, menyumpah, marah, menjerit. Tanpa aku sedari, makin ramai yang histeria termasuk aku. Dalam 10 orang tak silap aku. Kawan aku Athirah lalu dihadapan aku, aku melihatnya dengan perasaan marah lalu aku memakinya. “Hang buat apa kat sini? Hang bising la. Jangan kacau aku” Aku sedari hal ini kerana Athirah seorang yang sedikit alim dan baik berbanding kami semua. Mungkin benda tu tak suka Athirah. Lalu pula warden aku, aku terus menyumpah dia “Woi pompuan! Hang boleh diam tak? Buat apa kat sini? Blah la!” Warden aku pandang wajah aku dan berlalu dari situ.
Makin lama makin ramai yang histeria. Dalam 20 orang macam tu. Surau pada malam tu menjadi surau yang paling seram ketika itu. Suara menjerit, mengilai, ketawa penuh kedengaran dan menyambung-nyambung. Waktu maghrib dah masuk. Budak aspura pun melaungkan azan. Ya Allah, tak dapat aku bayangkan perasaan aku ketika itu. Panas! Lemas dan sebagainya. Terus kami yang histeria menjerit mengilai dalam waktu yang sama. Allahuakbar. Aku sangat takut.
Keadaan kami tidak berubah walaupun setelah azan dilaungkan. Ada juga senior yang datang meletakkan al-Quran di dadaku. Sekali lagi aku merasa panas dan tidak keruan. Rasa al-Quran itu berat dan menghimpit dadaku. Aku terus bergerak gerak untuk menjatuhkan al-quran tersebut. Melihat keadaan aku yang menyedihkan, kawan aku Siti terus mengambil al-quran itu diletakkan padanya. Fuh lega aku rasa.
Seorang mak guard atau Mak Long datang padaku. Memaksa aku untuk mengucap. Aku tak mahu. Aku meronta memaki hamun seboleh bolehnya kerana aku tak mahu. Aku seakan akan mahu berlari dari situ. Otak aku asyik memikirkan satu tempat. Ya, tangki air di belakang blok asrama. Mak Long terus menerus memaksa. Aku menjerit “TAK MAU LA BODOH!!” .. PANGGGGGG! Satu tamparan dari Mak Long hinggap di pipi aku. Perghhh bukan main sedap. Walaupun aku dirasuk tapi tamparan tu masih aku terasa.
M.Long : Kau sapa?
Aku : Aku penghuni sini. Sini tempat aku dan kawan-kawan aku.
M.Long : Hang nak apa?
Aku : Aku nak semua diam! Semua orang bising sangat!! Aku benci dengar hampa baca apa tu? Aku tak suka. Diammm!!!
M.Long : Kami tak kacau hang. Hang jangan kacau kami
Aku : HAHAHAHAHA dah la bising. Panggil aku pulak. Aku datang la!!
M.Long : Sapa panggil hang?
Aku : HAHAHAHAHA budak budak tu. Bagi aku telur ayam HAHAAHAHA
Mak Long terus diam dan berlalu pergi. Keadaan kami berlanjutan berjam jamnya. Badan aku terasa sangat letih tapi kuasa dalam badan aku ni seakan-akan tidak sedikit pun letih. Tekak aku terasa perit sangat kerana asyik menjerit jerit.
Tiba-tiba pandangan aku dikejutkan dengan objek yang terbang-terbang dari luar dan memasuki surau. Seperti benda itu menyeru “kawan-kawan” nya untuk datang. Kelihatan beberapa orang lelaki dewasa dan seorang Ustaz datang untuk membantu. Seorang lelaki terus datang padaku dan memicit ibu jari kaki aku. “Hang nak keluar ka tak mau?”. “TAKMAU!!!” Terus ibu jari aku ditekan bagaikan nak terkeluar jari aku sakitnya. Dua kali lelaki itu bertanya. Aku tetap berkata tak. Akhirnya kali ketiga aku bagaikan tak mampu untuk bertahan kesakitan di ibu jari aku. Aku berkata “YA YAAAA AKU NAK”. Badan aku lemah. Lelaki itu terus ke arah kepala aku dan memegang hujung kepala aku dengan menggunakan dua jarinya. Aku terdengar dia membaca beberapa potongan ayat al-quran. Lelaki itu bergerak seakan-akan menarik benda di dalam badan aku. Allahuakbar!! Aku menjerit sambil badan aku terangkat ke atas. Tup! Aku terjatuh kembali ke lantai. Badan aku terasa ringan. Fikiran aku kosong. Pandangan aku kabur. Terus aku boleh mengucap dengan baik. Aku menangis ketakutan. Kawan aku Siti memelukku dan memindahkan aku ke tempat lain. Tempat pelajar yang dah dibuangkan bendanya.
Aku terus menangis ketakutan. Dalam beberapa minit, dada aku berasa sesak. Perut aku sakit sangat-sangat Aku merasa sesuatu yang aneh. Seakan-akan benda tu nak masuk kembali dalam badan aku. “Siti! Dia nak masuk balik Siti!” Aku menjerit. Siti memelukku dan membaca ayat kursi. Aku kuatkan diri aku. Sakit yang rasakan tak mampu ditahan. Aku menoleh ke belakang. Terkejutnya aku melihat satu susuk tubuh yang sangat tinggi. Besar dan hitam sangat. Aku terus memejamkan mata dan membaca ayat kursi sebagai pendinding.
Tak lama kemudian. Aku melihat dua wajah yang sangat aku kenali. Mak! Abah!. Abah terus berlari-lari datang padaku dan mendukung aku keluar dari surau.
Aku : Abah, kak takut
Abah : Takdak apa aih. Jom kita balik berubat.
Aku pun masuk dalam kereta. Kasut dan beg aku ditinggalkan di surau begitu saja. Aku menangis ketakutan dalam kereta. Mak memelukku.
Abah : Pi berubat rumah PakYa la noh. Ambik ayaq apa apa ka.
Mak : Ha try tengok.
Sampai di rumah PakYa.. Dia sudah tidur katanya. Maklumlah dah pukul 2 pagi rasanya. Abah pun terpaksa minta tolong PakYa juga. Lalu PakYa pun terpaksa bangun dan membuat air berubat kepadaku. Satu botol mineral diberikan. Sebenarnya rumah PakYa ni rumah aku mengaji Al-Quran waktu kecil-kecil dahulu. Kami pun pulang ke rumah dan aku terus dipaksa mandi bagi menyegarkan diri.
Masa mandi tu, otak aku kosong. Takut pun tidak. Berani pun tidak. Aku terus tidur di ruang tamu sambil ditemai mak aku.
Keesokan harinya, satu mesej masuk. Zaman ni whatsapp tak dak lagi. Kawan lelaki aku mesej.
Mat : Su, hang okay tak?
Aku : Aku okay weyh.. Thanks tanya
Mat : Aku risau sebab semalam aku nampak sesuatu asyik ikut belakang hang.
Aku : Hang nampak apa?
Mat : Takpala Su. Janji hang dah okay.
Aku : Bagi tau aku la
Mat : Okay aku nampak lembaga besar hitam belakang hang. Besar.
Aku : Aku tau.
Sampai sekarang aku masih dihantui dengan pengalaman histeria begitu. Selepas kejadian malam tu.. Aku tidak pergi berubat di mana-mana dan menganggap perkara itu dan berakhir. Keesokan harinya aku pergi ke asrama untuk mengambil barang.Khabarnya sebelum kejadian malam itu berlaku, ada pelajar aspuri yang menyambut hari lahir kawan mereka di malam hari dengan membaling telur dan tepung di belakang asrama. Mungkin mereka telah mengganggu kawasan benda itu sehingga mengamuk. Malam histeria semalam khabarnya suami Puan Leha bertemu dengan entiti yang aneh di tengah jalan memasuki perkarangan asrama. Satu objek yang aneh berdiri di tengah-tengah jalan. Sungguh menyeramkan. Aku pun tak tahu apa yang terjadi dengan pelajar aspuri histeria yang lain. Mungkin semua pulang ke rumah masing-masing seperti aku juga.
Berakhirnya kejadian Sept 2012 ini, kami pelajar aspuri pun ingat kejadian ini sudah bernoktah. Tapi telahan kami silap. Rupanya benda ini kembali membalas dendam pada Sept 2013. Genap setahun dia menunggu untuk mengamuk kembali. Sekali lagi dia mengamuk pada Sept 2014. Cerita Histeria Berjemaah Sept 2013 dan 2014 akan aku cerita kan selepas ini. Aku janji. Ceritanya berbeza-beza kerana aku sudah mula berubat setelah kejadian Sept 2013 dan aku diberikan “pendinding”. Ustaz yang berubatkan aku berpesan sebenarnya, kalau boleh aku jangan dingatkan kembali atau bercerita kisah ini kepada sesiapa untuk keselamatan diri aku dari benda-benda itu. Aku bercerita ini pun, aku berharap tiada apa-apa yang berlaku padaku dengan izin Allah. Doakan aku.
Assalamualaikum..
Su..
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Terbaekkk.moga selamat smuanya
alhamdulillah selamat.. thanks yee
Uw su.
Scary do citer ni
memang scary laa.. takdapat nak gambarkan perasaan time tuu.. hanya Allah yang tahu.. thanks sebab sudi baca yee
huuu. kenapa cerita jugakk. awak okay je kan sekarang ni
Alhamdulillah okay.. Ustaz tuu cuma taknak saya terfikir lagi dan berasa takut.. Saya cerita pun untuk sekadar perkongsian kepada semua.. Hehe
Hai su, akak rasa skolah yg su cerita ni mcm skolah akak.. Yg dekat P***n D***t tu kan? Kalau betul..yala tu.. Tp..msa akak skolah dlu..akak tak pulak dgq psai histeria bjemaah ni. Even akak bkn bdk hostel, tp almost 90% tentang hostel, akak tau. Tp cerita ni ja akak tak tau. Sdgkan akak batch spm 2012. Kalau kes bsaq mcm ni akak tak tau..pelik jgk. Btw nice story flow, bolehla buat bhan bcaan time boring. Kipidap dik ?
akak tulis 90%.. lagi 10% kami simpan.. hehehe
Tjuan kita dlarang utk ingt2 balik @ crita balik sbb tu mcm kita seru dy mai balik..sbb tu klw tiap kali kita tringat kjadian rasuk2 especially tkena kt diri sendri, selawat dan cuba pagarkan diri sendri dgn ayat2 quran,.in shaa allah..
Hahahaha naiss laa . batch 99 lelaki ?? paling hensem itulah aku . hahahhaahaahahaha
nice story
#cumel
Alamak ai ada nama aku dekat situ. Athira. Phew berdebar ea kena maki hahahah
Su.. Nini takut jadi apa2 dekat su. Kalau su xleh cerita lgi, takpelah sbb takut benda tu kacau su lgi..
Btol aku pon penah kena…tpi bukan histeria la..aku p brubat…aku x bleh mngucap jwab slam..tpi dlm hti boleh mlut x boleh..aku ludah aku sepak aku maki ustaz tu aku sdar tpi aku x boleh buat apa..aku mngis antra skit n terpksa ikot ja bnda tu buat apa..